BAB 17

Romance Series 13768

Rasa sejuk aircond di dalam kedai serbaneka itu betul - betul membuatkan dirinya terasa nyaman. Keadaan luar yang panas berdengkang sedikit sebanyak dapat di redakan.

Tia memilih barang - barang keperluan yang ingin dia beli. Ada barang di rumah yang perlu ditambah dan ada yang sudah habis stok.

Dari satu rak ke satu rak dia jelajahi. Setelah semua yang dia perlukan sudah dia dapat, langsung ke kaunter.

Duit yang diberikan setiap bulan oleh Hud memang dia gunakan sebaiknya. Dan sememangnya ada terlebih. Yang lebih itulah yang dia simpan.

Semua barang - barang dia letak di atas kaunter pembayaran.

Ralit Tia memandang pada cashier yang tekun mengira. Cekap dan cepat. Mesti dah lama kerja.

"Lima puluh ringgit, tiga puluh sen cik," maklum cashier yang berada di kaunter.

Tia mengagau dalam beg duitnya. Mencari not untuk membayar harga barang tersebut. Dia sebenarnya kurang pandai dan masih belajar lagi untuk menggunakan QR code serta debit card. Sebab tulah dia lagi suka menggunakan cara tunai jika ada urusan jual beli. Takpe lama - lama nanti mahirlah tu. Practice makes perfect.

"Takpe, kira semua saya bayar."

Tia mendongak. Lelaki sasa di sebelahnya sudah membuat pembayaran sekali dengan barangnya.

Tia yang masih terpempam itu terkelu seribu bahasa.

"Jangan risau saya halalkan semua. Kira kita takde hutang yer. Simpan duit awak tu."

Niat untuk menghulurkan duit kepada lelaki itu dia teruskan juga. Dia hulur not RM50.30 kepada lelaki yang tidak dikenali itu. Dia tak nak terhutang budi. Yela, mula - mula terhutang budi, lama nanti tergadai... Isssyyy, tak nak dia teruskan. Takut...

"Simpan duit awak. Bukan nak riak, saya ada banyak lagi duit kat dalam bank ni. Kalau nak bayar juga bagi saya lima ribu."

Tia mati akal. Hmmm, 'bukan nak riak', tapi bila dah sebut tu dah kira macam riaklahkan.

"Terima kasih tolong bayarkan . Saya sebenarnya taknak terhutang budi." Tia ambil beg plastik yang berisi barang - barangnya.

"Takde istilah terhutang budi, kan saya dah cakap saya halalkan. Hal kecik je, lagipun tak salah jika sesekali nak bersedekahkan."

"Emmm, baiklah encik, jangan nanti akan datang menuntut pula. Saya pergi dulu." Sempat dia hadiahkan sebuah senyuman kepada lelaki itu selepas dia meminta untuk beredar dari situ.


"Akan menuntut jika ada peluang dan ruang."

Senyumannya berbalas. Tapi naik meremang tengkuk Tia apabila mendengar suara kecil lelaki itu. Walaupun hanya perlahan tapi cukup jelas dan nyata kedengaran di telinganya.

Sampai di rumah sudah menginjak ke pukul enam petang. Selepas ke kedai serbaneka tadi, dia menyinggah pula ke kedai buku. Mahu membeli majalah dan novel. Kalau dulu sanggup dia ikat perut untuk membeli senaskah novel atau majalah. Biasalah normal bagi remaja yang meningkat naik sepertinya yang sukakan membaca novel dan majalah.

Dengan barang yang penuh di tangan, dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Baru balik. Ingat rumah ni hotel. Hmmm, biasalah orang kampung baru dapat kaki. Tu yang suka - suka hati keluar masuk rumah ni."

Berdesing telinga Tia. Kenapa baru sekarang lelaki ini kisah dia ada atau tidak. Bukan dia tak ambil peduli ke?

Tia kerut kening. Dia berdiri mematung tidak jauh dari sofa yang diduduki suaminya.

"Selama ni Encik Hud tak pernah peduli pun saya ada atau tidak. Bukan Encik Hud sendiri yang cakap, buat hal masing - masing." Tia membalas pandangan mata lelaki itu. Rasa gerun juga apabila menjawab dengan jawapan sebegitu.

"Hmmm, memang aku tak kisah ke mana pun kau pergi, tapi kau kena ingat, kau bawa status sebagai isteri aku. Kau kena jaga air muka aku." Suara Hud sedikit kuat dan bergema diseluruh kawasan ruang tamu itu.

"Sama juga halnya dengan Encik Hud. Encik bawa status sebagai suami saya. Encik Hud tak perlu jaga air muka saya ke? Nampak sangat tak adilkan." Entah kenapa berani betul dia menjawab. Dia sebenarnya lebih kepada ingin menangkis tanggapan buruk lelaki itu kepadanya. Tanpa lengah, Tia bergerak masuk ke biliknya. Hatinya sudah menggerutu dengan rasa sakit hati yang teramat.

Hud terkedu. Dia pandang belakang badan isterinya itu sekilas lalu. Ingatkan dia ingin memarahi isterinya tetapi lain pula jadinya. Dia pula yang terkena.

Hud angkat kaki kerana ingin masuk ke bilik. Dia sudah terkelu seribu bahasa. Lain yang di plan, lain pula yang jadi.

*******

"Saya nak minta izin balik kampung seminggu. Awal bulan depan saya dah start belajar," pinta Tia yang baru selesai bersarapan. Bertembung secara tidak sengaja dengan lelaki itu ketika dia mahu ke ruang tamu.

Hud seperti biasa pagi - pagi dah nak bergerak ke pejabat. Arahan dah muktamad dari Bos Besar, tak boleh lewat pukul 9.00 pagi. Pukul 9.00 pagi mesti sudah kena thumbprint dan terpacak di office. Jika tidak gaji akan dipotong lima peratus dari gaji pokok. Itu yang Tia dengar melalui perbincangan ketika mereka pergi ke rumah daddy tiga bulan lepas.

Hud yang baru hendak melangkah di anak tangga paling bawah terhenti sejenak. Wajah seperti biasa tiada senyum.

Orang pagi - pagi berwajah manis, baru rezeki mudah nak masuk. Ni kalau kelat semacam memang lihatlah rezeki tu nak berdamping.

"Kau nak pergi mana, berapa lama ikut suka hati kau. Ada aku kisah. Kau nak hidup ke, nak mati ke, lantak pada kau. Sejak kau datang dalam hidup aku, hidup aku dah kucar - kacir. Semua disebabkan kau," cakap Hud dengan penuh lagak dan sombongnya. Niatnya cuma satu mahu menyakitkan hati gadis itu.

Tia terdiam. Dia hanya mampu menelan liurnya berkali - kali. Di kelopak mata, air matanya bergenang. Perit rasa di sudut hati apabila mendengar kata - kata dari lelaki yang bergelar suami. Suami yang tidak pernah mengaku dia sebagai isteri.

"Saya hanya meminta izin untuk keluar rumah. Jika tidak, saya akan dilabel isteri derhaka. Saya tak nak keluar rumah dalam keadaan berdosa sebab tak minta izin suami." Tia menyusun ayat walaupun kedengaran sedikit formal. Dia takut lelaki itu akan lebih teremosi.

"Ada aku kisah kau nak pergi mana pun. Tak perlu nak minta izin aku. Kau bukan siapa - siapa pun pada aku."

Tanpa lengah, Hud berlalu pergi dari situ. Tidak dia endahkan perasaan Tia ketika ini.

Bunyi enjin kereta menderum kuat meninggalkan kawasan halaman rumah.

Tia hembus nafas. Setitik demi setitik air matanya mengalir. Tanpa dapat dibendung, lencun pipinya dibasahi oleh air mata.

Dia berlalu masuk ke bilik. Beg pakaian yang dia ambil dari atas almari di penuhkan dengan baju - bajunya.

Hatinya yang sakit dia perlukan ketenangan.

"Sampai bila kita nak begini Encik Hud."

*******

Bunyi enjin kereta mengejutkan Sakinah yang ketika itu sedang menjahit langsir.

"Fiq, pergi tengok siapa yang datang tu?" Sakinah mengarahkan anak bujangnya yang ketika itu sedang leka menonton TV. Hari minggu jika tiada aktiviti bersama kawan - kawan, itulah rutinnya. Memang terpacaklah depan TV.

"Baik bu." Taufiq bingkas dari tempat baringnya di atas sofa terus ke pintu utama.

Terkebil - kebil matanya melihat si cantik yang berwarna kuning terparkir elok di laman rumah.

"Bu, ada kereta cantik depan rumah."

"Kereta cantik???" Sakinah menyoal seraya mengangkat punggung dan menyaingi ke tempat anaknya.

"Ye bu, warna kuning. Cepat bu." Teruja betul Taufiq melihat kereta berwarna kuning itu.

Tia keluar dari kereta. Suka benar dia memberi kejutan kepada ibu dan adiknya.

"Ibu... Taufiq..."

"Taufiq tak rindukan kak long ke? Dah makin hensem adik kak long sekarangni. Mesti ramai awek ni." Tia mengusik.

"Rindulah. Fiq rindu kak long sangat - sangat." Dia meluru ke arah kakaknya. Tubuh itu dia tarik ke dalam pelukan.

"Ya Allah Tia, kamu ke ni nak?" Sakinah menyoal tidak percaya. Dah banyak perubahan pada anak perempuannya ini. Nampak lebih matang.

"Ye bu, ni Tia..." Tia menyalami tangan ibunya. Pipi yang masih tegang itu dia kucup kiri da kanan. Selepas itu, adiknya pula dia peluk erat - erat. Rindu betul kepada dua nyawanya ini. Sekali lagi air matanya jatuh tidak dapat ditahan.

"Issyyy, budak bertuah, balik bukannya nak cakap. Main terjah je yer." Bahu anaknya dia tepuk perlahan.

"Saja Tia nak surprise kat ibu. Kalau cakap dah tak surprise. Hehehe," ujar Tia dengan senyuman kerang busuknya.

"Hmmm, banyaklah kamu punya suprise, kalau ibu takde dekat rumah macam mana." Masih belum puas dia membebel pada si anak.

"Ala, bukannya Tia tak tau ibu simpan kunci dekat mana. Tia taulah..." Balas Tia sambil membuat isyarat mata pada bawah pasu bunga tepi pintu masuk rumahnya. Memang di situlah selalunya ibu meletakkan kunci pendua. Digunakan jika ada kecemasan. Tertinggal kunci atau jika ibunya keluar. Terletak elok dalam bungkusan plastik lauk dan diselitkan di bawah pasu bunga. Hanya mereka sekeluarga sahaja yang tau.

Sakinah mengintai - ngintai ke dalam kereta. Dahinya sedikit berkerut.

"Laki kamu mana?"

Tia serba salah untuk menjawab. "Errr... Abang Hud sibuk bu. Nak cuti pun tak sempat." Dia membalas, harapannya agar tidak ada soalan lagi tentang suaminya itu.

"Ibu masak apa harini?" Tia menyoal sambil menggosok perutnya yang langsing itu.

"Ibu masak biasa - biasa jer, tak tau kamu nak balik. Hmmm, budak bertuah, nak balik kampung bukannya nak cakap," bebel Sakinah.

Tia hanya tertawa. Sudah dia agak, balik secara mengejut macam ni memang kena tahan bebelanlah.

Redha dan tahan sahajalah telinga.

"Yela, biasa tu apa bu?"

"Jom masuk dalam, pergi tengok sendiri apa yang ada kat bawah tudung saji tu." Tangan Tia ditarik oleh Sakinah.

Mata Tia melihat ke segenap ruang di dalam rumah itu. Masih sama. Tiada satu pun yang berubah. Rindunya... Hampir enam bulan dia keluar dari rumah ini atau dalam kata lain, keluar kerana perlu mengikut suami.

Bersinar mata Tia apabila melihat apa yang terdapat di bawah tudung saji.

Ada masak lemak pucuk manis bersama labu, ikan gelama masin, sambal belacan dan ulam timun. Sungguh menggiurkan seleranya.

"Pokok pucuk manis yang Tia tanam Kat belakang rumah tu banyak sangat pucuknya. Kebetulan Mak Cik Sufi kamu ada bagi ibu buah labu. Tu yang buat masak lemak harini. Tak tau pula Tia nak balik," ujar Sakinah. Nasi dia senduk ke dalam pinggan lalu di hulurkan kepada Tia.

"Iye, rindu betul dengan masakan ibu. Dah lama Tia tak dapat rasa. Sekarangni Tia nak makan puas - puas," tukas Tia. Dia menyuap semulut demi semulut. Rasa rindu pada masakan ibunya terubat.

"Kak long ni macam tak makan setahun. Banyak lagi, kak long boleh makan seorang. Fiq tak nak pun." Taufiq mencelah. Lucu pula apabila melihat sikap gelojoh kak Long itu.

"Fiq jangan kacau. Kak long nak makan puas - puas. Bagilah chance kat Kak long." Tia pula membalas.

Sakinah hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum melihat gelagat dua beradik ini.

"Rumah tangga Tia okay." Soalan itu pula terpacul dari mulut Sakinah.

"Errr, okay bu. Alhamdulillah, rumah tangga Tia bahagia. Ibu jangan risau yer." Tipu. Tia terpaksa. Dia tak nak ibunya risau. Biarlah di mata ibunya nampak semua yang baik -baik sahaja. Dia cuba tersenyum. Cuba menyembunyikan kegelisahan di hatinya.

"Baguslah. Ibu doakan semua yang baik - baik untuk anak ibu. Jangan risaukan ibu dengan adik di sini. Kami semua baik - baik je, malah bertambah baik dari dulu. Cukup makan pakai dan semuanya," maklum Sakinah. Sememangnya betullah apa yang dia cakap pada Tia. Kehidupannya kini sudah bertambah baik. Tidak sesukar dahulu. Malah dia sudah boleh menyimpan untuk masa depan anaknya.

"Baguslah ibu. Lega Tia dengar. Kalau ibu perlukan apa - apa, call jer Tia."

"Hud layan Tia okay?"

"Okay je bu. Abang Hud baik. Dia bertanggungjawab. Dia banyak ajar Tia urusan rumah tangga." Berbohong lagi. Tak sanggup dia nak buruk - burukkan suaminya di depan ibu. Seburuk - buruknya lelaki itu. Dia tetap suaminya. Lelaki yang perlu dia taat dan hormati.

Sakinah angguk. "Alhamdulillah, lega sangat hati ibu bila dengar Hud layan Tia dengan baik. Emmm, tambah lagi nak. Nasib baik ibu tergerak hati nak masak banyak harini." Segera dia alihkan topik perbualan. Jelas kelihatan ketidakselesaan pada wajah Tia. Dia tidak mahu hilangkan mood anaknya itu.

"Dah cukup bu. Dua kali Tia tambah. Nanti gemuk badan ni."

"Emmm, yela, ibu naik atas kejap. Nak solat Zohor. Tia kemas yer." Sakinah bangun dan bergerak pergi dari ruang dapur itu.

Langkah ibunya Tia hanya pandang dengan ekor mata.

'Sampai bila Tia nak bohong hal rumah tangga Tia pada ibu? Tia tak sanggup nak terus - terang bu. Tia tak mampu. Biarlah jadi rahsia antara Tia dengan Hud. Selagi dia tak ceraikan Tia, selagi itulah Tia akan pendam semua ni. Maafkan Tia bu.' Suara itu hanya bergema di dalam hati. Setitis air matanya gugur. Pantas dia bawa pinggannya ke sinki. Dia tidak mahu tertangkap oleh ibunya yang dia sedang menangis.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience