BAB 30

Romance Series 18038

"Nak pergi mana ni? Siap berbaju sukan." Syarifah Husna menegur apabila melihat anak bujangnya itu berlari anak menuruni tangga.

"Zif nak keluar kejap. Jumpa petang nanti yer." Razif membalas. Dia menghampiri meja makan mahu menyalami tangan kedua orang tuanya.


"Kamu tak pergi mengajar ke harini?" Syed Badrul pula menyoal.

"Harini tak mengajar, harinikan Cuti Agong," balasnya lagi.

Syed Badrul tepuk dahi. Padahal dia sendiri tidak ke pejabat harini kerana cuti umum tersebut.

"Sampai bila kamu nak mengajar dekat Kolej tu? Papa ni dah tua. Kamu satu - satunya anak papa. Kepada siapa lagi yang papa nak harapkan kalau bukan kamu." Syed Badrul meluah sambil memancing hati anaknya itu supaya mendengar cakapnya.

Razif lepas keluh. Sudah melekat pula kat sini. Salah timinglah pula.

"Zif belum puas lagi nak curahkan bakti kepada anak didik Zif. Ni satu - satunya bidang kerjaya yang Zif minat."

"Papa tau kamu minat sangat dengan menjadi tenaga pengajar tapi kamu juga kena ingat, syarikat kita ni hasil titik peluh papa yang papa bina dari kamu belum lahir. Ni mata pencarian kita. Papa cuma mahu kamu bersama - sama dengan papa untuk majukan syarikat kita, sebelum papa tutup mata. Jika dah sampai masa, papa akan tenang jika kamu dah boleh ambil alih syarikat kita ni."

Luahan kata - kata dari mulut papanya membuatkan hatinya tersayat.

"Bagi Zif masa... Zif nak keluar dulu, dah lewat ni." Maklum Razif seraya membelek jam di tangan. Dia sudah terlewat setengah jam kerana melayan pertanyaan kedua ibu - bapanya yang membuat jiwanya tidak tenteram.

"Macam mana kamu dengan Tania? dia ada jumpa kamu tak selepas kita pergi rumah dia haritu?" Langkah Razif terhenti. Faham akan maksud mamanya.

"Okay je mama, tak jumpa pun tapi lagi baguslah macamtu."

Sejak putus tunang haritu, dia langsung lost contact dengan Tania. Emmm, biarkan sahajalah. Banyak lagi benda lain yang nak kena buat dan fikir. Orang dah tak sudi. Mungkin dia dah ada bahagianya sendiri.

"Emmm, takpelah, kamu tak nak sarapan dulu ke?" Sharifah Husna menyoal.

"Takpe, Zif nak pergi jogging dulu. Nanti kalau sarapan, berat pula nak lari." Razif memberi alasan. Sebenarnya dia dah ada agenda lain.

"Emmm, yela, hati - hati," ujar Syarifah Husna. Dia menghantar anaknya dengan pandangan mata.

Syarifah Husna memandang Syed Badrul yang hanya berdiam diri dari tadi. Fokus sangat membelek surat khabar.

"Kesian kat anak kita tu abang. Lepas ni saya dah malas nak aturkan jodoh dia. Mana - mana perempuan yang dia bawa jumpa kita, saya akan terima. Tak kisahlah sekufu atau tidak." Syarifah Husna membuang nafas panjang. Ikutkan dia malas nak ke rumah Dato' Rahim untuk menyatakan putus tunang tempoh hari tapi desakan dari Razif yang mengatakan Tania tidak mahu teruskan lagi pertunangan mereka membuatkannya beralah. Dia perlu berbincang. Tapi kata putus telah dia dapat melalui perbincangan kedua anak - anak mereka sebelum itu walaupun Tania pula tiada di rumah dan melalui rekod suara yang Razif ambil secara senyap - senyap telah membuktikan segalanya.

"Takpelah, anggaplah mereka takde jodoh. Saya ni tak suka nak memaksa soal jodoh anak - anak, biarlah mereka cari sendiri," balas Syed Badrul seraya menyambung kembali membaca berita - berita disurat khabar.

*******

......Tia, turun sekarang, saya ada depan rumah awak. Pakai baju sukan tau.

Tia yang baru selesai mandi dan mahu turun membuat sarapan, terkejut besar selepas membaca teks WhatsApp yang dihantar oleh Encik Razif, pensyarahnya.

Laju dia berjalan menuju ke arah tingkap berhampiran pintu utama. Langsir itu dia tolak perlahan dan kecil sahaja bukaannya. Ingin mengintai, adakah benar seperti yang dia baca dalam mesej melalui WhatsApp itu.

Matanya membulat besar, dia garu kepala yang tidak gatal apabila melihat sosok tubuh pensyarahnya itu yang sedang menyandar di tepi kereta.

Tia kembali semula ke bilik dan terus menukar semula pakaian hariannya kepada pakaian sukan. Laju sahaja langkahnya menuju ke rak kasut.

Baru sahaja dia sampai ke pintu utama...

"Sayang nak pergi mana? Nak pergi joging ke?"

Tia tersentak dan memalingkan wajah. Kelihatannya sang suami yang memakai seluar pendek tiga suku dan hanya memakai baju T leher bulat tercegat tidak berapa jauh darinya.

"Saya nak keluar kejap, nak pergi jogging." Seperti biasa perbualan itu tidak seramah dan balasannya hanya sekadar ingin membalas persoalan lelaki itu sahaja.

Hud kecilkan mata. Dia berjalan ke arah tingkap dan memandang ke arah tepi pintu gate rumahnya. Kelihatan seorang lelaki sedang berpeluk tubuh sedang menyandar pada kereta.

Hud amati dan ternyata itu adalah lelaki yang sama pernah datang jemput isterinya di rumah.

Rahangnya bergerak - gerak.

"Nak keluar dengan jantan yang sedang menunggu tu ke?" Hud menyoal sinis.

"Tu pensyarah dekat kolej saya. Salah ke kalau saya temankan dia jogging." Tia membalas semula kata - kata Hud.

"Yelah, mula - mula pensyarah dekat kolej, lama - lama nanti pensyarah dekat hati pulak." Tak habis dengan ayat - ayat sinis, diperlinya pula.

"Apa yang Encik Hud merepek ni. Dah lah saya pergi dulu. Nanti lambat pula dia tunggu." Tia capai kasut sukannya dan mahu angkat kaki.

"Abang tak benarkan. Kalau sayang nak jadi isteri derhaka, pergilah." Hud menggunakan kuasa Veto yang dia ada. Nafasnya turun naik menahan segala rasa. Rasa sakit hati, rasa nak marah dan yang paling dia rasakan kini adalah rasa cemburu.

"Sejak bila Encik Hud kisah pasal saya dan sejak bila Encik Hud ambil peduli dengan siapa saya berkawan?" Tia membalas dengan suara yang sedikit tinggi. Lelaki seperti ini, kalau dia boleh pula keluar ikut sukahati dengan Tania tu. Hmmm, dah putus tapi hati masih sayang. Lama - lama nanti mungkin akan bertaut kembali.

Hud hembus nafas sampai terpejam matanya. Dia mahu kumpul rasa sabar yang dia ada sekarang ini.

"Sejak abang dah iktiraf sayang sebagai isteri abang. Sejak abang dah ambil ciuman pertama sayang."

Kasut sukan dari pegangan Tia terlepas dari tangannya. Dia sentuh bibir. Bila? Pukul berapa?.

"Tipu, jangan nak provoke saya."

Telefon di tangan Tia berdering. Serba salah dia mahu mengangkatnya.

Dia swipe ke kanan pada butang hijau.

....."Maaf Encik Razif, saya sakit perut sekarangni. Tak dapat nak temankan Encik Razif berjogging. Lain kali yer. Saya nak rehat kat rumah je harini." Tia berbohong.

.....Tak - tak, tak pe, saya okay jer, tak perlu pergi klinik pun. Encik Razif balik dulu ye," Beradab caranya membalas. Lecturer tetap lecturer, mesti kena hormati.

....."Bye, assalamualaikum..."

Talian dimatikan.

Dia masih belum berpuas hati dengan kata - kata suaminya sebentar tadi.

Hud tersenyum kemenangan.

"Abang tak tipu dan buat apa abang nak tipu. Rasa manis masih terlekat lagi dekat bibir abang ni. Kalau sayang nak rasa lagi, boleh je abang tunaikan." Hud membalas dengan nada gatalnya. Tau takut. Tapi ciuman pertama yang dia curi dari Tia tempoh hari masih segar terasa di bibirnya.

Mata Tia bergenang. Entah apa yang merasuk dirinya.

Panggg...

Tamparan wanitanya singgah di pipi kiri lelaki itu. Naik kebas seluruh tapak tangan.

Hud tergaman dan seakan masih tidak percaya. Pipi yang terasa sedikit pijar itu dia gosok perlahan dengan tangannya. Berpinar juga matanya beberapa saat ketika itu. Betul - betul padu.

"Ni balasannya kerana mencabul. Encik Hud memang pencabul. Encik Hud seolah - olah mempermainkan maruah saya. Encik Hud jangan anggap maruah saya ni letaknya di bawah tapak kaki Encik Hud. Silap besar yer." Tia menjerit kuat bersama linangan air mata. Sungguh dia tak boleh terima apa yang suaminya buat padanya itu.

Dia berjalan laju menuju ke biliknya.

BAMMMM...

Tersentak Hud dibuatnya. Dia kembali ke alam nyata. Sepertinya sebentar tadi dia berada di alam mimpi.

Dia aturkan langkah menuju ke bilik Tia. Isterinya itu harus dipujuk. Dia sedar salahnya. Sepatutnya apa yang jadi biarlah menjadi rahsia untuk dirinya seorang.

Lancang sangat mulutnya sebentar tadi. Tak memasal dapat tamparan padu dari isterinya.

Tok - tok - tok....

Dia mengetuk perlahan pintu bilik Tia. Tetapi langsung tiada respon. Apabila cuba dipulas tombol pintunya, dah sah - sah pintunya berkunci dari dalam.

"Sayang... Abang minta maaf. Abang tau salah abang. Tolonglah maafkan abang."

Tetap juga tiada respon.

Emmm, takpelah bagi dia masa. Nanti aku pujuk dia lagi. Kata hatinya berbisik.

Hud angkat kaki dan berlalu pergi dari situ. Biliknya pula yang dia tujui.

Petang itu, Hud turun semula ke arah bawah. Mahu melihat keadaan isterinya.

Pintu bilik tetap juga berkunci. Walaupun telah diketuknya beberapa kali tetap juga tiada respon.

"Sayang, bukalah pintu. Dari pagi sayang tak makan. Kalau ye pun masih marahkan abang, makan tetap kena makan. Nanti sayang jatuh sakit. Abang juga yang susah." Hud memujuk. Masih sabar dalam memujuk isterinya. Risau pula dia, dari pagi isterinya itu berkurung di dalam bilik.

Dia dapat satu idea...

"Sayang, buka pintu ni cepat. Kalau tak abang tendang pintu ni sampai tercabut. Terus masuk ke dalam hati sayang." Sempat pula dia bergurau memberi ayat Pickup Line.

"Cepat buka pintu ni sayang. Abang kira sampa tiga. Kalau tak buka juga abang tendang. Abang tak kisah pintu ni rosak, nanti tiap - tiap hari abang boleh skodeng sayang." Sekali lagi dia mendesak, siap mengugut. Dia tau Tia mesti akan termakan dengan kata - katanya.

"Satu..."

Keadaan masih sama. Tak terbuka juga pintunya.

"Dua..."

Suaranya lagi kuat daripada tadi.

Klakkk... Tombol pintu dipulas dan pintu dibuka...

Hud tersenyum. Tapi senyumannya mati apabila melihat wajah pucat lesi Tia.

"Saya taknak makan. Saya takde selera. Saya nak minta tolong..."

Bibit pucat Tia Hud pandang. Berbeza dengan malam itu. Bibir itu kelihatan tersangat ranum dan memanggil - manggilnya untuk merasa.

"Tolong apa sayang, cakap je, asalkan sayang maafkan abang."

"Tolong jangan memaksa. Saya tak suka dipaksa dan saya tau, Encik Hud sendiri pun tak suka kalau ada orang memaksa Encik Hudkan." Matanya sudah mula berbalam - balam. Migrainnya menyerang lagi. Mungkin tekanan perasaan yang dia alami pagi tadi.

Hud geleng kepala. Bukan itu kata - kata dari mulut isterinya yang dia mahukan.

"Okay, takpe, jom kita makan sikit. Dari pagi perut sayang kosong," pujuknya. Dia cuba meraih tangan Tia. Tetapi sedikit terkilan apabila ditepis mentah - mentah oleh isterinya itu.

"Saya tak nak makan, saya takde selera. Jangan paksa saya..."

Matanya sudah berbalam - balam. Rasa menyucuk di kepala sudah tidak dapat dia tahankan lagi.

Akhirnya...

BAMMM...

Tia yang berada terlalu hampir dengan Hud akhirnya tersembam di dada lelaki itu.

"Sayang, kenapa ni???" Hud sudah mula panik. Dia tatap wajah isterinya yang semakin memucat.

"Tula, abang suruh makan tak nak. Tengoklah apa dah jadi." Dalam dia membetulkan gendongan ala bridal style, sempat pula dia membebel.

Dia bawa Tia ke dalam bilik.

Pertama kali dia melihat suasana dalam bilik Tia. Sangat kemas dan tersusun rapi.

Dia letak Tia di atas katil. Setelah semuanya terlihat baik, dia capai pula remote air cond dan merendahkan sedikit suhunya.

Tubuh itu dia selimutkan dengan selimut bercorak kartun Hello Kitty berwarna pink. Warna dan corak yang senada dengan cadarnya.

Hud tersenyum kecil. Comel pula, isterinya ini sebenarnya masih tak hilang sifat keanak - anakannya. Dalam garang - garang isterinya itu, tersembunyi juga sifat keanak - anakan Tia Zahara ini.

Hud duduk di birai katil. Wajah pucat itu dia elus perlahan.

Panas...

"Demam ni," tukas Hud. Dia bawa langkah keluar dari bilik. Kurang lima minit, dia kembali semula dengan sebekas air bersama tuala kecil.

Tuala yang dia rendam dalam air dan perah itu dia letakkan di atas dahi Tia.

Tangannya berkira - kira mahu membuka tudung isterinya itu, tapi dia batalkan. Seram pula bila memikirkan tamparan sulung isterinya itu pada pagi tadi. Pipinya kirinya masih lagi terasa perit. Cukuplah sekali dia kena, tak sanggup lagi untuk kena pada kali kedua. Dia usap pipinya.

Jam di tangan sudah pukul 7.30 malam. Dia bangun dan keluar dari bilik Tia. Lampu dia biarkan terbuka.

Dia mahu solat maghrib terlebih dahulu sebelum kembali ke bilik ini. Perasaan risau kepada isterinya ini melebihi segala.

Kalau dulu ye, dia langsung tak ambil kisah. Tapi sekarang, semuanya sudah berubah. Dia ingin buktikan pada Tia yang dia mampu menjadi suami yang terbaik.

*******

Tia terjaga dari tidur. Kepalanya masih lagi berdenyut - denyut. Dia terasa ada sesuatu di dahi. Dahinya berkerut seribu.

Dia tengon keadaan dirinya. Masih lagi bertudung dan dia sekarang berada di atas katil.

Tia urut dada. Dia menarik nafas lega apabila tiada apa yang pelik pada dirinya.

Tia membuka tudung. Rasa rimas pula, tidur pun nak pakai tudung.


Dia turun dari katil dan ingin menuju ke dapur, mahu membancuh oat. Perutnya berkeroncong tetapi hanya itu yang mampu dia telan.

Selipar bulu kartun kepala bear dia sauk dari tepi katil.

Leka membancuh oat.

Tersentak...


Terasa ada pegangan di pinggang...

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience