"Mana bini aku ni?" Hud bercakap seorang diri selepas melihat meja kerja isterinya kosong.
Dia senyum dan bergerak ke arah bilik mesyuarat. Seperti dapat mengagak yang isterinya ada berada di situ.
Pintu bilik mesyuarat dia buka perlahan. Kelihatan isterinya sedang membantu Amni menyusun Handout mesyuarat di atas meja.
Memandangkan dia masih di dalam percubaan selama setahun, tugas - tugas seperti perkeranian perlu dia lakukan sepanjang tempoh itu.
"Sayang..."
Tia berpaling. Dia buat - buat kenyit mata. Mahu memaklumkan yang Amni turut ada di situ.
"Isyyy, apa abang ni? Kan ada Amni kat sini. Malulah sikit." Tia menegur. Geram pula hati dia melihat wajah selenga suaminya itu.
"Ala rilekslah Tia. Aku okay jer. Takpe - takpe aku pekakkan telinga dan butakan mata yer." Amni dari hujung meja panjang bersuara.
"Tengok tu... Ni semua abang punya pasal. Jagalah perangai tu. Nikan kat pejabat." Tia memuncungkan mulutnya.
"Sayang, banyak lagi ker?" Hud menyandar pada pintu bilik mesyuarat.
"Sikit lagi. Kejap lagi katerer nak hantar makan. Tia tengok tempat makan VIP jap ye." Tia bergerak ke arah pintu yang menempatkan bilik makan untuk VIP. Memandangkan harini ada jemputan dari syarikat - syarikat besar juga, Tia mahu apa yang dibuat harini adalah yang terbaik, agar tidak terlihat cacat - celanya.
Lagi setengah jam meeting akan bermula. Tia dan Amni berpuas hati dengan hasil kerjanya.
"Okaylah sayang. Nanti kita lunch sama yer. Tunggu abang tau. Abang ada hal nak bagitau sesuatu," ujar Hud mahu beredar dari situ.
"Nak bagitau hal apa?" Tia kelihatan teruja ingin tau.
"Nantilah abang cakap. Tak suspenlah." Hud lagi membuatkan perasaan Tia bergelodak ingin tahu.
"Apa yang suspen sangat tu?" Tia masih lagi mencungkil hal itu dari suaminya.
"Sabar. Nanti sayang akan tau juga. Okaylah, abang masuk bilik dulu. Jangan nakal - nakal." Puncak hidung isterinya dia cuit. Selepas itu dia melangkah pergi ke biliknya.
"Hal apa agaknya yang suami kau nak rahsiakan sangat tu Tia?" Amni yang berada di sebelah Tia menyoal.
Tia angkat bahu. "Entah!!!"
Amni kerut kening. Seolah - olah mahu sama - sama berfikir. "Nak plan pergi honeymoon agaknya." Tebak Amni sepontan.
"Tak adalah. Jauh sangat fikiran kau menjelajah. Okay jom balik kat tempat. Banyak lagi kerja kita nak buat," tukas Tia. Mereka beriringan balik ke tempat kerja masing - masing setelah melihat bilik mesyuarat yang mereka setup itu kelihatan sempurna di mata.
Tia menyambung kerjanya semula. Dia belek handphonenya sejenak. Ada beberapa mesej masuk dalam aplikasi WhatsApp.
.....Assalamualaikum Tia.
"Norzie...!!!"
Nama itu terpacul pada bibir Tia. Sekadar bagi salam... Desisnya.
.....Aku dah dapat kerja baru jadi setiausaha.
Mata Tia membulat. Selama ni dia tak pernah diberitahu apa kerja yang dilakukan oleh kawannya itu. Cuma setiap kali mereka bersembang pasal kerja, Norzie hanya memaklumkan bekerja di dalam pejabat. Selebih daripada itu tidak pula dia tanya.
Tia is typing...
.....Yeke, dekat mana?
.....dekat bandar.
.....Syarikat apa Norzie?
.....Empayar Group. Jom kita lunch, tempat aku kerja tak jauh pun dengan office kau.
.....Harini tak boleh Zie. Kalau hari Jumaat ni boleh? Laki aku ajak lunch sama pulak harini. Berdosa kalau aku tak ikut.
.....Emmm, okaylah. Nanti kalau kau free, jangan lupa teks aku.
.....Yer, aku tak lupa. Aku pun rindu sangat kat kau. Aku balik kampung minggu lepas tapi kau takde.
Maklum Tia. Dia menunggu dengan sabar balasan dari sahabat baiknya itu.
......Kau balik lampung???
.....Yer, minggu lepas. Seminggu aku balik. Takpelah, mungkin takde rezeki jumpa kau kat kampung.
.....Ha'ah, aku baru dapat kerja baru. Banyak aku nak cerita ni, nantilah kita jumpa.
.....Okay Norzie, jumpa nanti. Papehal aku bagitau kat kau.
Sesi balas - membalas whatsapp berakhir di situ. Tia menyambung kerjanya kembali.
"Tia ni fail dari unit projek. Kamu tolong hantar ke dalam bilik mesyuarat."
Tia dongak, melihat wajah Encik Amir Penolong Pengurus HR sedang berdiri di depan partition ruang kerjanya.
"Errr, baik Encik Amir. Dua fail berkulit putih bertukar tangan." Tia membalas. Walaupun menyanggupi, di dalam hatinya tetap berdebar kencang.
Segan... Gugup... Semua ada. Manakan dia yang diibaratkan insan kerdil itu mahu masuk ke dalam bilik mesyuarat yang ketika itu sedang berlangsung mesyuaratnya.
"Terima kasih yer, cepat, mereka sedang tunggu laporan - laporan projek ni semua."
Tia angguk laju. Encik Amir berlalu semula ke dalam biliknya.
Tia bangun. Dia tarik nafas dalam - dalam sebelum bergerak ke arah bilik mesyuarat.
"Kau okay tak ni Tia. Nak aku teman." Amni menyoal tatkala melihat kawannya itu kelihatan sedikit gugup.
"Aku okay. Jangan risau."
Tia teruskan langkah. Dia tarik nafas dan hembus berulang kali. Cuba mengawal emosi dan perasaan gugupnya.
Dia ketuk perlahan pintu bilik mesyuarat sebelum menolaknya. Lagi gugup wajahnya apabila semua mata tertumpu padanya.
Tia gagahkan diri. Dia kuatkan langkahnya ke arah Pengurus Projek untuk menghulurkan fail dokumen itu.
Sempat dia menjeling ke arah COOnya sebelum lelaki itu mengenyitkan mata sambil tersenyum.
Hmmm, tak kira tempat ada je perangai gatalnya. Gumam Tia.
Tapi yang betul - betul menyakitkan hatinya apabila pandangannya terarah pada satu makhluk Tuhan yang begitu membuatkan hatinya meluat. Seakan sengaja duduk di sebelah suaminya. Gedik macam ulat bulu yang berwarna hijau tengah makan daun kari. Selagi syarikat ini masih bekerjasama dengan Syarikat Mega dalam Projek di Klang, selagi itulah dia akan selalu melihat wajah wanita ini. Wanita yang paling dia meluat untuk dilihat. Wanita yang selalu mencari akal untuk terus dekat dengan suaminya.
Tia melempar pandang ke arah lain. Tapi lain pula yang menjadi tumpuannya kini.
"Encik Razif..." Suara yang terkeluar hanya kedengaran perlahan. Tia cepat - cepat mahu berundur dari situ. Usai menyerahkan semua dokumen kepada Pengurus Projek, dia terus melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Berdouble - double rasa tidak enak di dalam hatinya kini.
Dia tau, Encik Razif perasan akan dirinya tadi dan dia juga turut terkejut.
Tia kembali ke tempat dengan wajah cemberut. Dia menggigit bibir bawahnya dan bermain dengan jarinya. Bukan soal Tania yang bermain di fikirannya kini tetapi satu nama yang pernah meluah perasaan cinta kepadanya dulu. Semakin dia nak menjauh, semakin dekat pula wajah itu mendekat.
"Kau kenapa ni? Lain macam aku tengok sejak keluar dari bilik meeting tu tadi." Amni mendekatkan kerusi hitam berodanya dan mata tepat memanah pada sahabatnya Tia.
"Encik Razif..."
"Encik Razif??? Kenapa dengan pensyarah kita tu?" Amni kerut kening.
"Dia ada sekali join dalam meeting tu."
"Isyyy, kau ni, cakaplah kasi aku faham. Ni bagi jawapan tapi penuh tanda tanya." Marah Amni.
"Aku pun tak faham kenapa dia ada bersama dalam meeting tu. Dan apa kaitan." Tia membalas datar.
"Encik Razif dah berhenti jadi pensyarah ke? Aku betul - betul tak faham ni."
"Dah. Dia bagitau aku yang dia nak bantu papa dia uruskan syarikat," balas Tia.
"Okay faham. Mungkin syarikat papa Encik Razif dijemput sekali untuk hadir meeting ni. Ada projek baru agaknya." Amni membuat telahan.
"Aku pun rasa macamtu." Tia menjawab malas.
"Sembang apa ni? Rancak... Tengah membawang ke?"
Tia dan Amni tersentak. Dalam asyiknya dia membawang, tak sedar Hud sedang berdiri di hadapan meja kerja mereka.
"Errr, takde apa - apa. Cuma berbual kosong jer." Tia membalas.
"Emmm, okay, jom kita keluar lunch." Hud mengajak Tia.
"Jom... Boleh ajak Amni sekali?" Tia menyoal Hud meminta keizinan. Kesian pula pada Amni sorang - sorang.
"Boleh. Jom Amni, ikut kitaorang lunch sekali." Hud menjawab ramah.
"Ehhh, takpe - takpe. Korang pergilah. Saya banyak kerja lagi nak dibuat. Lagipun saya ada bawa bekal harini." Amni menolak secara baik.
"Bila masa kau bawa be..."
"Adalah aku bawa. Korang pergilah." Amni memintas percakapan Tia. Mana mungkin dia mahu merosakkan pasangan sejoli ini untuk pergi berdating. Memang taklah dia nak jadi pengacau walaupun hanya sekadar keluar makan tengahari.
"Okay kami pergi dulu." Hud dan Tia melangkah pergi dari situ menuju ke arah lift.
*******
"You pun ada dalam meeting ni. Tak mengajar ke harini?"
Razif yang baru mahu duduk disalah satu kerusi berpaling. Dia melepas keluh. Dari tadi dia perasan akan wanita yang pernah menjadi tunangnya ini.
"Bukan urusan you."
Tania hanya tersenyum. Berlagak pula lelaki di sebelahnya ini. Dia turut mengambil tempat di meja bulat itu. Menarik kerusi di sebelah Razif. Ikutkan mahu terus balik sahaja ke pejabat tetapi memandangkan Hud ada bersama di dalam meeting ini, terpaksa dia tahankan niatnya itu.
Matanya liar melilau ke sekitar ruang makan di dalam bilik VIP ini. Mencari seseorang. Lelaki itu keluar lebih awal sebelum tamat mesyuarat. Fikirnya mungkin mahu ke toilet.
"Tak payah cari Hud. Dia dah takde dalam bilik ni." Razif bersuara.
Tania kibarkan rambutnya yang berjuntai di dahi. Perasaan yang ada di dalam dirinya kini adalah sakit hati dan geram.
Dia bangun dan keluar dari bilik itu. Berpura - pura mahu ke tandas tetapi memasuki ruang HR.
Razif hanya memandang dengan perasaan jengkel.
"Hud mana?" Tania tepuk meja seorang staff yang ada di situ.
"Encik Hud dah keluar makan dengan isterinya. Kenapa yer? Cik ada apa - apa temujanji dengan Encik Hud ke? Kalau ada boleh terus berhubung dengan Puan Aween." Amni membalas sopan. Dia kenal siapa wanita ini. Bekas kekasih Encik Hud.
"Belum habis meeting pun dah keluar sesuka hati." Rungut Tania.
"Mungkin dia ada hal lain selepas itu, sebab tu dia keluar awal." Amni membalas.
"Ah, kau pun sama jelah," ujar Tania menjeling tajam. Dia kembali memasuki ruang makan di bilik VIP.
"Aku yang takde kena - mengena ni pun kena. Bodoh punya perempuan." Dengan menunjuk jari telunjuk kanan ke dadanya. Sempat Amni memberi makian. Geram seluruh jiwa apa yang dia rasa sekarangni.
Tania menghempas punggungnya di kerusi sebelah Razif. Wajahnya masam mencuka.
"Sia - sia je you cari dia."
"Diamlah..." Marah Tania.
"Macam mana dengan cadangan i haritu. Kalau you masih ingat," usul Tania. Nada suaranya seakan berbisik.
"I boleh rampas Tia dari Hud kalau i nak tanpa bersekongkol dengan you." Razif juga berbisik. Malas sebenarnya mahu melayan Si Tania ni. Entah kenapalah boleh pula perempuan ni memilih untuk duduk di sebelahnya.
"Wahhh, berlagaknya you. Dah lain you sekarang nikan. Emmm, takpe. I cuma bagi cadangan. I nak bantu you dapatkan Tia. Kalau you taknak terpulang..." Tania meletak gelas berkaki selepas meneguk jus oren. Dia memalingkan badannya mengadap Razif.
Razif bangun dan menolak semula kerusi ke bawah meja.
"I tak perlukan bantuan you. Jangan jadikan diri you perempuan murahan yang nak merampas hak orang lain." Razif melangkah pergi dari situ. Sempat dia menyindir wanita itu.
Tania termangu. Pedas juga ayat yang keluar dari mulut Razif. Hmmm, peduli apa dia. Dia sanggup digelar murahan jika Hud menjadi miliknya.
Tania tepuk mejanya tanda dia tidak puas hati dengan kata - kata Razif. Dia juga beransur dari situ setelah memberi isyarat mata tanda mahu keluar dari bilik itu.
"Kita terus balik pejabat." Tania mengarah kepada Encik Fahmi sejurus masuk ke dalam kereta. Mereka berdua datang ke sini dengan satu kereta.
"Baik Cik Tania. Tapi kenapa mood Cik Tania tak happy harini? Ada apa - apa masalah ke?" Fahmi menyoal setelah menghidupkan enjin kereta. Pelik pula, tadi semasa datang ke sini happy kemain.
"I okay. Jalan je terus." Tania menjawab malas. Dia berpeluk tubuh.
Fahmi hembus nafas. Tidak lagi menyoal atau bersembang dengan Tania kerana melihat wanita itu hanya bersikap dingin. Dia fokus memandu dan berharap agar perjalanannya ke pejabat berjalan lancar kerana tidak betah dia berlama - lama dengan anak bosnya ini dalam satu kereta.
"I dah buat macam - macam semata - mata nak raihkan kepercayaan dan hati dia semula. Tapi apa yang i dapat??? Apa yang i korbankan dan i buat, dia langsung tak pandang." Tania memecah hening di dalam kereta.
Fahmi yang leka memandu berpaling. Faham ayat itu lebih tertuju kepada siapa. Dia tau mesti si polan yang dimaksudkan oleh Tania adalah Hud Husaini, bekas kekasih wanita itu. Siapa yang tidak pernah tau hubungan cinta yang terjalin antara Tania dengan Hud Husaini dulu.
"Lepaskanlah Cik Tania. Move on. Percaya pada takdir yang hubungan Cik Tania hanya berakhir di situ. Lagipun berdosa jika kita berniat nak kacau rumahtangga orang. Berubahlah Cik Tania. Ramai lagi lelaki di luar sana."
"You jangan nak ajar i. I tau apa yang i buat." Suara Tania naik senoktah. Geram pula hatinya. Sibuk je nak ajar - ajar orang.
"Saya minta maaf jika kata - kata saya menyinggung perasaan Cik Tania. Tapi itulah hakikatnya. Kena lepaskan segala perasan yang menginginkan suami orang tu. Masih belum terlambat lagi Cik Tania untuk berubah."
"Diammm... You jangan nak berlagak macam seorang ustaz. Tak payah nak ceramah - ceramah i. Bingit telinga i dengar."
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel
thanks update author teruskan berkarya