BAB 6

Romance Series 13768

"Cik Tia Zahara."

Tia yang sedang duduk di sofa pada lobi pejabat besar itu berpaling. Sejak sampai di situ, pak longnya memintanya untuk menunggu sahaja di situ. Pak longnya juga sudah menghilang entah ke mana.

"Ye saya puan." Tia membalas seraya berdiri.

"Jom ikut akak."

Lembut dan penuh berbudi bahasa dia disapa oleh salah seorang staff di situ, mungkin juga wanita cantik ini adalah pegawai khidmat pelanggan atau mungkin juga dia adalah setiausaha bos pak longnya. Tia membuat andaian.

"Kita naik lift sebelah kiri yer. Panggil akak, Kak Zara. Tia ni mesti muda lagikan. Berapa umur Tia?" Kak Zara mahu mengambil mood untuk berbual, supaya suasana janggal antara mereka dapat dihakis.

"Umur saya lapan belas tahun kak." Tia membalas sopan. Tetap menundukkan pandangan. Sesekali pandangan mereka bertemu apabila Tia memandang wajah itu.

"Muda sangat lagi Tia ni. Takpe kita dah sampai bilik Dato' Huzairi. Tia masuk dulu, tunggu dekat dalam. Dato' masih ada meeting dengan pegawai di bilik perbincangan. Tunggu kejap tau. Akak ambilkan air."

Tia angguk. Dia teguk liur berkali - kali. Matanya meneroka segenap ruang di dalam bilik itu. Seluruh ruangnya terlihat mewah. Terasa dirinya kerdil tika ini. Ini baru ruang pejabat belum lagi rumahnya. Hmmm, ruang pejabat ini sahaja pun sebesar ruang tamu hingga bilik dalam rumahnya di kampung. Mungkin juga bilik ini lagi besar. Liar matanya memandang.

"Tia rehat dulu tau. Minum air ni. Tak lama dah rasanya meeting tu nak selesai. Akak pergi sambung kerja akak dulu yer. Ada apa - apa boleh terus jumpa akak di luar." Kak Zara meletak satu mug coklat panas di atas meja kopi depan Tia.

"Terima kasih kasih Kak Zara." Tia membalas perlahan. Dalam dadanya jantung berdetak laju usah dicakapkan lagi. Dia menguis - nguis ibu jari kakinya pada karpet tebal.

"Tenanglah wahai hati. Tolong bagi support pada aku." Tia bermonolog seorang diri. Cuba untuk bertenang selagi boleh.


"Alhamdulillah dah sampai pun Tia."

Suara garau yang menegurnya membuatkan jantungnya semakin laju berdetak. Dia tarik nafas dan menghembuskannya perlahan - lahan. Mencari kekuatan untuk menatap wajah orang yang menegurnya itu. Anggaran lima belas minit dia menjadi penunggu di dalam bilik itu sedikit pun tidak menghilangkan resah di hatinya.

Lelaki itu mengambil tempat di sofa sebelah Tia. Gadis berbaju kurung moden berwarna hijau mint itu begitu menarik perhatiannya kini. Tiada beza wajah di dalam gambar dengan yang dia lihat di depan matanya ini. Betul - betul cantik. Sesuai dengan anak teruna itu. Harapnya Hud akan berubah tingkah dan perilaku apabila menjadi seorang suami kelak. Itulah harapannya.

"Maafkan uncle sebab berjumpa Tia dalam keadaan yang macam ni. Errr, maksud uncle dalam keadaan Tia yang tidak bersedia."

"Apa tujuan Dato' nak jumpa saya?" Dia menentang berani wajah lelaki yang masih segak di depannya ini. Walaupun dah pangkat bapa - bapa, tetapi auranya tetap terserlah. Lelaki yang begitu menjaga penampilan.

"Panggil uncle je Tia. Tak perlu berdato' - dato' dengan uncle. Jangan takut, uncle tak makan orang." Dato' Huzairi ketawa kecil apabila melihat wajah gugup gadis itu.

"Begini, tujuan uncle panggil Tia datang sini sebenarnya nak lamar Tia jadi menantu uncle. Uncle tak pandai nak bagi ayat bunga - bunga tetapi uncle tau, Tia faham akan maksud uncle."

"Kenapa harus saya. Ramai lagi perempuan - perempuan di luar sana yang secocok dengan anak uncle. Saya ni cuma perempuan kampung. Mungkin juga dianggap kolot oleh sesetengah orang. Lagipun saya ni masih terlalu muda nak pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri."

Dato' Huzairi pegun. Petah sungguh gadis di depannya ini berkata - kata. Sangat matang berbanding usianya. Kalah dengan Hud yang dah lebih dari pertengahan umur 20-an itu tetapi perangai kalah budak - budak pra sekolah. Hmmm.

"Uncle akan bantu Tia untuk tebus geran tanah tu."

Mata Tia bercahaya. "Uncle tau pasal geran tanah tu?"

"Tau... Pak long Tia yang cakap."

Tia lepas keluh. Habis hal keluarga agaknya pak longnya itu duk canang - canang dekat orang.

"Jadi menantu uncle."

Wajah penuh berharap itu Tia pandang sekilas. Apa yang harus dia cakap sekarang ni. Lelaki ini seolah - olah mendesaknya pula.

"Uncle bincanglah dengan ibu. Tia masih punya ibu walaupun tak punya ayah." Tiba - tiba wajahnya berubah sugul. Pilihan apa yang dia ada sekarangni. Jika menolak, ke mana lagi dia dan keluarganya akan pergi. Mungkin dan - dan itu juga dia sekeluarga dihalau keluar dari rumah itu. Pak longnya memang sudah hilang kewarasan diri.

*******

Dengan langkah perlahan dia, ibu dan adiknya melangkah masuk ke dalam rumah besar itu. Layaknya dipanggil rumah agam.

"Terus ke meja makan puan." Pembantu rumah memberi tunjuk jalan.


Malam ini selepas maghrib dia dijemput oleh pak longnya. Katanya ada jemputan makan malam keluarga Dato' Huzairi. Jika berkeras tidak mahu pergi, ugutan yang sama juga pak longnya itu akan tegaskan. Nak tak nak, dia akur. Walaupun dia tau hati ibunya berbelah bahagi.

Langkah diatur ke ruang meja makan. Mereka disambut dengan mesra. Hati Tia berubah sedikit lega. Hilang segala rasa gundah di dalam hatinya kini.

"Jemput duduk Sakinah. Tia. Terima kasih sangat - sangat datang ke rumah kami. Saya Huzairi dan ini isteri saya. Malika." Dato' Huzairi mempelawa ramah. Sempat dia perkenalkan wanita cantik dan elegan di sebelahnya itu.

Sakinah senyum dan membalas huluran salam Datin Malika.

"Terima kasih Dato'dan Datin jemput kami untuk makan malam di sini. Segan sangat rasa hati ni." Sakinah berbicara sopan. Sangat merendah diri.

"Janganlah berdato' datin dengan kami. Panggil biasa - biasa pun takpe.

"Errr, segan sangat saya ni."

"Tak payah segan - segan dengan kami ni Sakinah. Tak lama lagi kitakan nk jadi satu keluarga. Anggap je kami ni macam abang dan kakak awak." Datin Malika pula mencelah.

"Emmm, maaf Kak Malika. Mana... siapa nama tu, Hud yer." Sakinah mula beriak biasa. Semakin dapat membiasakan diri.

"Oh, lupa, Hud keluar. mungkin lambat balik. Tia nanti akan dapat jumpa dengan Abang Hud." Datin Malika membalas laju. Tidak pula dia memberitahu ke mana anaknya itu biasa pergi. Tidak mahu anaknya itu terlihat buruk di mata bakal mentuanya.

"Dari tadi kita bersembang, jemput makan dulu, nanti kita sambung sembang lagi. Dah nak sejuk makanan dekat atas meja ni." Pelawa Dato' Huzairi. Dia tidak mahu bakal besannya rasa rendah diri. Cuba mengawal suasana dengan sebaik mungkin.

Suasana kembali hingar di antara mereka sambil - sambil menjamu hidangan di atas meja.

Tia dari tadi hanya menunduk dan tidak menyampuk perbualan antara ibunya dengan Dato' Huzairi dan Datin Malika. Cuma sesekali dia menjawab jika ada soalan - soalan yang ditanya padanya.

Pulang dari jamuan makan malam, sempat juga pak longnya itu menitipkan kata - kata. Semuanya agak memualkan tekaknya. Manakan tidak sempat dimintanya untuk meminta wang hantaran banyak - banyak dari keluarga Dato' Huzairi. Katanya setakat dua tiga puluh ribu apalah sangat. Tia mula merasa jengkel. Yang nak berkahwin dia, kenapa pak longnya itu pula yang melebih - lebih. Apa, Ingat dirinya ini murah sangat. Mata duitan. Perkahwinan yang akan dibina inipun bukan dari hatinya yang rela.


"Apa pendapat Tia tentang Hud?" Sakinah mula bertanya setelah mereka sudah masuk ke dalam rumah. Kereta abang iparnya sudah menghilang dalam kabus malam. Lega hatinya kerana lelaki itu tidak berlama - lama setelah menghantar mereka pulang. Malas mahu melayan ditambah pula tidak mahu ada gossip - gossip liar yang akan menular dalam kampung ini pada esoknya. Diakan wanita yang tiada suami, semestinya akan selalu ada orang pandang rendah pada dirinya. Yang akan mengatakan perkara yang bukan - bukan walaupun dia tidak melakukan perkara yang salah. Dia sudah lali tapi tidak sanggup nak hadapi kata - kata dari mulut busuk itu.

*******

Datin Malika menyapu losyen pada tangannya. Wanginya harum semerbak menusuk ke segenap rongga hidungnya. Dia mencuri pandang pada sang suami yang baru naik ke atas katil. Bukan untuk tidur, tetapi menyandar pada kepala katil sambil membaca buku motivasi. Itulah rutin suaminya sejam sebelum tidur. Kadang - kadang menghabiskan masa seketika dengan membaca buku - buku agama.

Dia bangun dari meja solek dan mengambil tempat di sebelah suami.

"Abang, Mal berkenan sangat dengan Tia. Dahlah cantik, lemah lembut. Matang sangat walaupun masih muda. Mana abang jumpa budak Tia ni?" Dia berbaring sambil mata tunak memandang ke wajah suaminya.

Dato' Huzairi senyum. "Adalah..." Hanya jawapan ringkas.


"Isyyy, abang ni, Mal tanya betul - betul. Jangan jawab main - main. Cakaplah." Datin Malika memuncungkan mulutnya. Buat - buat merajuk.

"Tak payahlah tau. Nanti lambat laun Mal akan tau juga."

"Abang please... Kenapa susah sangat nak cakap? Ke abang dah berkenan dengan ibunya..." Datin Malika membuat telahan. Sengaja mahu menduga walaupun dia tau, suaminya bukan lelaki seperti itu. Cinta suaminya hanya pada dirinya seorang. Dia tau itu.

"Ke situ pulak awak. Tapi kalau awak bagi greenlight apa salahnyakan..." Dato' Huzairi mengusik bersama hilaian kecil. Suka benar melihat wajah isterinya dalam keadaan cemberut macam tu. Comel pula.

"Buatlah kalau berani. Langkah mayat Mal dulu." Bertambah muncung mulutnya. Geram pula dia, orang serius dia buat main - main.

"Yelah - yelah, abang mengaku, abang tak berani. Tia tu anak saudara Tahir." Buku di tangan dia tutup dan letak ke meja sisi. Hilang sudah moodnya untuk menyambung bacaan. Esok sahajalah sambung.

"Realy..." Datin Malika seakan tidak percaya.

"Yer, tu yang malas nak cakap, Mal mesti tak percaya. Tia Zahara tu anak saudara Tahir. Puas hati." Dato' Huzairi mengulang semula kata - katanya.

"Mal risau ni abang, Hud macam mana nanti?"

"Jangan risau pasal Hud. Taulah apa yang abang nak buat nanti. Kita buat semua ni pun untuk kebaikan dia. Abang tak nak dia terus hanyut dan bergaul dengan mana - mana perempuan yang entah apa - apa. Biarlah Tia yang ikat kaki dia nanti. Kalau ikut umurnya sekarang ni pun, dia dah layak sangat berkahwin. lagi berapa tahun nak masuk tiga series. Dia bukan budak lagi.

"Yelah, betul kata abang tu. Mal ikut jer mana yang baik. Lagipun selepas berkahwin pun Tia boleh sambung belajar, sayang kalau disia - siakan. Tia tu budak pandai. Cuma tak bernasib baik jer." Datin Malika memberi cadangan. Sempat dia mengorek cerita latar belakang gadis itu pada jamuan makan malam semalam. Cuma terkilan kerana anak terunanya itu tak sempat nak jumpa dengan Tia. Yang sorang tu selagi embun jantan tak keluar, tak ingat jalan balik ke rumah.

Telinganya menangkap bunyi dengkuran halus. Dia memalingkan wajah pada suami di sebelah.

"Hmmm, bertuah punya laki. Punyalah semangat dia memberi cadangan, boleh pula tertidur. Nampaknya dia bercakap seorang diri. Perlahan dia betulkan kedudukan bantal lalu merebahkan kepala di sebelah Dato' Huzairi. Selepas itu, Datin Malika pula menyusul suaminya.

*******

Matanya dikecil besarkan melawan cahaya yang seakan menyengat.

"Bagilah Hud tidur. Hud penat dan mengantuk." Comforter dia tarik hingga menutupi matanya.

Seperti kanak - kanak kecil dia merengek.

"Bangun Hud. Matahari dah naik ke kepala." Datin Malika membebel. Pagi - pagi kalau tak membebel pada anak teruna yang sorang ni memang tak sah.

"Hari nikan hari minggu. Bagilah Hud rehat."

"Bangun sekarang Hud. Siapa suruh subuh - subuh baru balik rumah. Hud ingat rumah ni hotel. Apalah nak jadi dengan kamu ni." Datin Malika mula membebel.

"Mommy, harinikan hari minggu..." Dia ulang lagi perkataan hari minggu. Dirinya masih pulas dalam comforternya. Sakit betul hatinya apabila tidurnya diganggu.

"Dah,,, bangun sekarang. Daddy nak jumpa dekat bawah. Daddy bagi masa sepuluh minit. Kalau tak turun taulah apa daddy nak buat pada Hud." Datin Malika mengingatkan, comforter yang menutup badan anaknya itu dia tarik laju. Dia tau, Hud akan gerun apabila mendengar nama daddynya itu. Dengan daddy takde yang boleh nak kompromi. Jika A kata suaminya, maka jawapannya tetaplah A, jangan sesuka hati nak jadikan B. Memang akan kenalah nanti.

Dengar sahaja perkataan daddy, Hud akhirnya akur. Dia bangun dengan wajah masam mencuka. Terus melangkah ke bilik air. Kepalanya sedikit pening. Mungkin juga kurang cukup tidur. Ni semua gara - gara Tania yang menahannya untuk pulang lebih awal malam tadi. Seronok sangat enjoy menari di kelab malam tu.

Kurang sepuluh minit dia sudah siap dengan berpakaian santai.

Berlari - lari anak dia menuruni anak tangga. Kepalanya yang sedikit pusing sebentar tadi sedikit demi sedikit menghilang.

Dia hampiri sofa di ruang menonton. Daddynya sudah sedia menunggu di situ.

"Hujung bulang ni daddy akan pergi merisik Tia Zahara untuk Hud."

Dia terus diterjah sebelum sempat untuknya membetulkan duduk. Terus dirinya tersentak. Dia pandang wajah daddynya dengan wajah serius.

"Tia Zahara??? Siapa Tia Zahara? Daddy risik untuk siapa?" Soalan bertalu - talu dilemparkan pada daddynya. Hatinya penasaran.

"Tia Zahara, anak saudara Pak Cik Tahir. Daddy akan pinang untuk Hud."

Happy Reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience