BAB 26

Romance Series 16040

Hud terjeda...

Dia diam tanpa kata.

Kata - katanya memakan diri.

Dia juga terasa seperti menjilat ludahnya sendiri.

Masing - masing membisu sepanjang jalan.

Tiga puluh minit perjalanan... Sampai ke destinasi.

Tia menyalami tangan ibu dan bapa mentuanya.

"Mommy sihat? Tia minta maaf, dah lama tak datang sini. Busy sikit bila dah nak hujung - hujung semester ni." Tia menyoal, tangan kiri ibu mentuanya dia pegang erat.

"Mommy dengan daddy sihat sayang. Takpe mommy faham," jawab Datin Malika. Dia menggosok perlahan bahu menantunya. Semakin hari, Tia semakin pandai berfesyen. Makin cantik dan ayu dengan hijab yang dikenakannya.

"Macam mana dengan pelajaran kamu?" Dato' Huzairi pula menyoal. Dia menarik kerusi dan duduk di tempatnya.

"Alhamdulillah daddy, lagi dua bulan nak habis untuk pelajaran dalam kelas dan lepas tu sambung untuk praktikal selama enam bulan," terang Tia.

"Duduk sayang."

Tia malu - malu untuk duduk apabila Hud menarikkan kerusi untuknya. Sudahlah memanggilnya dengan gelaran seperti itu di depan ibu dan bapa mentuanya.

Rasa mahu menyorok bawah meja. Tia akur dan duduk.

Datin Malika memandang suaminya dengan tersenyum - senyum. Sejak bila agaknya anak lelakinya itu menjadi seromantis itu. Kerana layanan Hud pada Tia adalah on off, sekejap elok dan sekejap layanannya hambar. Susah untuk dia tafsirkan perangai sebenar anaknya itu.

"Malam ni tidur sinikan?"

"Yer, mommy, kami tidur sini malam ni." Hud membalas pantas.

Hud mencedok lauk udang galah masak sambal ke dalam pinggan nasi Tia.

"Errr, takpe. Saya boleh ambil sendiri. Enci..." Tia telan liur. Serba salah untuk dia sambung. Tapi di depan mommy dan daddy dia tak boleh membahasakan panggilan yang biasa dia gunakan apabila bersama lelaki itu.

"Awak letak je dalam pinggan sendiri." Tia menyambung. Dia tundukkan wajahnya mengadap hidangan. Udang sebesar tapak tangan melintang di dalam pinggannya.

"Takpelah Tia, suami kamu tu nak layan kamu. Biarkan dia. Suka mommy tengok kamu berdua ni dah nampak okay." Datin Malika mencelah. Dia tersenyum bahagia dan memandang Hud dan Tia silih berganti.

Hud tersenyum lebar. Lagi - lagi apabila mommynya juga turut menyokong perbuatannya sebentar tadi.

Beg berisi pakaian sudah diangkat masuk ke bilik oleh Kak Sulis.

Selesai makan malam dan sementara menunggu Hud ke bilik untuk bersolat, Tia ke dapur. Mommy dan daddy sudah selesai menunaikan solat maghrib.

Tia meletakkan sepinggan potongan buah pear dan oren ke atas meja kopi.

"Jemput mommy, daddy makan buah." Tia mempelawa. Dia mengunjuk pinggan berisi buah itu ke arah kedua mentuanya.

"Emmm, boleh juga. Bagus betul menantu mommy, rajin, pandai, cantik pula tu. Bertuah Hud dapat Tia tau dan bertuah mommy dapat menantu macam Tia. Pandai ambil hati mommy dengan daddy."

Tia tersipu apabila dipuji seperti itu. Rona - rona merah seperti menyerbu ke seluruh muka.

"Emmm, memang Hud bertuah pun mommy. Baru Hud tau mommy hadiahkan permata untuk Hud." Hud tiba - tiba mencelah dan mengambil tempat di sebelah Tia.

Bahu isterinya dia raih merapat kepadanya.

Tia terkaku. Dia merasakan dirinya sudah seperti patung mannequin.


Kata - kata Hud terngiang - ngiang di dalam kepala Tia. 'Bertuah' konon. Dulu diri ni jugalah yang kau hina, kau maki dan kau kutuk. Eloklah kau dah jilat ludah kau sendiri.' Tia bergumam. Tidak terluah dengan kata - kata.

"Nanti praktikal di syarikat daddy yer," usul Dato' Huzairi.

"Ha'ah betul tu, Hud setuju, cadangan yang bagus." Hud terpaling teruja mendengar kata - kata daddynya.

"Tapi daddy..."

"Kenapa Tia???" Dahi Dato' Huzairi sudah berkerut seribu.

"Tia dah apply tempat lain bersama Amni." Tia serba salah. Rasa berat untuknya khabarkan.

"Takpe, tak payah praktikal di situ. Batalkan. Nanti ajak Amni sekali untuk praktikal di syarikat daddy. Maklum pada Amni, jangan risau pasal elaun. Nanti elaun syarikat yang akan bayar."

Tia semakin serba salah. Nak telan mati mak, nak luah mati bapak.

"Emmm, nanti Tia bincang dengan kawan Tia dulu yer," Tia tersenyum kelat.

"Yer, kamu bincang dulu dengan kawan kamu tu. Nanti apa - apa bagitau daddy," tukas Dato' Huzairi.

"Okaylah, kami masuk ke bilik dulu."

Kata - kata Dato' Huzairi itu Tia balas dengan anggukan. Dia hanya menghantar pergerakan kedua mentuanya dengan pandangan mata.

"Jom sayang, kita masuk bilik," Hud yang sudah berdiri mengajak Tia untuk masuk ke bilik. Dia cuba menarik tangan isterinya itu.

"Encik Hud masuklah dulu." Tangan suaminya dia tepis perlahan. Tia juga ikut bangun tetapi dia berjalan ke arah dapur sambil membawa pinggan berisi buah tadi yang sudah kosong.

Hud pandang dengan wajah kelat. Hatinya terguris dengan sikap penolakan isterinya.

"Takpe, abang akan bagi Tia masa untuk terima abang. Tia ambillah seberapa banyak masa pun untuk Tia. Abang akan tunggu." Hud bercakap seorang diri. Dia berlalu dan naik ke biliknya.

Tia berdiri di depan anak tangga. Lehernya meremang apabila teringatkan kata - kata Hud sebentar tadi.

Kakinya berat untuk melangkah masuk ke bilik. Dalam keterpaksaan, Tia akhirnya sampai di depan muka pintu.

Lama dia tercegat di situ. Berharap yang Hud sudah tidur.

Dengan lafaz bismillah, dia menolak daun pintu dengan perlahan - lahan.

Matanya meliar memandang ke arah suasana samar di dalam bilik itu. Cahaya itu menghasilkan suasana romantis buat mereka tetapi tidak buat Tia.

Dengan langkah berat dia melangkah masuk ke bilik. Nak pergi ke bilik tamu memang tak boleh sebab ini rumah mentuanya.

Tia seperti biasa mengambil tempat di atas sofa. Tempatnya setiap kali balik ke rumah itu.

Dia merebahkan badannya. Sebelum terlelap, sempat dia melihat handphonenya. Melihat jika ada text WhatsApp masuk dan juga melihat barang sepuluh minit pada aplikasi Fac atau TikTok.

Matanya semakin layu. Handphone dia sudah letak di atas meja kopi di sebelahnya.

Hud memusingkan badannya. Memerhati gelagat isterinya yang sudah lena. Sengaja dia tidak mengacau isterinya, risau jika isterinya itu bertambah takut atau tidak selesa.

Bunyi dengkuran halus menyinggah ke cuping telinganya.

Dia bingkas dari katil dan menghampiri isterinya di atas sofa. Sempat snap beberapa keping gambar ketika isterinya itu sedang tidur. Ni kalau tertangkap, mahu pecah handphonenya dibaling Tia.

Hud tertawa kecil, "isteri solehah betul. Tidur pun pakai tudung."

Baru Hud sedar, sejak diawal perkahwinan, isterinya itu tidak pernah melepaskan tudung dari kepala ketika di depannya. Hud lepas keluh. Semua salahnya. Salahnya yang terlalu ringan mulut menghamburkan kata - kata yang menyakiti hati Tia.

Tia sudah berada di dalam cepungannya. Tubuh itu dia bawa ke arah katil. Nasib baik isterinya itu sedang angkat bendera merah. Jika tidak... Hmmm ,berani ke dia???.

Perlahan dan penuh tertib tubuh itu dia letak di atas katil. Dia sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada esok pagi. Dia akan tadah telinga jika Tia memarahinya.

Dia ambil tempat di sebelah Tia. Wajah isterinya yang sopan bertudung itu terlihat ayu ketika sedang tidur. Sekali lagi dia selfie beberapa gambar mereka berdua di atas katil.

Biarlah nak dikata penakut dan hanya berani bila orang tu sedang tidur. Di tak peduli.

Perlahan juga tubuh itu dia raih dan merapat ke dalam pelukannya. Dahi isterinya dia kucup penuh perasaan. Terasa tersangat rugi kerana telah mensia - siakan hidup Tia setelah bertahun - tahun.

Dengkuran halus beradu lawan. Masing - masing terlena. Hud tidur tersangat lena malam ini apabila dua desiran nafas menjadi satu.

Hujan di luar turun mencurah - curah. Kesejukan terasa mencengkam ditambah pula dengan suhu aircond yang sejuk.

Tia terjaga dari tidur. Dalam mamai - mamai dia meraba tempat tidurnya. Rasa selesa lain macam.

Errr, Pelik... Ada kain berat melekat pada tubuhnya. Dia amati. Sejak bila dia pakai comforter? Rasanya malam tadi hanya tuala besar yang dia gunakan buat selimut.

Telinganya menangkap bunyi nafas. Serta - merta bulu tengkuknya naik mencacak. Dia toleh ke tepi. Matanya membulat besar. Wajah suaminya begitu mendekat dengan wajahnya. Baru sedar yang dirinya kini berada di dalam pelukan lelaki itu di bawah satu selimut.

Tia bangun secara menduduk. Kali ini matanya sudah menjadi segar - bugar. Dia pandang ke segenap ruang dalam bilik itu sebelum menyedari keberadaan dirinya ketika ini. Dia selak comforter dan dia hembus nafas lega kerana dirinya masih lengkap berpakaian.

"Alhamdulillah... Masih dara." Nafasnya sudah tidak teratur.

"Encik Hud..."

"Encik Hud..."

Tia makin tak dapat mengawal emosi. Bergeretap giginya menahan geram.

"Suka - suka hati dia..." Tia mengomel.

"Kenapa ni sayang? Pagi - pagi dah marah." Hud menyoal tanpa riak. Dia menggosok - gosok kelopak mata.

"Ni..." Suara Tia kuat melantun.

"Ni apa sayang???" Hud buat - buat tidak faham. Dia yang tidak berbaju ketika itu bangun dan duduk di sebelah Tia. Tau yang isterinya kini sedang melenting dan dia juga tau sebab apa isterinya jadi seperti itu.

"Kenapa saya ada kat atas katil ni? Encik Hud angkat saya ke?"

"Eh, taklah, bukan sayang ke yang naik atas katil nak tidur dengan abang..." Tanya Hud sepontan. Sengaja ingin menduga. Dia tergelak dalam hati melihat wajah cemberut isterinya.

"Isyyy, mana ada, saya tidur atas sofa malam tadi. Saya masih ingat, saya belum lupa lagi." Tia merengus. Dia berura - ura untuk bangun.

"Arggghhh..." Tia menjerit kuat. Sedar - sedar wajahnya sudah mencium dada Hud. Sengal rasa seluruh hidungnya.

Tak sempat Hud nak menutup mulut isterinya.

"Syyyy... Jangan jerit nanti diaorang ingat kita buat 'Aktiviti bersenam' pulak sekarangni. Sayang nak ke orang fikir bukan - bukan??? Kalau dipihak abang, abang okay jer," tegur Hud sambil buat mimik muka gatal.

"Tak payah nak bersayang - abang sangatlah. Saya bukan adik Encik Hud dan sedara pun bukan. Jangan buat lupa apa yang Encik Hud cakap dulu." Tia marah dan dia juga mengungkit. Mana dia boleh lupa. Luka itu sudah terbentuk di dalam hatinya walau seribu tahun sekalipun.

Hud hela nafas. Perlahan dia menggelengkan kepala. Dia kena hentikan. Apa yang dia katakan dulu seolah - olah menjadi senjata untuk Tia menghentamnya.

Hud kena lupuskan dan bagi keyakinan baru pada Tia. Dia akan cuba sedaya mungkin untuk mengikat dan meraih kepercayaan serta keyakinan isterinya ini.

"Tidur sayang. Masih awal lagi ni. Esok kita sambung gaduh lagi yer."

Tia yang belum bersedia terlentang baring di dalam dakapan Hud. Dia cuba meronta untuk melepaskan diri. Tapi pelukan kuat itu mematikan pergerakannya.

"Tidur sayang. Kalau tak abang cium sayang sampai lemas." Hud mengugut. Tapi dalam hati dia ketawa kemenangan.

Dada yang mengepam laju tidak memungkinkan untuknya tidur lena. Tia cuba paksa matanya untuk tidur. Dalam keadaan yang dia tidak biasa dan juga tidak selesa, mana maunya mata itu bekerjasama.

Pelukan dieratkan. Guruh di luar sabung - menyabung. Hujan pula semakin lebat. Seakan merestui apa yang sedang dilalui oleh pasangan suami isteri ini. Hud dekatkan wajahnya pada pipi Tia.

*******

Pagi itu wajah Tia masam mencuka. Perbuatan Hud sudah semakin melampau. Langsung tak hormat hak privasi dirinya.

Dulu bukan main, itu tak boleh, ini tak boleh. Layanan padanya pun seperti orang asing.

Sekarangni lain pula. Makin bertambah miang.

Usai bersarapan, Tia mahu keluar dari rumah untuk menghirup udara segar.

Bau rumput selepas hujan begitu menyegarkan. Tia menarik cardigan labuhnya rapat - rapat untuk menutup seluruh tubuhnya. Sejuk pula pagi ni walaupun ketika itu sudah menghampiri pukul 7.30 pagi. Dia duduk disalah satu kerusi batu di taman mini depan rumah ini.

Taman yang dijaga rapi oleh tukang kebun. Dalam lekanya dia melayan perasaan, ketenangannya terganggu.

"Makin sombong kau sekarangkan. Sejak dah jadi menantu orang kaya. Duduk pulak rumah mewah."

Tia hembus nafas panjang. Tak boleh tengok orang senang. Rengusnya.

Tia berpaling.

"Kenapa dengan pak long ni. Tia tak campur pun urusan pak long. Dulu pak long juga yang paksa saya untuk kahwin dengan Abang Hud. Kenapa sekarang nak pertikai pula."

"Lagipun, pak long dah dapat habuan pak longkan," sambung Tia. Ikutkan sakit hatinya mahu sahaja dia bunuh lelaki di sebelahnya ini. Dia mengengsot sedikit ke tepi. Sudah hilang rasa hormatnya pada lelaki itu.

"Kau jangan buat cerita. Kau budak - budak apa yang kau tau." Tahir seperti hilang kata - kata.

Tia ketawa kecil tetapi cukup sinis pada pendengaran telinga Tahir. Ketawa yang seakan mengejek dirinya.

"Tak perlu berselindung lagi pak long. Saya dah tau semuanya. Jangan berlagak seperti orang alim kalau diri tu berperangai seperti syaitan," bidas Tia puas. Sudah lama dia ingin sembur orang tua tak sedar diri di sebelahnya ini. Kalau dulu dia terlalu naif dan penurut, sekarang tidak lagi. Keadaan sekeliling banyak mendewasakan dirinya.

Wajah Tahir berubah. Hilang kata - katanya yang mahu membidas anak saudaranya itu.

"Makin kurang ajar kau sekarangkan. Hmmm, mesti mak kau yang ajarkan. Kalau mak kau didik kau dengan betul, takkanlah kau jadi makin kurang ajar macam sekarangni." Suara Tahir melengking.

"Eh, sayang dekat sini rupanya... Pak long pun ada. Tengah bincang hal apa tu?...."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience