Suasana dalam kereta sunyi sepi. Masing - masing buat hal sendiri. Begitulah selalunya jika mereka berdua dalam satu kereta. Jangankan dalam kereta, dalam rumah pun seperti orang asing. Duduk serumah berlandaskan status perkahwinan yang hanya dalam sekeping kertas.
Sesekali ekor mata Tia menjeling juga kepada suaminya. Seperti biasa lelaki itu hanya fokus pada pemanduannya. Tia tau, ada ketidakpuasan hati lelaki itu tentang perkara yang dibincangkan semasa di rumah daddy sebentar tadi.
"Kalau Encik Hud tak izinkan saya belajar memandu, saya akan bagitau pada daddy yang saya tak nak belajar memandu." Akhirnya Tia bersuara, menghancurkan suasana hening di dalam kereta itu.
"Kau sukalahkan. Yela, bila dah belajar memandu, kau boleh bebas ke sana, ke sini...." Hud membalas.
"Encik Hud jangan salah faham. Saya tak minta pun dengan daddy untuk belajar memandu. Saya sendiri pun tak tau yang daddy nak saya belajar memandu," ulas Tia. Sakit pula hatinya dituduh sebegitu rupa.
"Tak minta konon. Aku taulah trik budak - budak kampung Macam kau ni. Kau gunakan muka kau yang naif tu untuk orang kesiankan kau dan bagi kau macam - macam. Yang dah terkena, tuuu, parent aku." Hud masih belum puas dalam mengecam Tia.
"Astaghfirullahalazim, teruk sangat saya ni di mata Encik Hud. Saya masih sedar diri saya ni Encik Hud dan saya masih sedar lagi di mana kaki saya berpijak...."
"Tak payahlah kau nak beristighfar depan aku. Tak payah nak tunjuk alim. Semua trik orang - orang kampung macam kau ada dalam poket aku."
Tia diam membatukan diri dan tidak lagi membalas. Bimbang jika api disimbahkan dengan minyak akan jadi semakin marak pula. Hud Husaini bukan seorang yang mudah nak mengalah. Dia alihkan pandangan pada cermin tingkap kereta.
Mereka berdua sampai ke rumah sekitar pukul 10.00 malam. Mata sudah sedikit layu. Tahan mengantuk dari selepas waktu Isyak tadi.
Gedegang...
Pintu kereta dihempas kuat sejurus Hud Husaini keluar dari kereta.
"Allahuakbar..." Tia urut dada. Terkejut. Dahlah malam - malam macam ni sunyi je di kawasan kejiranan di sini.
Tia juga angkat kaki dan masuk ke dalam rumah. Laju kaki dibawa ke biliknya. Nasib baik dia minta bilik bawah. Tak perlulah susah - susah dia nak menapak anak tangga.
Buka sahaja pintu bilik, suasana gelap menjamu ruang matanya.
KLAKKK... Suis lampu dia buka. Kurang tiga saat, bilik itu menjadi terang - benderang.
Dia melabuhkan punggung di atas katil. Kenapa suaminya itu seperti melarangnya untuk ambil lesen kereta padahal benda tu penting. Penting jika ada kes kecemasan.
Tia urut tengkuk, dia angkat punggung dan berura - ura mahu ke dapur. Tekaknya sudah dahaga. Semasa mahu keluar dari dapur, Dia bertembung dengan Hud. Mahu keluarlah tu. Padahal daddy dah banyak kali pesan supaya jangan keluar malam.
Tia masuk ke dalam bilik semula dan mengunci pintu rapat - rapat. Rasa seriau juga apabila ditinggalkan sorang - sorang dalam rumah besar ini. Walaupun sudah dua bulan tinggal di rumah itu, perasaan semacam itu tetap terasa.
*******
Dua bulan kemudian...
"Terima kasih encik, Simpan duit baki yer." Not RM50.00 dia hulur kepada pemandu grab berkulit cerah itu. Muda lagi. Anggaran umur 20 hingga 25 tahun.
"Sama - sama. Terima kasih dik, minta halal yer," balas lelaki itu semula.
Tia senyum. Walaupun sudah bergelar isteri orang tapi dari segi umur dia adalah budak yang baru habis sekolah menengah. Riak wajah tidak boleh menipu.
Perlahan dia bawa langkah ke dalam rumah. Walaupun dirinya isteri yang tidak diiktiraf, jika mahu keluar ke mana - mana, tidak dia lupa untuk meminta izin dari suaminya.
"Assalamualaikum..."
Perlahan dia bawa langkah masuk ke dalam rumah. Mommy dengan daddy sudah sedia menunggu di ruang sofa.
"Waalaikumsalam, sampai pun menantu mommy. Kamu dah makan belum. Kalau belum pergi makan dulu," tegur Datin Malika ramah. Sempat dia mempelawa menantunya untuk sarapan.
"Dah mommy. Tia dah sarapan dekat rumah."
"Mana suami kamu? Dia tak ikut sekali?" Dato' Huzairi meninjau ke belakang mencari anaknya Hud Husaini.
"Abang Hud tak dapat ikut. Dia ada urusan kat luar. Nak jumpa kawan katanya," maklum Tia. Bukan berbohong tapi itulah kenyataannya. Dia sendiri sudah dapat mengagak dengan siapa suaminya itu mahu jumpa.
"Hmmm, bila suruh datang sini, ada sahaja urusan dia. Tak pelah, daddy nak jumpa kamu sebenarnya," ujar Dato' Huzairi. Dia menghulurkan sesuatu pada Tia.
"Kunci apa ni daddy?" Soal Tia wajah mentuanya dia pandang bersilih ganti.
Mommy seperti biasalah, senyum jer dari tadi. Bahagia sungguh wajahnya.
"Jom ikut daddy..."
Dahi Tia berkerut seribu. Masih tidak faham dan tidak dapat meneka.
"Jom sayang. Jangan termenung jer." Datin Malika menarik tangan Tia untuk menyaingi langkah suaminya yang sudah mendahului.
Langkah bapa mentuanya menghala ke arah garaj. Semakin pelik pula Tia.
Daddy menunjukkan ke arah sebuah kereta comel berwarna kuning jenama volkswagen.
Kaki Tia terkaku. Seolah tidak percaya.
"Ni kereta Tia. Daddy dan mommy hadiahkan pada Tia sempena lulus lesen memandu haritu," terang Dato' Huzairi.
"Suka tak sayang?" Datin Malika menyoal. Belakang bahu menantunya dia gosok perlahan - lahan.
"Errr, berat hati Tia nak Terima daddy. Tia tak nak nanti ada orang cakap Tia nak kikis duit mommy dengan daddy." Tia berterus terang. Dia tak nak Hud akan menuduhnya bukan - bukan. Walaupun sehingga ke hari ini dia mampu bertahan dengan caci maki lelaki itu, tetapi dia takut, dia akan menjadi isteri derhaka semata - mata ingin mempertahankan dirinya dari mulut berbisa Hud Husaini.
"Nah kunci. Cuba dulu."
Kunci bertukar tangan.
*******
Kereta diparkirkan di bawah garaj letak kereta. Mata melilau ke kiri dan ke kanan. Kereta suaminya masih belum ada di garaj.
"Tak kan masih belum balik dah pukul 12.00 tengah malam..."
"Hmmm, biarlah." Tia dengan langkah laju berjalan masuk ke dalam rumah. Menggagau dia mencari suis lampu.
Dia menuju ke biliknya terlebih dahulu sebelum kaki diatur ke bahagian Dapur.
Klakkk... Pintu utama seperti hendak dibuka. Tia yang ketika itu berada di ruang menonton, berpaling. Bersedia dengan sebarang kemungkinan.
"Allahuakbar, kenapa ni Encik Hud?"
Tia panik. Lelaki yang terhuyung - hayang dan berjalan seperti orang tidak betul itu cuba dibantu. Dia memapah lelaki itu ke arah sofa.
Bau alkohol menerjah ke rongga hidungnya. Busuknya hanya Allah saja yang tahu. Tia tahan nafas.
"Arghhh..." Hidung Tia sudah tercium dada bidang Hud. Jantungnya mula mengepam laju. Dengan hidung menahan nafas kerana bau busuk yang memualkan dan dengan dia cuba menahan diri apabila lelaki itu menariknya ke dalam rangkulan. Tia menjadi semakin gugup dan gemuruh.
"Sayang... Cantik sangat you malam ni. Kenapa tadi muka you lain dan sekarang ni dah berubah jadi lain, yang sekarang lagi cantik?" Hud cuba merangkul dan bibirnya dibawa ke leher Tia, ingin mencium leher Tia.
"Lepaslah... Cuba kawal diri Encik Hud. Saya bukan Tania, saya Tia."
"Sayang... Kenapa you tak nak layan i?"
"Encik Hud... Saya bukan Tania. Saya Tia. Berapa kali nak cakap." Tia semakin geram. Dalam sakit hatinya dengan sikap tidak terkawal Hud, perasaan takut dan gerun tetap juga tak hilang. Dalam keadaan sekarang apa - apa sahaja boleh berlaku di luar kawalan lelaki itu.
Bau alkohol semakin kuat menerobos ruang hidungnya. Beberapa kali dia hampir termuntah. Kadang - kadang dia terfikir kenapa ada orang yang boleh sukakan air syaitan ini, dengan bau busuknya.
Tia menolak sekuat hati Badan suaminya itu. Dah gila agaknya sampai tak kenal antara Tia dengan Tania. Marah Tia di dalam hati.
"Sampai hati you tolak i. Tadi bukan main lagi you, tak nak berenggang dengan i walau sesaat pun." Hud mengomel.
Ada tutur katanya yang tidak dapat difahami oleh Tia. Apa yang dibebelkanny pun Tia tak pasti
Tia beristighfar. Hmmm, ke kelab malamlah tu. Dia tinggalkan lelaki itu terbaring di sofa. Entah apa yang Hud bebelkan sudah tidak di tangkap butir bicara oleh Tia. Sekejap dia senyum, sekejap dia tunjuk - tunjuk kat syiling. Tak puas lagi nak tunjuk langit agaknya. Tu senyum sorang - sorang mesti dah berjumpa dengan bidadari. Tia mengomel. Ikutkan hatinya mahu dibiarkan suaminya yang sudah tidak berapa waras itu di ruang tamu. Tetapi tak sampai hati pula.
Tia lunjurkan kaki suaminya dan membetulkan kedudukan suaminya agar sedikit selesa. Perlahan dia mencabut stoking yang masih tersarung di kaki suaminya.
Satu bantal kusyen dia lapikkan di bawah kepala Hud. Suhu aircond dia perlahankan sebelum mengambil satu selimut lalu menyelimuti tubuh lelaki itu.
Tia berundur dan masuk ke biliknya sejurus mendengar bunyi dengkuran halus dari bibir suaminya itu.
*******
....."Takde kerja lain kamu ni kalau telefon abah. Asyik minta duit - duit - duit."
....."Nureen memang nak guna duit. Ada projek belajar yang nak kena siapkan. Kalau tak markah Nureen akan jadi rendah. Abah nak ke Nureen gagal dalam exam?" Terang Nureen cuba untuk memprovoke abahnya. Dia anak tunggal, jadi apa yang dia nak mesti akan dia dapat.
....."Yela - yela, tu jelah modal kamu. Abah nak ke Nureen gagal exam?" Tahir mengejek suara anaknya. Memang itulah sahaja hal jika anak daranya itu membuat panggilan.
....."Nanti kejap lagi abah transfer. Kamu ni, cubalah belajar berjimat sikit. Boros nauzubillah. Zaman abah dulu..."
....."Dahlah abah. Jangan cuba bandingkan zaman Nureen dengan zaman abah. Tak sama. Harga dulu dengan sekarang pun banyak beza." Dia memintas percakapan abahnya. Sangat tidak bersetuju dengan perbandingan yang dibuat. Zaman dulu dengan zaman sekarang mana sama.
....."Hmmm, satu yang abah cakap sepuluh yang kamu jawab. Sama je perangai dengan..."
"Sama dengan siapa???" Melantun suaranya dari arah dapur.
Tak sempat Tahir mahu menyambung kata, percakapannya sudah dipintas oleh Rokiah.
Dengar je telinga tu.
"Dah Nureen ni anak awak, samalah macam perangai awak." Tahir membalas. Pantang sikit bila terkait, melantun terus suaranya.
....."Hmmm, okay lah Nureen, abah ada kerja ni. Kamu ni pun kalau telefon bukannya nak tanya khabar kami, sihat ke tak, makan apa kat umah ni? Memang takdenya. Minta duit je yang kamu tau. Dah abah nak letak... Assalamualaikum."
"Macam mana Nureen nak tanya,, baru nak tanya jer, abah dah membebel kat Nureen. Okaylah abah. Nureen pun nak keluar makan ni. Kirim salam mak. Waalaikumsalam."
Telefon diletakkan di atas meja kopi. Rokiah yang baru sahaja muncul dari dapur itu dia pandang. Nampaknya langkah seperti mahu menghala ke arahnya.
"Buatkan kopi untuk abang Kiah. Dahaga pula ni lepas bercakap dengan Nureen." Lehernya dia urut perlahan dengan tangan kanannya.
"Emmm, yela." Rokiah membalas tanpa secalit senyum. Masam je wajahnya.
"Cuba maniskan sikit muka tu bila pandang suami. Senyum pada suami ni dapat pahala tau. Takdelah macam asam kecut je mukanya." Tahir menegur. Entahlah, jarang nak lihat isterinya itu tersenyum. Apatah lagi nak layan dia sebagai suami dengan selayaknya.
"Pergilah suruh janda tu senyum kat abang. Bukan abang angau kat dia ke?" Tembak Rokiah seraya berlalu ke dapur. Tanpa berpaling, laju sahaja langkahnya.
Tahir telan liur. Dah nak mulalah tu. Hmmm, kalau dia pun sama naik berbahas, confirm tidur luar dia malam ni.
"Nah air." Secawan kopi diletak ke atas meja dengan sedikit kasar.. Bergegar cawan. Nasib baik tak tumpah isinya. Dia berlalu ke luar rumah. Baik dia menyapu sampah, daun kering atau siram pokok bunga daripada memandang dan duduk bersetentang dengan suaminya.
Sebenarnya hatinya masih sakit apabila baru semalam dia mendapat aduan berserta gambar dari Yati Murai yang suaminya itu pergi ke rumah janda adik iparnya itu. Entah apa yang dibuatnya kat sana. Dah balik kerja pun bukannya nak terus balik ke rumah, melekat je kat rumah janda. Semalam tak sempat dia nak menanya kerana tunggu punya tunggu, malam baru balik rumah.
Tahir geleng kepala. "Kenapa dengan orang tua ni? Nak monopous agaknya, ada je hal nak cari pasal," Bebel Tahir. Mata kembali fokus pada TV dan perlahan cawan di tangannya dia bawa ke mulut dan meneguknya perlahan - lahan.
"Air je, bukan nak hidang kuih ke, cekodok ke, dasar pemalas. Aku cari makan tempat lain tau pula nak marah." Omelan kepada isterinya tidak terhenti di situ.
*******
Tia memberhentikan kereta di ruang parkir sebuah kedai serbaneka. Ada barang yang dia mahu beli. Nak harapkan suaminya yang bawa memang jauh sekali. Semua urusan dia lakukan sendiri.
Hampir lima bulan menjadi isteri lelaki itu tidak pernah sekali pun, lelaki itu bersikap manis padanya. Jauh sekali hendak berbual mesra. Tapi semua itu sudah biasa pada Tia.
Jika dia masak pun. Dia sendiri juga yang akan habiskan. Sebab tu Tia akan masak untuk seorang makan. Bukan tidak pernah mempelawa, pernah... Tetapi balasan yang dia dapat hanyalah herdikan.
Tia geleng kepala apabila mengingatkan semua itu. "Hidup kena terus Tia. Fokus ke depan. Dia fokuskan semula pada tujuan asalnya dia ke sini.
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel