BAB 40

Romance Series 30712

"Jauh lagi ke kampung sayang?" Hud menyoal pada sang isteri yang ketika itu menjadi penunjuk arah.

"Lagi setengah jam je. Kenapa dah penat ke? Nak tukar pemandu?" Tia tersenyum, belum sampai setengah jam perjalanan pun lagi sudah ditanya. Dah pernah pergi pun masih nak menanya lagi. Opps, lupa, dulu pergi pun time masa nikah sahaja. Pergi pun dalam keadaan terpaksa. Mana nak tengok selok - belok jalan.

"Abang tanya. Bukan nak tukar pemandu. Abang bolehlah. Ingat abang tak pernah drive jauh ke. Lagipun bukan sampai lapan sembilan jam perjalanan punkan. Dua jam pun tak sampai kalau ke kampung sayang tu," tukas Hud sambil tersenyum nipis.

"Emmm, yela. Pape jela. Nanti kalau ada gerai buah abang berhenti yer. Tia nak beli ole - ole sikit untuk bawa balik kampung," pinta Tia.

"Boleh sayang. Kenapa tak beli dekat pasaraya terus je balik kerja semalam." Hud bersuara tetapi mata tetap pada jalan di depan.

"Takpe, Tia memang nak beli yang dijual di gerai - gerai. Lagi fresh. Lagipun di gerai - gerai lagi banyak pilihan buah - buah tempatan." Tia membalas. Bibirnya tak lekang dengan senyuman. Mungkin tak sabar nak bawa si suami buat kali pertamanya balik bermalam di kampung.

Rumahnya sekarang dah besar dan selesa. Semua dah ditukar pada rumah batu. Setiap bilik dan ruang tamu sudah ada aircond. Jadi tiada alasan kalau nak kata rumahnya panas dan berbahang.

Sebab tu juga Pak Longnya makin berbulu dengan keluarganya. Ada sahaja yang tidak kena. Ada saja dia mencari salah keluarganya. Koyak pada kain sendiri tak nampak tapi koyak pada kain keluarganya cepat sahaja dia nak sibukkan. Masih dia tak tunjuk gambar pada pak longnya yang dia terserempak dengan Nureen sedang berpelukan di pasaraya dulu. Dia masih simpan. Hanya menunggu masa untuk dia tunjukkan jika berkesempatan. Jika Pak longnya masih tak sudah mencari salah keluarganya. Buat masa sekarang dia akan terus bersabar selagi boleh.

"Sayang diam jer. Tengah fikirkan apa tu? Tak nak share..." Suasana hening seketika dipecahkan oleh Hud.

"Errr, takde apa - apa. Cuma Tia harap abang boleh bawa diri di kampung nanti. Kalau tak biasa pun, kena juga biasakan. Boleh???" Tia menyoal dalam nada kerisauan.

"Ooo, itu rupanya yang sayang sedang fikirkan. Emmm, jangan risaulah. Nanti taulah abang bawa diri." Puncak hidung isterinya dia cuit.

"Eeee, abangni. Fokuslah memandu. Sempat lagi ekk." Tia menegur.

Hud senyum. Senang betul hatinya dapat mengusik sang isteri. Sambil mulutnya menyanyi kecil mengikut alunan lagu di radio.

"Okay sayang, kita berhenti di gerai buah depan tu yer. Banyak pilihan kat situ." Hud tunjuk dengan tangan kiri sementara tangan kanan dia memegang stereng.

Rambang mata Tia melihat pelbagai jenis buah - buahan tempatan dan import yang ada di situ. Dia memilih beberapa jenis buah tempatan dan import.

Selesai urusan membeli, perjalanan diteruskan semula.

Hampir tengahari mereka sudah sampai di kampung Tia. Sedang - sedang elok dia sampai ketika hampir waktu makan tengahari.

"Rasanya ibu takde kat rumah waktu - waktu macamni. Mesti ada kat ladang sayur lagi sebab ibu akan pulang sebelum asar. Tapi jangan risau, makan tengahari dah siap tu. Taufiq balik sekolah nak makan. Lagipun ibu tau yang kita nak balik harini," maklum Tia usai keluar dari kereta.

"Jom abang, kita masuk dulu. Nanti lepas solat Zohor kita jenguk ibu di ladang sayur. Ibu tak boleh tinggalkan pekerja dia macam tu je. Sebab ibu biasanya akan siap - siap bawa bekal ke sana." Bangga betul dia bercerita perihal ibunya pada sang suami. Mana tak bangganya dia, ibunya itu seorang wanita yang cekal dan rajin berusaha. Setiap kali call atau video call, tak pernah lupa pesanan ibunya supaya sesibuk manapun kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan, jangan pernah tinggal solat. Sebab tu datangnya punca rezeki yang berkat.

"Mengelamun lagi. Sayang ni suka sangat mengelamunkan sejak akhir - akhir ni. Kenapa tu? Ada sesuatu yang tak kena ke?" Hud mengibas tangan kanannya pada depan wajah Tia.

"Mana ada mengelamun. Dah jomlah kita masuk. Abang pun mesti laparkan. Pagi tadi pun cuma makan sekeping je roti letak kaya sebelum kita gerak.

Gerak dah lambat. Patutnya boleh sampai lagi awal. Bukan jauh sangat pun kampungnya itu dengan tempat tinggalnya sekarang.

Lambat tu pun sebab dah tertidur semula selepas solat Subuh. Biasalah, sekarangni rajin pula nak buat OT malam - malam. Manalah tak mengantukkan, ditambah penat lagi. Hummm... Tia tersenyum sendiri.

"Sayang... Bilik air dekat mana? Abang dah tak tahan ni."

Lantunan suara suami mengejutkan Tia yang baru mahu membuka jendela biliknya. Mahu udara segar dari luar masuk ke dalam bilik. Bilik ini seperti biasa sudah kemas tersusun rapi. Mesti Taufiq yang bantu kemas. Berani dia nak ingkar arahan ibu. Sebab dari semalam Tia dah maklumkan untuk balik kampung harini.

"Pergi ke dapur, ada di sebelah kiri." Tia memberi petunjuk.

"Okay - okay, thanks sayang. Dah jumpa." Hud membalas dari jauh.

Sayup - sayup suaranya. Mesti dijeritnya dari dalam bilik air. Tak tahan sangatlah tu. Tia bergumam.

Tia ke dapur. Tudung saji dia buka. Ibunya sempat memaklumkan yang makanan sudah tersedia di dalam periuk. Minta untuk dipanaskan sahaja sebelum dimakan.

Mata Tia yang sedikit lesu itu terbuka luas. Menu kampung kegemarannya.

Masak lemak sayur pucuk manis dicampur dengan labu. Hmmm, mengancam. Dia buka lagi satu penutup tudung periuk bersaiz sederhana. Ada sup ayam bercampur kentang dan satu kuali yang diletakkan di atas tungku dapur dia juga turut membuka penutupnya. Lagi bersinar matanya. Sambal udang petai. Dia sudah kecur air liur.

Kurang sepuluh minit, lauk - pauk itu semua dia sudah panaskan.

"Jom abang kita makan." Tia ajak suaminya yang baru keluar dari bilik air.

"Tak tunggu ibu dan Taufiq dulu ke?" Hud menyoal.

"Ibu dah siap - siap bawa bekal. Taufiq pula kejap lagi balik sekolah. Tak payah risau pasal dia. Pandai - pandailah dia cari bawa meja ni kalau nak makan." Bicara Tia.

"Emmmm, kalau macamtu, jomlah kita makan dulu. Perut abang pun dah lapar sangat ni." Hud gosok perutnya perlahan.

Asyik menjamu selera... Bunyi salam dari luar membuatkan mereka berdua hilang fokus dalam sejenak.

"Taufiq dah balik," Tia memaklum kepada Hud apabila mendengar lantunan 'suara pecah' dari adiknya. Dah makin dewasa adiknya sekarang ni. Sudah bersekolah menengah. Sekejap sahaj masa berlalu.

"Assalamualaikum Kak Long." Langkah Taufiq terhenti di depan pintu dapur. Tak sangka ada suami kakaknya sekali. Semalam pun dia hanya dimaklumkan yang kakaknya itu mahu balik kampung pada harini.

"Fiq, meh sini. Salam abang long." Tia gamit. Dia tau, Taufiq masih terkejut. Sengaja dia mahu menggamatkan sedikit suasana yang sedikit hening antara mereka.

Taufiq akur dan melangkah menghampiri meja makan. Tangan abang iparnya dia raih. Tetap salam dan merendah diri. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia bersikap biadap pada abang iparnya itu, atas sikap biadap yang pernah ditunjukkan semasa hari pernikahan kakaknya empat tahun dulu. Walaupun ketika itu dia masih bersekolah rendah, tetapi dia tak lupa ingatan. Dia turut merasai rasa sedih yang ditanggung oleh kakaknya dulu.

Hud berdiri. Lantas tubuh yang sudah meninggi itu dia raih ke dalam pelukan.

"Maafkan abang long Fiq. Abang long tau, Fiq marahkan abang long atas sebab yang pernah abang long buat pada kak long dulu. Abang long mengaku, dulu abang long jahil. Tapi sekarang, abang long dah berubah. Abang long mahu bertanggungjawab pada Fiq sekeluarga. Bagi abang long peluang untuk tebus semua salah abang long dulu." Rasa sebak menghantui seluruh jiwa Hud. Dia tahan matanya yang sedang berkaca.

Taufiq hela nafas. Pelukan dari abang iparnya dia balas. Dia tidak mahu menyimpan perasaan yang terbuku di dalam hati. Dia akan berkorban apa sahaja asalkan kakaknya bahagia.

Dia tau. Kata - kata abang iparnya itu tulus dan lahir dari hati. Dia dapat rasakannya.

"Tak apalah abang long. Kita lupakan apa yang dah pernah jadi dulu. Fiq terima, asalkan kakak Fiq bahagia. Jaga kakak Fiq seperti nyawa abang long. Cuma satu yang Fiq nak cakap, sakitnya kak long, Fiq pun turut akan merasainya. Jangan pernah sakiti hati dia. Dia nyawa Fiq." Nafas panjang dia tarik.

Hud terkesima. Tetapi dia tetap mengangguk laju.

Tia pula tersentak. Sungguh dia tak sangka yang kata - kata seperti itu akan terkeluar dari mulut adiknya yang baru berusia empat belas tahun.

Selepas itu tangan Tia pula yang dia kucup. Taufiq peluk Tia erat - erat.

"Rindunya Fiq pada kak long. Takpelah, korang sambunglah makan, Fiq nak mandi dan solat dulu. Nanti kita pergi ladang sayur ibu sama - sama." Begitulah rutinnya selepas balik dari sekolah. Jika tiada kerja sekolah, di situlah selalunya tempat dia habiskan masa. Membantu ibunya di ladang sayur. Jika ada kerja sekolah, semuanya akan diangkut ke ladang sana. Dia akan menyelesaikan kerja sekolah terlebih dahulu sebelum sama - sama membantu ibunya.

"Emmm, pergilah. Nanti kak long teman Fiq makan. Dah lama kak long tak sembang - sembang dengan Fiq," usul Tia. Bahu kanan adiknya dia tepuk perlahan.

Dia ukir senyum tipis. Terngiang - ngiang kembali suara adiknya sebentar tadi. Hmmm, adik lelakinya itu sudah semakin dewasa.

"Jom abang sambung makan. Tambah lagi. Sedap ibu masak ni," tukas Tia kembali menyorong kerusi.

"Berderau darah abang dengar suara pahlawan Taufiq tadi. Semacam ada amaran." Hud urut dada. Betul, dia rasa berdebar juga tadi apabila mendengar suara Taufiq. Risau jika anak remaja itu ada silat gayung. Tak semena dia diganyangnya nanti.

"Apalah abang ni. Suara pahlawan celah mana. Dengan Taufiq pun dah rasa gentar ke? Tu belum jumpa serikandi dekat ladang sayur tu lagi," ujar Tia sambil menahan tawa. Tau takut. Desisnya.

Sementara di pihak Hud, dah berteguk - teguk air liurnya ditelan.

"Serikandi???" Hud ulang cakap Tia.

"Yelah, serikandi. Hmmm, cepatlah makan, Tia dah tak sabar nak jumpa serikandi kat ladang sayur ni." Tia makin kuat nak menyakat. Dapat dia lihat wajah cuak suaminya.

Usai solat Zohor, mereka bertiga bergerak ke ladang sayur.

Turun dari kereta, Tia laju melangkah ke arah seorang wanita yang sedang terbongkok - bongkok di tepi batas. Nasib baiklah sesekali ada angin yang meniup perlahan di kawasan itu.

"Ibu..." Panggilnya apabila badannya sudah sedikit hampir ke arah ibunya.

"Dah sampai... Kamu dah makan belum?" Sakinah menyoal. Matanya dikecil besarkan ke arah satu sosok lelaki yang turut datang menghampiri.

"Suami kamu ada sekali. Tak cakap pun pada ibu." Sakinah menyoal perlahan. Seperti dalam keadaan berbisik.

"Saja nak surprise ibu." Tia menjawab sambil tersenyum.

"Ibu..." Hud menegur sambil menghulur tangan.

Sakinah yang sedikit tergamam itu menyambut huluran tangan dari menantunya.

"Ibu apa khabar?" Hud menyoal ingin mencetuskan suasana mesra. Dia tau, ibu mentuanya itu sedikit kekok. Ataupun mungkin juga masih segan dengan dirinya.

Mula rasa bersalah hadir dalam diri kerana tidak melayan dengan sepatutnya Tia dan keluarganya dulu. Dia yang mula terbitkan suasana seperti itu dan dia juga perlu tamatkan.

Hud tarik ibu mentuanya ke dalam pelukan. Kerana baginya tiada yang salah pun. Dahi ibunya dia kucup lembut.

Sakinah semakin tergamam dengan perbuatan yang tidak disangka oleh menantunya.

"Hud minta maaf atas silap Hud yang dulu. Hud tau banyak dosa - dosa Hud pada Tia, pada ibu dan juga Taufiq. Izinkan Hud untuk tebus semuanya." Tersekat - sekat suara Hud untuk menuturkannya. Dia sebak. Dia juga hiba. Apa yang terucap adalah lahir dari hati.

"Ibu dah lama maafkan. Dan semua itu ibu dah lupakan pun. Jangan risau, ibu tak pernah ambil hati. Hud jaga Tia elok - elok tu pun dah cukup bermakna buat ibu. Jaga Tia macam nyawa kamu sendiri." Sempat dia menitipkan pesan buat menantunya.

"Terima kasih ibu kerana ibu masih terima Hud menjadi menantu ibu." Hud seka air mata. Betapa mulianya hati ibu mentuanya ini. Sedikitpun tidak ambil hati atas apa yang dia buat dulu pada keluarga ini lebih - lebih lagi Tia.

"Sampai bila ni nak buat drama air mata. Jomlah kita bantu ibu."

Masing - masing berpaling ke arah suara yang melantun dari belakang. Memandang ke arah Taufiq.

Suara tawa berderai kuat. Baru nak feeling - feeling. Ada sahaja yang dengki. Desis Tia.

"Norzie ada balik kampung tak ibu?" Tia memecah hening yang baru seketika itu.

"Baru minggu lepas dia balik. Dah dapat kerja kat syarikat mana ntah haritu. Ibu lupa. Ada barang dia kirimkan untuk kamu. Nanti ingatkan ibu," maklum Sakinah.

"Oyeke, dah lama Tia tak mesej dia dan dia pun tak contact Tia. Busy sangat agaknya sekarangni. Maklumlah dah dapat kerja bagus. Tapi barang apa yang dia kirimkan tu bu?"

"Nanti kamu tengoklah sendiri.

Tia angguk... Dia lepas pandang pada suaminya yang leka mengikut Taufiq dari satu batas ke batas yang lain.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience