BAB 43

Romance Series 30712

Tahir memberhentikan kereta di bawah pohon besar berhampiran ladang sayur Sakinah.

Sakinah yang ketika itu sedang sibuk memberi arahan kepada pekerjanya, memandang ke arahnya dengan satu pandangan pelik.

Tahir bersama isteri dan anaknya berdiri di depan kereta. Menunggu Sakinah di situ. Kerana baginya, dia perlu meminta maaf kepada adik iparnya itu sebelum dia berangkat pergi. Dia tak mahu membawa dosa - dosanya bersama.

Sakinah datang menghampiri tiga beranak itu. Walaupun pelbagai persoalan yang menganggu benaknya ketika ini.

"Ada apa ni?" Nada suara Sakinah kedengaran tidak mesra.

"Abang Long datang sini bersama kakak nak minta maaf sebab selama ni banyak menyusahkan dan mencari salah Kinah dan Tia." Ucapan yang terlahir dari mulutnya sememangnya adalah dari hati. Dia ikhlas dan bukan pura - pura.

Sakinah kerut kening. Kenapa tiba -tiba??? Hatinya berdesis. Pelik dengan tingkah abang iparnya kali ini. Macam mana perangai tu dah boleh berubah 360 darjah???.

"Abang long dah nak berhijrah ke tempat lain. Mungkin ambil masa yang lama. Risau tak sempat jumpa Kinah lagi. Maafkan abang long sebab selalu cari pasal dengan Kinah dan Tia."

Suara abang iparnya yang kedengaran sebak itu membuatkan hati Sakinah sedikit lembut. Mungkin betul, abang iparnya ini hendak bertaubat dan ingin berubah.

"Yer, Kinah, maafkan kami. Kami tau banyak sangat dosa kami pada Kinah. Kami nak berubah. Kami nak pergi jauh dari sini." Suara Rokiah pula kedengaran.

"Abang long dan kak long nak pergi mana?" Soalan ingin tahu dari Sakinah. Sebabnya dia pelik dan terlalu tiba - tiba.

"Kami nak pergi jauh dari sini. Tempat yang orang takde kenal kami. Takpelah, kami gerak dulu." Tahir meminta diri. Dia mahu pergi cepat dari situ. Risau jika macam - macam soalan pula yang akan ditanya dan dia pula terlepas cakap.


"Emmm, takpelah, maafkan Kinah sebab sibuk sangat nak tau." Sakinah faham sendiri. Abang iparnya ini taknak berkongsi cerita. Dia menyeluk poket seluarnya. Mengeluarkan beberapa not berwarna ungu dari dalam beg duitnya lalu dihulurkan kepada Tahir.

"Apa ni Kinah?" Tahir kelihatan tergamam.

"Ambillah. Buat tampung belanja. Kinah takde apa nak bagi." Sakinah tersenyum. Walaupun dulu keluarga ini banyak menyakiti keluarganya tetapi, pertalian darah mereka tetap ada pada anak - anaknya.

Tahir malu - malu mahu menyambut huluran itu. Tangannya terketar - ketar. Beberapa kali dia tarik dan hembus nafasnya.

Air mata lelakinya bergenang. Bukan kerana terlalu bersedih tetapi kerana mengenangkan kebaikan Sakinah pada mereka sekeluarga. Sedangkan dulu dialah yang banyak menyakiti hati adik iparnya ini.

Sakinah memandang pada kereta yang sedang bergerak menyusur jalan. Di dalam hatinya tetap tertanya - tanya kenapa abang iparnya satu keluarga mahu berhijrah. Tapi persoalan yang tiada jawapan itu hanya berlegar - legar sahaja dalam diri.

*******

"Nanti senang - senang balik lagi jenguk ibu dengan Taufiq."

"Ibu janganlah sedih. Nanti kami balik lagi. Banyak bekalan ni ibu bagi." Tia menunjukkan segala macam jenis sayur - mayur, buah pisang dan ubi kayu yang dikirimkan oleh ibunya.

Taufiq pula turut membantu abang iparnya memasukkan semua itu ke dalam bonet kereta.

"Takpe, nanti boleh bagi jiran - jiran atau kawan - kawan satu pejabat. Jangan lupa hantar apa yang ibu kirim pada mak mentua kamu." Pesan Sakinah. Memang begitulah setiap kali anaknya ini balik ke kampung, tidak pernah dibiarkan pergi dengan tangan kosong.

"Yer bu, takkanlah Tia lupa nak hantar barang yang ibu kirimkan tu pada besan kesayangan ibu," tukas Tia tersenyum.

"Emmm, yela, Hud bawa kereta elok - elok. Nanti kalau dah sampai rumah, jangan lupa call ibu. Jangan buat ibu risau." Pesan Sakinah lagi. Walaupun anak menantunya ini dah besar panjang tetapi tetap juga selalu memberi pesan, risau jika terleka.

"Baik bu. Kami gerak dulu. Nampak macam mendung je cuaca. Nak hujan agaknya." Hud membalas.

Usai bersalaman, mereka terus bergerak pulang. Sudah seminggu menghabiskan cuti di kampung. Sekarang perlu pulang pula ke sarang. Mengadap kerja yang tak pernah habis.

"Apa pendapat abang tentang kampung Tia? Seronok?" Tia menyoal setelah dari tadi mereka hanya berdiam diri.

"Mestilah seronok sayang. Bangga abang dapat isteri yang ada kampung yang menarik dan best macamni tau. Nanti kita balik lagi. Walaupun dah seminggu kita kat sana tapi macam sekejap je masa berlalu. Abang masih tak puas," Hud membalas pertanyaan isterinya. Memang dia belum puas. Dari segi suasana kampung, masakan ibu mentuanya. Emmm, semualah.

"Abang pasal projek di Klang tu dah selesaikan?" Entah macam mana dia boleh terfikir untuk bertanya pasal hal itu.

"Dah siap sayang. Tunggu nak rasmikan sahaja. Kita tak payahlah cakap pasal kerja. Sekarangni kan mood kita masih dalam bercuti," Tegur Hud. Tidak begitu gemar bercerita perihal kerja atau apa - apa urusan kerja jika hari cuti. Sarat otaknya.

Tia diam selepas itu. Dia menukar tajuk perbualannya tentang hal lain pula.

Sebelum balik ke rumah, mereka singgah ke rumah keluarganya terlebih dahulu. Mahu menghantar barang yang dikirim oleh ibunya.

"Banyaknya ibu kamu kirim barang Tia? Ladang sayur okay? Mommy dengar cerita makin maju." Datin Malika menyoal menantunya yang sibuk menunjukkkan satu - persatu apa yang dibawa dari kampung itu.

"Alhamdulillah mommy. Ibu dah tak kerja kuat dah sekarang sebab dah ada pembantu." Tia membalas sepontan.

"Hmmm, semua segar - segar sayur - sayur ni. Fresh dari ladang." Teruja betul wajahnya. Mana taknya, setiap kali balik kampung, besannya itu tak pernah lupa buah tangan untuknya.

"Yer, mommy. Baru petik pagi tadi. Selepas subuh ibu dah turun ke ladang sayur. Takut terlambat nak bawa balik sini. Ni pun banyak kali pesan pada kami, jangan lupa hantarkan semua ni pada mommy," tukas Hud yang berada di sebelah Tia.

"Daddy pergi mana mommy? Dari tadi tak nampak," soal Tia.

"Ke mana lagi, pergi ikut kawan dia main golflah. Nanti kejap lagi baliklah tu," terang Datin Malika. Matanya memandang ke arah pembantu rumahnya yang sedang sibuk menjadi pemerhati.

"Sulis, Maz, tolong kemas semua ni. Nanti dah boleh buat lauk untuk dinner." Datin Malika memanggil kedua - dua pembantu rumahnya untuk mengemaskan semua yang dibawa Tia pada atas meja di ruang dapur.

"Baik datin." Akur kedua - duanya menurut arahan.

"Sayang tidur sini ye malam ni. Boleh teman mommy sembang. Dah berapa minggu Tia tak datang sini. Rindu pula mommy." Bahu Tia dia usap lembut. Sementara matanya memandang pada Hud agar menurut arahannya.

"Boleh je mommy. Nanti pagi esok kami terus ke pejabat jelah. Tapi sementara tu, kami nak tumpang letak sayur semua ni dalam peti ais sini. Sebab risau juga kalau kot - kot tak sampai petang dah layu." Hud minta keizinan dari mommynya.

"Eh, boleh sangat. Letak jelah. Nanti balik kerja singgah sini ambil sayur - sayur ni semula." Ujar mommynya lagi.

Tia tersepit. Ikutkan kata hatinya, dia mahu terus sahaja balik ke rumah. Sudahlah penat pun masih belum hilang. Bila lagi nak berehat.

"Mommy, Tia naik bilik dulu, badan dah melekit." Tia meminta izin.

"Abang ikut..." Hud pula menambah. Lalu membontoti langkah isterinya.

*******

"Banyaknya Tia. Ni semua untuk aku ker?" Amni menyoal apabila melihat banyak ole - ole yang diberi oleh kawan baiknya.

"Yer, Amni. Ni semua aku bawa untuk kau."

"Terima kasih, ingat juga kau kat aku, setiap kali balik tak pernah lupa nak bawa ole - ole. Tq tau." Amni membelek beg kertas berisi kerepek dan sayur - sayuran segar yang dibawa oleh kawannya itu.

"Sama - sama. Kau kawan baik aku, mana aku boleh lupa. Sepanjang aku cuti haritu Tania gedik tu ada datang sini ke?" Tia menyoal.

"Ada sekali je, dia tanya mana laki kau. Biasalah Tia, orang tengah gila talak macam tu," maklum Amni. Selamba dia mengata pada Tania. Sungguh dia tidak begitu menggemari jika wanita seksi itu datang ke pejabat ini.

"Taktaulah Amni. Macam mana lagi aku nak buat dengan perempuan tu. Serabut otak aku. Tak habis - habis nak mengacau laki aku. Entah apalah yang ada dalam fikiran dia tu," ulas Tia. Dia berdiri dan mengambil satu fail dari atas meja.

"Kalau orang cari aku, cakap aku kat tempat mesin fotostat. Aku nak fotostat dokumen dalam fail ni dulu. Kejap lagi ada meeting," maklum Tia pada Amni.

"Sape pengerusi?" Amni menyoal.

"COO kitalah Encik Hud." Tia membalas.

Tia berlalu ke arah satu bilik yang menempatkan mesin fotostat. Dia melakukan kerjanya dengan sepantas yang mungkin.

Satu demi satu dokumen dia keluarkan dari dalam fail dan membuat fotokopi.

Tiba - tiba pinggannya terasa seperti ada tangan yang melilit. Dalam bilik ini hanya dia seorang.

"Siapa ni?" Tia hampir menangis.

"Syhhh, jangan jerit. Ni abanglah." Dagunya dia letak atas bahu Tia. Mencium aroma wangi dari tubuh itu.

"Isyyyy, abang ni. Jagalah perangai. Kang tak pasal - pasal orang nampak." Bebel Tia.

"Kejaplah, abang nak manja - manja dengan sayang dulu."

"Macam mana abang tau Tia kat sini?" Tia menyoal. Lilitan tangan suaminya masih terletak elok di pinggangnya.

"Abang cari sayang di tempat. Tapi sayang takde. Amni cakap sayang kat sini."

"Abang nak apa ni, nanti orang tengok, mulalah fikir yang bukan - bukan? Dahlah, Tia nak buat kerja cepat - cepat ni. Kejap lagi ada meetingkan." Tia menggerakkan badannya minta dilepas. Hud pula semakin ketat pelukannya.

"Emmm, biarlah orang nak cakap apa. Bukan haram pun. Kita halal bersentuh apa."

Tia garu atas kepalanya yang tidak gatal itu. Dia melepas keluh. Susah bercakap dengan orang bijak pandai ni. Ada sahaja modal nak membalasnya.

"Memanglah kita halal kalau bersentuh tapi... Tengok juga keadaan tempat dan situasi Encik Hud oiii..." Hmmm, tak memasal dia 'oi' kan suaminya. Tulah, sapa suruh nak balas - membalas sangatkan.

"Yelah - yelah, sayang menang. Nak abang tolong? Lambat lagikan. Lagi sejam setengah," soal Hud mahu membantu. Dia mula melonggarkan tangan yang melilit di pinggang Tia.

Tia jungkit kening sambil tersenyum sedikit sinis. Perempuan mana pernah kalah.

"Tak payahlah. Takkanlah COO nak kerja - kerja macamni. Pergi sana, Tia nak settlekan cepat - cepat ni." Tia boleh pula mengarah suaminya agar menjauh.

"Okay - okay, buat kerja tu. Abang nak jumpa daddy kejap. Nanti lunch jangan lupa tunggu abang. Selesai je meeting, kita makan kat luar," pinta Hud.

"Dalam meetingkan dah ada makan. Penat - penat Amni orderkan makanan untuk ahli mesyuarat," maklum Tia. Baru kejap tadi Amni memintanya untuk bantu setup bilik meeting iaitu setengah jam sebelum mesyuarat. Tugasnya adalah Onkan apa yang patut. Projektor, TV dan apa sahaja kemudahan yang ada di dalam bilik meeting. Selain memastikan bilik mesyuarat sudah ready untuk digunakan.

"Nanti abang jamahlah sikit. Tapi abang nak lunch dengan sayang dekat luar harini. Tunggu tau." Hud cuit hidung Tia dan berlalu pergi dari situ.

Tia senyum malu - malu sambil matanya melilau di kawasan sekitarnya. Risau jika tiba - tiba ada pula orang lain di kawasan itu.

Dia urut dada. Lega apabila menyedari hanya dia sahaja di situ. Dia meneruskan kerja - kerja fotokopinya yang tergendala sebentar tadi.

*******

"Ada apa daddy nak jumpa Hud?"

Hud melabuhkan punggungnya di salah satu sofa yang ada di ruangan itu. Duduk secara berdepan. Mungkin hanya perbincangan santai. Tebaknya. Tambah - tambah lagi wajah daddynya tidak menunjukkan emosi yang tidak baik.

Lagi dua bulan Mega Group mahu adakan dinner dan perasmian untuk projek di Klang. Dato' Rahim baru maklumkan secara tidak formal semasa majlis Hi-Tea di Hotel Alamanda minggu lepas. Nanti pihak sana akan bagi kad jemputan," maklum Dato' Huzairi.

"Dinner??? Hud kena pergi ker?" Hud kerut kening. Hmmm, malasnya mahu jumpa exnya itu. Risau akan adalah dramanya nanti.

"Soalan apa kamu tanya ni? Kamu COO Karisma Group. Setiap majlis yang melibatkan ahli korporat kamu wajib hadir. Kamu faham tak maksud daddy. Dengan cara ni, kita dapat kembangkan idea dan bertukar pendapat dalam bisnes sesama orang korporat. Tu tujuan utamanya. Di majlis tu nanti, ramai lagi businessman dari syarikat gergasi yang akan hadir. Jangan lepaskan peluang ni. Belajar lebih mendalam hal - hal yang melibatkan urusan bisnes. Berkenalan dengan mereka. Nanti sampai masa, kepercayaan daddy pada kamu lebih kuat untuk serahkan Karisma Group kepada kamu." Panjang lebar penerangan Dato' Huzairi kepada anak lelakinya. Kalau masih tak faham - faham juga tak taulah.

"Baiklah daddy. Hud akan hadir nanti. Okaylah, kejap lagi Hud ada meeting. Hud nak turun bawah. Nak selesaikan laporan dan fail yang perlu dibawa bersama dalam bilik meeting." Hud berjalan perlahan keluar dari bilik daddynya. Langkah terus diayun ke arah lift.

Dalam fikiran, bermacam - macam pula perkara - perkara yang tak baik menjengah. Dia cuba berfikir secara positif. Risau jika Tania cuba buat perkara yang tak baik semasa dinner nanti.

Dia tarik nafas dan hembusnya perlahan. Nak mengelak tak boleh. Kenalah hadapinya nanti.

Sampai sahaja di aras tujuh, Hud berjalan masuk ke bahagian HR.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience