BAB 32

Romance Series 19572

"Pergilah pada Tania. Dia lagi perlukan Encik Hud."

"Sayang tak faham... Abang dah tak boleh nak bersama dia. Abang dengan Tania dah takde apa - apa lagi dah. Ikut abang..." Hud rampas kunci kereta dari tangan Tia dan menekan butang lock pada kereta tersebut.

"Tak nak.. Saya nak balik..."

Hud masih lagi menarik tangan Tia. Dia tidak hiraukan rontaan isterinya itu.

"Masuk..."

Arah Hud. Dia tolak perlahan bahu Tia supaya masuk ke dalam kereta.

"Saya tak sukalah dipaksa - paksa. Awak memang suka memaksakan." Marah Tia.

"Ada perubahan..." Hud senyum sendiri apabila mendengar panggilan kepadanya sudah berubah.

"Apa yang ada perubahan?" Tia jegil mata.

"Errr, takde apa - apa." Seterusnya dia tetapkan fokus kepada pemanduannya.

Lagi beberapa minit menunjukkan pukul 7.00 malam.

Tia mula gelisah. 'Ke mana dia nak bawa aku sebenarnya ni.' Getus Tia.

Dia palingkan wajahnya kepada Hud yang diam sejak dari tadi. Terlihat riak tenang pada wajah itu.

"Encik Hud nak bawa saya pergi mana? Kejap lagi dah nak maghrib." Tia menyoal tanpa alihkan pandangannya daripada wajah Hud.

"Kita pergi rumah mommy..."

"Tapi ni jalan lain, bukan jalan ke rumah mommy..." Tia ragu - ragu. Dia pandang ke kiri - kanannya, ni bukan jalan yang biasa dia lalui.

"Ini jalan lain, tapi jauh sikit, jangan risau, abang tak bawa Tia ke tempat yang bukan - bukan." Hud senyum. Tapi matanya masih tetap ke jalan raya.

Tia juga diam selepas itu. Dia pandang pada luar tingkap yang sedikit berkabus itu. Malam sudah mula membuka tirainya.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar,".....

Tia pandang ke arah radio. Dah masuk waktu maghrib. Gumamnya.

"Kita solat maghrib kat rumah mommy nanti. Sempat sampai sebelum isyak. Jangan risau." Hud bersuara, tau yang difikirkan oleh isterinya itu.

"Hmmm..." Tia membalas ringkas.

Kereta memasuki perkarangan rumah banglo Dato' Huzairi.

"Jom..." Hud menggamit Tia usai mematikan enjin kereta.

Tia akur. Mereka jalan beriringan memasuki rumah banglo mewah itu.

"Assalamualaikum mommy - daddy..."

Datin Malika dan Dato' Huzairi yang baru mahu menapak anak tangga, menghentikan pergerakannya.

"Laaa, kamu ni. Nak balik sini bukan nak cakap. Suka sangat datang mengejut." Bebel Datin Malika sambil meraih menantunya ke dalam pelukan.

"Maaf mommy, ni semua rancangan Abang yang tiba - tiba plan nak datang sini lepas balik kerja tadi." Tia bersuara sambil matanya dijeling sekilas pada Hud.

Hud membalas dengan kenyitan mata apabila pandangan mereka bertemu.

"Emmm, pergilah naik atas. Mandi, solat lepastu kita dinner sama - sama." Datin Malika mengeluarkan arahan.

Hud menarik tangan Tia untuk sama - sama naik ke biliknya.

"Tak payahlah nak pegang - pegang. Jalan je terus."

Hud tidak hiraukan mulut Tia yang mengomel kepadanya.

Makin kejap pula dia pegang tangan Tia.

Masuk sahaja ke dalam bilik...

"Sayang pergilah mandi dulu, maghrib dah nak habis ni."

Tia yang masih berdiri, hanya diam. Tapi fikirannya berjalan. 'Baju takde, macam mana nak mandi.' Dia meramas tangannya.

"Pergilah sayang mandi dulu. Abang boleh mandi di bilik air luar."

"Macam mana nak mandi, Encik Hud bawa saya ke rumah mommy sehelai sepinggan. Baju - seluar besar, baju - seluar kecik semua takde. Nak suruh saya berbogel ke." Tia membalas.

Hud garu kepala. "Betul juga, sorry sayang. Kejap..." Hud bergerak ke arah almari baju. Dan kembali semula dengan sepasang pakaian di tangan.

"Nah pakai ni, pergi mandi. Tuala, berus gigi ada dalam laci di dalam bilik air," pinta Hud berupa satu arahan.

Tia atur langkah mahu keluar dari bilik.

"Sayang nak pergi mana?" Bahu isterinya itu dia pegang dari belakang.

Tia menahan debaran. Baru dia terfikir untuk mandi di bilik air luar kerana dia kurang selesa mandi di bilik air dalam bilik ini.

"Sa... Saya nak mandi di bilik air luar." Tia gugup. Dalam dada hanya Allah sahaja yang tau. Meremang pula bulu tengkuknya apabila tangan lelaki itu masih di atas bahunya. Dia menggeliat mahu melepaskan tangan suaminya dari terus terletak di atas bahunya.

"Kenapa nak mandi bilik air luar? Dalam bilik kitakan ada bilik air," tukas Hud.

"Pergi mandi cepat, sebelum abang angkat sayang dan kita mandi sama - sama." Hud menakutkan Tia.

Dengar sahaja suara Hud itu, Tia terus berlari masuk ke bilik air. Pintu bilik air dia kunci rapat - rapat.

Inilah kali pertama dia masuk ke dalam bilik air ini sepanjang dia menjadi isteri kepada Hud Husaini.

Matanya meneroka ke segenap ruang di dalam bilik air itu. Ada penghadang di antara tandas dengan bathtub. Dia mencari laci seperti yang diperkatakan oleh suaminya. Setiap laci dia buka dan mencapai satu berus gigi yang masih belum digunakan.

"Alamak pencuci muka pun takde." Tia tepuk dahi. Di atas rak bertingkat dia melihat ada pelbagai jenis pencuci muka.

"Hentam sahajalah. Dah darurat. Dia menekan tiub salah satu daripadanya dan mula mencuci muka.

Rasa segar ke seluruh badan apabila air dari paip hujan itu mengenai ke seluruh badannya. Tia menyelesaikan urusannya di situ cepat - cepat. Risau jika terlepas waktu maghrib.

"La... La... La..." Dia menyanyi entah apa jenis lagu. Asalkan sedap didengar pada telinga.

"Nilah bahananya bila nak ke mana - mana tak plan. Terpaksalah dia memakai semula baju keciknya. Baju t'shirt lengan panjang berwana nude bersama seluar track dia acu - acukan pada tubuh.

Dia lihat di atas rak bercermin ada sesuatu terjatuh semasa dia mahu mengacukan baju itu pada badannya. "Siap bagi spender dia. Hmmm. Ada tag. Masih belum guna. Tia urut dada. Nasib baik belum guna." Getusnya.

Tia membuka sedikit pintu bilik air dengan perlahan - lahan. Dia mengintai, apabila dilihat line clear, dia keluar dari situ.

"Jom solat berjemaah, maghrib dah nak habis. Lamanya dia mandi. Seronok dapat jumpa air?."

Suara suaminya mengejutkan Tia yang duduk di depan cermin solek.

"Nah telekung, abang pinjam mommy punya."

"Terima kasih." Telekung bertukar tangan.

Jauh di sudut hati Tia, dia tersentuh. Ego dan rasa sakit hatinya mula sikit demi sedikit memudar. Ini kali pertama dia menunaikan solat secara berjemaah dengan suaminya.

Inilah yang dia inginkan dalam kehidupan berumahtangganya. Seorang lelaki yang boleh menjadi imamnya.

Rasa sebak itu dia tahan sehingga selesai salam yang terakhir.

Doa Hud penuh kusyuk. Setitis demi Setitis air mata lelakinya gugur. Mula menyesali apa yang telah dia lakukan sepanjang perkahwinannya.

Tiada lain yang dia pinta supaya Allah SWT memberikan kebahagiaan yang berpanjangan dalam rumahtangganya. Menetapkan rasa sayang antara dia dan juga isterinya.

"Aamin... Alhamdulillah, kita jadikan ini amalan dalam rumahtangga kita yer sayang."

Tia angguk. Dia mengukirkan satu senyuman yang paling ikhlas buat suaminya.

Terpejam matanya apabila satu kucupan hinggap di dahi.

"Terima kasih sebab sabar dengan abang."

"Sama - sama Encik Hud. Tapi saya terbuka jika Encik Hud nak kembali kepada..."

Cup... Ciuman kilat hinggap di bibir.

"Eeee, tak baik tau, curi - curi cium..." Tia kesat mulutnya kasar - kasar.

"Kalau sayang masih nak panggil abang dengan panggilan 'Encik Hud' tu, setiap kali itulah abang akan cium sayang. Ni warning. Lepas ni, dan bermula malam ni, panggil 'abang'. Abang tak nak dengar panggil gelaran formal tu lagi. Faham tak sayang." Hud menegur. Sudah lama dia ingin meminta isterinya itu mengubah panggilan kepada yang lebih mesra, akhirnya malam ini dia katakan juga, kerana ketika ini adalah waktu yang sangat sesuai.

"Hal Encik Hud..." Tia alih wajah apabila Hud mendekatkan wajah kepadanya. Seolah - olah mahu menciumnya lagi.

"Sorry, hal aa... Ukhhh..." Tebal pula lidah ni nak menyebut. "Emmm, hal abang dengan Tania masih belum selesai," ungkit Tia, dia mula melipat kain telekung dan sejadah.

"Okay, hal Tania tu, abang sumpah, abang dengan dia dah takde apa - apa. Dia yang datang ke pejabat abang pagi tadi. Merayu, memujuk supaya abang terima dia balik. Tapi, hati abang dengan dia dah kosong. Yang ada cuma sayang. Tolong percaya cakap abang," terang Hud bersungguh.

Tia bangun. Mahu meletak kain telekung di rak. Sejenak dia berhenti melangkah dab berpaling semula ke arah Hud.

"Ye, untuk kali ini Tia percaya cakap abang."

Hud yang masih berteleku di atas sejadah, mendongakkan kepala. Matanya bersinar.

"Ya Allah, Alhamdulillah. Terima kasih sayang." Hud raup wajah. Dia bingkas berdiri dan terus memeluk isterinya.

"Terima kasih sebab faham abang. I love you..." Ucapan itu masih terluah di bibirnya.

"Sama - sama." Tia rapatkan wajahnya di dada bidang Hud. Dia juga turut membalas pelukan suaminya itu.

Tok - tok - tok...

Pelukan dilonggarkan.

"Encik Hud, Puan Tia, Dato' dan Datin ajak makan malam."

"Yer, lagi lima minit kami turun." Hud membalas dengan suara sedikit kuat kepada pembantu rumahnya itu.

Mereka berjalan beriringan turun sambil berpegangan tangan menuruni anak tangga.

"Maaf lambat." Hud menyapa apabila dirinya dan Tia sudah hampir ke meja makan. Mereka berdua mengambil tempat masing - masing.

"Emmm, takpe, duduk." Dato' Huzairi membalas.

Datin Malika memandang ke arah anak menantunya silih berganti.

"Gembira mommy tengok kamu berdua sekarangni. Nampak serasi sangat. Macam tulah, apa - apa sahaja hal dalam rumahtangga kena berbincang. Kena sama - sama saling tackle hati masing - masing, sayang - menyayangi...." ujar Datin Malika.

"InshaAllah mommy. Terima kasih hadiah Tia untuk Hud. Baru sekarang Hud dapat bezakan mana yang kaca dan mana yang permata," tukas Hud. Jelas terpancar aura kebahagiaan pada wajahnya.

"Lepasni dah bolehlah bagi kami cucu pulak."

Hampir tersembur air sunquick oren yang diminum oleh Tia. Tia sudah terbatuk - terbatuk.

"Sayang, makan pelan - pelan. Jangan gelojoh... Minum air ni. Minum perlahan - lahan." Sebenarnya dia tau, mesti kerana kata - kata mommy yang mahukan cucu sebentar tadi menyebabkan Tia tersedak.

Tia hanya tersenyum dan mengangguk. Dia menyambut gelas dari tangan Hud lalu meneguknya perlahan.

"Tia masih muda mommy. Lagipun dia belum habis belajar. Hud tak pernah persoalkan pun hal tu." Maklum Hud.

"Emmm, takpe, mommy saja je cakap. Jangan ambil hati yer sayang." Datin Malika merasa serba salah.

"Esok kami cuti..."

Semua yang ada di situ memandang ke arah Hud. Lebih - lebih lagi Tia.

Dia jegilkan mata. Bila masa dia mohon cuti. Pandai - pandai jer.

Hud membalas pandangan seraya mengenyitkan mata.

*******

"Okay semua, ada apa - apa persoalan yang hendak ditanya?" Hud memandang kepada semua ahli mesyuarat. Dapat dilihat, masing - masing fokus pada isu dan isi mesyuarat yang sedang dibincangkan.

"Tiada Encik Hud. Salah seorang dari mereka membalas apabila setelah tiga minit berlalu, masing - masing hanya diam.

"Wakil dari Mega Group?"

"Tiada Encik Hud. Setakat ini apa yang kita bincangkan semuanya jelas dan terang." Tania dengan gaya menggodanya membalas.

"Okay, terima kasih Cik Tania."

Ucap Hud walaupun mulutnya berat mahu menyebut nama itu. Tapi atas dasar profesional, dia terpaksa juga berdepan dengan secara profesional.

"Saya harap projek di Klang dapat dilaksanakan sehingga ke peringkat akhir. Niat saya cuma satu, nak memberikan peluang pekerjaan kepada golongan muda dan mengurangkan pengangguran dalam negara kita. Jadi, saya mahu pegawai projek yang terlibat dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya. Pastikan memilih bahan binaan berkualiti tinggi untuk memastikan ketahanan dan keselamatan bangunan. Patuhi dan ikuti peraturan serta standard pembinaan yang telah ditetapkan oleh CIDB Malaysia," pohon Hud.

"Faham dan ambil maklum Encik Hud. Kami akan pastikan setiap kerja - kerja yang akan dilakukan mengikut standard yang telah ditetapkan." Encik Fahmi selaku pegawai projek dari Mega Group bersuara sambil memandang ke arah Tania.

Hud mengangguk. Jika tiada apa - apa, diakhir kata, saya tangguhkan mesyuarat pada hari ini. Assalamualaikum. Bersurai..."

"Waalaikumsalam..." Bilik mesyuarat yang tadinya diam kembali hingar. Masing - masing mahu keluar dan kembali ke tempat duduk masing - masing. Banyak lagi urusan yang tergendala perlu dibereskan.

Begitu juga Tia. Dia dipaksa untuk sama - sama hadir dalam bilik mesyuarat.

Baru mahu angkat punggung...

"B, jom lunch..."

Terdengar bisikan manja dari mulut Tania yang begitu hampir di telinga Hud. Walaupun suara itu agak perlahan tapi cukup jelas pada telinga Tia. Di kecilkan matanya memandang kepada Hud. Ingin melihat sejauh mana dia mampu menahan godaan si gedik tu.

Naik meluat Tia mendengarnya. Gedik macam sotong kurita kena panggang. Meliuk - liuk... Eeee...

Tia pelik. Si Tania ni buat - buat lupa atau memang tak ingat siapa dirinya pada Hud. Takkan dia dah lupa kot pada wajah yang cantik ni. Sebab tadi, Tania hanya memberi pandangan kosong kepadanya apabila mereka bertemu pandang.

"You pergi baliklah pejabat you... Jangan panggil i B lagi. Sedar diri sikit, kita dah takde apa - apa hubungan." Hud menepis tangan lembut Tania yang mahu merayap pada bahunya. Dia bingkas berdiri.

Di bahagian hujung meja, Hud terpandang pada Tia. Hmmm, nasib baik dia menolak secara keras ajakan Tania. Jika tidak, mahu kena mogok oleh Tia tujuh hari, tujuh malam nanti.

"B, sampai hati you. Mesti sebab perempuan kampung tu dah racun hidup youkan..."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience