BAB 18

Romance Series 13768

......"Kau kat mana? aku dah sampai depan rumah kau ni?"

......"Kau dah sampai ke? Sorry, aku baru lepas mandi. Bagi aku lima minit yer."

Lebih kurang lima belas minit menunggu, Norzie muncul dengan beg sandangnya. Lawa pula memakai set blouse dan seluar berwarna peach. Kena dengan kulitnya yang sedikit sawo matang.

"Maaf, aku lambat. Aku terlelap tadi." Norzie membetulkan duduknya.

"Hmmm, tulah kau. Aku bagi masa lima minit je tau. Ni dah pukul berapa?" Tia mula membebel.

"Rindunya nak dengar kau membebel. Bebel lagi Tia." Norzie tertawa kecil. Sengaja mahu menyakat kawan baiknya itu.

Tia seperti biasa kelihatan tenang, setenang wajahnya.

"Malaslah nak layan kau, ada - ada je kau ni."

Begitulah kalau berjumpa ada je gaduh - gaduh manja.

"Eh, baru aku perasan, kau dah pandai bawak keretalah. Lama kau tak balik kampung rupanya dah banyak perubahan pada diri kau," ujar Norzie dengan perasaan teruja. Dia pandang pada Tia yang sedang memandu dengan tenang. Dia sebagai sahabat tumpang gembira. Banyak perubahan ke atas diri Tia.

"Bolehlah sikit - sikit. Masih dalam P lagi. Kau bila nak ambil lesen kereta?"

"Ayah aku cakap lepas STPM baru ambil. Takpelah, kalau aku dah kerja esok - esok, aku kumpullah duit untuk ambil lesen." Norzie membalas.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni? Aku tanya semalam kau tak cakap." Norzie menyoal.

"Kita pergi makan cendol nak? Dah lama tak makan cendol kat pekan." Tia memberi cadangan. Sebenarnya dia sendiri pun tiada tempat untuk membawa Norzie keluar. Saja untuk meluangkan masa bersama Norzie. Rindu pula pada sahabat baiknya ini.

"Emmm, boleh, last kita pergi pun tahun lepas. Tu pun sebelum kau kahwin. Sedapnya cendol. Makan time cuaca panas - panas macam ni." Norzie menelan liur. Sudah terbayang di depan mata semangkuk cendol yang penuh dengan ais dan kuah santannya.

"Alhamdulillah, sampai pun kita. Jom..."

Mereka serentak keluar dari kereta selepas memarkirkan kereta di depan sebuah gerai cendol. Ada banyak gerai di tepi jalan itu. Ada gerai kuih - muih, pisang goreng dan banyak lagi.

"Bagi saya cendol durian." Order Norzie setelah pelayan datang mengambil order makanan.

"Bagi saya cendol pulut." Giliran Tia pula memberi order. Dari dalam kereta tadi sudah terbayang - bayang semangkuk cendol pulut yang lemak berkrim itu.

"Okay, apa cerita kau sekarang? Kau dah ada handphone pun bukan nak bagitau nombor telefon kau kat aku. Ni pandai pulak kau telefon aku," tukas Norzie. Wajahnya terpamer riak geram kepada sahabat baiknya itu.

"Janganlah marah aku. Kesian kat aku. Aku ni dah la lama tak jumpa kau. Dapat jumpa kau jarang - jarang sekali ni pun kau marah aku pulak. Kau tau betapa aku rindu sangat kat kau." Tia buat - buat muka sedih. Seronok menyakat Norzie.

"Emmm, yela, aku pun rindu kat kau sangat - sangat. Macam mana rumah tangga kau, okay...???" Norzie mengendurkan suaranya. Dia memberi tumpuan kepada Tia. Ingin sangat dia tau perkembangan kawan baiknya itu. Sebelum ni hanya mendapat info dari ibu Tia sahaja.

"Emmm, okay je..."

Norzie pandang pada wajah Tia. Nampak tak seiring kata - kata Tia dengan riak wajahnya.

"Betul ke ni? Nampak jawapan kau macam tak ikhlas."

"Betullah, cuma hubungan kami sedikit tak normal. Dia buat haluan dia dan aku dengan hidup aku." Jawab Tia sugul. Sebenarnya dia tak nak Norzie tau perihal rumah tangganya tapi dia ingin berkongsi supaya beban dan rasa sarat di kepalanya sedikit berkurang. Dia perlukan tempat untuk dia meluah tapi bukan kepada ibunya. Dia taknak kerana hal ini membuatkan ibunya bertambah risau.

"Allahuakbar kiranya kau dengan dia masih belum..."

"Belum Zie, aku masih dara sampai sekarang. Tapi, sangat bagus untuk aku. Aku tak perlu fikirkan dosa jika kena layan dia dalam keadaan terpaksa. Kau taukan, Aku kahwin dengan dia pun bukannya dengan rela ataupun ada perasaan cinta, perkahwinan kami atas dasar terpaksa dan ada sebab - sebab tertentu." Berat untuk Tia teruskan kata - katanya.

"Kalau tak boleh, kenapa teruskan. Aku bukan nak hasut supaya kau bercerai dengan laki kau tapi tulah... Hmmm..."

"Terima kasih," ucapnya serentak setelah pelayan membawakan cendol untuk mereka berdua.

"Aku tak boleh minta cerai dengan dia melainkan dia yang ceraikan aku. Aku tak akan minta cerai dengan dia Zie. Aku sayangkan kedua ibu bapa mentua aku. Aku banyak terhutang budi dengan mereka berdua. Apa lagi yang aku harus buat selain aku bertahan sehingga ke penghujung kisah suka duka aku ni." Tia pandang ke arah Norzie. Wajah kawan baiknya itu dia renung. Renung dengan penuh pengertian.

"Aku faham maksud kau. Dah banyak Dato' melabur untuk keluarga kaukan. Termasuk menebus geran tanah arwah ayah kau. Aku tau mesti serba salah.

"Zie, janji dengan aku, kau jangan cakap hal ni pada ibu aku. Aku tak nak dia risau. Apa yang dia dengar, hanyalah yang baik - baik sahaja. Tolong ekkk," tangan kawan baiknya dia genggam. Erat seperti tidak mahu melepaskan.

Norzie angguk. Dia menepuk atas tangan kawannya itu. Beratnya beban yang dipikul.

"Aku janji. Tapi jangan kau pendam. Kalau boleh kongsi. Kau kongsi dengan aku. Kalau ada apa - apa yang tidak baik dia buat pada kau, kau terus text aku. Ingat tu. Aku akan ada selalu dengan kau. Jangan ingat kau berseorangan."

"Terima kasih Zie. Kau kawan baik aku dunia akhirat. Aku sayang kau sangat - sangat Zie," ujar Tia. Bergenang air mata pada kelopak matanya. Tapi dia tahan agar tidak jatuh.

"Dahlah tu. Tak maulah sedih - sedih. Kita sekarang ni tengah ambil feel nak makan cendol tau. Nanti hilang mood kita. Aku nak kau tau, kalau kau sedih, kau gembira, kau susah atau kau senang, aku akan tetap bersama kau. Kau ingat tu. Jom kita makan cendol," ulas Norzie bersama ketawa kecil.

"Terima kasih Norzie. Lupa nak cakap kat kau. Awal bulan depan aku nak sambung belajar. Bapa mentua aku dah daftarkan aku belajar kat kolej. Aku ikut jelah. Yang penting kolej tu diiktiraf. Dia suruh aku ambil Diploma dulu, lepastu kalau okay terus sambung degree," maklum Tia. Tak sabar sebenarnya dia nak bagitau Norzie pasal hal itu. Apa sahaja berita gembira mesti akan dikongsinya pada Norzie.

Sudu di tangan dia letak semula ke dalam mangkuk. Wajah kawannya dia tatap lama. Teruja... Yer, dia teruja. Seakan tidak percaya.

"Betul ke Tia?" Soalnya ragu.

"Yer, betullah, takkan aku nak tipu kau."

"Akhirnya impian kau nak sambung belajar tercapai jugakan Tia. Baik betul mentua kau. Beruntungnya kau. Aku pun nak mentua macam kau jugalah." Senyuman manis di bibir Norzie mengungkapkan betapa ikhlasnya dia dalam berkata - kata.

"Dapat mentua yang baik itu rezeki Zie. Dapat suami yang baik juga rezeki. Tapi aku hanya dapat mentua yang baik. Suami yang baik belum rezeki untuk aku Zie." Tia telan liur. Terasa berat untuk dia meluahkan. Memang nampak dia seorang yang beruntung kerana mendapat mentua yang baik. Tapi dia mahukan keduanya. Mentua dan suami yang baik. Entah bila dia akan dapat semua itu.

"Sabar Tia. Aku hanya boleh cakap 'sabar' tapi yang merasai semuanya adalah kau. Aku doakan kau akan dapat kebahagiaan dalam hidup kau nanti Tia." Tangan kanan kawannya itu dia gengam. Seakan menyalurkan kekuatan.

*******

Masuk sahaja ke perkarangan rumah, hati Tia terus diserbu satu rasa yang tidak enak. Sesungguhnya dia tidak sukakan perasaan itu. Perasaan tidak suka balik ke rumah sendiri.

Sejak sebulan yang lalu mereka berdua telah berpindah keluar dari rumah singgah keluarga itu. Lot banglo dua tingkat yang dibeli oleh bapa mentuanya merupakan kediaman baru buat mereka berdua.

Tia melepas pandang pada kereta suaminya di bawah garaj.

"Tak keluar dengan awek ke harini?" Soal Tia. Soalan hanya pada dirinya sendiri. Sedikit pelik apabila suaminya itu tidak keluar dan melekat sahaja dekat rumah. Jika tidak, bayang pun takde.

Tia orak langkah menuju ke pintu utama. Masuk sahaja ke dalam rumah, hidungnya menangkap bau kelam asap rokok yang betul - betul menusuk. Tau yang suaminya itu sedang menyedut 'oksigen'. Tia tak suka kalau ada yang merokok di dalam rumah tapi apa dia boleh buat. Nak tegur pun tak boleh, kalau tertegur, taulah dia apa akibatnya. Dirinya juga yang akan teruk dihamun dek kerana sikap baran suaminya itu.

Langkah diatur perlahan, Tia memberi pandangan kosong ketika melintasi suaminya yang sedang duduk menonton di ruang tamu. Biliknya yang terletak di aras bawah memang akan melalui ruang tamu. Di rumah ini, tetap juga dia memilih bilik aras bawah. Hanya ada dua bilik di aras bawah. Sememangnya bilik itu disediakan untuk orang gaji dan satu lagi mungkin bilik tetamu. Tidak jadi masalah pun pada diri Tia. Bilik yang dipilihnya itu memang cukup selesa dan lengkap dengan segala perabot.

Tia meletakkan fail berisi buku - buku dan nota belajarnya di atas meja tulis bersama sling bag yang menyilang pada badannya. Dia mengambil masa beberapa minit untuk meregangkan sedikit otot - ototnya sebelum dia berlalu ke bilik air.

Baru terasa segala penat pada badannya. Berulang hari - hari ke kolej dengan jarak 45 kilometer dan satu jam perjalanan, memang akan terasa penatnya. Itu belum lagi jika ada assignment berkumpulan. Memang kena berkampunglah di kolej atau mana - mana tempat yang dipilih untuk perbincangan. Selama tempoh dua tahun dia akan menempuh suka dukanya di kolej itu. Dan ini adalah bulan pertamanya belajar di sini.

Nasi bungkus yang di beli di restoran sebelum balik ke rumah tadi dia panaskan semula di dalam microwave. Biasanya dia akan memasak pada hari cuti sahaja.

Dia bawa nasi yang sudah dialihkan ke dalam pinggan itu ke meja makan. Sempat matanya menjeling ke arah sang suami yang sedang menonton TV. Mungkin sedang menonton movie di Netflix.

Tanpa mempelawa suaminya, dia neneruskan makannya sambil sesekali menjeling ke arah lelaki itu.

Apabila pandangan mereka bertembung, Tia cepat - cepat mengalihkan pandangan ke arah lain.

Tapi dia tak sampai hati...

"Encik Hud nak makan? Kalau nak makan saya boleh sediakan," soal Tia perlahan. Dia gugup kerana risau akan diherdik oleh Hud. Selama perkahwinan mereka yang sudah menjangkau tujuh bulan pun, tidak pernah sekalipun lelaki itu bercakap elok dan lembut dengannya yang selayaknya seorang isteri.

Hud alihkan pandangan dari kaca televisyen memandang tepat pada wajah Tia. Hmmm, baru nak pelawa, dia disitu dah macam tunggul. Dia tahan perutnya yang sedikit berkeroncong. Lapar,,, yer, memang dia lapar tapi egonya tetap setinggi Menara Berkembar KLCC.

Tia kerut kening apabila membalas pandangan si suami yang tanpa suara itu.

"Encik Hud nak makan, kalau nak, saya masakkan sebab saya bungkus nasi goreng ni satu jer?" ulang Tia sekali lagi sambil menunjukkan pinggan nasi yang sedang dia makan.

"Kau makanlah sorang - sorang. Aku tengok muka kau pun tak lalu nak makan. Inikan pulak aku nak makan masakan kau. Eeee... Ada hati nak pelawa aku makan masakan dia, geliii. Entah - entah nanti diletaknya racun." Hud buat mimik muka nak muntah. Sebenarnya dia sengaja mahu menyakitkan hati isteri tak diiktirafnya itu.

"Tak nak makan sudah. Saya pelawa atas ihsan saya ni sebagai isteri. Tak perlu nak hina masakan saya. Takkan jahat sangat saya ni nak letak racun dalam masakan SUAMI saya." Sengaja dia tekankan perkataan 'Suami'.

Hud buat - buat tidak mendengar tetapi telinganya jelas menangkap butir bicara Tia.

"Nak tengok TV pun tak senang..." Hud angkat punggung meninggalkan ruang tamu menuju ke biliknya. Tania dah tiga hari tidak dapat dikesan. Call, Video Call dan teks pada WhatsApp semua tidak diangkat dan dibalas. Runsing pula hatinya.

Tia hanya melepas pandang.

"Lantaklah, orang ni baik hati tanya nak makan ke tak pun dikatanya nak letak racun dalam makanan dia. Kalau kebulur nanti, pandai - pandailah cari makanan sendiri. Sombong, ego... Hmmm..." Omel Tia. Dalam mengomel itu habis juga sepinggan nasi goreng. Dia angkat pinggannya dan bawa ke sinki.

"Ukkkk, alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah atas rezeki pada hari ini." Perlahan dia sendawa. Usai kemaskan serba sedikit kawasan dapur, dia berlalu ke bilik. Ada homework yang perlu dia siapkan.

Hud tekan perlahan perutnya yang aktif berkeroncong. Tulah tadi jual mahal, sekarang tanggunglah kelaparan seorang diri.

Pedih disegenap perut membuatkan dia mencapai kunci kereta. Mahu makan di luar. Nak ke rumah mommy dengan daddy, nanti dikata apa pula...

"Mana Tia?"

"Kenapa tak bawa isteri sekali datang sini."

Tia okay ke tak?"

"Apa punya suamilah kamu ni, isteri pun ditinggal dekat rumah."

Persoalan dan kata - kata itu bergema di dalam kotak fikirannya. Tau sangat itulah yang akan ditanya dan disebut jika dia pergi sendirian ke rumah ibu bapanya.

Sikit - sikit Tia... Tia - Tia - Tia. Aku ni siapa pada mommy dengan daddy. Rengusnya.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience