BAB 36

Romance Series 23586

"B..."

Hud angkat kepala. Sosok seksi melenggang kangkung datang menghampiri.

"Hai B... Rindu i tak?"

Hud buat - buat tidak melayan. Dia sibuk. Sangat sibuk. Jadi tiada masa untuk melayan orang yang tidak diundang seperti ini.

"I datang nak bincang pasal hal Projek di Klang."

Hud tekan butang intercome.

"Aween, harini saya ada apa - apa temujanji ke dengan syarikat Mega Group?"

"Maaf Encik Hud, harini memang ada temujanji dengan Mega Group, tapi saya dimaklumkan Dato' Rahim yang akan hadir. Saya dah maklumkan melalui email." Suara Aween di hujung talian bergema di bilik yang sunyi itu.

"Mesti you nak halau i kan. See, you dah taukan harini kita ada perbincangan." Baju bahagian dalam Tania yang terlebih belah di bahagian leher itu menampakkan lebih jelas alur payudara di sebalik baju kot yang dipakainya. Sengaja dia menundukkan badannya lebih rapat ke meja supaya Hud dapat melihat asetnya itu. Dia tau, kucing tidak akan melepaskan ikan jika sudah berada di depan mata, lebih - lebih lagi jika yang terhidang adalah ikan segar.

Hud telan liur. Tania ni betul - betul sengaja mengundang. Tipulah jika dia tidak memandang. Dia cuba membuat riak bersahaja. Mata ni pun gatal pula. Asyik nak mencuri pandang.

"I lebih selesa berbincang dengan Daddy you. Rasanya takde apa yang perlu kita bincangkn harini." Suara Hud mendatar. Dia sebenarnya sudah berasa tidak selesa.

"Rilekslah... I datang bukan nak buat kecoh. I datang sebab nak berbincang tentang urusan kerja dan ingin melepas rasa rindu pada you. B, i tau, you sangat rindukan i. Rindukan masa - masa manis kita." Sengaja dia berbicara manja dan sengaja dia buat suara kepitnya supaya kelihatan lebih menggoda.

"You merepek apa ni? I tak rasa nak berbincang dengan you. Kalau you rasa nak syarikat ni bekerjasama dengan syarikat you untuk projek di Klang, jaga perangai you. Kerja tetap kerja. Jangan nak campur adukkan dengan perasaan pula dekat office i. Dan, i nak ingatkan you, lepasni kalau ada urusan kerja, tolong perbetulkan pemakaian you. Ni pejabat bukannya kelab malam." Sempat dia mengingatkan dalam sindiran.

Tania terkedu. Dia membetulkan duduknya. Hud dah banyak berubah. Takpe banyak masa lagi.

"Mana dokumen yang you nak bincangkan tu. Cepat sikit, i ada lunch dengan wife i." Hud fokus semula pada kerjanya sambil - sambil menunggu Tania memulakan perbincangan mereka.

"Ni B..." Dokumen dalam satu fail putih keras dia letak di depan Hud.

"Opps!!! Jangan panggil i B. Kita dah takde apa - apa hubungan. Kalau you masih berkeras dan tak jaga perangai you, i tak teragak - agak nak halau you dari office i." Hud memberi peringatan.

Tania telan liur. Seram pula mendengar kata - kata Hud sebentar tadi. Hud akan buat apa yang dia ucapkan. "Okay... You baca dokumen ni. Ada beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan sebelum ke peringkat akhir. Apa - apa you boleh discuss dengan daddy i." Dia sebenarnya terasa dengan kata - kata Hud. Nampak sangat yang Hud sudah membuang dirinya.

Tania bangun berdiri.

Klekkk... Pintu kaca seperti dibuka dari luar. Tania datang sedikit mendekat dengan tempat duduk Hud.

"Eh! Apa yang you buat ni Tania?" Suara Hud bergetar. Antara terkejut dan tersentak.

"Abang... Kata nak gi lunch..." Tanpa isyarat Tia terus sahaja melantunkan suaranya sebaik sahaja pintu kaca itu dibuka. Akan tetapi dia terus terdiam. Menyaksikan pemandangan yang betul - betul menyakitkan hatinya. Bukan cemburu tapi lebih kepada marah. Marah dengan dua ekor manusia yang baginya tidak bertamadun.

Tia pandang dua manusia yang berada di depannya. Yang terkelu seribu bahasa.

"Kalau nak buat maksiat, kenapa tak tempah hotel? Kenapa perlu buat di dalam pejabat." Tia masih di muka pintu. Memandang dengan wajah sebal.

"Sayang, dengar dulu apa yang abang nak cakap. Ni bukan seperti yang sayang sangkakan." Hud tolak tubuh Tania dari ribaannya. Perempuan ni pun satu. Tiba - tiba pula buat - buat terjatuh atas ribanya. Sengaja nak mencari nahas.

Kelihatannya Tia hanya senyum... Senyuman yang bagi Hud betul - betul membunuhnya. Betul - betul menggoncang hati lelakinya.

"Sampai hati you B... Time you nakkan layanan i, bukan main lagi you merayu dan memujuk. Bila dah dapat, you tolak macm tu je i. Tadi bukan you suka ke i belai - belai you." Tania lagi menuang minyak. Sengaja mahu membuat Tia lebih cemburu.

Tia tutup telinga. Rasa nak muntah dan geli. Terasa bernanah pula telinganya mendengar.

"Betullah apa yang Tia rasa dari dulu. Abang sebenarnya tak ikhlas terima Tia dalam hidup abangkan. Abang hanya jadikan Tia sebagai tempat pelepas rasa kecewa. Hmmm, kalau kamu berdua dah kemaruk sangat, pergilah kahwin. Lebih baik berkahwin dari terus bergelumang dengan dosa." Tia memberi ayat pedas, peringatan dan sindiran. Sejurus selepas itu dia keluar dari bilik itu.

Wajahnya memerah menahan segala rasa.

"Aikkk, kejap je jumpa. Mana Encik Hud, tadi bukan Tia kata nak ajak Encik Hud lunch." Aween menegur setelah melihat Tia keluar seorang diri.

"Tak jadi..." Jawapan sepontan dari mulut Tia tanpa memandang ke arah Aween. Dia terus pergi dari situ.

Aween tepuk dahi. Terlupa yang Tania masih ada di dalam bilik itu.

Kali ini Encik Hud pula yang keluar dari biliknya.

"Aween,,, mana Tia???"

"Errr, tadi dia keluar, pergi ke arah sana." Aween membalas lantas jari telunjuknya dia tunjukkan ke arah tandas.


"Adoiii, matilah saya macamni. Kenapa awak tak sekat Tia dari masuk bilik saya?"

Kali ini Aween pula garu atas kepalanya yang berbalut tudung. Soalan apakah ini Encik Hud. Dia pula kini yang tersepit.

"Maaf, saya terlupa yang Cik Tania masih ada dekat bilik Encik Hud." Aween menjawab gugup.

"Emmm, takpe..." Hud kembali masuk ke biliknya.

Dia lihat Tania sedang duduk di atas sofa pula.

Rahang Hud bergerak - gerak menahan marah. Dia hampiri Tania.

"I nak you keluar dari bilik i sekarang. Kalau tak disebabkan i dah sign agreement, i mahu sahaja batalkan dari jadi rakan bisnes syarikat daddy you. I tak kisah tanggung rugi. Sekarang ni i cuma fikirkan daddy i. Baik you keluar dari sini. I meluat tengok muka tak malu you." Hud hamburkan apa yang dia rasa. Dia melangkah keluar dari situ selepas itu.

"Sampai hati you halau i..."

Hud langsung tak memandang. Dia meneruskan sahaja langkahnya.

Wajah Tania masam mencuka. Dia hentak kakinya kuat - kuat di atas carpet tebal dalam bilik itu.

"Tak guna kau Hud. Sebab perempuan kampung tu kau boleh reject aku macam tu je. Huhhhh..." Dia bangun dan capai handbagnya di atas meja. Dia juga turut keluar dari situ.

"Cik Tania dah nak balik ke?" tegur Aween. Sengaja buat - buat peramah kepada tetamu ketuanya.

"Diamlah kau. Kau pun sama je dengan perempuan kampung tu" Marah Tania. Mulutnya memuncung dengan wajah mencuka. Dia terus berlalu dari situ.

Aween ketawa kecil sambil mengangkat kedua belah bahunya sambil menjuihkan mulutnya.

"Dah tau laki orang lagi nak dikacaunya. Nak berbincang urusan bisnes konon. Hmmm... Ada agenda tersembunyi. Nasiblah badan Encik Hud. Pergilah pujuk 'Mem' tu." Ungkap Aween seorang diri.

Dia mencapai bekalnya lalu menuju ke arah pantry. Sebelum sampai ke pantry akan melalui satu surau. Tandas sebelah pantry.

"Aween tolong saya. Panggilkan Tia keluar dari toilet. Saya risau." Hud dengan wajah serabutnya meminta pertolongan dari Aween apabila bertembung dengan wanita itu.

"Okay, kejap, saya letak bekal saya dalam pantry jap."

"Cepat Aween, saya risau ni. Lama pulak dia berkurung dalam tu."

"Sabar Encik Hud."

"Tia... Buka pintu tandas ni. Akak sakit perut. Cepat Tia. Kang tak pasal - pasal akak membuang depan tandas ni." Pinta Aween setelah beberapa kali dia mengetuk pintu tapi takde respon.


"Cepat buka pintu ni Tia. Kot ye pun nak merajuk, janganlah dalam tandas. Kesian kat akak."

Klekkk. Pintu tandas di buka dari dalam tetapi Tia tidak juga keluar.

Hud merempuh masuk ke dalam tandas. Tidak dia peduli status tandas itu.

"Encik Hud, ni tandas wanita bukan tandas lelaki." Aween tergamam tetapi sempat dia menegur.

"Awak jaga pintu kejap. Saya nak selesaikan urusan antara hidup dengan mati." Hud memberi arahan.

"Errr, ba.. Baik..."

"Sayang, abang tau sayang marah
Tapi percayalah, abang sebenarnya teraniaya," luah Hud. Dia tau isterinya ada di dalam satu ruang tandas yang berkunci itu. Di dalam ruang tandas ini ada empat tandas. Dua tandas duduk dan dua tandas mencangkung.

Tok... Tok... Hud ketuk pintu pelastik itu.

"Sayang keluar sekarang. Sebelum abang tendang pintu ni. Cepat sayang... Satu... Dua...

Klekkk

Hud berhenti mengira. Dia melihat wajah sembab di depan matanya. Hatinya sayu. Tau yang Tia sebenarnya baru lepas menangis.

Hud tarik Tia ke dalam pelukan. Tia pula tidak menolak. Dia biarkan sahaja.

"Sayang, abang minta maaf. Tapi percayalah. Abang tak buat semua tu. Tania pada mulanya hanya datang untuk berbincang pasal Projek di Klang. Tetapi entah macam mana dia tiba - tiba terjatuh atas riba abang. Tiba - tiba tau. Bukan sengaja. Abang sanggup bersumpah dengan nama Allah..."

"Bersumpah apa dalam tandas ni. Mula - mula memang tak sengajakan. Tapi bila cinta lama tu mula berputik semula, yang tak sengaja tu akan jadi tersengaja." Tia bersuara setelah lama mendiamkan diri.

"Betul abang bersumpah. Abang tak buat semua tu. Iman abang ni dah kuat dan kental sayang. Abang mampu tepis semua godaan tu melainkan godaan dari sayang. Tu abang memang tak mampu nak tolak." Sekali lagi Hud bersumpah. Apa nak takut, benda atau perkara yang dia tak buat. Berani kerana benar.

Lepas ni dia akan mula berjaga - jaga. Jika Tania datang lagi, dia terpaksa panggilkan Aween atau Tia untuk ikut bersama perbincangan tersebut. Dia tak nak pisang berbuah dua kali. Ingat tak penat ke nak memujuk. Baru dia tau isterinya ini susah juga nak memujuk. Tapi itulah, bak kata pepatah, perempuan ni ibarat seperti kerak nasi.

"Sudahlah abang. Tia dah bersedia jika abang nak bersama Tania semula, Tia sanggup berundur. Tia taknak kerana disebabkan Tia, hubungan cinta abang dengan Tania tidak kesampaian." Bergetar suara Tia mahu menuturkan ayat keramat itu. Walaupun jauh di dalam sudut hatinya, dia tidak sanggup untuk mengungkapkannya.

"Apa yang sayang merepek perkara yang bukan - bukan ni. Ikut abang..." Tangan Tia ditarik oleh Hud supaya mengekorinya.

"Tia tak nak ikut... Lepaskan tangan Tialah." Beberapa kali Tia merentap tangannya dari pegangan tangan Hud tetapi tidak berjaya.

Keluar sahaja dari pintu tandas...

"Aween, batalkan semua mesyuarat dan temujanji saya pada hari ini. Saya halfday. Tia pun sama halfday. Nanti tolong maklumkan pada Unit Admin yer." Sempat dia memberi arahan kepada Aween yang berdiri di depan pintu tandas itu.

"Baik Encik Hud. Nanti semua itu saya akan maklumkan." Aween membalas.


"Terima kasih Aween. Nanti saya belanja awak makan."

Tia geleng kepala. "Sempat lagi nak rasuah..."

"Bukan rasuah sayang tapi upah." Hud membalas. Dia dengar kata - kata isterinya walaupun hanya perlahan seperti desiran angin.

Jom kita balik...

Dalam keadaan memegang tangan Tia. Dia berjalan menuju ke arah meja Tia.

"Ambil beg. Cepat... Sebelum diaorang masuk office. Waktu lunch dah nak habis ni."

"Tia nak kerjalah. Malas nak balik." Tia merengus manja.

"Cepat... Abang kira sampai tiga... Kalau tak abang cium sayang di tempat terbuka ni." Hud mengugut.

"Eeeeyyy, bencilah. Sikit - sikit nak ugut. Hmmm... Tia mengomel seraya mengambil begnya di dalam laci berkunci. Semua barang peribadi dia simpan di dalam almari besi berkunci. Sebagai langkah berjaga - jaga.

Bibir Tia memuncung tetapi dia tetap mengikut Hud. Nak balik rumah katanya. Hmmm... Mentang - mentanglah office ni daddy dia yang punya, ikut suka hati dia je nak cuti, Emergency Leave dan kerja separuh hari. Tia merungut di dalam hati.

Dalam perjalanan pulang, mereka berdua tidak bercakap walau sepatah. Masing - masing mematung. Dan Hud pula fokus pada pemanduannya.

Sampai sahaja di rumah, Tia meluru keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Nasib baik kunci rumah bekerjasama harini. Jika tidak ada je yang tak kena. Tak boleh pusinglah. Tersekatlah. Hmmm, macam - macam.

"Sayang tunggu. Bukan main laju lagi yer." Hud memanggil setelah keretanya dilock.

Tia yang semakin hampir dengan pintu bilik sempat ditarik oleh Hud ke dalam dakapannya.

"Sayang nak pergi mana? Kita belum habis berbincang. Kita bagi clear semua hal kita ni dulu." Pujuk Hud. Tangannya kuat memeluk pinggang isterinya.

"Hal kita??? Bukan hal abang ke?"

"Sayang... Jangan cakap macam tu. Jangan sindir abang lagi. Jom kita bincang elok - elok." Hud melonggarkan pelukannya. Dia tarik Tia ke arah sofa.


"Okay, abang bersumpah, dengan nama Allah SWT dan junjung Al - Quran, abang tak buat semua yang sayang lihat tadi. Semuanya adalah salah faham dan perbuatan Tania nak bagi sayang sakit hati." Hud menjatuhkan tangannya.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience