Tia menjinjing beg kertas di tangan. Penuh di tangan kiri dan kanannya.
Wajahnya seperti biasa kekal tenang. Tapi dia masih pelik suaminya sejak dua menjak ni menjadi lelaki soleh pula. Tak keluar. Jika tidak, bayang pun tak nampak. Usahkan hendak berjumpa, nak bertembung pun jauh sekali. Masing - masing dengan urusan dan hal sendiri. Tapi itu dulu.
Buat apa dia nak peduli. Kata - kata Hud diawal perkahwinan masih segar terngiang - ngiang di telinganya.
Cuma sekarang, lelaki itu berubah menjadi lelaki 'terpaling' pula. Kenapa dia kata 'terpaling', sebab tingkah dan perangainya berubah pelik. Menjadi terlalu budiman pula sekarangni. Siap boleh masak lagi untuk mereka berdua. Yang paling tak boleh fikir, boleh pula melekat sahaja di rumah. Tak pula panas punggungnya.
Dalam memikir - mikir sikap Hud yang dah berubah secara mendadak itu, langkahnya terbawa ke arah meja makan kerana hidangan yang ada di atas meja begitu menariknya untuk menyinggah di situ. Bukan sebab lapar, perutnya sudah kenyang makan bersama Encik Razif sebentar tadi.
Dahinya berkerut. Di atas meja terhidang sepinggang pisang goreng dan kuih kasturi bersama seteko air. Tak pasti kopi atau teh.
"Jom minum petang, saya ada belikan pisang goreng dan kuih kasturi dekat warung tepi simpang jalan taman kita ni. Saya ada belikan untuk guard sekali." Hud memaklumkan tanpa dipinta.
Tia yang terleka melihat apa yang ada di atas meja tersentak.
Tia angguk. "Thanks sebab pelawa tapi saya dah kenyang. Encik Hud makanlah. Saya pergi masuk bilik dulu." Sambil menjinjing beg kertas, dia berlalu perlahan menuju masuk ke bilik. Baru terasa penat pada badannya. Tak sabar nak siramkan air dengan paip air hujan ke badannya.
"Banyaknya beli barang. Si dia belanja ke?" Hud bertanya walaupun sedikit terasa di hatinya. Kesat air liur yang ditelan.
Tia berpaling. "Emmm..." Jawapan ringkas dari Tia sebelum berlalu ke biliknya.
Tangan Hud terkepal. Hilang terus seleranya untuk makan pisang goreng petang itu.
Tau silapnya. Ye, memang semua salahnya. Jika dalam masa setahun ini dia melayan Tia dengan baik, mesti semua ini tak akan berlaku. Mesti Tia akan melayannya elok.
Hud membawa langkah ke biliknya. Tudung saji dia tutupkan hidangan minum petang yang ada di atas meja yang tidak dia jamah. Seleranya hilang.
'Mesti special tu jika dah beli hadiah. Takkan kalau xde apa - apa sanggup bagi somethingkan.' Fikir Hud. Sempat dia halau jauh - jauh sifat cemburunya. Kalau diikutkan buat apa dia nak cemburu. Bukan itu ke yang dia mahu. Tapi... Itu sebelum Tania curang padanya.
Dia lepas keluhan berat. Ingatkan bolehlah minum petang bersama isterinya petang ini.
*******
"Morning..."
Tia yang sedang sibuk memasukkan kuetiau goreng ke dalam bekas, berpaling.
Mata tertancap pada sesosok tubuh suaminya yang sedang menyandar pada kabinet dapur. Tersengih macam kerang busuk. Entah buang tabiat apa pagi ni. Makin lama, makin tak terjangka perangai suaminya.
"Saya pun nak, ada lebih?" Pinta Hud dengan muka tak malu.
"Ni ke?" bekal berisi kuetiau dia tunjuk pada suaminya.
"Yela, kalau saya minta lainkan tak termampu awak nak bagi." Hud ketawa gatal.
Tia buat - buat tak faham.
"Encik Hud nak makan masakan saya? Tak loya ke tekak tu?" Perli Tia. Sebab dulu, telinganya panas apabila mengingatkan caci - maki lelaki itu yang katanya tak lalu dan geli nak makan masakannya. Tapi kini, dia pula yang meminta.
"Buat apa nak loya, salah ke saya nak makan masakan isteri saya."
"Tapi dulu Encik Hud cakap..."
"Barang yang lepas usah dikenang," tukas Hud.
Tia makin geram di hati. Dulu cakap lain, sekarang lain pula, seolah - olah dia dah lupa pada kata - katanya dulu.
Dalam dia mengomel - ngomel, selesai juga dia mengisikan bekal suaminya itu.
Makin hari, Tia semakin takut pula. Memikirkan perangai si Hud yang selalu di luar jangka.
"Saya letak atas meja ni, nanti ambil je. Saya dah lambat, nak gerak pergi kelas." Maklum Tia. Tergesa - gesa dia mahu bergerak untuk ke biliknya semula.
"Nak jumpa pakwe yang haritu ke?" Hud menyoal.
"Apa maksud Encik Hud? Tu lecturer saya. Kalau saya nak bercinta sekalipun, itu adalah hak privacy saya. Tak de kena mengena dengan Encik Hud pun. So tak payah nak soal perkara yang bukan - bukan." Suaranya ternaik satu noktah. Geram pula hatinya apabila ada yang cuba nak campur hak privacynya.
Hud terdiam. Mulutnya sudah kelu dan beku.
"Jangan lupa apa yang pernah Encik Hud cakap dulu. Kata - kat tu masih segar terngiang - ngiang di kotak fikiran saya. Saya pergi dulu."
Sekali lagi Hud bungkam. Termati kata dek kerana kata - kata Tia.
Dia bersiap - siap secepatnya dan mahu segera sampai ke pejabat.
********
Dia meletak bekal yang dimasak oleh Tia pagi tadi ke atas meja.
Masuk harini sudah seminggu dia bawa bekal ke pejabat.
Menggunakan intercom...
"Aween, tolong buatkan kopi untuk saya."
"Baik Encik."
Kurang lima minit, air kopi sudah tersedia di atas meja.
"Thanks Tia..."
"TIA???"
"Errr, maafkan saya. Thanks Aween."
Hud termalu sendiri. Boleh pula berangan pada isteri sendiri.
"Emmm, takpe. Wife Encik Hud masak ke?" Aween menyoal sambil matanya memandang ke arah bekal makanan yang ada di atas meja kopi.
"Ha'ah, wife saya masak. Awak nak rasa..." Maklum Hud dengan muka berseri - seri.
"Bagus wife Encik Hud , hari - hari masak. Okaylah saya keluar dulu. Sila jamu selera." Aween berjalan keluar.
Ada dua bekas bekal yang yang disediakan oleh Tia harini. Satu nasi goreng paprik seafood dan satu lagi sandwic telur dan mayonis. Sekarang dia tidak perlu lagi meminta - minta. Semua akan tersedia di atas meja. Tinggal hanya ambil sahaja. Sejak hari pertama dia bawa bekal, dia sudah mula menyukainya.
Dia mengambil satu sandwic lalu di bawa ke mulut.
Kedegang... Pintu ditolak sedikit kasar.
"Takpe Aween, biarkan..." Ujar Hud.
"Baik Encik Hud." Aween tutup kembali pintu. Meninggalkan Hud di dalam bilik itu bersama Tania.
"Buat apa you datang sini?"
"I terlalu rindukan you." Tania ambil tempat di sebelah Hud. Sangat rapat.
"Rindu konon... Mana jantan yang you duk berkepit sana - sini tu?" Matanya tajam dan tidak memandang ke arah Tania. Rasa sakit hatinya pada wanita itu masih tidak kurang.
"Dia bos i. You je yang salah faham. I keluar dengan dia pun adalah sebab tuntutan kerja." Tania menjelaskan walaupun apa yang dilihat oleh mata kasarnya seolah - olah Hud seperti tidak yakin dengan kata - katanya.
Hud ketawa sinis. Kata - kata Tania seperti satu jenaka padanya.
"Please B, percayakan i. I tak boleh hidup tanpa you. I rindu you sangat - sangat." Tania merayu. Dia merebahkan punggungnya di sebelah Hud. Duduk yang sangat rapat sehingga bersentuhan. Kepalanya dilentokkan di bahu lelaki itu. Rindunya nak bermanja dengan kekasihnya ini.
"Kenapa dengan you ni? Jaga batas you di office i." Suara garaunya memecah suasana hening di situ. Semakin dibiar, semakin menjadi pula. Risau pula dia yang akan terbabas.
"Please maafkan i. I dah tak kerja bawah bos tu lagi. Sebab you. Semuanya yang i buat kerana you, I tinggalkan kerja modelling tu. Sebab i tau you cemburu." Suara Tania sudah tersekat - sekat. Murah pula air matanya nak mengalir. Masih bergenang.
Jiwa Hud semakin lembut. Dia ramas kasar rambutnya.
Wajah Tia menjengah ruang matanya. Isterinya yang sah itu kelihatan tersenyum seolah - olah menyindir dirinya.
Tania semakin galak mengusap - ngusap pipinya. Dengan kepala yang masih dilentokkan, dia masih berusaha untuk memujuk. Semuanya gara - gara Tuan Hashim, lelaki kaya yang sudah berusia itu mula beralih arah. Sudah dapat pucuk muda yang baru. Nak harapkan tunangnya, hmmm... Entahlah, nak cakap tunang pun macam tak serupa bertunang. Tania langsung tak de hati pada lelaki itu. Cintanya hanya pada Hud. Walaupun dibelakang dia keluar dengan lelaki lain tetapi jiwa dan hatinya hanya pada Hud.
"Sudahlah Tania." Tubuh Tania dia tolak kuat. "I dah malas nak layan you. You dengar ni apa yang i nak cakap, sejak i nampak you dengan orang tua tu, hubungan kita dah berakhir. I nak perbetulkan balik hubungan i dengan isteri i. I harap you jangan muncul depan muka i." Hud bangun. Menuju ke arah meja. Butang intercome dia tekan.
"Aween, bawa perempuan ni keluar. Lepasni jangan benarkan sesiapa masuk ke bilik saya jika takde appointment."
"Baik Encik Hud," balas Aween.
Kurang berapa minit, Aween muncul.
"Cik Tania, sila keluar. Jika tidak saya panggil Security."
"Sampai hati you buat i macam ni. Apa yang perempuan kampung tu dah buat pada you? You lupa ke janji kita dulu?" Tania menangis tersedu - sedu. Air mata mengalir laju di pipinya. Dia kesat kasar. Dia bangun dan membetulkan dress singkatnya yang sedikit tersingkap itu.
Hud diam membatu.
Sengaja dia menguatkan suaranya.
"You takkan bahagia dengan dia. Jangan ingat you boleh bersenang - lenang dengan perempuan bodoh tu selepas apa yang you dah buat pada i." Sempat dia menuturkan kata penuh amarah sebelum berlalu keluar dari situ.
"Sebelum you nak tuduh i, you cerminkan diri you. Fikir apa yang you dah buat pada i. I nasihatkan you, you baliklah pada tunang you. Mungkin dia lelaki yang terbaik untuk you."
Langkah Tania terhenti di muka pintu. Kata - kata Hud sangat menusuk ke tangkai hatinya. Tapi dia tetap tidak mengaku salah. Kesalahan semuanya dia letakkan atas bahu Hud dan perempuan kampung tu. Perempuan yang baginya seorang perampas.
*******
Tania mengoyang - goyangkan badannya mengikut rentak muzik yang kuat di dalam pub itu. Dia duduk di meja bar seorang diri. Datang ke sini bersama hatinya yang sakit. Entah berapa gelas air syaitan itu menembusi ruang tenggoroknya.
Langsung dia tidak hiraukan kedatangan keluarga Razif untuk makan malam pada malam ini.
Handphonenya dia matikan. Malas ada gangguan.
"Hai dear..."
"Boleh I temankan you?"
Suara lelaki garau yang duduk menempel di sebelahnya langsung dia tak ambil peduli. Ikutkan rasa marah, memang dia marah apabila ketenangannya diganggu.
"Hai you... Jangan sombong..."
Sekali lagi lelaki itu mencuba nasib.
"Sudahlah, jangan ganggu i. Pergi dari sini." Marah Tania. Pantang betul dia apabila diganggu. Dia ke sini hanya mahu melupakan sejenak halnya bersama Hud. Kata - kata Hud yang menyakitkan hatinya sebentar tadi terngiang - ngiang kembali di corong telinganya.
"Janganlah sombong. I tau you sunyi. Bagilah chance i hiburkan hati you." Tangannya gatal merayap ke peha Tania yang terdedah.
Tania yang semakin lalok dek kerana bergelas - gelas air syaitan yang sudah masuk ke tekaknya, hanya menepis manja.
"Tepilah, eee, rimas betullah." Tania hilang sabar. Orang dah banyak masalah, lagi kau mengendeng.
Lelaki itu semakin agresif. Wajahnya sengaja dirapatkan pada wajah Tania. Termuncung - muncung mulutnya mahu mencium pipi Tania.
"Eeee, janganlah. Tepi..." Tania menolak, tapi kudrat lelaki itu tidak terkalah olehnya.
Kepalanya sudah pening. Rasa mual sudah terasa di tekaknya. Tertelan - telan air liurnya menahan rasa loya itu.
Dalam keadaan yang tidak terkawal, lelaki itu ingin meraih Tania ke dalam pelukannya.
Tania berusaha menolak lelaki yang tidak dikenalinya itu. Semakin dia menolak, semakin kuat pula pelukan lelaki itu.
Ingin menjerit meminta tolong, masing - masing asyik melayan muzik sambil menari. Mana nak layan atau perasaan jeritannya ketika itu.
Bukkk...
Lelaki itu tersungkur.
Tangan Tania ditarik keluar dari tempat bingit itu.
"Eeee, lepaslah. Kau siapa?" Tania menjerit tetapi pegangan kuat lelaki itu mendorongnya mengikut lelaki itu keluar dari pub itu.
Terhoyong - hayang dirinya apabila pegangan dilepaskan.
Uwekkk... Muntah pahit dia keluarkan dari perutnya. Rasa pedih dan senak terasa membuak - buak pada perutnya.
Tania menangis semahunya. Sambil duduk mencangkung di tepi longkang depan pub itu.
"Nah, berkumur." Ada sebotol air mineral terhulur di depan matanya.
Tania angkat kepala. Matanya bening dengan kesan air mata.
"Macam mana awak tau saya dekat sini?" Hukkk - hukkk - hukkk. Tania menahan sedu.
"Tak perlu tau. Saya hantar awak balik. Mommy dengan daddy awak menunggu kat rumah."
Hukkk - hukkk - hukkk...
"Tutup badan awak." Jaket kulit dia letak di atas riba Tania.
Apabila melihat Tania hanya diam membisu. Dia memalingkan wajah memandang pada wanita itu.
Satu senyuman tawar terukir di bibir. Dia membetulkan kepala Tania yang sudah terlentok. Jaket kulit kepunyaannya dia tutup badan Tania yang terdedah.
"Hmmm," keluhan terhembus.
Dia memandu dengan tenang menuju ke rumah Tania.
Nasib baik dia sempat. Jika tidak, tak taulah apa akan jadi pada Tania. Dah lah datang ke tempat seperti itu sorang - sorang. Pakai baju tak cukup kain pulak tu. Terdedah sana - sini.
Dia mencapai handphonenya.
Satu nombor dicari.
.....Razif dah berjaya jumpa Tania di kelab malam yang uncle cakapkan tu."
....."Alhamdulillah, terima kasih Razif. Dah hilang sikit rasa risau ni."
....."Takpe, uncle jangan risau. Tania okay. Razif dah on the way ke rumah uncle."
Talian dia matikan.
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel