BAB 13

Romance Series 13768

"Nia tak bohong..."

"Daddy dah call kawan - kawan model Nia. Nia masih lagi berjumpa dengan laki orang tu kan?" Kuat suara Dato' Rahim. Geram betul dia pada anak tunggalnya ini. Makin dilarang makin menjadi - jadi pula.

Tania telan liur. Debaran di dada makin kencang.

"Yer, memang Nia jumpa Hud. Daddy tolong pinangkan Hud untuk Nia. Nia tak boleh hidup tanpa dia daddy. Tolong Nia daddy." Suara rengekan minta belas kasihan dari daddynya.

"Kamu ni dah gila agaknya..."

"Tak salahkan perempuan pergi meminang lelaki..." Tania sudah tidak peduli. Dia sanggup tahan telinga mendengar bebelan dari daddynya.

Memang tak salah. Yang salahnya kamu tu nak pergi meminang laki orang
Dah buang tabiat ke kamu ni. Hisyyy, Apa nak jadi pada kamu ni. Ramai lagi lelaki lain yang bujang kat luar sana. Laki orang juga yang kamu kejar. Sofia, tengok sikit anak awak ni? Kalau perlu bawak dia jumpa pakar, jangan lengah. Abang risau, makin dibiar, makin banyak pula wayar yang rosak." Dato' Rahim angkat punggung. Malas dia mahu melayan permintaan bodoh anak tunggalnya itu. Niat mahu menegur si anak sudah ke laut jadinya. Dia atur langkah meninggalkan ruang tamu itu.

Tania memandang belakang badan daddynya yang sudah menghampiri anak tangga ke tingkat atas. Sejurus selepas itu dia kalihkan pula pandangan matanya ke arah mommynya.

Datin Sofia geleng kepala. Boleh migrain dia hari - hari memikirkan ulah si anak.

"Kamu nikan Nia, bercakap tak guna otak. Otak kamu ni dah tertinggal kat mana? Yang bukan - bukan juga yang kamu minta. Hmmm..." Kalini Datin Sofia pula mengambil langkah untuk menegur.

"Salah ke mommy permintaan Nia. Nia pun nak bahagia dengan pilihan hati Nia. Nia dah bercinta dengan Hud sebelum dia kahwin lagi mommy. Nia nak mulakan dari pihak kita. Kalau tunggu Hud memang lambatlah jawabnya."

"Dahlah Nia, malas mommy nak melayan permintaan merepek kamu ni. Hujung minggu, hari Sabtu ni jangan pergi ke mana - mana, kawan ibu nak datang dinner dekat rumah kita. Dengar - dengar, anak lelaki dia yang belajar kat overseas tu dah balik. Nanti Nia boleh kenal - kenal dengan Razif yer."

Belum sempat Tania mahu membalas, Datin Sofia sudah berlalu meninggalkan ruang itu. Tania masih termangu - mangu, menghadam akan kata - kata mommynya sebentar tadi.

"Tapi mommy..." Suara yang sedikit kuat terlantun keluar.

"Mommy tak nak dengar macam - macam alasan." Suara kuat anaknya dibalas juga dengan separuh menjerit olehnya.

Tangannya dikepalkan sebelum menumbuk beberapa kali di tempat meletak tangan pada sofa. Argggh, stresslah macam ni. Sikit - sikit nak kenenkan dia dengan anak - anak kawan mommynya itu. Tak tau ker dia bukan budak kecik lagi. Aturan hidupnya, taulah dia yang menentukannya.

Dia angkat kaki mahu masuk ke bilik. Matanya sudah terasa berat. Asyik sangat berdating di kelab malam sampai lupa jalan mahu pulang ke rumah.

Teringat pula permintaannya pada daddy sebentar tadi. Dia sudah nekad. Tak kisahlah nak dikata perigi mencari timba. Dia tak peduli Hud itu suami orang. Yang penting hajatnya tercapai untuk menjadi isteri kepada lelaki itu. Nak diharapkan kepada kekasihnya itu, hmmm, entah bila impiannya ini akan terlaksana.

*******

"Anak awak ni dah tak betul agaknya. Ada ke patut nak disuruhnya kita pergi meminang laki orang. Nak memalukan kita agaknya. Tak boleh fikir saya."

"Nia tu budak lagi abang. Dia masih tak boleh berfikir dengan waras. Kita sebagai orang tua tak boleh berkeras. Kena bagi nasihat," ujar Datin Sofia. Ikutkan hatinya geram juga dengan tingkah anaknya itu.

"Budak apa dah umur 25 tahun. Awak dulu masa umur macam tu dah dapat dia tau. Jangan nak manjakan sangat Si Nia tu. Jangan dibagi muka sangat nanti kita juga yang dapat malu." Terngiang - ngiang suara anaknya malam tadi. Niat nak memarahi anaknya terus terkubur apabila mendengar permintaan tak masuk akal anaknya.

"Kita tak boleh nak samakan zaman Nia dengan zaman kita dulu bang. Tak sama. Dulu umur 20 dah gendong anak." Datin Sofia masih lagi tak nak kalah.

"Hmmm, itulah awak, menangkan sangat Si Nia tu. Buatlah sesuka hati awak. Manjalah anak tu sangat. Satu saya cakap sepuluh awak balas." Dato' Rahim menyudahkan minum paginya sebelum mencapai briefcasenya. Kalau berbahas dengan isterinya memang tak akan menang. Ada sahaja yang nak dibalasnya. Baik dia segera ke pejabat.

"Abang nak salam. Jangan lupa balik awal harini. Keluarga Syed Badrul nak datang dinner sini malam ni. Abang kenal diakan. Isteri dia Syarifah Husna, kawan saya." Sempat dia berpesan. Hal Tania tadi seolah dilupakan. Seolah tiada perbahasan antara mereka.

"Anak dia Syed Akmal Razif pun datang sekali." Sambung Datin Sofia lagi bersama senyuman yang tak lekang dibibir.

"Hmmm, kenal..."

Dato' Rahim menyambut tangan isterinya untuk bersalam. Tidak memberi respon secara langsung. Dia kenal sangat dengan Syed Badrul. Pernah beberapa kali berbincang urusan bisnes dengannya. Hmmm, mesti adalah tu agenda isterinya apabila menyebut nama Razif.

"Assalamualaikum abang. Jangan lupa tau." Masih lagi ada senyuman lebar terukir di bibir. Harap - harap berjayalah harapannya mahu menjodohkan Tania dengan Razif. Dah lama dia berkenan dengan jejaka itu. Hensem, Tegap, tinggi dan berkulit sawo matang. Dia yakin yang Razif boleh menjaga dan membimbing Tania.

"Waalaikumussalam..." Sepatah sahaja dia menjawab sebelum melabuhkan punggung ke dalam kereta yang siap menunggu di porch rumah.

Datin Sofia berlalu masuk ke dalam rumah.

"Tania, matahari dah menggalah masih dalam selimut lagi. Anak dara apa kamu ni?" Bebel Datin Sofia.

"Bagilah chan Nia nak berehat mommy. Harini je free, esok dah kena kerja." Tania menggeliatkan tubuhnya. Matanya yang sedikit terbuka itu dapat melihat mommynya tengah berdiri sambil bercekak pinggang.

"Bangunlah. Tulah malam - malam balik lambat. Pastu tidur sampai matahari naik menggalah. Hummm... Bangun, dah pukul dua belas tengahari ni."

"Mommy, sakitlah telinga Nia. Pagi - pagi dah membebel, Nia ni penat tau." Comforter tebal itu dia tarik sehingga menutupi kepala.

"Dah tau penat, siapa suruh kerja model. Pergi tolong daddy kamu kat pejabat tu kan bagus. Dah,,, bangun sekarang." Datin Sofia menarik kembali comforter yang menyelimuti anaknya itu.

"Yela - yela Nia bangun."

"Mommy tunggu bawah. Kita sarapan sama - sama. Kalau kamu sambung tidur, mommy simbah kamu dengan air basuh ikan. Dengar tu Nia." Sempat dia memberi pesanan ringkas bersama ugutan. Kalau tak dicakap seperti itu, maunya anak daranya ini sambung terbongkang di atas katil.

"Ye, Nia bangun sekarang, Nia nak mandi dulu." Tania bingkas dari katil dan segera berlalu ke bilik air.

*******

"Jemput masuk. Terima kasih sudi datang rumah saya. Dah lama rasanya kita tak berjumpakan."

Ramah Datin Sofia menjemput tetamunya.

"Ye, dah lama sangat. Rasanya last kita jumpa dua tahun lepas.

"Ni Razifkan, dah besar panjang dah kamu. Kamu dah habis belajarkan?"

"Dah auntie. Buat sementara waktu ni kerja dulu di syarikat papa. Sementara nak dapat kerja lain, Razif dah mohon kerja pensyarah di sebuah kolej," tukas Razif.

"Ooo, minat kerja pensyarah yer. Tapi sayang, belajar dekat luar negarakan.

"Kerja jelah terus dekat syarikat papa Razif. Buat apa nak cari kerja dekat tempat lain pulakkan. Betul tak Kak Syarifah?" Datin Sofia memberi cadangan.

"Ha'ah, betul tu tapi tau jelah Razif ni perangai degil sama macam papa dia. Mana maunyer, katanya nak berdikari." Syarifah Husna membalas.

"Eh, saya pulak yang kena." Syed Badrul menyampuk.

Semua tergelak di situ.

"Dato' mana?" Syed Badrul menyoal.

"Oh, kejap lagi baliklah tu. Ada mesyuarat tergempar katanya." Datin Sofia membalas.

"Jomlah semua kita ke meja makan. Makanan dah terhidang tu, nanti sejuk tak sedap pula," ajak Datin Sofia mengalukan tetamu istimewanya ke meja makan.

Semua mengangguk dan membontoti Datin Sofia ke arah meja makan.

"Tambah lagi Razif, sikit sangat makan tu. Lauk tak sedap ke atau tak kena selera? Pelawa Datin Sofia sambil menunjukkan ke arah bekas berisi nasi.

"Bukan tak sedap. Semua sedap. Semua kena dengan Selera." Razif menjawab segan - segan. Sesekali melayangkan pandangan ke depannya. Tania hanya menunduk. Diam. Sepatah ditanya, sepatah juga yang dijawabnya.

"Kalau sedap, tambah lagi. Banyak lauk ni"

"Tania, cedokkan nasi tambah pada Razif."

Tania hanya diam. Dia buat seolah - olah tidak mendengar. Jengkel betul hatinya. Si Razif ni hanya memandang ke arahnya. Ntah apalah punya perangai. Tengah makan tu, makan jelah. Mommy ni pun satu, tak habis - habis nak suruh dia layan lelaki ni. Omel Tania geram di dalam hati.

"Assalamualaikum, maaf lambat. Tiba - tiba ada pulak meeting hujung - hujung waktu nak balik."

Masing berpaling ke arah suara yang kedengaran tidak jauh daripada mereka. Kelihatan Dato' Rahim baru pulang dari kerja datang mendekat menghampiri mereka di meja makan.

"Waalaikumusaalam... Tak pe Dato', kami pun masih lagi menjamu selera. Dato' sihat??? Lama sungguh kita tak jumpa. Seingat saya, tahun lepas last kita jumpa. Mesyuarat bersama Jaya Group. Betul tak?" Syed Badrul menepuk - nepuk bahu Dato' Rahim.

"Alhamdulillah, saya sihat... Yer, betul, dah lama kita tak jumpa. Tuan Syed pun sama je macam dulu tak berubah... Sambung makan lagi." Dato' Rahim mengambil peluang bersalam dengan tetamunya sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya.

"Nia dah siap." Tania angkat punggung dan membawa pinggan beserta gelas minum ke dapur. Jika sebelum ini, usai makan ditinggalkan sahaja di atas meja. Tugas pembantu rumahlah yang akan mengemas. Tapi kali ini rajin pula. Mungkin ingin cepat beredar dari situ tapi dengan cara yang sedikit sopan.

"Razif pun dah siap." Razif pula bersuara mengikut Tania di belakang.

Semua berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum melihat tingkah anak masing - masing.

"Biarlah mereka kenal - kenal dulu. Razif pun dah elok sangat dah mencari calon isteri. Umur pun dah 28 tahun." Syarifah Husna bersuara.

"Ha'ah, bercakap pasal calon isteri ni apa kata kita berbesan. Lagipun besan sama besan ni lagi mudah kita nak berbincang dan kembangkan lagi perniagaan kita, betul tak Dato'..." Syed Badrul pula menambah.

"Betul tu memang betul, tapi kena tanya budak - budak ni juga, samada nak ke taknak. Tau jelahkan kalau kita ni terlalu memaksakan akan jadi hal lain pula," jawab Dato' Rahim. Sebenarnya dia malas nak memaksa tapi kalau dilihat dari perangai Tania yang tak sudah - sudah mengejar laki orang tu, lagi buat hatinya sakit.

"Saya setuju sangat dengan cadangan Tuan Syed tu. Kalau nak tunggu budak - budak ni setuju, memang ibarat menunggu buah yang tak gugurlah." Datin Sofia pula bersuara.

"Mana yang baik ni eloklah dipercepatkan. Kiranya kami datang harini sekali merisiklah yer," tukas Syarifah Husna bersama senyum simpulnya.

Datin Sofia kelu untuk menjawab. Terlalu cepat pula. Ingatkan datang harini sebagai sesi perkenalan Tania dengan Razif.

"Ehem..."

"Tania yang baru selesai mencuci pinggan bekas makannya tersentak.

"Boleh tumpang basuh saya punya pinggan sekali?"

Tania kaku tidak berpaling. Entahlah rasa seram sejuk pula bila berdua - duaan di dapur sekarangni.

"Errr, letak je dalam sinki. Kenapa awak datang sampai ke dapur? Pergilah sembang - sembang dekat luar." Tania bersuara gugup.

"Saja. Nak kenal - kenal dengan lebih rapat. Mana taukan kita berdua ni akan berjodoh," balas Razif pantas.

"Jangan harap dan jangan nak berangan..." Tania membalas tanpa berpaling. Hmmm, berjodoh konon.. Desisnya di dalam hati.

"Tak salahkan mencuba. Sebab saya bujang dan awak pun bujang." Razif menyandar pada sinki bersebelahan dengan Tania. Saja nak menduga gadis di sebelahnya ini.

"Cakaplah nak cakap apa. Saya tak kenal pun Encik Razif ni siapa alih - alih dah bercakap pasal jodoh." Bidas Tania sebelum keluar dari kawasan dapur.

Lalu sahaja di kawasan meja makan, telinganya menangkap deraian ketawa dari situ. Hmmm, happy sungguh. Entah apa yang diborakkan oleh kedua orang tuanya bersama ibu bapa Razif.

"Eh, kenapa lama sangat dekat dapur tu? Razif mana?" Datin Sofia menyoal.

"Emmm, dah siap dah, Razif ada..."

"Ada auntie, baru lepas borak dengan Tania dekat dapur."

Tania sedikit terkejut apabila Razif tiba - tiba muncul dari belakang. Ingat nak bertapa dekat dapur tu. Emmm...

"Hmmm, eloklah macam tu. Kenal - kenal dulu. Nanti lama - lama serasilah." Tukas Datin Sofia sambil memandang ke arah mereka dengan senyuman manis.

Gembira betul hatinya. Tania sangat mendengar kata pula harini. Risau dari semalam memikirkan tingkah Tania harini.

"Emmm, yela, mari sini makan desert, penat Kak Sulis buat puding roti ni." Datin Sofia menggamit keduanya.

"Err, takpelah mommy, Tania dah kenyang." Tania mencari alasan untuk mengelak. Rasa benak otaknya nak melayan perangai annoying si Razif.

"Makan dulu, rasa puding roti ni. Nikan favourite Tania. Mari..."

Tania serba salah, dia mengekor belakang Razif dan mengambil tempatnya semula. Sempat dia senyum walaupun Terpaksa.

"Sayang, kami dah sepakat nak eratkan lagi hubungan persahabatan ni menjadi satu keluarga..."

Tania telan liur, rasa gugup tiba - tiba, apa maksud daddynya...

Happy reading ❤️ Es Lilin...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience