BAB 48

Romance Series 30712

Hujan di luar tersangat lebat. Hud MC tiga hari. Kepala pening dan pusing. Sejak Tia mengandung ni, semakin teruk pula dia terkena alahan.

Sekarangni Tia dah mengandung tiga bulan. Menurut doktor, apa yang dia alami sekarangni adalah dinamakan Sindrom Couvade. Dia sudah sedikit memahami apa yang telah diterangkan oleh doktor dan melalui pembacaan dalam pencarian di dalam Google.

Entah sampai bila semua ni akan berakhir kerana apa yang dia alami sekarang ini boleh menjejaskan prestasi kerjanya kerana banyak mengambil cuti sakit dan cuti kecemasan.

Hud melangkah ke arah balconi. Dia menyandar di situ. Melihat rintik - rintik kasar hujan yang sedang turun dengan lebatnya.

Lagi lima belas minit Tia akan pulang ke rumah. Hari ni isterinya itu dikehendaki pergi ke pejabat setelah dua hari ikut bercuti untuk menjaganya.

Dia telan liur berteguk. Rasa tekaknya membuak - buak mahu mengeluarkan isi perut. Tak menunggu lama, dia berlari ke bilik air.

Buekkkk... Segala apa yang dia makan tengahari tadi keluar semuanya sehingga tiada apa lagi yang bersisa. Tekaknya terasa pahit dan berasid. Perutnya pedih. Dia menekan - nekan perutnya perlahan.

Pintu bilik di kuak...

"Abang okay?" Soal Tia.

"Perut abang ni pedih sangat. Abang dah tak larat nak hadap semua ni." Hud melepas keluh.

"Sabarlah. Allah ni adil. Dia bagi abang rasa apa yang sepatutnya Tia rasa. Ni baru sikit. Lama lagi masa abang nak kena hadap nanti. Sabar sikit tau." Tia memujuk. Dia mengambil minyak angin dari dalam laci dan meletak sedikit di hidung dan tepi dahi suaminya. Bagi lega sikit rasa loya.

"Tak tahan dah sayang," ulas Hud perlahan. Tekaknya masih meloya. Sejak dia kena hadap semua ni, tugas di pejabatnya sudah banyak yang tergendala. Banyak juga yang pending. Tapi apa yang boleh dia buat, nak tak nak kenalah hadap juga.

"Okay, abang rest, nanti Tia masakkan bubur ayam." Tia memujuk perlahan.

"Abang takde selera nak makan." Hud masih merengek manja sambil tangan menekup mulut ingin menahan rasa hendak muntah yang tiba - tiba datang.

"Okay, kalau macam tu, Tia potong buah oren sunkist. Boleh??? Dapatlah sikit hilang rasa loya tu," cadang Tia.

"Apa - apa jelah sayang. Jangan sayang bagi abang minum racun sudah."

"Abang nikan, dalam keadaan macamni pun nak cakap yang bukan - bukan."

Hud buat tidak mendengar.

Melihat suaminya berbaring semula di atas katil, Tia melabuhkan punggung di birai katil bersebelahan dengan tempat suaminya berbaring. Dia memicit perlahan kepala suaminya itu. Mata Hud sedikit terpejam.

Apabila suaminya itu sudah terlena, Tia angkat punggung menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri dan menunaikan solat asar.

Selesai urusan, dia turun ke aras bawah menuju ke arah dapur.

Matanya melilau mencari Bibik Indah. Langkah tertuju ke arah pintu dapur yang separa terbuka.

"Bibik buat apa tu?" Tia menyoal seraya matanya melilau melihat pokok - pokok yang subur membesar ditanam oleh Bibik Indah. Bibik Indah ketika itu sedang berdiri di depan pokok limau purut. Rajin betul bibiknya ini menanam. Ada pokok kunyit, limau kasturi, halia, lengkuas, pokok kari dan pelbagai lagi pokok - pokok yang biasa digunakan untuk memasak. Sayur - sayuran seperti sawi, kangkung dan bayam juga ada ditanamnya di dalam pasu panjang. Memang memudahkan, jika mahu guna, tinggal petik sahaja. Teringat ketika berada di kampung. Jarang sangat membeli, semuanya ditanam di sekeliling rumah.

"Puan dah balik? Bibik tengah petik daun limau purut. Ingat malam ni nak masak tomyam seafood." Bibik Indah membalas.

"Emmm, sedap tu. Okaylah, Bibik buatlah kerja bibik. Saya nak potong buah. Kesian orang tengah mabuk loya kat atas tu," tukas Tia sambil bibirnya terlorek senyum.

"Puan Tia mahu apa - apa? Atau ada apa - apa yang teringin nak makan... Cakap je, nanti bibik boleh masakkan."

Tia yang mendengar suara dari luar rumah tersenyum tipis.

"Takde apa - apa bik. Bibik buat je kerja bibik." Tia juga membalas dengan laungan.

Tia membuka peti ais. Mengeluarkan buah jambu batu, oren sunkist dan anggur purple.

Dulang yang sudah siap dia letak segala bagai buah - buahan itu dia bawa naik ke atas.

Hud masih terbaring. Kesian memang kesian tapi apa dia boleh buat. Sekadar memberi sokongan dan dorongan kerana memang tiada ubat. Tunggulah sehingga trimester kedua atau ketiga nanti, itupun kalau boleh hilang.

"Abang, jom makan buah."

"Tekak abang loya sayang. Abang tak larat nak bangun. Sayang tolong picitkan kepala boleh?" Hud merengek.

"Emmm, boleh. Kejap Tia ambil minyak angin." Tia senyum dan bergerak ke arah laci meja solek. Kesian ke anak mentua sorang ni.

"Bila nak hilang penyakit ni sayang? Abang dah tak tahan. Dah tak sanggup rasanya nak hadap. Nak makan tak tertelan. Nak buat apa semua kerja pun tak boleh jalan." Hud meluah. Suaranya tertahan - tahan. Antara nak bercakap dengan tekak yang masih meloya.

"Abang kena kuat. Tak lama lagi hilanglah semua ni. Sabar ekkk. Ada hikmah Allah bagi abang penyakit orang mengandung ni." Tia memujuk, serentak tangannya memicit tepi dahi suaminya.

Mata Hud terpejam. Rasa sedikit lega. Mulutnya sedikit terbuka. Sesekali dia menghembus nafas melalui mulutnya.

"Jom bangun, makan buah sikit. Perut abang tu kosong. Nanti masuk angin. Walau tak boleh makan sekali pun atau tekak tak boleh nak telan, abang tetap kena makan juga." Tia memberi nasihat, walaupun dia tau, nasihatnya itu sekadar angin lalu.

Hud bangun. Dia cuba berdiri. Longlai sahaja langkahnya menuju ke arah sofa. Matanya tertancap ke arah dulang kecil yang berisi buah - buahan yang siap dipotong. Dia labuhkan punggungnya di situ dan mengambil garfu.

Satu persatu potongan epal hijau masuk ke dalam mulutnya.

"Abang ok tak lagi? Kalau okay Tia nak ke bilik air sekejap.

"Abang okay. Sayang pergilah." Hud membalas datar.

Tia angguk perlahan sebelum melangkah ke bilik air. Perutnya yang sakit itu meminta untuk disegerakan ke tempat itu.

Melihat isterinya yang sudah menghilang ke dalam bilik air, Hud menyandarkan badan pada sofa. Dia melentokkan kepalanya di situ.

Teruk betul penangan alahan orang mengandung ni. Yang dia tau hanya ibu mengandung sahaja yang kena. Bila dah jumpa doktor barulah dia tau yang lelaki pun boleh kena. Bertabahlah Hud. Rasa macam dah serik pula nak suruh Tia mengandung lagi lepasni. Tapi... Tak boleh - Tak boleh. Takkan nak sorang je anak. Hud bermonolog seorang diri.

Dia beristighfar. Yang bukan - bukan pula fikirannya tika ini. Semacam tidak bersyukur.

Bunyi ketukan pintu dari luar mengganggu konsentrasinya ketika ini. Hud membuat dua kali pusingan pada lehernya. Dia mahu meregangkan sedikit urat - urat yang dirasakan menegang pada lehernya.

Hud bangun dan berjalan longlai menuju ke arah pintu. Tombol pintu di tekan.

"Tuan... Dato' dengan Datin ada di bawah," maklum Bibik Indah perlahan.

Hud angguk. "Okay bik, terima kasih. Nanti saya turun." Hud membalas.

"Sama - sama tuan. Saya turun bawah dulu yer," Mohon Bibik Indah sopan.

Hud turun ke aras bawah selepas itu. Di bawah kelihatan mommy dengan daddy sedang duduk dan berbual di sofa.

Hud ambil tempat sebelah mommy.

"Mommy, Hud dah tak larat. Pagi petang siang malam nak muntah, tekak loya, kepala pening dan dalam fikiran asyik nak terbaring.

Datin Malika tersenyum dan geleng kepala.

"Kamu kena sabar. Bukan lama pun alahan tu. Dulu daddy kamu pun macamtu juga. Lagi teruk daripada kamu, langsung tak boleh nak buat kerja lain. Kejap - kejap muntah. Bau orang masak pun tekak dah rasa loya.

"Dah cukup sabarlah ni mommy. Hud bertahan je sekarangni." Hud meletakkan kepalanya di atas riba mommynya. Sejak isterinya mengandung, dia pula yang terlebih manja. Dia sendiri pun tak tau kenapa dirinya seperti itu.

"Mommy, Hud teringin sangat nak makan Carrot Cake, mommy tolong buatkan boleh?..."

Datin Malika senyum, cair pula dia mendengar kata - kata manja anaknya itu. "Abang tengok anak abang ni dah mengidam nak makan Carrot Cake pulak... Sama macam abang dulu." Datin Malika tertawa kecil. Kenangan semasa mengandungkan Hud dulu menerjah kembali ke ruang ingatan.

"Mal tolonglah buatkan untuk dia. Kesian anak kita ni. Dah tak macam rupa orang. Ni baru Tia mengandung anak sulung, lepasni untuk anak - anak lain, macam manalah agaknya." Dato' Huzairi pula menambah. Dia turut tertawa.

"Abang cakap camtu pada anak kita, yang abang dulu pun sama jugakan, rasanya lagi teruk dari ni," ujar Datin Malika. Dia menggelengkan kepalanya perlahan sambil bibir terulas senyum.

"Pasal abang yang dulu tu tak payahlah cerita."

"Emmm, yela, okay Hud, nanti mommy buatkan Carrot Cake tu."

"Terima kasih mommy, tak sabar Hud nak makan." Air liurnya sudah berteguk - teguk dia telan. Tak sabar pula nak menunggu.

"Sape yang nak makan Carrot Cake???"

Masing - masing berpaling ke arah suara yang tiba - tiba mencelah.

"Ni haaa suami kamu, tiba - tiba mengidam nak makan Carrot Cake," balas Datin Malika pantas.

"Laaa, baby besar nak makan rupanya. Kenapa tak cakap? Tia boleh buatkan." Tia mengusik dan menyalami tangan kedua mentuanya.

Bibik Indah datang membawa dulang berisi air, kuih lapis dan agar - agar pandan. Kuih - muih itu dia yang buat sendiri.

"Terima kasih bibik. Macam mana dah tiga bulan kerja sini? Okay dan serasi tak?" Datin Malika menyoal ramah.

"Alhamdulillah Datin, semua okay dan Saya serasi kerja sini. Puan dan Tuan layan saya baik." Bibik Indah yang berdiri tegak selepas menghidang kuih di atas meja kopi membalas.

"Lega saya dengar. Takpe, bibik boleh sambung kerja," usul Datin Malika.

"Baik Datin. Saya ke dapur dulu. Kalau ada perlukan apa - apa, panggil je saya." Bibik Indah menundukkan sedikit badannya sebelum berlalu ke arah dapur.

Datin Malika mengangguk perlahan.

"Kamu okay sayang? Bila lagi pergi check - up."

"Bulan depan mommy. Bulan ni dah pergi minggu lepas."

Datin Malika mengangguk. "Kamu ni Hud, jaga isteri kamu ni baik - baik. Jangan bagi buat kerja berat. Jangan lasak - lasak. Kerja - kerja kat office tu pun, bagi yang ringan - ringan je. Mommy tak nak apa jadi pada menantu dan cucu mommy." Datin Malika menepuk perlahan bahu anaknya yang masih berbaring di atas pehanya.

Dato' Huzairi seperti biasa. Hanya diam dan tekun mendengar. Cuma sesekali dia akan menyampuk apabila namanya dipetik dalam perbualan.

"InshaAllah mommy. Taulah Hud nak jaga isteri Hud macam mana. Tapi Tia ni degil. Lagi dilarang, lagi dia nak buat. Macam semalam, diangkatnya bakul kain dalam bilik bawa turun ke bilik laundry. Mana Hud tak risau. Tu belum lagi dia menyental bilik air." Semuanya dia laporkan kepada mommynya.

Tia menjegilkan mata memandang ke arah suaminya. Baran betul hatinya, semua nak lapor dan semua nak cerita. Isyyy...

"Sayang, jangan degil. Dengar cakap suami kamu. Kamu tu bukannya kuat sangat. Haaa, kalau rasa diri tu kuat, angkat mesin basuh tu sekali," nasihat Datin Malika tapi dalam masa yang sama, sempat juga dia memerli.

Tia telan liur. Dia hanya tersenyum walaupun dalam keadaan terkulat - kulat.

*******

"Harini Tia nak balik sendiri. Tia bawa kereta ke pejabat ye, abang tak payah tunggu Tia." Tia membuat permintaan.

"Kenapa nak pergi asing?" Hud menyoal. Harini adalah hari pertama dia mulakan kerja selepas tiga minggu tak berdaya nak melakukan apa - apa. Teruk betul penangan alahannya. Badannya sedikit menyusut manakala badan isterinya pula seperti memakan yis. Membesar bagai johan pula. Tapi tetap cantik dan comel. Kadang - kadang dia sendiri pun geram... Hud telan liur. Sabar Hud.

"Tia nak keluar dengan Amni selepas balik dari kerja petang ni. Bolehkan abang? Dah lama Tia tak keluar dengan Amni," jelas Tia dengan suara manjanya.


"Hmmm, yela. Tapi janji, jaga diri. Selesai je urusan terus balik rumah." Hud menitipkan pesan.


"Terima kasih abang..."

Tia segera berlalu ke arah keretanya, sementara Hud sudah keluar membelah hening pagi.

Petang itu...

Usai memastikan bilik mesyuarat dalam keadaan baik, Tia dan Amni keluar dari situ.

"Bekas makanan yang sudah kotor ni bila katerer nak ambil?" Amni menyoal.

"Katerer akan datang ambil barang - barang dia pada jam lima," maklum Tia.

"Jomlah kita keluar dari sini. Semuanya kelihatan okay. Lepasni dah takde meeting lagi untuk harini," ujar Tia. Mereka berdua melangkah ke tempat duduk sendiri.

Tia belek jam tangan. Dah cukup waktu balik ni. Tia berdesis.

"Jom Amni. Naik kereta aku jer, kereta kau tinggal sini. Esok pagi aku jemput kau kat rumah." Tia menilik jam di tangan. Waktu kerjanya sudah tamat untuk hari ini.

Laju Amni mencapai beg tangannya. Langkah diayun menyaingi Tia yang sudah menghampiri pintu lift.

Turun sahaja ke bahagian parkir bawah tanah, Tia menuju ke tempat parkir keretanya.

Amni mengikut rapat di sebelah.

Sedang mereka berjalan menuju ke arah tempat parkir....

"Arrrggghhh..."

Suara jeritan Tia dan Amni membelah suasana hening di kawasan ruang parkir itu.

"Tia..."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience