BAB 33

Romance Series 19572

Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Amni masih belum menampakkan batang hidungnya.

Sambil memerhatikan tingkah staff - staff lain yang baru masuk, dia onkan komputer dan mesin printernya.

"Assalamualaikum Tia, awal sampai..." Tegur Zafrul, seorang staff kewangan.

"Waalaikumsalam... Ha'ah, datang awal sebab nak elak jalan jammed," balas Tia bersahaja. Sebenarnya dia datang awal sebab nak elak naik kereta bersama suaminya.

"Jom kita gi breakfast... Selama sebulan Tia kat sini, tak pernah kita breakfast sama - sama, apatahlagi lunch." Zafrul menyandar pada partition depan Tia. Raut wajah wanita itu dia teroka.

"Errr, takpe, saya nak pergi breakfast dengan Amni kejap lagi. Saya dah janji dengan dia nak breakfast sama - sama," tukas Tia.

"Kalau saya ajak, awak asyik nak menolak. Biasanya kalau budak - budak intern sebelum ni, suka sangat kalau ada staff yang nak belanja makan. Dapat kat awak ni jual mahal pulak." Zafrul meningkah. Dah beberapa kali dia mengajak Tia untuk keluar makan sama - sama tetapi gadis ini tak pernah memberinya peluang.

"Tu mereka Encik Zafrul, saya tak sama macam mereka." Tia membalas tanpa memandang. Dia menyibukkan diri memandang ke arah komputernya.

"Ehem..."

Masing - masing menoleh...

Kelihatan Hud baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat. Mukanya sedikit ketat.

"Tia, masuk bilik saya kejap..." Suara tidak mesra. Dia terus sahaja berlalu ke biliknya.

"Baik Encik Hud." Tia akur dan turut membontoti Hud Husaini.

Zafrul angkat bahu sebelum dia juga melangkah masuk ke biliknya.

"Selamat pagi Kak Aween." Tia menegur apabila melalui meja pembantu peribadi suaminya.

"Selamat pagi dik. Nak jumpa Encik Hud ke? Encik Hud baru je masuk. Nampak macam mood tak berapa elok tu," maklum Aween.

"Ye, betul Kak Aween tapi bukan saya nak jumpa Encik Hud... Encik Hud yang nak jumpa saya," balas Tia bersahaja.

Dahi Aween berkerut. Cuba menghadam kata - kata Tia yang sedikit berbelit itu.

"Takpelah kak, saya masuk dulu. Nanti lagi cemberut macam limau nipis pulak dia," ujar Tia sambil melemparkan senyum.

Terus sahaja dia masuk tanpa diketuk. Di dalam bilik itu kelihatan Hud Husaini sedang berdiri mengadap tingkap. Entah apa yang dilihatnya di luar. Kusyuk semacam.

"Ehemmm..." Tia berdehem bagi memaklumkan kewujudannya di situ.

Hud pusing tubuh. Terus dia senyum walaupun terlihat nipis.

"Kenapa Encik Hud nak jumpa saya." Terus sahaja dia menyoal.

"Nak jumpa isteri sendiri takkan tak boleh? Ke kena buat appointment?" Mendatar suara Hud.

"Bukan tak boleh. Kat rumahkan dah jumpa..."

"Abang nak tanya, kenapa pergi kerja tadi tak tunggu abang?"

"Nak kena tunggu ke?"

"Soalan apa yang sayang tanya ni?"

"Betullah saya tanya, nak kena tunggu ke?" Tia ulang lagi soalannya.

"Sayang... Abang ingat kita dah berbaik..."

Tia angkat bahu.

"Perlu ke?"

"Ye, perlu. Sebab sayang isteri abang. Abang nak kita perbaiki hubungan kita. Sebab tu kalau boleh, jika ada peluang, abang nak bersama dengan sayang. Tak kisahlah pergi kerja ke, breakfast ke atau lunch hingga ke dinner. Tak boleh ke sayang bagi abang peluang untuk abang perbaiki semula hubungan kita." Hud raup rambutnya. Dia kunci lagi kesabaran dalam dirinya. Dia perlu bersabar dalam memujuk isterinya dan dia perlu bersabar untuk tahan segala karenah isterinya kerana dia tau, semua itu adalah berpunca dari dirinya juga.

Tia terdiam. Lidahnya kelu. Dia masih berdiri tercegat di depan meja Hud.

Hud datang menghampiri. Kedua tangan Tia dia capai. Lalu dia bawa ke bibirnya. Dia kucup lama.

"Sayang, I love you. Walaupun sayang tak respon tapi abang tetap tak akan jemu untuk ucapkannya."

Satu perasaan aneh meresap jauh ke dalam hatinya. Tia bungkam.

Hud tarik Tia ke dalam pelukan.

"Tolong terima abang sebagai suami sayang. Abang nak perbaiki semua kesalahan abang dulu." Kepala Tia yang dibaluti tudung itu dia rapatkan ke dadanya. Dia cium ubun - ubun Tia.

"Jaga perangai, ni bukan dekat rumah..."

"Kalau dekat rumah, abang boleh buat macaam - macam ke sayang?" Senyuman gatal terpamer.

"Dahlah saya nak keluar, ingatkan ada hal yang penting." Tia cuba melonggarkan pelukan.

"Tunggu sini... Tadi Si Zafrul cuba nak ngorat sayang ker?" Soalan yang dia simpan dari tadi terkeluar juga.

"Apa yang abang merepek ni?" Tia kerut kening.

"Ulang sekali lagi sayang, hehehe..." Hud ketawa panjang. Senang betul hatinya.

"Dahlah, Tia nak pegi makan dengan Amni." Entah... Tanpa dia sedar, panggilan kepada dirinya juga berubah.

Hud senyum... Takpe, abaikan hal Zafrul. Kerana hal Zafrul, Tia semakin 'hendak' menerima dirinya.

"Tak payahlah pergi dengan Amni. Sayang breakfast dengan abang je. Jommm..."

Belum sempat Tia hendak berbuat apa - apa, tangannya telah ditarik oleh Hud keluar dari bilik itu.

"Aween saya keluar breakfast kejap dengan wife saya."

Aween angguk dan sempat mengenyitkan mata pada Tia yang sudah merah padam mukanya.

"Baik Encik Hud..." Aween membalas.

Aween tersenyum melihat pasangan sejoli ini. Dia sebenarnya tak menyangka yang Tia ni isteri kepada bosnya. Mendapat tau secara tak sengaja ketika mengemas meja Encik Hud semasa dua mingu Tia menjadi pelajar praktikal di sini. Melihat gambar perkahwinan Encik Hud pada satu frame kecil dia atas meja, betul - betul membuatnya terkejut. Gadis muda ini rupanya adalah isteri bosnya. Lagi haru apabila pada mulanya yang disangka isteri kepada bosnya adalah Cik Tania kerana, wanita seksi itu selalu datang di pejabat lama Encik Hud dulu. Rupanya hanyalah kekasih gelap.

Semasa majlis kahwin Encik Hud dulu pun dia masih belum kerja di sini. Ya, dia menggantikan staff lama yang terpaksa mengikut suaminya ke satu negeri Pantai Timur. Atas urusan kerja.

Pada permulaan, dia sebenarnya hanya diberi lantikan kontrak. Tapi, selepas setahun, dia telah diserap tetap. Sehinggalah sekarang dia masih lagi setia menjadi Pembantu Peribadi kepada bosnya ini, walaupun sudah berpindah ke pejabat baru.

"Mana bos kau?"

Lamunan panjang serta - merta terhenti. Aween dongak wajah.

"Ye, Cik Tania..."

"Mana bos kau? Aku nak jumpa dia."

Aween pandang atas bawah figura seksi di hadapannya. Selesa ke pakai baju tak cukup benang? Hati Aween berdesis.

Aween lepas keluh. "Encik Hud baru je keluar dengan wife kesayangan dia." Dia membalas walaupun sebenarnya malas nak melayan.

"Keluar dengan wife kesayangan dia? Dahi Tania berkerut seribu.

"Bila perempuan kampung tu datang ke sini?."

"Cik Tania tak tau ke, Puan Tiakan jadi staff intern kat syarikat ni," maklum Aween.

"Staff intern?"

"Ye Cik Tania, dah nak sebulan dah Puan Tia jadi pelajar praktikal kat pejabat ni." Jujur pula dia memberitahu hal itu kepada Tania.

Hmmm... Tania lepas keluh. Makin susahlah dia nak kembali merapat dengan Hud kalau perempuan kampung tu bekerja di syarikat ni.

"Saya dah semak, appointment hari ni tiada melibatkan Cik Tania. Saya minta maaf, Encik Hud pesan, kalau nak jumpa untuk sebarang urusan kena ada appointment terlebih dahulu. Tak de appointment tak akan dilayan." Aween bertegas. Jika tidak dia juga yang kena nanti.

"Ada aku kisah, nak kena buat appointment atau tidak. Aku kekasih dia." Tania membalas angkuh. Dia melangkah ke arah pintu kaca bilik Hud Husaini. Cuba menolak pemegang pintu kaca itu. Lagi membuatnya baran apabila pintu bilik itu berkunci.

"Pintu ni baru dibuat access card. So, bagi yang takde kena - mengena sila tunggu di luar dulu. Tapi rasanya Encik Hud tak akan layan sebab lepas ni dia ada mesyuarat di Bangi. Mungkin terus pergi. Kalau Cik Tania sanggup tunggu, boleh duduk dikerusi tetamu depan bilik ni." Aween tunjuk pada beberapa kerusi yang tidak jauh dari mejanya.

Tania mendengus. Niatnya datang ke sini untuk terus memujuk sambil mengajak untuk breakfast di luar.

Banyak yang ingin dia perkatakan. Dia mahu ulang semula pujuk rayunya pada lelaki itu.

Tania keluar dari tempat itu. Tanpa kata, dia tinggalkan Aween yang kelihatan terpinga - pinga dengan tingkahnya.

"Datang tak dijemput, pergi tak dihalau." Aween bertingkah dengan suara perlahan.

****

"Sayang nak makan apa?" Hud menilik satu - persatu menu di tangan.

"Nasi lemak ayam dengan teh ais."

"Pagi - pagi dah minum ais."

Tia diam. Tadi tanya nak makan apa. Pastu pertikaikan pulak. Tia berdesis dalam hati.

"Okay - okay, lupakan apa yang abang cakap tadi." Hud akur apabila melihat wajah isteri sudah masam mencuka.

"Emmm, bagi saya nasi lemak ayam dua, teh ais satu dan kopi o kurang manis satu."

Pelayan restoran mencatat order seperti yang disebut oleh Hud.


"Sayang, nanti kita balik kampung nak?"

Tia yang leka membelek handphonenya memandang tunak pada wajah Hud.

Pelik!

"Kenapa tengok abang macamtu?" Hud menyoal.

"Bukan abang tak suka ke dengan kampung Tia?" Tia menyoal dengan wajah serius.

"Itu dulu, masa abang belum mendapat hidayah. Sekarang ni dah lain. Abang macam teringin sangat nak balik kampung, jumpa ibu, jumpa Syafiq. Sepanjang hampir tiga tahun kita kahwin, belum pernah lagi abang balik kampung sayang," usul Hud.

"Kiranya sekarang abang dah dapat hidayahlah ye?"

"Hidayah yang diberi oleh Allah sayang. Allah membersihkan hati abang supaya lebih menghargai isteri. Abang akan berusaha untuk raih cinta sayang."

Percakapannya terhenti apabila pelayan datang ke meja.

"Sayang nak ayam bahagian apa? Ada kepak dengan peha." Soal Hud apabila pelayan menghantar makanan yang dipesan mereka.

"Apa - apa boleh. Tia okay je. Abang pilihlah dulu apa yang abang nak." Tia membalas sepontan.

"Nah, sayang ambil kepak, abang ambil peha." Hud meletakkan bahagian potongan ayam itu ke dalam pinggan isterinya.

"Sayang, tak nak cakap apa - apa ke? Macam tak suka je keluar dengan abang."

"Nak cakap apa?"

"Cakaplah apa - apa... Sayang kurang cakap je dari kita sampai tadi." Suara Hud mengendur.

"Tia tak tau nak cakap apa. Abang kena bagi masa untuk Tia serasi dengan semua ni. Abang yang bentuk Tia jadi macam mana." Sedas dia bagi... Tak selindung - selindung.

Hud telan liur. Nafas berat dihela.

"Sayang, sudahlah ungkit hal yang lepas. Abang tau semuanya silap abang. Abang dah terima semua hukumannya. Abang rasa terseksa sangat bila sayang layan abang dingin." Hud letak sudu di tangan ke dalam pinggan. Dia teguk air kopi o panas di depannya. Rasa pahit air kopi menjalar ke segenap rongga kerongkongnya.

"Sayang maafkan abang. Tolong bagi peluang untuk abang jadi suami yang terbaik baik buat sayang. Abang sanggup tahan semua rasa dan beban dalam dada ni, semuanya supaya sayang dapat terima abang." Suara penuh penyesalan dan memang dia betul - betul menyesal atas apa yang pernah dia lakukan pada Tia dahulu.

Tangan Tia dia raih. Gengam kemas. Dan hatinya berbunga apabila tiada penolakan dari isterinya itu.

"Takpelah. Kita sambung makan. Nanti abang ada menyuarat. Sayang ikut yer. Kita terus pergi je lepas ni." Hud senyum. Dia tidak kisah walaupun apa yang dia lafazkan tiada tindak balas secara langsung dari isterinya itu. Dia harus bagi masa untuk Tia terima dirinya seadanya. Bukan dengan cara memaksa.

*******

Tia meletak handphonenya di meja. Wajahnya hanya senyum dari tadi. Mengingatkan kembali momen - momen indahnya bersama suaminya.

"Sampai hati kau tak ajak aku breakfast. Nasib baik aku dah bawa bekal."

Tia hanya diam tanpa reaksi. Hanya tersenyum memandang pada skrin komputernya.

"Weiii, Tia..."

Bahu Tia terangkat. Terus hilang apa yang menari - nari di depan matanya.

"Kau ni kenapa?"

"Kau yang kenapa... Kenapa aku tanya kau tak respon? Senyum macam kerang busuk je dari tadi. Ingat kat encik suamilah tu. Orangkan masih dalam fasa pujuk - memujuk..." Suara Amni sedikit kuat.

"Syyyhhh...." Jari telunjuk kanan Tia letak ke mulut.

"Jangan cakap kuat - kuat. Kau ni nak suruh semua orang dalam pejabat ni dengar ke?" Tegur Tia. Dia pusingkan kerusi mengadap ke arah Amni.

"Tau pun malu. Bila aku cakap kau tak nak layan aku. Tak respon. Macam aku cakap dengan dinding. Taulah orang tengah dilamun cinta." Mulut Amni memuncung. Saja ingin menyakat kawan baiknya itu.

"Yelah, sorry. Aku tak dengar apa kau cakap. Cuba kau ulang balik apa kau cakap tadi."

"Berita terkini takde ulangan."

"Janganlah merajuk. Kau mesti marah sebab aku tak ajak kau breakfast tadikan." Tia menebak. Biasanya bab makan, kawan baiknya ini memang takde kompromi.

"Haaa, taupunnn, sampai hati kaukan."

"Encik Hud paksa aku. Bukan aku nak pergi sangat pun. Kau dah makan belum ni? Kalau belum, jom aku temankan kau minum sambil cicah biskut kat pantry," cadang Tia. Dia juga rasa bersalah. Sebelum ni, memang mereka akan makan berdua. Tak kira breakfast ataupun lunch.

"Dah tadi, aku ada bawa bekal. Makan dengan Kak Aween. Hmmm, macam mana hubungan kau dengan suami kau yang hensem tu?" Amni menyoal sambil menongkat dagu ke meja. Mahu fokus apa yang akan diucapkan oleh mulut Tia.

"Alhamdulillah, semakin baik dan aku dah semakin boleh menerima dan lupakan apa yang pernah dia buat kat aku dulu. Kita kena bagi peluangkan.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience