"Sayang..."
Hud memanggil dari luar pintu bilik air. Sudah setengah jam isterinya itu berada di dalam sana. Entah apa yang dibuat pun dia tidak tahu.
Tok - Tok - Tokkk...
"Buat apa lama - lama kat dalam tu?" Hud masih sabar.
Tok... Tok... Tok...
Sekali lagi Hud mengetuk pintu.
"Sayang buka cepat. Abang risau ni." Hud cuba memulas tombol pintu, tapi tidak boleh berpusing, menandakan yang pintu itu sudah dilock dari dalam.
"Sayang..." Hud ulang panggil.
"Kejap..." Akhirnya bunyi sahutan kedengaran dari dalam bilik air.
Hud tersenyum... Tak sabar... Yer, dia dah tak sabar. Dahlah tadi bukan main susah dia nak memujuk isterinya untuk ke bilik ini. Suka benar melihat wajah muncung isterinya.
Dari dalam bilik air, Tia mundar - mandir ke kiri dan ke kanan. Dari hujung sudut kanan bilik air ke hujung sudut kiri bilik air. Dia hanya memegang baju tidur seksi berwarna merah terang itu.
Seumur hidupnya belum pernah dia memakai apatahlagi memegang baju tidur tipis itu. Kalau pakai ni sah - sahlah boleh tembus pandangan saujana mata memandang.
"Sayang cepat sikit. Kang abang tendang pintu bilik air ni. Jangan duduk lama - lama dalam bilik air tu. Tempat syaitan, tak elok. Nanti kejap lagi kita nak bunuh dia. Cepat sayang. Abang dah tak sabar ni."
Suara Hud bergema lagi dari luar. Tia tersentak. Terangkat bahunya. Kata - kata suaminya itu membuatkan seluruh badannya menggigil. Tia tarik dan hembus nafasnya. Baju itu masih lagi dia pegang dan dia renung berkali - kali.
Tia yang ketika itu hanya berkemban, akur juga. Dia menyarungkan baju itu ke tubuhnya. Naik geli - geleman dia melihat tubuhnya di cermin. Dia cuba menarik bahagian bawah baju itu supaya terlihat sedikit sopan. Bahagian bawah yang separas peha itu membuatkan sebahagian pehanya yang putih itu lebih menyerlah.
Dia yang malu sendiri. Terjojol sana sini bahagian tubuhnya.
Bunyi ketukan bergema lagi. Tia telan liur beberapa kali. Dia balutkan kepala dan turut melilitkan kain tuala di pinggangnya. Tombol pintu dia pulas perlahan.
Hud yang hanya memakai bathrobe berwarna putih setia menunggu di depan pintu bilik air.
Dia tersenyum apabila melihat isteri sudah berada di depan mata. Dia datang mendekat ke arah isterinya.
"Tak payah malu - malu. Sayang milik abang dan abang milik sayang." Bisiknya di telinga wanita kesayangannya itu.
Perlahan dia jatuhkan kain tuala di atas kepala Tia. Rambut yang separa basah itu begitu seksi pada pandangan matanya. Sama juga yang melilit pada pinggang isterinya itu. Terus bersinar matanya melihat peha mulus dan kecantikan sebenar yang tersembunyi disebalik pakaian longgar isterinya selama ini.
"Arggghhh..." Tia terjerit kuat apabila terasa dirinya sudah tidak menjejak lantai. Secara tindakan reflek dia memaut leher suaminya. Sedar yang dia sekarang ini sudah berada di dalam cempungan suaminya.
Hud terus bawa Tia ke arah katil. Dia letak perlahan tubuh itu di atas katilnya.
"Sayang cantik sangat malam ni. Tia Zahara hak abang sepenuhnya. Abang tak akan benarkan sesiapa pun rampas sayang dari abang." Rambut Tia dia elus perlahan. Sesekali dia mencium pipi isterinya itu dan melarat hingga ke bibir. Lama dia pagut bibir ranum Tia.
Tia tahan nafas. Dia malu dan dia memaku bagai patung. Benda yang dia alami sekarang ini adalah terlalu asing baginya. Dadanya berombak ganas bagai mahu pecah.
Dia hanya membiarkan Hud Husaini memagut bibirnya dan tangan lelaki itu meneroka seluruh tubuhnya. Terlalu lembut dan begitu sensual. Tia turut menikmatinya... Di dalam bilik suram ini bersama alunan muzik yang terlalu sentimental, menjadi saksi dua insan halal yang sedang melakukan ibadah membunuh syaitan.
Di luar sana hujan lebat bersama guruh yang berdentum - dentum seakan merestui apa yang mereka sedang lakukan sekarang ini.
Tia tersedar keesokan harinya apabila bunyi azan subuh berkumandang dari surau berhampiran.
Tia buka mata. Sedar yang dirinya masih berada di dalam pelukan suaminya. Tia alihkan perlahan tangan yang melingkar di pinggangnya.
Masih terasa kelelahan dan sakit - sakit di beberapa bahagian tubuhnya. Baju tidurnya entah ke mana di baling oleh Hud malam tadi.
Aktiviti yang baginya memenatkan tetapi juga menyeronokkan. Dia tersenyum sendiri...
Tia turun dari katil dan di atas lantai mencapai bathrobe yang dipakai oleh suaminya malam tadi lalu menyarungkan ke tubuhnya.
Harini genap empat tahun enam bulan dia secara rasminya menjadi hak mutlak Hud Husaini. Berkongsi luar dan dalam. Dan kali pertama dia menyerahkan daranya kepada lelaki halal itu.
Tia tersenyum apabila mengingat kembali momen - momen indah malam tadi. Dia terus bergegas ke dalam bilik air. Dia menarik nafas lega kerana harini adalah hari minggu.
Sejak beberapa bulan yang lalu dia dan Amni sudah diserap masuk sebagai pekerja tetap. Dan dia juga berjaya mendapat Diploma dan selesai konvokesyen.
Tia hembus nafas. Dia melupakan sejenak bermacam - macam perkara yang ibarat wayang bermain di depan matanya. Dia menyudahkan mandi.
Usai solat subuh dia mengejutkan suaminya pula.
Selepas itu dia turun ke dapur. Mahu menyediakan sarapan pagi. Mahu masak mihun goreng Singapore pagi ni.
Tia yang sedang menyusun pinggan di atas meja mendapat satu notifikasi dari whatsapp.
Dia tarik kerusi meja makan dan duduk seketika. Mahu memeriksa mesejnya di situ.
"Encik Razifff..." Nama itu terpacul dari mulutnya. Sudah lama dia dan pensyarahnya itu tidak berhubung. Last jumpa semasa hari konvokesyen dulu. Itupun sekadar sapaan biasa. Tidak semesra dulu. Bagi Tia, dia menganggap itu adalah perkara biasa. Mungkin juga pensyarahnya itu penat dalam menguruskan urusan konvokesyen mereka.
Dia buka dan baca. Dahinya berkerut kening. Tersangat tiba - tiba....
.....Saya dah tamat kontrak mengajar. Saya dah taknak sambung lagi.
Tia tak faham. Dia letak kembali handphone. Malas dia nak membalas.
Tinggg...
Tia pandang lagi pada handphonenya. Sekali lagi ada notifikasi WhatsApp masuk.
.....Saya nak membantu syarikat papa saya. Sudah sampai masanya.
Sekali lagi Tia kerut kening. Kenapa dia harus memaklumkan kepadanya.
.....Baguslah. Mungkin itu harapan papa Encik Razif.
Tia membalas.
.....Yer, saya ni sudah banyak hampakan harapan papa saya. Semuanya demi nak puaskan hati sendiri.
Tia kusyuk membaca setiap ungkapan yang tertera pada skrin handphonenya.
"Sayang tengah chat dengan siapa tu? Dari tadi kusyuk je abang tengok."
Bahu Tia terangkat. Serta - merta dadanya terasa berderau.
Tia paling wajah. Suaminya sudah berdiri di belakangnya ketika ini.
"Errr, dengan kawan... Emmm, Amni," Entah kenapa dia perlu berbohong, dia sendiri pun tidak pasti.
"Iye, dia nak apa?" Hud menyoal. Dia tarik satu kerusi dan duduk di situ.
"Takde apa - apa. Saja tanya khabar."
"Aikkk, bukan semalam dah jumpa?"
"Amni dah tiga hari MC. Dia terkena sakit mata." Datang mencurah - curah pula ideanya ketika ini.
"Emmm, yela. Jom kita makan. Macam sedap je sayang masak ni. Abang nak kena kumpul tenaga balik. Dah banyak habis malam tadi." Hud ketawa kecil.
Tia blushing. Malu bila diungkit semula perihal aktiviti malam tadi. Kalau boleh biarlah hal yang berlaku itu telah berlalu. Tak perlu nak diingat - ingat.
"Tak payahlah ulang cakap. Fokus pada makan je." Tia menegur.
"Sayang tak perlu malu. Hanya kita berdua je kat sini. Bukannya ada orang lain. Kita raikan saja yer."
"Tak payah nak raikan sangatlah. Hal dalam bilik seeloknya kita bincang dalam bilik." Tia sambung makan. Sebenarnya dia tidak mahu merosakkan mood mereka ketika ini tapi apa yang dia tak suka, dia perlu suarakan.
"Okay - okay abang minta maaf. Lepas ni kita bincang di dalam bilik sahaja yer. Kita stop bincang hal ni. Kita makan yer sayang. Jangan rosakkan mood baik kita pada harini yer." Hud mengalah. Banyak rupanya yang dia kena belajar untuk mengikut rentak isterinya ini.
*******
"Terima kasih Zif. Papa bangga dengan keputusan yang Zif buat. Papa dah makin tua. Sudah sampai masanya papa lepaskan tanggungjawab syarikat ni kepada Zif. Bagi peluang untuk papa berehat pula yer." Bahu anak bujangnya dia tepuk perlahan. Terkejut dia apabila Razif muncul di depannya. Dia yang ketika itu baru sahaja sampai ke pejabat.
Takde angin dan takde ribut. Razif datang ke pejabat siap memakai pakaian pejabat. Tak pernah pula dia dimaklumkan oleh isterinya yang anaknya itu ingin mula bekerja di pejabat. Semuanya datang secara tiba - tiba.
"Zif dah tamat kontrak di kolej. Jadi Zif tak terfikir untuk sambung. Biarlah Zif berbakti untuk membantu papa di syarikat ni. Zif kesiankan papa, bekerja siang malam untuk keluarga kita. Kalau bukan Zif yang bantu papa siapa lagi."
Syed Badrul sebak. Air mata lelakinya gugur juga. Sudah lama dia tunggu saat ini. Tubuh anaknya dia peluk erat.
"Lepas ni kalau papa mati pun, papa dah senang hati. Papa dah boleh lepaskan semua ni pada Zif. Papa minta cuma satu, jalankan tanggungjawab ni dengan sebaik - baiknya. Ingat di dalam syarikat kita, banyak mulut yang perlu kita suap. Jangan fikir diri - sendiri. Nanti hancur semuanya." Sempat Syed Badrul memberi nasihat.
"Okay, untuk permulaan, Zif belajar dulu selok - belok syarikat ni. Belajar daripada bawah sebelum papa yakin untuk lepaskan syarikat ini kepada Zif." Dato' Badrul berbicara.
"Baik pa. Razif akan belajar dulu sebab Zif pun nak kena ambil tahu juga selok - belok syarikat ni. Bukan main terjah je. Papa jangan risau, Zif tak akan hampakan papa." Razif akur. Dia juga tau. Apa yang diucapkan oleh papanya itu adalah benar.
Razif mengambil tempat yang diarahkan untuknya. Walaupun harus mula dari bawah tetapi dia diberikan satu bilik. Dia perhatikan seluruh ruang bilik yang tidak berapa besar itu. Hanya memuatkan perabot basic seperti meja, kerusi, kabinet fail dan satu komputer beserta printer.
Dia duduk di kerusi berodanya. Memusingkan beberapa kali sebelum mengadap ke arah tingkap.
Kata - kata Tania tempoh hari kembali terngiang - ngiang di telinga.
"I boleh bantu you untuk dapatkan Tia. Itupun jika you nak... Tapi dengan satu syarat..."
"Syarat!!!"
"Apa syaratnya???"
Lagipun dia tak pernah terfikir untuk merampas isteri orang. Cukuplah last dia jumpa Tia dulu dan dia tau dari mulut wanita itu sendiri, yang tuan empunya badan itu sudah berkahwin.
Tapi susah untuk dia buang nama wanita itu yang telah terpahat kukuh di hatinya.
Semalam, entah kenapa penyakit gilanya datang, dia boleh WhatsApp Tia. Tau, perbuatan itu tidak elok, tapi dia hanya ingin memaklumi. Hanya ingin berkongsi. Jiwanya terasa lega apabila dapat bercerita pada Tia, walaupun hanya sekadar bermesej.
Tok... Tok... Tok...
"Masuk..."
"Haaa, Julia..."
"Maaf Encik Razif, saya dapat arahan dari Tuan Syed untuk serahkan fail - fail tender ni kepada Encik."
Razif pandang pada setiausaha papanya. Di tangan Julia ada lima fail.
"Okay, letak sahaja di situ." Razif tunjuk di atas meja tepi penjuru sebelah kanan.
"Terima kasih," ucap Razif dan dia mengerti kenapa fail - fail itu sudah berada di atas mejanya. Semestinya dia perlu belajar dan memahami isi tender tersebut.
Dia lihat sepintas lalu fail - fail itu. Semuanya berkenaan projek usahasama dan projek persendirian syarikat.
"Sama - sama Encik Razif saya minta diri dulu." Julia melangkah sopan keluar dari bilik itu.
Perasaan bosannya datang bertimpa - timpa. Bidang perniagaan bukan dari minatnya. Tetapi sebagai anak dia tidak boleh untuk menolak kerana dia adalah seorang pewaris. Seorang pewaris yang akan menerajui sebuah syarikat yang sudah berpuluh tahun di bina dari perit - jerih papanya.
Dari hasil itulah papanya menanggung mereka anak beranak dan dari hasil itu jugalah digunakan untuk menampung pelajarannya sehingga ke luar negara. Mana mungkin dia lupa jasa dan pengorbanan papanya.
Untuk tidak menyambung semula kontraknya sebagai pensyarah bukan keputusan yang mudah dan selama sebulan dia mengambil masa untuk membuat keputusan berat tersebut.
*******
"Berapa hari pula kamu balik kalini? Enam bulan sekali baru kamu muncul dalam rumah ni. Ingatkan dah lupa mak dengan abah." Rokiah membebel walaupun anak tunggalnya itu baru sahaja muncul tanpa diberitahu akan kepulangannya.
"Balik selama - lamanya..." Tanpa isyarat dia membalas pertanyaan ibunya dan terus ke arah bilik.
"Nureen..."
"Ooo... Nureen... Menonong je kamu yer."
"Apa ni mak, Nureen penat. Penat naik bas tadi pun belum hilang lagi." Balas Nureen tanpa berpaling dan masuk sahaja ke dalam bilik dia kunci pintu rapat - rapat.
"Hmmm, nilah budak - budak sekarang. Langsung tidak boleh ditegur. Rokiah mengomel. Dia menyambung kembali menonton TV yang tergendala sebentar tadi. Tapi dia sedikit hairan... Wajah Nureen kelihatan tidak bermaya dan lesu.
"Emmm, mungkin betullah tu sedang penat." Tukas Rokiah. Waktu sekarang sudah menghampiri waktu senja.
Dia menutup TV dan kurang dari sepuluh minit, azan maghrib ke udara. Serentak dengan itu juga kelibat suaminya muncul di depan muka pintu.
"Kiah, siapkan makan, abang dah lapar. Tadi tak sempat nak makan lepas hantar Dato' balik ke rumah. Nak balik cepat," arah Tahir sambil mengibas baju T'shirt yang dia letak dia atas bahu.
"Nureen ada balik..."
"Nureen balik???"
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel