BAB 29

Romance Series 18038

Tingggg...

Tania dongak wajah. Lift berhenti di aras tujuh. Menunggu pintu dibuka. Dia betulkan sedikit penampilannya melalui cermin dinding di dalam lift itu.

Melangkah keluar dari lift.

Masuk pintu ke ruang pejabat, mata Tania terarah ke arah Kaunter Khidmat Pelanggan.

"Saya dari Mega Group, ada temujanji dengan COO. Tapi saya takpasti nama dia. Berkenaan projek di Klang." Maklumnya.

Petugas di kaunter itu meneliti rekod temujanji.

"Cik, temujanji COO untuk Projek di Klang adalah dengan Dato' Rahim. Pada pukul 10.00 nanti." Maklum petugas itu.

"Yer, saya wakil dari Mega Group. Bos saya minta saya datang ke sini untuk wakilkan dia." Suara Tania sedikit menekan.

"Okay cik, maafkan saya. Boleh ikut saya."

Melalui beberapa bilik sehingga dia sampai ke satu bilik di mana ada meja pekerja wanita di situ.

"Aween, Cik ni ada temujanji dengan encik Hud pagi ni. Aku serah pada kau yer."

"Okay baik Sheila..."

"Cik, boleh tunggu, kalau ikutkan temujanji pada pukul 10.00 pagi. Lagi lima minit yer."

Tania tersenyum tawar. 'Lima minit pun berkira'. Dia merungut di dalam hati. Muka perempuan ini macam familiar.

Sambil menunggu untuk perbincangannya, dia membelek handphonenya. Membalas whatshap kawan - kawan dari agensi model tempatnya bekerja dulu.

Ada yang bertanyakan samada dia mahu berkerja semula di agensi. Kalau ikutkan dirinya, dia mahu kembali ke situ tapi daddynya pula yang menghalang.

"Cik Tania, jemput masuk." Aween mempersilakan Tania untuk berjumpa dengan ketuanya.

"Terima kasih." Ucapnya...

Melangkah sahaja masuk ke dalam bilik itu, hati Tania berdegup kencang. Seperti tidak percaya apa yang dia lihat di depan mata.

Bukan ke dulu dia hanya Pengurus Projek????

Sudah berbulan dia tidak ketemu lelaki ini. Sejak hari terakhir dia datang untuk memujuk... Tapi bukan di bilik ini.

"B..."

Hud yang fokus mengadap laptopnya berpaling. Seperti mengenali akan suara itu.

"Buat apa kau datang sini? Atas urusan apa?" Suara tegas Hud bergema.

"B..." Tolong dengar dulu apa yang i nak cakap. Bagi i jelaskan pada you." Suara Tania keserakan. Dia tahan rasa sebak dalam dada. Ikutkan hati dia ingin memeluk lelaki yang berada di depan matanya ini.

"Sudahlah Tania. Kau jagalah tunang kau tu baik - baik. Atau kau dah habis kikis duit jantan tua haritu." Mencerlung mata Hud memandang Tania.

"Jap... Aku dengar cerita kau dah putus tunangkan? Kalau betullah desas - desus yang aku dengar tu." Bukan susah sangat dia nak korek cerita pasal Tania walaupun dia taktau siapa tunang Tania.

"Sampai hati you cakap i macam tu B. I dengan Dato' tu takde apa - apa. Dia cuma bos i. Tak lebih dari itu." Tania menjelaskan keadaan pada hari itu. Hari di mana merupakan titik kemuncak hubungannya dengan Hud Husaini.

"Cukup Tania. Tak payah nak buat drama pulak dekat sini. Kalau hanya majikan dengan pekerja takkan sampai boleh berpeluk - peluk. Murah sangat kau ni sampai dengan bos pun nak berpeluk mesra," bidas Hud. Sakit hatinya masih belum hilang.

Kata - kata Hud seperti belati tajam yang menikam ke seluruh jiwanya. Salahnya kerana terlalu mengikut kata hati dan hawa nafsu. Sindiran pedas Hud seakan pijar di dalam gegendang telinganya.

Air mata Tania seakan mahu menitis. Dia masih berdiri di depan meja lelaki itu. Entah kenapa, terasa sangat janggal pula pada hari ini apabila berdepan dengan Hud. Terasa tersangat asing.

"Sudahlah Tania, aku dah muak nak dengar penjelasan kau. Baik kau keluar dari office aku." Hud sudah hilang sabar. Benci betul dia lihat Tania di depan matanya sekarang ini.

"Tolong bagi i peluang sekali lagi. I akan tebus semua silap i pada you, please B," usul Tania, dia cuba ingin merapat dengan Hud.

"Jangan dekat. Aku meluat tengok muka kau. Pergilah kau cari jantan kaya yang lain. Yang sesuai dengan kehendak materialistik kau tu." Berombak dada Hud. Seakan ingin meledak keluar dari dadanya.

"Sampai hati you." Air mata Tania gugur juga. Paling dia tak boleh terima apabila Hud sudah mengubah panggilan mesra mereka. Semuanya berubah 'aku - kau'. Kedengaran sangat kasar di cuping telinganya.

Perbincangan tentang projek di Klang yang sepatutnya berlangsung pada hari itu tidak dapat dilaksanakan.

Tania tahan segala rasa yang membengkak di dalam hatinya. Takkan dah hilang semua perasaan sayang Hud padanya.

"Keluar Tania. Aku cakap secara baik."

Terangkat bahu Tania mendengar jerkahan Hud. Jantungnya laju pula mengepam.

Tania beralah. Dia angkat kaki dan pergi dari situ. Laju langkahnya menuju ke arah Lift.

Aween yang sedang ralit membuat kerjanya hilang fokus.

"Perbincangan dan bertukar jadi pergaduhan ke?" Suaranya keluar seperti desir angin. Hanya didengar oleh dirinya sendiri. Tania yang keluar dari bilik ketuanya dengan mata merah mengundang pelbagai persoalan.

Matanya memandang pada batang tubuh Tania yang sudah menghilang dari pandangan.

Aween berdiri di depan pintu bilik ketuanya. Kepalan tangannya melekat pada daun pintu. Berbelah bahagi untuk mengetuk pintu bilik ketuanya atau tidak.

Akhirnya...

Tok - tok - tok...

"Masukkk..."

"Encik Hud okay..." Soal Aween. Gugup juga dia nak bertanya pada ketuanya itu.

"Saya tak berapa okay. Tolong panggilkan Tia Zahara dan cancelkan meeting saya pada harini. Saya nak rest." Pinta Hud. Dia urut kepala. Berdenyut pula kepalanya selepas bergaduh dengan Tania sebentar tadi.

Aween beredar dan terus ke unit pentadbiran. Di situ semua staff intern ditempatkan.

Pandangannya tertumpu pada meja Tia. Meja itu kosong.

"Amni ada nampak Tia tak? Encik Hud minta ke biliknya sekarang," aju Aween pada Amni yang sedang merekod sesuatu pada buku.

"Emmm, Tia pergi fotostat dokumen kejap kak Aween untuk mesyuarat petang nanti. Nanti saya maklumkan pada dia yang Encik Hud nak jumpa." Amni melemparkan senyum sebelum membalas kata - kata setiausaha kepada COOnya itu.

"Okay Amni, akak pergi dulu. Jangan lupa maklumkan pada Tia yer." Sekali lagi Aween mengingatkan sebelum beredar.

Amni mengangguk sambil tersenyum. Dia kembali membuat kerjanya semula.

Kurang lima belas minit, Tia kembali semula ke mejanya membawa sebeban dokumen untuk dia set up di dalam bilik mesyuarat petang nanti. Itulah rutin staff intern sepertinya.

Dia melihat jam di tangan selepas selesai meletak semua dokumen itu di atas mejanya.

"Amni, kau tak nak gi lunch ke? Dah pukul 1.00 ni" Tia menyoal. Mengganggu tumpuan Amni yang leka membuat kerjanya.

Amni dongak kepala. Dia melihat jam pada penjuru belah kanan di skrin komputernya. Hmmm, dah pukul satu, tak terasa waktu berjalan.

"Lupa nak cakap, tadi Kak Aween datang cari kau, katanya Encik Hud nak jumpa." Amni menyampaikan pesanan dari Aween sebentar tadi.

"Encik Hud nak jumpa???" Tia menyoal dalam keadaan kening berkerut.

"Yer Tia, pergi cepat nanti bising pula bos kita tu," arah Amni.

"Nak apa agaknya orang tua ni?" Tia mengomel.

"Berani kau cakap bos kita orang tu."

"Isyyy, dengar pulak kau yer, okaylah aku pergi jumpa dia jap," tegur Tia sebelum melangkah pergi ke bilik Encik Hud.

Sampai sahaja di meja Kak Aween, Tia menyinggah di situ sebentar.

"Kak Aween, Encik Hud ada dekat dalam?" Soal Tia.

"Haaa, ada pun kamu. Ada - ada. Cepat masuk, Encik Hud nak jumpa."

"Baik Kak Aween. Tia masuk yer."

Dia sudah berdiri di depan pintu bilik Encik Hud. Dia tarik nafas dalam - dalam. Dadanya berdebar. Entah apa yang dia mahu agaknya? Soal Tia pada dirinya sendiri.

Tia gagahkan tangan untuk mengetuk pintu bilik.

Tok - tok - tok...

"Masuk..."

Tia menolak pintu kaca di depannya apabila mendengar arahan masuk.

Dia berdiri di depan pintu. Rasa seram tiba - tiba menjengah seluruh jiwanya.

"Kenapa tercegat di situ jer, mari sini." Cerah mata Hud melihat isterinya di depan mata.

"Kenapa panggil saya?" Terus ditanya soalan itu kepada suaminya.

"Duduk dulu sayang." Hud menepuk permukaan meja di depannya.

Tia akur dan bergerak ke meja suaminya. Dia tarik kerusi dan duduk di situ.

"Abang sakit kepala. Panggil sayang sekurang - kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit rasa sakit kepala abang ni," ujar Hud. Dahinya berkerut menahan rasa yang menyucuk. Tiba - tiba pula sakit kepala ni datang menyerang.

Tia pandang pada wajah Encik Hud. Kerutan di dahi kelihatan jelas menandakan lelaki ini sedang menahan sakit. Mata lelaki itu juga kuyu.

"Muka Encik Hud pucat ni. Encik Hud okay ke?" Soal Tia risau. Rasa sakit hati dan marah pada lelaki itu sedikit demi sedikit menghilang. Yang ada hanyalah rasa risau dan bimbang kepada lelaki itu.

"Kepala saya sakit. Sakit sangat." Masa nilah peluang nak bermanja dengan isterinya.

Tia bangun dan menghampiri suaminya. Dia rasa kepala. Atas tangannya ditekap beberapa kali ke seluruh dahi lelaki itu.

"Panas ni. Jom saya bawa ke klinik. Kang terpengsan dalam bilik ni, susah pula," tukas Tia. Dia masih berdiri di depan lelaki itu.

Bauan wangian dari badan Tia menusuk ke rongga hidungnya. Betul - betul mengujakan kelelakiannya. Entah kenapa, sejak kali pertama dia mencium dan memeluk isterinya tempoh hari, seperti ada aura halus dan satu perasaan yang sangat lain menjalar ke seluruh hatinya. Dia cuba juga buang jauh - jauh perasaan itu tetapi semakin dibuang dan ditepis, semakin dekat pula di dalam hatinya.

Hud menyedutnya dalam - dalam. Wangi. Desisnya. Sebagai vitamin untuk harini. Gumamnya di dalam hati.

"Jom kita pergi klinik," ulang Tia apabila suaminya itu tidak memberi sebarang reaksi.

"Abang tak larat nak jalan." Suaranya berubah manja.

"Nak kena ambulan jemput ke?" Soal Tia geram. Macam budak kecik.

"Abang nak sayang papah abang. Betul - betul tak larat ni."

"Ada - ada jelah Encik Hud ni. Cepatlah." Tia mengomel. Dia hulurkan tangan mahu menarik tangan lelaki itu.

"Argggh...," Suara Tia bergema kuat di dalam bilik itu. Dia segera menutup mulut. "Apa ni Encik Hud. Jangan Mengambil kesempatan dalam kesempitan yer." Sedar - sedar dia sudah berada di ribaan lelaki itu. Tia cuba bangun tetapi pegangan kuat Hud pada pinggang Tia membuatkan dirinya terikat di situ.

"Lepaslah, tadi cakap sakit. Dah macam nak mati dah, ni tiba - tiba dah sihat pulak." Tia membebel. Tidak dia pedulikan kata - kata pedas yang keluar mulutnya.

"Sampai hati sayang cakap abang macam dah nak mati. Nak sangat ke abang mati. Dah tak sabar nak jadi janda." Sayu nada suara Hud. Tetapi dia sedikit pun tidak berkecil hati dengan kata - kata isterinya itu.

Tia bingkas berdiri apabila pegangan tangan lelaki di pinggangnya itu terasa longgar. Dia membetulkan pakaiannya.

Risau pula jika tiba - tiba ada staff lain yang masuk ke bilik itu, entah nanti difikirkan bukan - bukan pula oleh mereka.

"Nak pergi ke klinik tak nak. Nampak macam dah sihat ni."

"Tak perlu, abang dah okay sikit sebab dah dapat ubat tadi." Hud berseloroh. Bibirnya mengukir senyuman gatal.

"Kalau takde apa - apa saya nak ke tempat saya. Amni dah tunggu nak ajak lunch sama - sama." Tia angkat punggung. Dia mahu segera beredar dari situ. Terasa terlalu janggal bila berlama - lama dengan lelaki itu di dalam bilik ini.

Dengan dadanya yang berombak menahan debaran, rasanya tidak patut pula dia terus berada di dalam bilik ini.

"Boleh abang join?"

"Tak perlu. Encik Hud rest je. Tadi cakap tak sihatkan. Lagipun saya nak keluar dengan Amni. Saya pergi dulu." Tia bergegas keluar dari bilik Hud.

******

Tania menghempas badannya di kerusi. Rasa sakit hati, sedih, kecewa dan hampa bertubi - tubi menghentam jiwanya tika ini.

Wajahnya masam mencuka.

"Sampai hati you buat i macam nikan Hud."

"You buat i seolah - olah i tak pernah hadir dalam hidup you."

"You buat i macam takde harga diri. Besar sangat ke salah i pada you sampaikan you langsung tak boleh maafkan i."

Mata Tania berkaca. Dia lepaskan segala rasa yang dia alami ketika itu.

Pintu biliknya terbuka lebar.

Tania kesat air mata yang sedikit bergenang di pelupuk matanya. Dia tidak mahu tertangkap sedang menangis ketika ini. Dia tarik nafas dalam - dalam. Hanya berteleku di meja kerjanya.

"Macam mana perbincangan dengan dengan pihak Karisma Group pagi tadi?"

Soalan dari daddynya terasa bagaikan pisau yang menusuk. Pedih dan sakit pada hatinya.

"Nia..."

"Tak sempat nak berbincang." Tania membalas tanpa memandang wajah daddynya.

"Tak sempat nak berbincang???" Dato' Rahim mengulang semula kata - kata anaknya.

"Apa maksud Nia?" Dato' Rahim kurang faham.

"Kami tak sempat nak berbincang. Nia rasa, daddy sendiri yang patut kena pergi berbincang dengan pihak Karisma Group."

"Hmmm, susah sangat ke nak ikut arahan daddy. Kenapa Nia? benda mudah macam tu pun Nia tak boleh buat." Suara garau Dato' Rahim kuat melantun di dalam bilik itu.

"Yang Nia jumpa tu Hud Husaini daddy. Nia tak boleh. Dia bekas kekasih Nia. Macam mana Nia nak berbincang."

Air matanya berguguran. Dia hanya menunduk. Tidak berani hendak mengangkat muka.

Dato' Rahim terdiam.

"Hmmm..." Keluhan panjang terhembus dari mulutnya...

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience