BAB 7

Romance Series 13768

Hud terpempam. Dalam detik itu dia masih tidak dapat nak berfikir. 'Untuk aku???'

Semerta nafas ditarik panjang.

"Kejap - kejap, apa maksud daddy untuk Hud?" Kepala digeleng ke kiri dan kanan bersama hembusan nafas.

"Daddy dah fikir masak - masak. Hujung bulan ni Hud kena bertunang dengan Tia Zahara. Tak nak ada bantahan. Mulai esok, Hud kena masuk pejabat. No excuse. Melainkan Hud dah buat keputusan untuk keluar dari rumah ni sehelai sepinggang." Tegas dan tegang suara Dato' Huzairi memenuhi ruang itu. Dia sudah tidak mahu berlembut lagi dengan anak tunggalnya itu. Itu sahaja caranya.

"No, daddy... Hud tak setuju. Hud..." Suaranya sudah tersekat - sekat. Sungguh kejam apa yang daddynya buat padanya sekarang ini.

"Keputusan daddy dah muktamad." Tangan isterinya dia tarik naik ke tingkat atas. Meninggalkan Hud seorang diri di situ bersama perasaan yang bercampur - baur.

"Arggghhh..." Suara jeritan terhambur keluar dari mulutnya bersama tangan yang dikepal kuat.

"Siapa kau sebenarnya TIA ZAHARA??? Kenapa kau tidak menolak." Suara kerasnya bergema. Rasa sebal menguasai seluruh hatinya. Dia meramas rambutnya kuat - kuat.

Di dalam bilik utama...

"Betul ke apa yang abang dah buat ni? Mal rasa tak sedap hati."

Dato' Huzairi memandang
pada wajah isterinya. Dia angguk.

"Ini baru permulaan untuk dia. Abang yakin dengan keputusan yang abang dah buat dan abang yakin Tia adalah calon terbaik untuk dia. Mal jangan risau." Tangan kanan isteri yang duduk di birai katil king sebelahnya itu dia capai. Tangan lembut itu doa gosok perlahan. Tau sangat perasaan mak - mak yang isterinya rasai sekarang ini.

Hati Datin Malika yang gundah sedari tadi mulai sedikit lega. Jika difikirkan, dia juga asalnya dari kampung. Cinta pandang pertama dan berjumpa ketika lelaki itu sedang berkursus dan membuat kajian tentang kampungnya dua puluh lapan tahun dulu.

Dia tidak kisah dengan siapa pun yang suaminya pilih untuk menjadi calon menantunya, tetapi bila melihat Tia, hatinya mula terjatuh suka. Gadis cantik itu sudah berjaya menawan hatinya.

"Mal yakin dan percaya dengan abang. Okaylah Mal nak pergi bilik air." Dia bangun berdiri lalu menepuk bahu suaminya.

*******

"Kau nak kahwin??? Biar betul??? Seriuslah..." Norzie membulatkan mata. Sungguh dia sangat terkejut apabila dikhabarkan hal itu oleh Tia.

"Tak payahlah melopong sangat mulut tu. Hehehe, ye betul. Hujung bulan ni keluarga lelaki akan datang merisik dan terus sahaja bertunang."

"Aku betul - betul tak percayalah. Kau ni biar betul. Kau muda lagi kot. Kau tak fikir masak - masak dulu ke apa keputusan yang kau dah buat ni?"

"Aku dah dah fikir masak - masak Zie. Aku buat semua ni bersebab bukannya sebarangan." Jelas Tia. Sepotong buah mangga epal yang masih muda dia cicah dengan kuah kicap bercili yang dibuat oleh Norzie. Memang berdesing telinganya menahan pedas.

"Aku bukannya apa Tia, aku sebagai kawan baik kau hanya mampu nasihat. Panjang lagi langkah kau Tia. Aku takut kau tersilap pilih jalan je nanti." Nasihat Norzie. Dia juga rasa tak sedap hati apabila Tia memaklumkan akan berkahwin tak lama lagi. Umur mereka sebaya. Dia sendiri pun masih terumbang - ambing lagi dalam mencari hala tuju apatah lagi mahu menggalas tugas sebagai isteri. Nafas panjang terhela.

"Jangan risau. Dato' Huzairi dah bagi jaminan untuk aku. Aku masih boleh sambung belajar walaupun selepas berkahwin. Mana taukan rezeki aku lagi murah selepas berkahwin nanti. Ni semua Allah SWT yang punya kerja. Kita sebagai hamba, ikut sahaja aturan itu selagi belum bercanggah dengan agama. Berkahwin ni kan perkara yang baik." Terang Tia panjang lebar dan sempat lagi dia memberi nasihat.

"Wahhh kahwin dengan anak Dato' rupanya. Patutlah kau tak menolak." Mulut Norzie melopong. Rasa terkejut pun yer. Mana pula dia berjumpa dengan Dato' tu. Tia - Tia...

"Kau jangan salah anggap. Aku bukan mata duitan yer. Aku masih Tia yang kau kenal. Kan aku dah cakap, aku sanggup dan terima semua tu kerana bersebab. Biarlah menjadi rahsia keluarga aku, lagipun ibu aku pun terima apa sahaja keputusan aku." Tia menarik nafas panjang. Takkan pula dia nak cakap pada Norzie yang dia sanggup untuk berkahwin dengan anak Dato' tu sebab nak dapatkan geran tanah. Jatuhlah maruah keluarganya. Dia pula akan dicop permainkan perkahwinan. Hmmm, biarlah semua tu menjadi rahsia melainkan jika Norzie yang tau sendiri.

" Yer, Tia, maafkan aku sebab berfikir perkara yang bukan - bukan pasal kau. Aku tau kau macam mana. Kau bukan dalam golongan yang macam tu," ucap Norzie, rasa bersalah pula apabila berfikir negatif pada Tia.

"Dahla, tak payah kita cakap pasal tu lagi. Ni air mana air? Kau ni langsung tak hormat tetamukan, mau nak tercekik aku makan mangga dengan kuah kicap pedas ni, air pun kau tak bagi. Kesian kat akukan." Seloroh Tia. Mulutnya masih belum berhenti mengunyah.

"Hehehe, sorry, tunggu jap aku ambil air." Norzie berlari anak masuk ke dalam rumah. Sementara Tia masih di pangkin setia menanti.

Lima minit kemudian, Norzie kembali semula bersama satu jag sirap ais. Betul - betul mengujakan.

"Thanks Zie, betul - betul memahami tekak aku yang tengah kering giler ni." Tanpa malu dia teguk rakus air dalam gelas yang siap dituang oleh Norzie.

"Tia, ibu kamu ada rumah?" Makcik Bibah yang datang dari belakang rumah menegur. Di tangannya ada penyapu lidi, mungkin baru lepas menyapu daun - daun kering di belakang rumah.

"Ada Makcik Bibah. Ibu macam biasalah, petang - petang macamni tengah menjahitlah tu.


"Haaa, sebut pasal menjahit, Nanti nak balik, minta ibu kamu tolong kecikkan baju Makcik. Ikut saiz yang sebelum ni. Zie tolong ambilkan baju mak dalam plastik atas sofa."

Tanpa tangguh, Norzie terus masuk ke dalam rumah. Beg plastik berwarna oren dia hulurkan pada emaknya.

"Ni bagi pada ibu kamu yer. Jangan lupa sampaikan salam makcik pada dia. Dah lama tak jumpa ibu kamu. Terakhir jumpa haritu masa dekat kenduri Tahlil Tok Penghulu." Pinta Makcik Bibah.

"Baik makcik. Nanti Tia sampaikan. Okaylah, dah lama sangat Tia kat sini. Tia minta diri dulu. Assalamualaikum." Tia minta diri.

"Waalaikumussalam..."


Dia mencapai basikalnya dan mula beransur pulang. Jam sudah menunjukkan pukul lima setengah petang. Mesti bising ibunya jika lewat - lewat petang baru sampai rumah.

*******

Kereta mewah hitam berhenti di hadapan rumahnya. Tia yang baru selesai menyapu laman memanjangkan leher memandang ke arah figura yang baru hendak turun kereta dari tempat duduk belakang.

"Hai sayang..."

"Errr,, auntie... Kenapa auntie..."

"Auntie datang nak bawa Tia pergi beli cincin. Jom... Ibu Tia mana? Biar auntie yang cakap." Datin Malika mencelah.

"Ibu... Tengok siapa yang datang ni?" Tia menjerit tetapi masih dalam nada yang terkawal. Ibunya masih di kebun sayur belakang rumah.

"Takpe, ibu ada dekat belakang yer, nanti auntie pergi sana." Pinta Datin Malika.

"Errr, tak payahlah auntie. Belakang tu kotor sikit. banyak nyamuk. Nanti auntie tak selesa." Tia sudah berasa serba salah.

"Tak payah segan - segan. Auntie pun asal dari kampung. Setakat nyamuk pacat tu dah biasa." Datin Malika meneruskan langkah. Dari jauh sudah nampak Sakinah terbongkok - bongkok berhampiran batas kebun.

"Assalamualaikum Sakinah."

Sakinah tersentak. Terus dia datang mendekat.

"Ya Allah Kak Mal kenapa sampai ke sini?"

"Tia kenapa tak ajak auntie Mal masuk rumah, sini nyamuk banyak. Dah Jom - jom.." Sakinah sedikit serba salah apabila Bakal besannya berada di situ.

Datin Malika mengambil tempat di atas sofa. Sementara Sakinah dan Tia ke dapur membuat air.

"Minum air ni kak. Air bujang je ni." Pelawa Sakinah. Gelas berisi air sarsi sejuk dia hidang di depan Datin Malika.

"Terima kasih Kinah. Macam ni, akak nak ajak Tia pergi beli cincin. Masa majlis kan dah tak jauh. Tinggal dua minggu je lagi. Akak risau takut tak sempat. Yelah, keputusan yang dibuat ni pun agak drastik.

"Boleh, kalau dengan akak saya percaya. Pergilah."

"Tia cepat pergi siap - siap. Kesian auntie ni tunggu Tia lama - lama."

"Baik ibu, Tia siap - siap sekarang." Tia angkat punggung.

*******

Tia membelek cincin bertatahkan Berlian di jari manisnya. Selesai majlis ringkas merisik dan bertunang pada harini.

Dia membaringkan diri di atas katil sambil tangan kanannya diangkat. Digerakkan ke depan belakang tangan kanannya.

"Tia ambil yang ni yer, cantik elok di jari Tia. Auntie berkenan betul dengan yang ni. Sesuai dengan jari Tia yang ni."

"Tia ikut je mana - mana pun auntie. Tapi tak mahal ke cincin ni? Segan pulak Tia. Kalau dapat cincin belah rotan pun dah okay. Tia tak kisah."

Tia senyum sendiri. Ingatan di kedai emas siang tadi terlayar di ruang fikirannya.

Di majlis merisik dan bertunang tadi pun hanya keluarga dekat belah Dato' Huzairi dan Datin Malika saja yang datang. Lelaki itu... Hmmm, sampai sekarang dia belum kenal lagi dengan tuan empunya nama Hud Husaini. Entah - entah berperut buncit ke, berkulit cerah atau gelap ke, tak pun berkepala botak. Tia naik meremang.Dia sendiri naik seram memikirkan bayangan tentang lelaki itu. Masing - masing di kedua belah pihak tak nak tunjuk walaupun hanya di dalam gambar. Biarlah berkenalan pada saat akad nikah nanti. Tak kisahlah yang penting geran tanahnya sudah ditebus saat dia selesai menyarungkan cincin dan pak longnya sudah menyerahkan semula geran tanah itu pada ibunya.

Lagi sebulan dia kena selesaikan urusan yang berkaitan dengan nikah kahwinnya. Nasib baik dia dah ikuti kursus nikah pada tahun lepas anjuran kampungnya. Semua anak teruna dan dara wajib hadir. Bagi pihak lelaki itu dia langsung tak ambil tahu. Biarlah... Kalau nak batalkan pun lagi bagus. Tapi janji tetap janji. Dia tak nak menghampakan apa yang diharapkan oleh Dato' Huzairi dengan Datin Malika. Kedua - duanya sangat baik padanya. Tak sanggup dia nak mungkir janji.

*******

"Isyyyy, leceh betullah. Tak pasal - pasal nak kena pergi kursus nikah la, HIV test la, bla - bla - bla... Merepeklah semua ni."

Pintu kereta dihempas kuat. Sebal rasa seluruh jiwa raganya. Bengang satu badan apabila pagi - pagi sudah dikejutkan untuk pergi kursus nikah. Entah bila mommy atau daddynya daftarkan pun dia tak pasti.

Dua hari lepas pun dia dikhabarkan katanya dah bertunang. Emmm, lantaklah. Entah bagaimana rupa tunangnya pun dia tak tau. Dia malas nak ambil peduli. Hatinya langsung tidak punya perasaan teruja.

Apa yang dia khuatirkan sekarangni macam mana dia nak cakap pada kekasihnya Tania. Wanita yang sangat dia sayangi dan cintai. Mesti akan hancur luluh hati wanita kesayangannya itu. Ahhh, tak sanggup dia nak hadap. Tak sanggup juga dia hendak melihat Tania menangis disebabkan dirinya.

Bunyi caller ringtone yang sudah disetkan itu telah dapat diteka siapa pemanggilnya. Hatinya kembali berbunga. Hilang terus rasa sebal, sakit hati dan kejengkelannya sebentar tadi. Panggilan dari buah hatinya berjaya mengawal emosinya yang tidak berapa stabil sekarang ni.

....."B, I call you banyak kali tak dapat, Kenapa??? Seolah- olah you berada di luar kawasan. You off phone ke?"

Hud melepas nafas di hujung bibir. Mula mencari jawapan. Baru teringat yang dia off handpohenya dari tadi. Masuk kereta baru dia on semula handphonenya. Malas ketika berkursus ada yang mencarinya. Nanti banyak pula persoalan.

....."I ada hal."

....."Hal apa sampai off handphone? You ada keluar dating dengan perempuan lain ke?"

Hud garu kepala yang tidak gatal. Rambut dia raup kasar ke belakang.

....."Apalah yang you merepek ni sayang... Dating apakebendanya. Di hati i ni hanya ada you seorang je tau. Tak perlu dah nak ada orang lain."

Hud memujuk dengan ayat manisnya. Risau pula jika dia tertangkap pergi kursus nikah pagi tadi. Seram nak hadap perangai luar jangka Tania.

....."B, you sebenarnya ada hal apa? Tetiba rasa hati i bertambah pelik. Yelahkan, seorang Hud Husainikan tidak boleh berenggang dengan handphone."

......"Hmmm... Kesitu pulak dia. Kebetulan handphone i takde bateri, ni baru charge. Sorrlah sayang atas sebab buat you tercari - cari i."

....."Emmm, okay."

Kedengaran di hujung talian rajuk Tania masih lagi tersisa. Hmmm, perempuan dengan merajuk ibarat laut dengan pantai, tidak boleh dipisahkan. Keluh Hud.

....."Okay macamni, jom kita keluar makan, i jemput you dekat rumah. Lagi sepuluh ke lima belas minit i sampai."

Talian dimatikan. Semua borang dan dokumen yang berkaitan urusan nikahnya dia sorokkan di bawah seatnya. Bahaya ni kalau Tania tahu.

Enjin kereta menderum meninggalkan kawasan bangunan tempatnya menghadiri kursus nikah sebentar tadi. Mahu segera sampai ke rumah Tania.

"Kenapa diam je ni? You tak sihat ke?Atau you tak nak keluar?" Soal Hud. Sekilas wajah cantik Tania dia pandang. Tania seorang yang manis, manja dan up-to-date selalu menghiburkan hari - harinya.

"I okay, jangan risau, takde apa - apalah. Sekarang ni kita nak pergi mana?"

"Kita jalan - jalan cari makan. You betul ni confirm yang you okay?" Hud menyoal kembali.

Happy Reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience