DUA BULAN KEMUDIAN...
"Dah balik rupanya..." Tia berdesis apabila melihat kereta suaminya sudah ada di garaj.
Pap... Pintu kereta dia tolak perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Sudah seminggu suaminya ada kursus di luar dan kebiasaannya dia akan pulang sendirian. Jangkamasa kursus selama seminggu itu begitu membuatkan masanya seperti terasa panjang.
Tia melangkah longlai memijak satu demi satu anak tangga. Penat betul dia rasa harini.
Klekkkk... Dia membuka pintu bilik.
"Sayang..."
"Abang..."
"Nampak penat je ni... Banyak kerja kat office ke?" Hud yang sedang berdiri di depan cermin meja solek menegur. Dia melihat isterinya melalui pantulan cermin.
"Penat sangat harini. Abang sampai rumah pukul berapa?" Tia menggerakkan lehernya beberapa kali untuk melegakan urat di bahagian itu.
"Pukul lima. Abang tunggu sayang tapi lambat pulak sayang balik." Hud membalas. Tapi tangan lincah mengelap rambutnya yang separa basah.
"Kalau harini kita makan kat luar boleh ke? Tia macam penat pula nak masak." Tia memohon dengan suara manjanya.
"Boleh sayang, nanti kita keluar makan. Cepatlah siap. Dah solat asar belum?" Jawab Hud. Dia berlalu ke tempat penyidai tuala.
"Belum lagi. Lepas mandi Tia solat. Nak bersihkan diri dulu. Terima kasih abang sebab memahami..."
"Sama - sama. Cepat mandi, waktu asar dah nak habis." Hud mengingatkan. Dia bergerak ke arah pintu.
"Abang nak pergi mana?"
"Abang nak pergi dapur. Minum air. Haus ni. Ke sayang nak legakan tekak abang yang haus ni." Hud berpaling dan membalas pertanyaan isterinya.
"Errr, tak nak. Pergilah ke dapur. Tia nak mandi." Tia terus berlalu ke bilik air. Kang makin dilayan, makin menjadi - jadi pula sifat miangnya.
Hud tergelak kecil. Dia menggeleng perlahan kepalanya.
"Comel..." Desisnya perlahan. Lalu meneruskan langkah turun ke bawah.
Tia bersiap ala kadar sahaja. Seperti selalu, dia memang tak suka sangat nak melaram, cukuplah hanya memakai set blouse dan seluar dan hanya mekap tipis. Mahu pergi makan sahajakan.
Dia mencapai sling bag dan turun ke aras bawah. Dari pertengahan anak tangga dia melihat suaminya itu sedang duduk di sofa. Kusyuk melihat handphone.
"Jom abang. Tengah chat dengan sape tu?" Tia menyoal setelah berada di anak tangga paling bawah.
"Saja tengok - tengok je ni sayang. Takde chat dengan sesapa pun. Jom kita gerak. Abang dah lapar ni." Hud membalas seraya menarik tangan isterinya.
Mereka beriringan menuju ke pintu utama.
Sampai sahaja ke destinasi, Tia memilih meja yang berhampiran dengan cermin. Mahu melihat ragam manusia katanya.
Restoran makanan barat kelihatan sedikit lengang. Belum ramai pelanggan yang datang.
"Makan sayang. Dari rumah sayang cakap teringin nak makan steak." Hud menolak pinggan berisi steak supaya sedikit hampir dengan Tia.
"Cepat pula order sampai. Tak payah nak menunggu lama," tukas Tia. Teruja betul dia melihat steak yang masih berasap di depan mata. Satu French Fries dia masukkan ke dalam mulut. Entah kenapa, dari semalam dia teringin untuk makan steak. Sampaikan termimpi - mimpi. Nak maklumkan pada sang suami, suaminya itu sedang berkursus ketika itu. Tapi bersyukur tercapai juga hasratnya.
"Sedap tak?" Hud menyoal. Dia melihat wajah isterinya yang kelihatan sangat teruja itu.
"Sedap sangat abang. Kenapa sebelum ni kita tak pernah datang sini?" Tia menyoal sambil sepotong daging yang sudah siap dicicah dengan sos black paper dia suapkan ke dalam mulut.
"Restoran ni baru sebulan beroperasi sayang. Takpe nanti kalau kena dengan tekak, kita datang sini lagi yer. Sayang nak datang hari - hari pun boleh. Abang boleh bawakkan. Janji kena dengan upahlah." Hud ketawa gatal sambil menggosok bawah dagunya.
Tia naik meremang. "Nak upah je tau. Tak boleh ke buat sesuatu benda tu dengan ikhlas. Dapat pahala tau kalau gembirakan isteri ni," ujar Tia, faham akan 'upah' yang dimaksudkan oleh suaminya itu.
Hud hanya tertawa kecil. "Kalau abang minta, sayang tetap kena tunaikan."
"Takyahlah cakap pasal tu. Tia nak fokus makan. Kita cakap hal lain pulak." Tia mohon. Rona - rona merah sudah naik menyerbu ke pipinya. Cakap hal dalam kelambu, memanglah dia malu.
"Sayang, hujung minggu depan, Mega Group ada jemput kita untuk hadir dinner. Kita pergi yer," maklum Hud.
"Wajib ke?"
"Wajiblah sayang. Abangkan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Karisma Group. Daddy memang nak kita pergi. Lagipun tak manis kalau orang dah jemput tapi kita tak datang," terang Hud. Dia menyandar di kerusi. Perut sudah kenyang. Makan pun dah selesai.
"Kalau itu yang abang dah cakap, Tia terpaksalah akur." Tia perlahankan nada suaranya.
"Terpaksa akur??"
"Yelah, kalau hati taknak pergi pun, tetap juga kena pergikan." Tiada alasan lagi untuk menolak. Mega Group syarikat keluarga Tania. Lagi dia rasa berat untuk pergi. Malas nak mengadap perempuan ahli sihir tu.
"Takpe, kita pergi kejap je, tunjuk muka, lepas tu kita baliklah kalau sayang rasa tak selesa," usul Hud. Dia tau isterinya mesti terasa berat untuk pergi. Nak - nak lagi majlis tu anjuran syarikat keluarga Tania.
"Tema apa?"
"Glam and Gorgeous," balas Hud pantas.
Tia hela nafas. Kemain lagi temanya. Kenapa tak buat tema pakaian ala - ala 60-an ke. Tema Arabian ke, barulah kena. Hatinya berdetik.
"Nanti kita beli baju yer. Abang nak isteri abang yang paling cantik pada malam tu. Biar kalah dengan..."
"Kalah dengan siapa abang?" Tia memintas percakapan suaminya.
"Takde apa - apa. Nanti kita beli baju. Esok balik dari kerja kita singgah butik kawan mommy. Kawan mommy ada butik yang jual baju - baju event. Rasanya mommy pun beli dekat situ juga." Maklum Hud. Hampir - hampir dia terlepas cakap. Boleh pula dia terfikir nak membanding isterinya dengan bekas kekasihnya itu.
"Dah siap? Abang pergi bayar ye." Hud menyoal apabila melihat pinggan isterinya sudah tidak bersisa. Lapar sangat agaknya.
Hujan lebat pula malam ini. Hud berlari ke arah kereta untuk mengambil payung dan kembali semula ke arah isterinya yang sedang menunggu di depan restoran.
"Sayang, hujan lebat ni. Mesti banyak setan." Hud yang sedang memandu bersuara. Wajahnya dipaling ke arah si isteri.
Tia diam, dadanya tiba - tiba pula berdegup kencang. Rona - rona merah menerjah ke wajah. Entah kenapa dia malu pula. Apabila mendengar lantunan suara dari bibir suaminya itu.
"Diam je. Jom kita bunuh setan malam ni nak?" Hud semakin kuat menyakat. Tau isterinya sedang malu.
"Bacalah yassin ke atau mengaji ke."
"Yang tu selalu dah abang buat. Tiap kali lepas solat abang buat."
Tia kelu. Diam seribu bahasa.
"Jom, malam ni yer. Dapat pahala tau kalau bunuh setan." Hud tertawa kecil melihat wajah cemberut isterinya.
Tangan dia letak di atas peha si isteri.
Lagi laju degupan jantung Tia berdegup. Kenapa lain macam gatal laki aku malam ni. Taulah sejuk - sejuk tengah hujan lebat. Tia bergumam.
"Fokus memandu abang. Tengok depan. Jalan licin ni. Kang ke mana - mana perginya nanti." Tia menegur.
"Yelah - yelah. Tapi abang tetap nak bunuh setan dengan sayang malam ni." Mulut bersuara sementara tangan memegang stereng dan mata mengadap ke depan.
*******
Bangun pagi itu, kepalanya terasa tersangat berat. Tia buka mata perlahan - lahan. Takkan kesan overtime malam tadi kot. Dia pandang suami di sebelah.
Tangan lelaki itu masih memeluk erat pinggangnya. Perlahan Tia alihkan tangan itu.
Dengan kepala yang berdenyut - denyut yang tiada ampun dia gagahkan juga untuk bangun. Mahu mandi dan menunaikan solat Subuh.
Baru sahaja mahu turun dari katil dan ingin berdiri, matanya berbinar.
Dia duduk sebentar di birai katil. Mahu menyeimbangkan kembali badannya. Matanya juga sudah berair menahan denyut di kepala.
Melihat jam pada handphone sudah menunjukkan ke pukul 6.00 pagi, dia cuba juga untuk bangun. Tidak mahu terlalu mengikut perasaan dan kesakitan yang dia sedang alami sekarang ini. Tia berjalan perlahan - lahan menuju ke bilik air.
Dalam lampu yang sedikit samar, Tia sudah tidak dapat hendak menahan diri.
Bammm... Akhirnya dia rebah juga di tepi pintu bilik air.
Hud yang terjaga kerana bunyi sesuatu yang kuat itu memandang ke arah bilik air. Dia meraba di sebelah. Tia sudah tiada.
Dia kecil besarkan mata. "Ya Allah, sayang... Kenapa ni?" Berlari Hud bangun dan pergi mendapatkan isterinya. Perasaan risaunya bertambah - tambah. Isteri yang sudah tidak sedarkan diri itu dia cempung dan bawa ke arah katil.
"Sayang, bangun. Kenapa ni? Jangan buat abang risau." Pipi isterinya dia tepuk perlahan. Dia melangkah ke bilik air dan membawa sebekas kecil air. Lalu air itu direnjis - renjiskan pada wajah isterinya.
Melihat isterinya yang tiada respon lagi membuatkannya semakin bertambah risau.
Dia ulang lagi merenjis air ke wajah isterinya.
"Sayang, bangunlah."
"Abang risau ni."
Hud tinggalkan sebentar isterinya dan pergi ke bilik air. Mahu membersihkan diri kerana waktu tamatnya Subuh sudah semakin hampir.
Usai solat Subuh. Hud kembali melihat isterinya. Dia tepuk pipi itu perlahan. Sambil - sambil merenjiskan air. Dia letak tangan ke dahi isterinya.
"Panas!!! Demam ni."
"Sayang, bangun sayang." Hud ulang panggil sementara sedikit air dia masih renjis ke muka Tia.
Tia akhirnya buka mata. "Abang sekarang ni dah pukul berapa?" Tia picit dahinya yang masih berdenyut.
"Pukul tujuh sayang."
"Haaa, pukul tujuh. Tia belum solat Subuh lagi. Kenapa Tia tak siap lagi nak pergi kerja ni? Abang kenapa tak bersiap. Nanti lambat." Bertalu - talu pula soalan Tia, wajahnya menunjukkan sedikit kerisauan.
"Tak payah. Abang EL harini. Dan sayang pun abang dah cutikan. Kejap lagi kita pergi klinik. Jom abang bawa pergi ke bilik air. Nanti abang nak mandikan sayang."
Mendengar sahaja perkataan 'nak mandikan' Terus Tia bangun dan berada di dalam posisi duduk.
"Kenapa abang cutikan Tia?" Tia menyoal. Masih dia tidak tau yang dirinya pengsan di depan pintu bilik air.
"Tadi sayang pengsan. Pasal solat Subuh tu, sayang qada je nanti. Jom abang bawa pergi ke bilik air. Kejap lagi kita pergi klinik." Hud cuba membantu Tia turun dari katil.
"Sampai di depan pintu bilik air, Tia berdiri sambil membuat isyarat jari, tidak boleh masuk.
"Biarlah abang mandikan sayang. Kalau jatuh lagi macam mana. Jangan buat abang risau boleh tak?" Hud bertegas. Mana tak risau jika isterinya itu akan jatuh lagi di dalam bilik air. Dia tak percaya untuk melepaskan Tia mandi seorang diri.
"Tia boleh, abang jangan risau."
"Memang abang sedang risau. Kalau nak mandi sorang - sorang juga, pastikan jangan tutup pintu. Kalau apa - apa jadi nanti, abang boleh terus buka pintu tu," cadang Hud
"Emmm, yela. Tapi abang janji jangan mengintai. Janji dulu." Tia menunjukkan jari anak sebelag kanan ke arah suaminya.
"Yer, janji. Cepat masuk." Jari anak sebelah kanannya dia tunjuk pada Tia seraya menyambut jari anak isterinya tanda janji sudah disepakati.
Tia senyum, dia masuk ke bilik air.
Plakkk,,, kedengaran bunyi tombol pintu ditolak dari dalam. Hud beredar ke arah katil dan matanya tidak lepas dari memandang ke arah bilik air.
Selang beberapa minit kemudian, pintu bilik air terbuka dan Hud urut dada dan menarik nafas lega.
"Siap - siap dulu abang turun bawah siapkan breakfast mudah. Buat alas perut sebelum bergerak ke klinik."
Tia angguk. Sakit di kepalanya sedikit berkurang. Melampau - lampau pula kepalanya berdenyut awal pagi tadi. Tak pernah pula dia terkena sakit kepala seperti itu. Migrain kot. Tia membuat telahan di dalam hati.
Usai bersiap dengan set blouse dan seluar berwarna khaki dia turun ke bawah.
Hidungnya tercium bau aroma roti bakar. Laju langkah menuju ke arah meja makan.
Ada roti bakar bersama omelette. Nampak sangat menyelerakan. Pandai suaminya masak. Sempat dia memuji sang suami di dalam hati.
"Kenapa tercegat lagi depan makanan tu? Duduk sayang." Hud yang baru datang ke arah isterinya menegur. Di tangan ada secawan jus oren segar yang dia perah sendiri. Bukannya ambil jalan mudah beli siap dari kedai.
"Sedapnya. Pandai abang masak. Baru Tia tahu, abang ada skill memasak." Tia memuji. Pujian yang ikhlas dari dalam hati dan bukannya pujian membodek kerana ingin mendapatkan sesuatu.
"Mestilah, jangan pandang abang sebelah mata." Hud ketawa kecil.
"Emmm, yela. Yang hebat - hebat, yang bagus - bagus semuanya abanglahkan," balas Tia. Hujung garfu dia cucuk pada atas telur lalu menyuapkan ke dalam mulut.
Belum pun sempat dia hendak menelan makanan yang sudah berada di dalam mulut, tekaknya mula meledak ingin memuntahkan semua isi perutnya.
"Apa kena dengan aku ni?" Tia berlari masuk ke dapur. Sinki dapur tempat yang dia ingin tujui sekarang ini.
"Uweeekkk..." Tia mengeluarkan isi perutnya. Perutnya juga terasa memulas dan seakan bergelodak.
"Sayang..." Hud juga cemas dan berlari ke arah dapur. Dia memicit leher isterinya supaya wanita itu sedikit lega.
"Apa kena dengan Tia ni abang?" Suara Tia berubah serak.
Hud memapah isterinya ke kereta.
******
Selesai doktor memeriksa isterinya.
"Kenapa isteri saya doktor?"
Doktor senyum...
"Tahniah!!!"
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel