BAB 25

Romance Series 13768

Razif berpeluk tubuh. Menyandarkan badannya pada kereta.

"Kenapa you berenti dekat sini? Panas tau tak."

"Keluar dulu kita bincang hal kita." pandangannya jatuh pada wanita yang masam mencuka di dalam kereta.

"Kita duduk bawah pokok sena tu. Ada kerusi." Pujuk Razif. Jari telunjuk kanan dia tuding pada sepohon pokok di kawasan taman rekreasi itu.

"Kalau ye pun nak berbincang carilah tempat beraircond. Selesa sikit. Nak berbincang tapi tak kena tempat." Tania mengomel. Ikutkan malas dia nak keluar tapi apabila dicampurtangankan oleh mommynya, dia tak boleh nak mengelak.

Razif mengeluh. Susah betul nak melayan anak manja ni. Berbeza dengan sorang gadis yang dia kenal. Sangat independent.

Tia, wajah tia menari - nari di depan matanya.

"Jomlah keluar kejap. Saya janji, kita bincang tak lama." Pujuk Hud lagi.

Tania mengalah. Dia keluar dengan keadaan mulut memuncung ke depan.

"Thanks..." Ucap Razif datar.

Mereka beriringan ke arah pokok sena. Duduk di sebuah kerusi batu.

"Macam mana dengan kita? Nak teruskan atau tidak?" Hud menyoal sementelah sekian kali mereka berdua diam membisu.

"I taknak teruskan. You taukan i tak pernah sukakan you." Tania menyahut.

Razif mengeluh. Memang jika ikutkan pertunangan mereka tidak memuaskan hati antara keduanya. Pertunangan yang menjadi urusan antara kedua orang tua.

Dia tersepit tetapi juga tidak mampu untuk menolak.

Sebab tu dia mahu berbincang. Mahu kata putus. Tarikh cadangan untuk perkahwinan lagi enam bulan.

Semuanya masih belum dibuat persiapan. Setelah mendengar perbincangan antara kedua ibu bapanya bersama ibu bapa Tania pada malam dia menjemput Tania dari kelab malam itu, hatinya mula gelisah.

Gelisah tentang hala tuju perkahwinan yang tiada hujung pangkalnya.

"Kenapa you diam? Kata nak bincang." Suara Tania sedikit keras.

Hmmm... Razif hembus nafas.

"Saya pun masih tak yakin dengan hubungan ni. Kalau awak tak suka, kita putuskan saja. Bagitau family awak yang kita nak putus. Saya ikut semua keputusan awak," ujar Razif. Dia melihat jauh ke depannya.

Angin yang bertiup nyaman tidak langsung menyejukkan hatinya.

Sudah semestinya, mama dan papanya akan kecewa.

"I nak kita berdua yang cakap. You aturkan dinner di luar. I tak nak keputusan ini hanya cakap - cakap mulut. Biar nampak seperti acara rasmi. Biar ada kedua belah pihak. Baik dari pihak i atau dari pihak you," Tania memberi cadangan. Kipas mini di tangannya dia lalu - lalukan pada wajah dan leher. Nasib baik kipas ini memang dah sedia ada di dalam handbagnya.

Rindunya dia pada Hud. Jika dengan Hud, tak pernah lelaki itu bawanya ke tempat - tempat seperti ini. Mesti akan bawa di restoren mewah yang beraircond. Lelaki itu langsung tidak contactnya semenjak kejadian tempoh hari. Salahnya juga. Tak pandai cover line.

"Emmm, baiklah. Saya ikut keputusan awak. Jangan salahkan saya atas semua yang akan jadi ni. Saya tak kisah, jika awak nak teruskan kita akan teruskan. Sebab bagi saya, perasaan sayang tu boleh dipupuk. Tapi kalau dah keputusan awak tak nak teruskan, saya terpaksa redha sebab saya tak suka memaksa. Perkahwinan ni bukan untuk sehari dua. Kalau boleh biar berkekalan hingga ke hujung nyawa," ujar Razif panjang. Dia telan liurnya. Nafas panjang dia hela. Berat sebenarnya untuk menerima keputusan ini. Tapi ini yang sebaiknya. Kebaikan untuk kedua belah pihak.

"Dahlah, saya nak balik. Panas..." Tania bangun. Dia mengipas - ngipas belakang mini dressnya.

Tania membuat muka seolah - olah geli - geleman. Betul - betul tak suka dengan suasana tempat seperti itu.

"Yelah, jom balik. Saya bagi jaminan, ni kali terakhir kita keluar." Razif bersuara. Dia pun tidak menggemari sifat Tania seperti itu.

*******

"Awak dah sarapan belum?"

"Errr, Encik Razif, saya dah ma..."

"Nah, ni untuk awak." Razif mengunjuk satu beg kertas kepada Tia.

Tia pandang kiri kanannya. Dia urut dada tanda lega. Nasib baik kawan - kawannya belum sampai. Harini awal pula dia datang kelas.

"Apa ni Encik Razif?" Tia menyoal, dahinya berkerut seribu.

"Ada makanan. Nanti jangan lupa makan. Kebetulan saya ada beli lebih," maklum Razif. Matanya ralit memandang ke arah Tia.

"Tapi saya baru lepas sarapan. Tadi sebelum datang, saya dah sarapan dekat rumah." Tia segan. Dia cuba menolak secara baik.

"Takpe, boleh simpan tengahari," ujar Razif melihat jam di tangan. Sudah pukul sepuluh pagi. Sudah ada beberapa orang pelajar memasuki kelas itu.

Razif menunduk sedikit badannya.

"Cantik awak harini. Saya suka tengok awak pakai macamni." Sempat dia memuji. Senyum manis terukir di bibir. Matanya tak habis - habis memandang Tia.

Tia yang ketika itu memakai blouse kosong tanpa corak berwarna grey terang bersama skirt labuh kembang bercorak bunga - bunga. Tudungnya pula berwarna grey gelap. Kena pula dengan padanan warnanya.

Itupun dia banyak belajar cara berpakaian dengan Amni. Kawannya itu seorang yang up to date.

"Encik Razif, maaf, saya minta diri pergi ke toilet sekejap." Pinta Tania.

Tanpa menunggu kebenaran dari pensyarahnya itu, Tia keluar dari kelas menuju ke tandas.

Dia cuba menghubungi Amni. Lambat pula kawannya itu datang ke kelas harini.

....."Amni, kau kat mana?"

....."Aku on the way. Kereta aku tak boleh start pagi tadi. Ni aku pakai kereta abang aku dulu."

....."Lambat lagi ke kau nak sampai?"

....."Jap, aku baru nak masuk parking. Jumpa kat kelas, bye..."

Tia mematikan handphonenya. Dia pergi juga ke tandas walaupun tidak terasa gesaan ingin membuang air kecil.

Dia malu sebenarnya dengan sikap ambil berat Encik Razif. Risau jika kawan - kawannya itu berfikir yang bukan - bukan.

Nanti dia juga ingin berterus - terang dengan Amni tentang statusnya.

Usai urusan tidak terjangkanya di tandas, dia kembali semula masuk ke kelas.


Kelihatan Amni sudah ada di tempatnya.

"Lama kau pergi tandas?" Soal Amni sejurus dia mengambil tempatnya.

"Aku ada cerita. Nanti aku cerita. Tapi bukan sekarang." Tia hembus nafas.

"Cerita apa? Aku tak sabar nak tau."

"Nantilah, lepas habis kelas petang ni kita lepak dekat cafe. Aku akan cerita."

"Okay kelas bagi tumpuan semua."

Suara pensyarahnya berkumandang di seluruh kelas. Kelas menjadi senyap serta - merta.

Tia dan Amni berpaling ke papan putih di depan kelas.

"Fokus pada Encik Razif dulu. Nanti aku sambung.

"Okay, aku tunggu."

*******

Pejam celik - pejam celik sudah hampir dua tahun usia dia belajar di kolej itu.

Tercengang Amni apabila dia memaklumkan yang dia sudah berkahwin.

Dia imbas kembali kisah beberapa bulan yang lepas.

"Apa yang kau nak cerita kat aku tu?"

Kawannya Amni tidak sabar ingin tau.

"Orderlah dulu."

Setelah membuat pesanan, Tia pandang wajah Amni. Ingin memberi fokus kepada penceritaannya.

"Aku dah kahwin. Dah nak masuk dua tahun lebih dah." Cerita Tia.

Amni melopong...

"Betul ke ni kau dah kahwin?"

Tia angguk.

"Kau janji dengan aku, jangan cerita pada sesiapa. Ni antara kau dengan aku je." Mohon Tia. Tangan kawan baiknya dia raih. Genggam erat.

"Aku terima pinangan bapa mentua aku bersebab. Hal keluarga. Aku...." Dia diam, tidak sanggup untuk dia teruskan ketika itu.

"Takpe Tia, jangan paksa diri kau untuk cerita. Hubungan dengan suami kau macam mana? Okay?"

Tia diam. Bagaimana dia nak terangkan pada Amni ketika itu. Hubungannya dengan Hud Husaini masih hambar. Walaupun lelaki itu mencuba untuk mengambil hatinya.

Dia masih tidak boleh terima. Kata - kata hinaan masih segar bergema di dalam dirinya.

Dia bukan tidak pernah cuba. Dia cuba untuk berlagak seperti biasa. Berlagak seperti tiada apa - apa dan hubungan suami isterinya berjalan seperti biasa.

"Aku tidur asing bilik. Kau fahamkan Amni hubungan aku dengan dia macam mana." Suara Tia kendur. Sekendur hatinya.

"Aku faham. Kau kahwin tanpa cintakan. Kahwin kerana pilihan keluarga." Ujar Amni. Dapat dia lihat dalam mata Tia ada kolam air mata. Dia tau yang kawannya sedang bersedih.

Tia menghela nafas panjang.

"Baguslah kau dah faham. Lega hati aku dapat cerita semua ni pada kau. Cuma..."

"Cuma apa Tia???" Amni menyoal.

Cuma aku tak selesa dengan layanan Encik Razif pada aku. Macam baik sangat," tukas Tia.

"Aku nampak. Better kau tak payah ambil kisah sangat. Dan cari cara untuk tidak terlalu dekat dengan dia. Kau tu isteri orang. Walaupun kahwin tanpa suka sama suka, status tu tetap kau kena jaga."

Nasihat Amni menjalar ke segenap ruang hatinya. Itulah yang dia cuba untuk buat sebenarnya. Nak kurangkan jarak dengan Encik Razif.

Tok... Tok... Tok...

Lamunan Tia lenyap. Pandangannya beralih pada pintu bilik.

Sejak balik dari kolej siang tadi, dia terus berkurung, penat yang menghambat ke seluruh jiwanya.

Lagi dua bulan untuk dia menghabiskan tempoh pembelajarannya di kolej.

Selepas itu tempoh untuk dia menjalankan praktikal pula selama enam bulan.

Bunyi ketukan masih lagi berdentung di dinding pintu.

Tia angkat punggung. Dia berjalan malas menuju ke pintu biliknya.

Wajah Hud terpampang di muka pintu. Bersama sengihan seperti kerang busuknya.

"Mommy call suruh datang sana. Bawa baju selai dua. Mungkin kita akan bermalam di sana dalam dua malam." Maklum Hud.

"Tidur sana???" Tia sudah boleh membayangkan...

"Ye, tidur sana, lagipun dah lama kita tak tidur rumah mommy. Kalau balik pun, datang sekejap je, lepas tu terus balik rumah kita," sahut Hud.

Tia diam. Tak tau nak tambah apa lagi perkataan.

"Cepat siap ye, abang tunggu kat depan." Arah Hud sebelum berlalu dari bilik itu.

Tia tarik nafas panjang dan hembusnya selepas itu.

'Abang'... Hud masih membahasakan dirinya abang walaupun panggilan Tia kepada lelaki itu masih tidak berubah.

Dia masih tidak lupa herdikan yang dia terima di awal perkahwinan ketika memanggil lelaki itu dengan panggilan 'Abang'. Dia jadi serik. Dia jadi takut.

Dia bersiap ala kadar. Beberapa helai pakaiannya dia masukkan ke dalam beg. Segala kemungkinan sudah dia fikir di dalam hatinya.

Balik sana...

Bermalam...

Dua ayat itu seakan menyindir dirinya kini.

Dia melangkah ke arah sofa dan berdiri di depan Hud.

"Dah siap dah? Jom kita gerak. Nanti lama Mommy tunggu."

Hud berjalan laju dan membuka pintu kereta di sebelah pemandu.

Tia semakin pelik

Hud memandu tenang. Sengaja dia mengajak Tia ke rumah orang tuanya. Sebabnya dia ingin bersama Tia. Ingin membincangkan tentang hubungan mereka dan yang paling utama dia ingin memohon maaf pad Tia.

Banyak dosanya kepada isterinya itu. Nombor Tania pun dia sudah block. Dia mahu melupakan terus wanita yang pernah hadir di dalam hidupnya. Setelah semua dicurahkan kepada wanita itu, kasih sayang, cinta dan kemewahan, boleh pula curang di belakangnya.

Hatinya terlalu sakit. Hampir berbulan dia mahu memadamkan nama Tania dalam hatinya.

Sebenarnya bukan sekali malah berkali - kali Tania curang di belakangnya. Tetapi dia berhusnuzon. Fikir yang baik - baik. Masih lagi memberi peluang. Kali ni peluang yang dia beri sudah tamat.

Dia jeling isteri di sebelah. Diam mematung. Keras je. Pandang pun ke cermin tingkap.

Hud biarkan Tia bermain dengan perasaan sendiri. Dia kuatkan sedikit volume radio.

'Maafkan abang Tia. Banyak dosa abang pada Tia.' suara garaunya bergema di dalam hati. Tidak mampu untuk dia luahkan ketika ini.

Dadanya berdetak. Telefon isterinya berbunyi nyaring dengan ringtone pilihan yang telah di setkan.

Tia mengalih pandangan ke arah slingbagnya. Tangan mengagau mencari isi di dalam beg.

Mata Tia beralih pada skrin handphone yang sedang menyala.

Dia swipe ke kanan butang hijau. Lalu handphone ditekap pada telinganya.

Sementara Hud di sebelah menadah telinga. Mahu mencuri dengar.

....."Waalaikumsalam, ye Encik Razif."

......"Nak ajak jogging... Ooo tak boleh, saya di luar kawasan dalam dua harini. Takde kat rumah."

Hud yang memandu kurang fokus. 'Jogging??? Di luar kawasan???? Takde kat rumah???' Kenapa Tia tak bagitau yang dia sekarangni on the way ke rumah mommy???.'

'Encik Razif!!!' Nama itu yang selalu meluncur dari bibir isterinya.

"Sayang... Tolong abang ambilkan air." Sengaja Hud menguatkan suara sementara Tia masih lagi berhubung di talian bersama lelaki yang bernama 'Encik Razif'.

Tia yang mendengar terus meletak handphone. Dia pejam mata tiga saat.

"Kenapa dengan Encik Hud ni? Tolong hormatkan saya yang tengah bercakap dengan pensyarah saya. Selama ni saya boleh hormatkan hak privacy Encik Hud. Tapi kenapa Encik Hud tak boleh..." Tia menegur. Geram pula hatinya. Entah apa yang difikir oleh Encik Razif padanya nanti.

"Tia yang kena hormat abang sebagai suami Tia. Tia tak respect abang, Tia boleh bersembang dengan lelaki lain." Bau - bau cemburu sudah berterbangan.

Tia tarik nafas. Hatinya sakit. Kalau di pihaknya kena hormat, kena respect tapi di pihak dia, tak pula cakap perkataan hormat dan respect. Jenis lelaki nak menang. Marah Tia di dalam hati.

"Tia, abang dah takde apa - apa hubungan lagi dengan Tania. Dah berbulan. Abang cuma nak perbetulkan hubungan kita sekarang ni. Boleh Tia bagi abang peluang?."

"Saya masih ingat, Encik Hud cakap jangan campur urusan Encik Hud dan Encik Hud tak akan campur urusan saya..."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience