Tok - tok - tok...
Suara dari dalam tidak juga muncul. Tia ketuk sekali lagi. Sesekali dia menjeling jam di tangan.
"Aku dah lambat ni. Tak kan dia dah pergi kerja. Panggil jelah. Kalau nak marah, marahlah.
"Encik Hud..."
Tiada respon.
"Encik Hud..." Panggil Tia lagi. Sekali lagi kalau tiada respon, dia nak gerak sahaja pergi ke kolej.
Tetap juga tiada respon. Tia ambil keputusan untuk bergerak pergi dari situ.
Krekkk...
Tia telan liur. Gugup dan takut semua bercampur.
"Kau nak apa? Pagi - pagi dah memekak." Jerkah Hud sambil membetulkan tali lehernya. Berang betul dia diganggu pagi - pagi hari.
"Errr... Encik Hud, saya nak bagitau yang saya balik lambat harini atau mungkin tak balik sebab ada projek berkumpulan," maklum Tia. Ikutkan malas dia nak bagitau sebab dah tau akan jawapannya tapi statusnya sebagai isteri tidak boleh dipandang ringan. Tersilap langkah boleh jadi isteri derhaka. Takpelah, just maklumkan je, dia nak dengar atau tidak itu belakang kira.
Hud ketap rahang. Perempuan ni memang tak faham bahasa atau memang sengaja buat - buat tak faham.
"Kau ni kan memang benak ke? Berapa kali aku cakap, aku tak kisahlah kau nak pergi mana. Lantak kaulah, takde kena mengena dengan aku pun. Nak balik rumah ke, tak balik ke, ada aku kisah. Pergi jahanamlah kau. Kau pergi mampus lagi baik," ujar Hud angkuh, langsung tak memikirkan perasaannya Tia. Kepala Tia ditonyohnya beberapa kali.
Moodnya memang kurang baik harini. Semua nak dihamun.
Tia tertolak ke belakang. Tekanan pada kakinya dikuatkan agar tidak terjatuh akibat tolakan kuat suaminya itu. Tia tahan air mata. Sedih yang teramat perasaannya tika ini. Beberapa kali juga dia menelan liurnya yang terasa kelat.
"Emmm, okay..." Dia undur selangkah. Balasannya ringkas. Tia sebak dengan suara sedikit serak. Perlahan suaranya sebelum dia melangkah pergi dari situ.
"Sedar sikit asal - usul diri tu... Dasar perempuan kampung."
Tia dengar tapi dia tidak endahkan. Dia tekan dada yang terasa sangat sakit dari lontaran penghinaan itu. Sabar Tia. Sabar selagi boleh.
GEDEGANG...
Terangkat bahu Tia. Tiba - tiba darah gemuruhnya datang menyerbu. Betul - betul buatnya terkejut dengan hempasan kuat dari pintu bilik suaminya.
Dia letak semua barang - barang belajarnya bersama bekal ke dalam kereta di tempat duduk penumpang. Sempat dia masakkan mihun goreng pagi tadi. Jimat dan lagi selamat bila masak dekat rumah. Itupun jika sempat. Sejurus itu, kereta berdesup laju meninggalkan perkarangan rumah. Membawa luka yang dia hadapi pada sebentar tadi.
Dia tumpukan perhatian pada pemanduan. Sesekali dia menarik nafas dalam - dalam bagi melegakan emosinya yang begitu mengganggu. Dia tak nak disebabkan hal - hal di rumah akan mengganggu konsentrasi pada pelajarannya nanti.
Fuhhhh... Hembusan kasar terhembus di bibir. Kalau dia tidak menenangkan diri sendiri, siapa lagi.
******
Mereka mengambil tempat di salah sebuah sofa yang kosong. Pengunjung tidak begitu ramai pada malam ini. Dah insaf mungkin. Rambut Tania dielus lembut. Bunyi muzik di dalam pub itu begitu bingit tapi sangat menenangkan buat Tania dan Hud berbanding duduk di rumah yang diibaratkannya seperti neraka.
Sejak sebulan Tania mendiamkan diri dan tidak berhubung dengan Hud, inilah hari pertama pertemuan mereka semula. Hud bagaikan orang sasau dek kerana teringatkan kekasihnya Tania.
"Kenapa you dah lama tak contact i sayang? You taukan i rindu you sangat - sangat. Call, WhatsApp, video call semua you tak jawab. Tadi dalam kereta pun you diam jer. You ada masalah ke?" Hud menyoal. Risau betul dia melihat keadaan Tania.
"I busy dengan projek model i." Jawab Tania datar dan tanpa riak. Moodnya ke laut dalam pada sejak akhir - akhir ini.
"Kenapa tak cakap yang you busy? You buat i ni macam tunggul reput duk tunggu you." Walau marah tetap juga dia elus - elus lembut rambut Tania di dalam dakapannya.
"I tak sempat nak bukak phone."
"Bohong, kata tak sempat tapi kenapa bluetick?" Soal Hud.
Tania telan liur. Haruskan dia berterus - terang kenapa dia menghilang selama sebulan itu kepada kekasihnya.
"Kenapa you diam?"
"I dah bertunang dengan pilihan orang tua i."
Hud tergamam. Betul ke apa yang dia dengar pada telinganya sekarangni? Dan betul ke apa yang dicakapkan oleh Tania?
"Betul ke apa yang you cakapkan ni?" Soal Hud mohon kepastian.
Tania angguk perlahan. "I dah cakap awal - awal pada you dulu tapi apa tindakan you. Takde kan. Effort you nak halalkan i pun takde. I tak nampak apa usaha yang you buat untuk dapatkan i." Dia tahan air mata yang bertakung di pelupuk matanya.
"Sayang, you jangan buat i macam ni. You taukan i sayangkan you sangat - sangat. I mintak you bagi i masa...."
"Masa??? Sampai bila? Seminggu? Sebulan atau setahun?" Kuat suara Tania dalam melawan bunyi muzik yang mengganggu percakapan mereka. Kalini air matanya sudah tidak dapat ditahan lagi.
"I'm sorry sayang. Macam - macam dah i buat untuk budak kampung tu minta cerai dengan i tapi satu pun tak jalan. Bukan i tak cuba. You bertunang dengan siapa? I nak you putus tunang dengan lelaki tu." Nafas Hud sudah turun naik. Rasa gemuruh dengan perkhabaran yang dia dengar dari mulut Tania sebentar tadi sudah menghilangkan moodnya datang ke sini. Dia tidak betah apabila Tania bersama dengan orang lain. Tania miliknya.
"Hmmm, you dah sentuh dia???" Soalan Tania betul buat Hud tersentak.
Cepat - cepat Hud menggelengkan kepala. Menafikan.
"Tak sayang. I hanya akan sentuh you. I sumpah, i tak pernah sentuh dia sepanjang kitaorang bernikah. I pun takde selera dengan dia. Selera i hanya pada you." Hud cuba meyakinkan Tania. Peluangnya masih ada untuk merebut Tania semula sebelum kekasihnya itu berkahwin.
"Jangan suka - suka bermain dengan sumpah, nanti takut termakan sumpah." Tania mengingatkan. Itulah lelaki. Ringan betul mulut ungkapkan perkataan sumpah.
"Betul, i nak yakinkan you. Kalau tak, you tak percayakan i."
"I percaya. I tau you jujur dengan i. Tapi i tetap kena teruskan pertunangan ni sebab i tak mampu nak menolak, melainkan you jumpa mommy dengan daddy i sendiri. Itu pun kalau you sanggup nak dapatkan i semula untuk you," ujar Tania. Sebenarnya kata - katanya itu adalah sekadar mengugut sahaja.
"Sayang, takde ke cara lain? Cara yang lebih mudah dan tidak banyak hal."
"Takde, itu sahaja cara nak tunjukkan effort you." Tania membalas sepontan.
"Sayang..."
"Dahlah, i nak balik. I dah rimas. Nanti tak pasal - pasal tunang i cari i."
Panas je hati Hud apabila mendengar kata - kata Tania yang seolah - olah ingin menyakitkan hatinya.
Hud angkat punggung dan meninggalkan Tania ke belakang. Rasa sakit hatinya melebihi segala.
"B, tunggu i. Sampai hati you tinggalkan i." Tania berlari anak mengikut langkah Hud yang sudah laju ke depan.
*******
"Adoiii..." Tia mengaduh perlahan apabila dirinya dilanggar oleh seseorang.
Tia dongak kepala. Ada seorang lelaki yang memakai cermin mata memandang tepat ke arahnya. Hensem pulak tu. Isyyy, Tia seperti rasa nak tampar mulutnya sendiri. Sedar sikit Tia. Kau tu isteri orang. Walaupun tak diiktiraf tetap juga isteri orang.
"Maaf, awak ada sakit atau luka dekat mana - mana ke?..." Soal lelaki yang berdiri tegak itu. Nampak wajah seperti risau.
"Errr, saya okay." Tia membalas. Dia bingkas berdiri sambil menepuk bahagian belakang punggungnya membuang pasir yang melekat pada kainnya.
"Emmm, baguslah, lega saya dengar. Boleh tolong tunjukkan saya pejabat pengurusan." Lelaki itu menyoal. Wajah cantik di depannya ini sangat familiar tapi dia tak pasti di mana dia pernah lihat gadis cantik itu. Puas dia putar - putarkan semula ingatannya tetapi satu pun ingatan itu tidak menjengah.
"Boleh encik. Encik ikut saya," jawab Tia.
Aras tiga tempatnya pejabat pengurusan. Nasib baik ada lift, takdelah sakit lutut nak memanjat sampai ke aras tiga. Hmmm, belum tua lagi dah sakit lutut. Bukan apa, dia tergelincir di dalam bilik air pada petang semalam. Tu yang harini baru dia rasa sakit - sakit seluruh badan.
"Ni pejabat pengurusan encik. Saya tinggal yer, sebab lagi sepuluh minit dah nak kena masuk kelas," ujar Tia sopan.
Sampai sahaja dia di depan pintu, Tia berura - ura mahu beredar dari situ. Dia beranjak sedikit ke belakang untuk mengambil laluan.
"Terima kasih sebab bantu saya tapi sebelum tu, ni name card saya. Kalau ada apa - apa nak minta bantuan saya boleh je call."
Huluran dari lelaki itu disambut baik oleh Tia. Namecard yang sudah berada di tangan dia terus simpan ke dalam beg. Risau takut tercicir atau hilang.
Vibrate dan ringtone dari handphone di dalam beg sandangnya berpadu serentak. Tia gagau handphone di dalam begnya dan melihat siapa gerangan pemanggil. Pantas dia tersenyum dan jari menolak skrin ke kanan.
......"Tia kau kat mana? Datang kelas tak harini?" Suara halus Amni lantang kedengaran di cuping telinganya.
......"On the way. Aku datang kelas harini. Kita jumpa kat kelas okay," maklum Tia. Dia meletak semula handphone ke dalam sling bagnya usai talian dimatikan.
Dia melajukan langkahnya. Risau jika Madam Ho sampai dulu sebelum dirinya. Sudah terbayang muka garang Madam Ho di depan mata. Pensyarah yang mengajar subjek Matematik Kuantitif itu sangat tegas ketika mengajar dan menjadi tersangat baik apabila tamatnya waktu pengajaran.
Lagi sepuluh langkah untuk sampai di muka pintu, bunyi hingar - bingar kedengaran jelas dari kelasnya.
Dia urut nafas lega. Yakin yang Madam Ho belum sampai lagi ke kelas. Langkah diteruskan. Kelihatan Amni sudah ada di tempat duduk sebelahnya.
"Kau pergi mana? Lambat masuk kelas. Nasib baik Madam..."
Belum sempat Amni mahu meneruskan kata, Madam Ho tergesa - gesa masuk kelas. Memang begitulah cara dan perwatakannya. Nampak serius dan tegas setiap masa.
Usai ucapan salam seluruh kelas. Madam Ho memulakan pengajarannya.
Kena fokus ketika dia sedang mengajar jika tidak mahu penutup whiteboard marker landing ke kepala.
"Sorry class, i terlambat sepuluh minit. Kereta i problem tadi. Tak boleh start. Okay kita mulakan. Tia Zahara you terangkan apa yang kita dah belajar semalam."
Tia tersentak apabila namanya tiba - tiba dipanggil. Cuba untuk bertenang seketika sebelum menerangkan apa yang dia faham berkenaan subjek semalam.
"Okay bagus Tia. Nampaknya apa yang saya dah ajar semalam masuk dengan baik ke dalam kepala otak awak. Okay kelas kita teruskan..."
*******
Tia memicit perlahan - perlahan dahinya. Cuaca panas betul - betul menyakitkan kepala. Rasa denyut pula seolah - olah tidak mahu berkurang.
Dia kecil besarkan mata. Rasa pedih dan menusuk membuatkan matanya menjadi berair. Isyyy... Datang pula penyakit migrain ni. Dah lama dia tak terkena migrain. Last dia kena semasa form 5 ketika waktu hampir - hampir nak exam SPM.
"Aku stress ke?"
"Takkk"
Dia soal, dia juga yang jawab.
"Shhh..."
Berdesis.
Berkerut keningnya. Dalam sakit yang menyucuk - nyucuk... Dia tahankan sehingga sampai ke tempat ruang parkir kereta. Dia perlu segera sampai ke rumah. Dia mahu baring. Tilamnya seolah - olah melambai di ruang mata.
"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku sehingga sampai ke rumah."
Dalam hati tak putus - putus dia berdoa.
Kereta Volkswagen kuning meninggalkan perkarangan kolej.
Perjalanan terasa begitu lambat dengan pemanduan 40km/jam. Dalam keadaannya seperti itu dia tidak boleh memandu laju.
Melalui cermin pandang belakang, dia melihat beberapa kali lampu high beam kereta belakang berkelip - kelip, mungkin marah kerana dia memandu terlalu perlahan. Tapi dia terpaksa, bukannya dia sengaja. Ah, pedulikan!!!
Lebih kurang satu jam setengah perjalanan, akhirnya sampai juga ke destinasi.
Tekaknya sudah mula meloya. Tahan Tia. Kita dah sampai rumah. Monolognya. Entahlah, setiap kali terkena migrain mesti kesannya akan teruk.
Tia melangkah masuk ke dalam rumah. Usai meletak kasut di almari kasut, dia terus menuju ke bilik.
"Hmmm, baru balik..."
Terangkat bahu Tia apabila disergah oleh suara suaminya. Dia abaikan sahaja. Tanpa membalas, kakinya terus melangkah menuju ke bilik.
"Aduh..." Tudung yang dipakai tertarik ke belakang.
"Aku cukup pantang kalau percakapan aku kau buat sambil lewa. Kau jangan ingat, kau ratu dalam rumah ni. Jangan nak jadi besar kepala."
Hud melantun - lantunkan suaranya. Sebenarnya bukan dia ambil kisah sangat Tia mahu membalas atau mengambil endah cakapnya atau tidak. Tetapi dia lebih kepada ingin melepaskan geram dan amarahnya kerana Tania.
Berita pertunangan wanita kesayangannya itu betul - betul membuatkan fikirannya terganggu.
Hud ketap rahang. Dia kuatkan lagi cengkaman pada tudung yang dipakai Tia. Sebab perempuan kampung inilah hubungan dia dan Tania berantakan dan kekasihnya tidak membantah untuk ditunangkan dengan orang lain. Semuanya disebabkan perempuan bodoh ni.
"Lepaskan saya, Encik Hud, saya sakit. Saya tak sihat." Pinta Tia dalam keserakan suaranya. Matanya sudah berbalam - balam. Pandangannya kabur.
"Persetanlah kau. Bodoh punya perempuan. Sakit konon. Pergi mampuslah... Dasarrr." Hud tidak puas - puas memaki.
Dadanya sudah turun naik menahan amarah.
Nafas Tia juga sudah tersekat - sekat.
Bammmm...
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel