Tania dengan bersahajanya mengambil tempat di sebelah Hud. Meja yang mereka duduki itu ada empat kerusi.
Sambil duduk menyilang kaki menampakkan peha yang putih gebu. Sudah semestinya dia sengaja. Sengaja mahu menarik perhatian Hud.
"You buat apa kat sini?" Soal Hud. Nada suaranya ditinggikan sedikit.
"Saja lalu - lalu, tak sangka pulak dapat jumpa dengan you." Dia membetulkan kerusi supaya duduk sedikit merapat dengan Hud. Rindu betul pada lelaki ini.
"You dah tengok ke apa yang i bagi pada you?" Tania menyoal sambil tersenyum sinis. Sengaja dia menanyakan hal itu di tempat terbuka seperti ini. Sengaja mahu mengundang mood lelaki di sebelahnya ini.
Tia beriak seperti biasa. Tidak sedikitpun menampakkan sikap tidak selesanya.
"Ooo, you yang punya kerja. Emmm, patutlah... Betullah anggapan i."
"Tapi memang betul pun yang isteri you curang di belakang you. Kalau you nak tau, Razif tu bekas tunang i. Dan dia menjadi pensyarah di tempat yang sama isteri you belajar. Kecik jekan dunia ni." Tania menyilangkan tangannya. Wajah menyampahnya kelihatan sangat ketara apabila bertemu pandang dengan Tia. Gadis perosak hubungannya dengan Hud Husaini.
"I dah tau semuanya. So i tak kisah pun, sebab apa kalau you nak tau... Sebab i percayakan isteri i. Tak perlulah you bekerja keras untuk menjadi perosak hubungan kitaorang." Hud kecil besarkan matanya. Ikutkan hati mahu sahaja dia halau Tania secara kasar, tapi demi menjaga air mukanya di sini. Dia tahankan.
"You memangkan B. Langsung taknak dengar pendapat i. Perempuan ni curang belakang you pun, you still juga nak percaya. Dah jadi lelaki dayus ke you sekarangni?" Tukas Tania. Sakit hati pula dengan tingkah Hud dan Tia, langsung bersikap seperti tiada apa - apa.
"You balik jelah Tania. Kalau datang sini semata - mata nak ganggu keharmonian kitaorang, baik you blah sebelum i panggil seseorang untuk halau you secara kasar. Nanti you juga yang dapat malu. Nak ke, muka you viral di media sosial." Hud bertanya seakan mengugut. Dia menjadi bertambah geram dengan sikap Tania yang tidak tahu malu ini.
Tania bangun secara kasar. Nafasnya juga sudah turun naik. Gagal lagi usahanya untuk memecahbelahkan hubungan Hud dengan Tia. Buat penat je dia mengekori pasangan ini hingga ke sini. Dahlah suasana di restoran yang hingar - bingar ini betul - betul merimaskan dirinya. Nampaknya perempuan tak tahu malu ini sudah banyak mengubah sifat Hud. Jika dulu tak pernah pun mereka mengunjungi tempat - tempat yang baginya low class seperti ini. Pilihannya semestinya di restoran mewah, cafe - cafe hotel bertaraf lima bintang.
"Takpe ni hari you. You malukan i dekat restoran murah macamni. I akan ingat..." Suara penuh ugutan dari Tania sebelum dia melangkah pergi dari situ.
"Sayang okay???"
Tia menganguk. Bibirnya terulas senyuman manis. Dalam hati entah apa yang dia rasa gejolaknya sekarang. Risau jika Tania akan bertindak di luar kawalan. Wanita seperti itu boleh buat apa sahaja asalkan apa yang dia ingini tercapai.
"Jom kita sambung makan. Maaf pasal Tania sebentar tadi." Hud mendekatkan pinggan makan Tia supaya sedikit hampir dengan isterinya itu.
"Kenapa perlu minta maaf pasal dia?"
"Tak... Maksud abang... Emmm, sayang jangan salah faham. Abang tau sayang tak selesa dengan perangai Tania sebentar tadi. Disebabkan abang juga dia bertindak seperti itu. Harap sayang tak ambil hati," terang Hud. Dia juga semakin hilang sabar dengan perangai Tania.
"Tia langsung tak ambil hati. Jangan risau. Jomlah makan dah lapar. Dahlah tengahari tadi makan mee segera je." Tia buat muka monyok.
"Ala sayang, janganlah sebut lagi pasal mee segera tu. Jom kita makan. Dah nak sejuk lauk - lauk ni. Kita lupakan apa yang dah jadi sebentar tadi. Anggap Tania tu tak pernah muncul depan kita." Hud menyuapkan seekor udang yang dia sudah kopekkan kulitnya ke mulut Tia.
"Sedapnya... Lagi sedap bila dapat makan suami yang suapkan..." Tia ketawa kecil. Suka benar dia mengusik Hud. Hilang semua apa yang terjadi sebentar tadi.
"Nak abang suapkan??? Eh, boleh!!! Hari - hari abang boleh suapkan. Janji dapat upah." Hud tersengih...
Tia kerut kening. Tak faham maksud kiasan.
"Abang nak upah berapa ringgit??" Tia menyoal.
Hud tepuk dahi. Hmmm, susah juga bila kahwin dengan perempuan muda baru habis sekolah macamni. Ikutkan Tia dah nak masuk 21 tahun umurnya sekarang ni, kalau perempuan seumuran dengannya mesti tengah seronok study dan berkawan. Umur tengah nak enjoy. Beza dengan umurnya yang hampir menjangkau 30 tahun.
"Bukan duit... Emmm takpelah sayang. Nanti abang ajar teori dan amalinya." Hud telan liur. Macam mana nak mula...
"Terima kasih abang belanja makan malam ni. Tia happy sangat. Cukuplah, walaupun tempat ni dianggap low class oleh Tania tapi Tia dah rasa sangat bersyukur. Bagi orang susah macam Tia, tempat macamni sudah tersangat mewah. Mewah cara kami." Tia sebak. Terus teringat ibu dan adiknya di kampung.
Sudah dua bulan dia tidak dapat menjenguk keluarganya di kampung. Kesibukan kerja di pejabat sangat membataskan waktu untuk dia pulang ke kampung.
"Heyyy, kenapa diam je ni? Ada fikirkan apa - apa ke atau ada apa yang nak share dengan abang." Tangan kanannya dia layang - layangkan di depan muka Tia. Tiba - tiba diam seribu bahasa. Risau pula dia.
"Takde apa - apa, jom kita balik. Dah nak pukul 11.00 malam ni," usul Tia.
Hud menarik jari - jemari Tia ke dalam genggaman tangannya. Suka betul hatinya apabila tiada penolakan dari Tia. Isterinya ini semakin berlapang dada apabila dia memegang tangan atau memeluk bahu. Satu perubahan yang baginya sangat positif. Tidak perlu lagi nak cover - cover, sebab yang dia pegang dan sentuh ini adalah halal di sisi agama.
*******
Razif menyusun buku - buku di atas meja. Assignment pelajarnya dia letak dan susun kemas - kemas.
Kunci kereta di atas meja dia capai. Waktu sudah menunjukkan ke pukul 6.30 petang.
Perlahan dia menelusuri susur gajah untuk menuju ke tempat parking keretanya.
"Razif... Betul??? Kau razifkan???
"Ye, apa yang boleh saya bantu? Tengah tunggu adik ke?" Razif menyoal walaupun nampak pelik. Langsung takde kemesraan di antara keduanya. Lagaknya seperti seorang musuh.
Hud kerut kening. 'Dia tak kenal aku ni siapa ker?'
Ehemmm.. Hud berdehem serentak menelan liur.
"Kau tak kenal aku siapa?" Hud menyoal tegas. Wajahnya kelat.
"Emmm, maaf, betul saya tak tau encik siapa?" Masih melayan dengan hormat walaupun lelaki di depannya ini kelihatan sedikit sombong.
"Aku Hud Husaini, suami Tia Zahara. Aku tau kau lecturer dia dan 'Terrrsangat' baik dan ambil berat pasal dia. Mulai sekarang aku taknak kau rapat - rapat dengan isteri aku lagi. Sebab memang tak perlu pun. Tia ada suami. So biar suami dia yang uruskan hal hidup dia." Ujar Hud. Wajahnya masih tegang. Urat hijau di tangannya makin menimbul. Tapi dia tahan, supaya perkara tidak diingini tidak berlaku di situ.
Razif tertawa kecil. "Aku tau yang Tia dah bersuami. Tapi kalau aku jumpa dia sebagai pensyarah dengan pelajar tak salahkan..."
Gigi Hud bunyi bergeretap. Dia menahan geram ketika ini. Apabila berhadapan dengan lelaki yang jenis susah nak faham ini.
"Kau buat - buat tak faham atau sengaja buat tak faham... Aku tau, kau kemaruk sangat dengan isteri aku tu. Kau jangan ingat aku duduk diam. Hmmm, memang tak salah kalau kau jumpa dia bersama aku. Yang salah apabila kau jumpa dia tanpa aku. Nama saja kerja pensyarah tapi benda simple tu pun tak tau." Hud berpeluk tubuh. Matanya masih lagi tertancap ke arah wajah Razif.
"Yer, memang aku mengaku yang aku terjatuh cinta pada Tia. Tapi sebelum aku tau yang dia dah bersuami. Zaman sekarang dah berubah. Lelaki boleh rampas isteri orang jika dia dah suka." Sengaja Razif menekankan ayatnya. Mesti tengah gelabah. Tengok muka pun dah tau. Razif membalas pandang lelaki di depannya.
"Aku warning kau, kalau kau masih nak dekat dengan isteri aku. Aku takkan benarkan. Kalau kau berani kau buatlah
Aku tak teragak - agak untuk buat report polis yang kau menganggu isteri orang." Hud sudahi kata - katanya sebelum dia meninggalkan Razif di situ.
Razif melepas pandangan kosongnya ke arah kereta Hud. Dia melangkah pergi ke arah keretanya. Jam menunjukkan ke pukul 7.00 malam. Dia urut dada. Nasib baik kerana masih dapat mengawal emosinya. Jika tidak, ada yang bertelur di dahi harini.
Ketika pemanduan, otaknya ligat berfikir. Kalau lelaki itu suami Tia, emmm, memang kalahlah dia. Kalah tanpa bertanding. Lelaki yang bernama Hud ini memang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Nampak terserlah aura kelelakiannya. Nampak juga diri itu sangat berkarisma. Jauh sangat jika nak di bandingkan dengan dirinya. Tapi itu bukan isu.
Isunya sekarang kenapa Tia berkahwin dalam usia yang terlalu muda. Diwaktu umur seperti itu, semestinya seorang gadis yang seumuran dengannya mesti sedang rancak mengejar ilmu, dan sedang seronok mempunyai teman lelaki. Tapi berbeza dengan Tia, wanita muda yang dia sudah letak nama itu disatu sudut dalam hatinya, sangat matang berbeza perangai dan sifatnya dengan Tania.
Ahhh, bila teringatkan Tia, hatinya terus bergelodak. Kenapa baru sekarang Tia hadir dalam hidupnya. Kenapa tidak dulu. Dia mengaku yang dia sudah jatuh cinta pandang pertama pada Tia. Berbeza perasaannya ketika bersama Tania. Walaupun bertunang hanya seketika tetapi perasaan sayang dan cinta kepada wanita itu langsung tidak terbentuk.
Baru dia teringat, dulu pernah beberapa kali Tia tersasul menyebut perkataan suami tetapi ketika itu, dia tidak mengambil serius akan hal itu kerana mustahil baginya gadis muda seumur Tia sudah bersuami, ditambah pula sedang belajar ketika itu.
Dia fokuskan memandu. Hari ini, terlalu memenatkan otaknya. Dengan masalah di kolej. Ditambah pula masalah bertemu suami Tia sebentar tadi.
Dia membetulkan kaca matanya. Perjalanan pulang ke rumah terasa terlalu lambat.
Sampai sahaja di rumah, ada sebuah kereta yang amat dia kenali terparkir di halaman. Sepertinya, mama dan papanya ada tetamu harini.
Bunyi suara gamat orang sedang menyembang kedengaran sehingga di luar.
"Assalamualaikum..." Razif memberi salam.
"Waalaikumsalam..." Jawapan balas serentak dari dalam rumah.
"Auntie dan uncle ada rupanya." Razif bersuara ramah.
"Baru balik..." Dato' Rahim menegur setelah Razif datang menyalami tangannya.
"Ye, uncle... Razif naik atas dulu yer." Usul Razif setelah turut menyapa Datin Sofia. Tania yang duduk di sebelah Datin Sofia dia hanya pandang sekilas lalu.
'Kenapalah perempuan ego ni ada sekali.'
Di ruang meja makan...
Razif turun semula ke bawah untuk dinner bersama keluarganya. Masih kelihatan keluarga Tania di situ.
"Macam mana dengan kerja kamu?" Datin Sofia menegur usai melihat Razif sudah mengambil tempat di sebelah Tania.
"Okay sahaja auntie. Cuma penat sikit sebab minggu exam. Nak kena fokus seratus peratus pada student." Razif membalas. Pinggan di depan dia isikan dengan nasi putih dan lauk.
Tania di sebelahnya langsung tidak bercakap sepatah. Sama juga dengan dirinya. Hanya diam. Cuma sesekali melayan pertanyaan dari ibu bapa Tania.
Selesai makan malam, Razif duduk di kerusi rehat di luar, mahu mengambil udara luar pula. Lagipun dia sedikit kurang selesa untuk berbual bersama dengan keluarga Tania.
Ralit matanya merenung bintang di langit. Ingatannya tertumpu kepada Tia. Dia membuka galery gambar pada handphonenya. Mencari gambar yang dia ambil secara candid dan curi - curi tanpa pengetahuan Tia. Apa aganya yang dibuat oleh gadis ini sekarangni.
Rindu mengulit diseluruh jiwanya. Susah betul mahu melupakan isteri orang ini. Semakin dia cuba, semakin galak pula wajah itu datang ke ruang mata.
"Ehemmm..."
Bayangan wajah Tia lenyap serta - merta. Razif berpaling ke belakang. Kelihatan Tania sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Memandang ke arahnya dengan senyuman yang dia sendiri sukar untuk tafsirkan.
Razif bangun dan cuba untuk melangkah masuk ke dalam rumah.
"Takkan dah nak masuk. Tak nak sembang - sembang dengan i dulu." Suara lunak itu menerobos ke gegendang telinganya.
"Emmm, tak elok. Lagipun tak manis untuk kita..." Razif membalas.
"Tak manis untuk kita??? Kalau dengan Tia?..." Tania menyoal.
"Apa yang awak maksudkan ni?" Soal Razif penuh tanda tanya.
"Jangan buat - buat tanya. I kenal siapa Tia. Dan you mesti sukakan diakan..." Senyum sinis Tania bagai menghiris isi daging Razif.
"Mana awak kenal Tia?"
"Nah, you tengok ni... Jangan tanya di mana i kenal Tia." gambar dan video di handphone dia tunjukkan di depan Razif.
Razif terpempam.
Tergamam...
"Macam mana video ni ada dengan awak?" Bergetar suara Razif menyoal. Matanya tak lepas dari memandang video dan gambar dia sedang makan di sebuah restoran. Ni mesti pertemuan dia dengan Tia pada minggu lepas.
"I boleh bantu you untuk dapatkan Tia. Itupun jika you nak... Tapi dengan satu syarat..."
Suara Tania perlahan seakan berbisik ke cuping telinga Razif.
Tania berlalu dan melangkah masuk ke dalam rumah. Sedangkan di situ, Razif masih kaku berdiri.
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel