BAB 31

Romance Series 18038

Deruan nafas terhembus di telinga dan lehernya.

Nafas Tia turun naik.

"Lepaskan..."

"Syhhh..."

Tia pejam mata. Mug di tangan seperti mahu terlepas dari tangan.

Perasaan takutnya melebihi segala. Risau jika ada penceroboh yang masuk ke dalam rumah.

Tangan itu mula membelai rambutnya.

Mata Tia membulat besar. Sedar yang dirinya kini tidak bertudung dan hanya memakai baju tidur berlengan pendek bersama seluar panjang.

"Tolong jangan apa - apakan saya. Encik nak apa? Ambillah..." Suara Tia sudah bergetar. Air matanya juga sudah bergenang.

"Sayang cantik sangat malam ni. Rambut sayang wangi."

Tia kenal suara itu. Suara suaminya.

Dia cuba memusingkan badannya. Ingin melepaskan diri.

"Kenapa abang dah sia - siakan sayang selama bertahun ni? Sayang cantik sangat."

Suara maskulin lelaki itu seakan berbisik di telinganya. Kata - kata Hud membuatkan bulu romanya semakin meriding.

"Lepaskan saya..." Tia cuba berpusing. Kali ini berjaya. Wajahnya sudah bersetentang dengan Hud tetapi pegangan tangan itu masih melingkar di pinggangnya.

Mata mereka bertemu. Lama... Tia sendiri tidak berkedip. Entah, dia sendiri kurang pasti. Merasa seperti dipukau pula oleh lelaki itu.

"Sayang cantik sangat malam ni." Hud ulang sekali lagi kata - katanya. Tidak puas menatap wajah isterinya itu seolah - olah seperti janaan AI. Dengan rambut lebat yang panjang separas bawah ketiak, kulit putih kemerahan dan Mata bening yang menusuk hingga ke dalam hatinya membuatkan dadanya semakin bergetar.

"Lepaskan saya, kalau tidak saya jerit." Tia malu dan tersangat malu. Dengan keadaan dia seperti ini. Sungguh tak jangka yang lelaki itu belum tidur. Ikutkan tadi sebelum keluar sempat dia menilik jam. Waktu sekarang sudah pukul satu pagi.

Hud tarik Tia merapat ke badannya. Dapat dia rasa degupan jantung Tia yang sedang berdegup kencang itu.

"Jeritlah... Jerit kuat - kuat. Abang tau cara nak senyapkan sayang nanti."

Bibir Hud yang hampir di telinga Tia makin membuatkan bulu romanya tegak berdiri.

Cuppp...

Satu ciuman menempel di pipi Tia.

"I Love You..."

Ucapan dari mulut Hud membuatkan Tia semakin tergamam. Tapi entah kenapa dia tidak pula menolak. Malah terasa amat bahagia. Dadanya sudah turun naik.

Teringat akan kata - mentuanya dulu, memintanya supaya mengambil hati anak lelakinya itu iaitu dalam erti kata lain menggoda Hud Husaini.

Sekarang siapa yang goda siapa. Semuanya dah terbalik.

Kriukkk... Bunyi perut Tia membuatkan dirinya sedar yang dia masih berpelukan dengan lelaki itu. Dan - dan pula kepalanya terlentok di dada lelaki itu. Haishhhh...

"Saya nak makan, saya lapar." Akhirnya Tia bersuara. Dia tolak dada Hud dengan agak kuat. Mengambil mug berisi bancuhan oat dari atas meja dan mahu pergi dari situ.

"Sayang..."

Tia berhenti dari langkahnya. Tangannya sudah berada di dalam gengaman lelaki itu.

Dia ditarik ke meja makan. Bagai lembu yang ditarik hidung dia tidak pula membantah. Jiwanya lemah pula malam ini.

"Sayang duduk sini... Abang sediakan sesuatu yang istimewa untuk sayang sebab sayang dari pagi tak makan. Duduk diam - diam."

Arah Hud bersama satu kucupan kilat di atas ubun - ubun Tia.

Tia tidak pula membalas atau mengangguk, hanya diam memandang tanpa riak.

"Duk dendiam tau. Abang masak kejap je."

Kurang tiga puluh minit, Hud datang kembali membawa semangkuk sup ayam bersama satu pinggan nasi. Sebenarnya dia dah masak awal - awal nasi dan lauk itu. Tapi nak mengejutkan Tia yang masih tertidur lena itu dia tak sampai hati.

"Encik Hud masak???"

"Ye, sayang. Makanlah. Nanti perut tu masuk angin. Makan oat ni tak boleh menjamin kenyang pun. Sebab kita ni perut orang Malaysia, walau macam mana pun tetap juga nak kena makan nasi," balas Hud. Dia duduk di sebelah Tia. Mahu menemani wanita itu makan.

"Terima kasih tapi bila masak semua ni?"

"Sama - sama... Selepas maghrib tadi. Tapi abang tak sampai hati nak kejutkan sayang, so abang tunggulah sampai sayang sedar sendiri. Abang tidur bawah malam ni. Kalau ada apa - apa boleh terus panggil abang ye," maklum Hud.

Tia angguk. Bibirnya mengukir satu senyuman. Senyuman sebagai tanda terima kasih.

"Makanlah. Nanti dah sejuk tak sedap."

Tia akur. Dia mencedok sup ayam dan menghirupnya perlahan.

"Sedap tak abang masak?"

"Sedap, pandai Encik Hud masak."

Lagi berbunga - bunga jiwa dan hati Hud apabila dipuji seperti itu. Terasa seperti diawang - awangan pula.

Tia tolak kerusi dan mahu bangun.

"Sayang nak pergi mana? habiskan lagi sikit je nasi tu." Hud menyoal.

"Saya nak ke dapur nak ambil air."

"Takpe, sayang duduk, biar abang yang ambilkan."

Hud bangun dan terus ke dapur. Satu mug air suam dia hulur pada Tia.

Selesai makan, semua pinggan dicuci oleh Hud. Baik betul dia malam ni. Kalau baik, boleh bertukar menjadi lelaki yang terpaling mithali. Kalau sebaliknya, hmmm, nauzzubillah... Hanya Tuhan yang tau.

"Terima kasih untuk semua tadi. Saya nak masuk bilik." Tia melangkah perlahan ingin menuju ke biliknya.

"Takde apalah. Yang penting sayang dah kenyang. Lega hati abang."

Tia masih seperti tadi. Tiada riak atau keinginan untuk membalas kata - kata suaminya itu. Dia terus melangkah menuju ke bilik.

I love you..."

Tia yang berada di depan pintu, berhenti sejenak apabila mendengar suara kuat suaminya.

Masuk sahaja ke dalam bilik... Tia cepat - cepat kunci pintu. Rasa seram pula dengan perangai Hud yang tiba - tiba romantik itu.

"Dia cakap I Love You... Dua kali pula tu. Ikhlas ke? Atau sekadar ingin mengisi kekosongam hati selepas berpisah dengan Tania.... Hmmm..." Tia tidak tahu mahu respon apa. Hatinya berbelah bahagi. Tetapi dia sebenarnya lebih kepada ingin berjaga - jaga.

******

Hud yang sedang kusyuk meneliti dokumen yang diberi oleh pekerjanya untuk ditandatangan angkat kepala apabila mendengar pintu kaca biliknya dibuka dengan kuat.

"Maaf Encik Hud. Saya dah halang tapi Cik Tania..."

"Takpe Aween, awak boleh sambung kerja awak," pintas Hud. Faham akan rasa serba salah setiausahanya itu. Mungkin takut dimarahi olehnya.

Tania dengan lenggang - lenggoknya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Menghampiri meja Hud. Dia membuka cermin mata hitamnya dan diselitkan ke atas kepala.

Hud pandang Tania atas bawah. Perempuan ini seperti biasa akan datang ke pejabat dengan pakai baju tak cukup kain.

Walaupun ketika itu Tania memakai set three piece skirt suit tapi skirt yang dipakainya terlihat sangat menjolok mata. Manakan tidak, dengan skirt separas peha, dia sendiri pun malu dan segan nak melihatnya.

"Baju yang sopan - sopan memang dah pupus ke dekat dalam almari you???" Soal Hud sinis.

"Jangan nak perli - perli i. Bukan you suka ke kalau i pakai seksi - seksi depan you. Terjojol sana, terjojol sini, bukan you suka???" Tania menyoal Hud kembali.

"Itu dulu, tapi sekarang tak lagi. I tak suka you datang buat kacau dekat office i. Dengan pakaian entah apa - apa. You tak malu ke orang tengok you macam bernafsu?" Pedas ayat - ayat Hud. Tapi dia rasa masih tak cukup untuk menyedarkan Tania. Perempuan sorang ni mana ada sifat malu.

"Sampai hati you buang i macam sampah. Takkan takde sekelumit pun rasa sayang you pada i." Suara Tania bergetar. Menahan tangis.

"I pantang orang tipu i. Lebih - lebih lagi you. Sekali you dah tipu i, sampai bila - bila pun i akan ingat. I tau you banyak main kayu tiga dekat belakang i. You keluar dengan jantan itu - ini, you ingat i tak tau. Sudahlah Tania. Pergilah pada Ex tunang you. Ada tunang yang baik you mintak putus, tak bersyukur... Hmmm." Suara Hud meledak. Tapi dia tidak kisah kerana dinding di pejabatnya ini adalah kalis bunyi.

"I datang ni sebab nak minta maaf. tau salah i. Tapi i dah tinggalkan tu semua. I nak balik pada you. I nak setia dengan you. Tolong bagi i peluang." Air mata Tania makin lebat pula mengalir.

"Cukup Tania. I dah happy dengan isteri i. Baru sekarang i rasa, pilihan orang tua i adalah yang terbaik untuk jodoh i," tukas Hud dengan bangganya.

"Ooo, sebab perempuan kampung tu sampai you terus buang i."

"I buang you sebab you yang meminta. You cerminkan diri you Tania sebelum nak menuding pada orang lain."

"Maknanya betullah telahan i selama ni. You tipu i bencikan perempuan kampung tu semata - mata nak tutup kecurangan you pada i. You yang patut cerminkan diri you Hud. Siapa yang curang dan siapa yang dicurang. You fikirlah Hud Husaini."

"You merepek apa ni Tania? Kalau i nak curang sekali pun tetap tak salahkan malah digalakkan lagi. Sebab apa??? Sebab wanita yang you kata i curang tu adalah dengan isteri i. Tiada istilah curang Tania. You yang menyondol sekarang ni." Hud lepas nafas. Geram dengan sikap tak faham bahasa Tania.

"Maknanya you memang dah sentuh diakan. You memang dah tidur dengan dia, sebab tu you terus lupakan i dalam hidup you... You memang jantan tak guna Hud..." Tania hamburkan kata - kata bersama dengan air mata. Hati kecilnya dipagut rasa cemburu yang meluap - luap.

"Kalau i nak sentuh dia atau nak tidur dengan dia, tu bukan urusan you. I sebenarnya dah muak dengan perangai you ni Tania. Depan i you pijak semut pun tak mati tapi belakang i, youlah perempuan tak tahu malu yang mengendeng dengan jantan sana - sini. Murah betul youkan." Hud lepas kata - kata pedas. Dia sememang sudah hilang sabar.

Klekkk...

Hud dan Tania pandang ke arah seseorang yang baru sahaja mahu masuk ke bilik itu.

Tania tanpa diduga menghampiri Hud dan duduk di ribaan lelaki itu. Bukan secara spontan tetapi secara sengaja.

Hud lagi tergamam...

"Encik Hud..."

Suasana kembali hening dan semua diam.

"Sayang, abang boleh jelaskan..."

Tia masih berdiri di depan muka pintu. Dia diam dan tak mampu meneruskan kata - kata.

Matanya berkedip beberapa kali.

"Maaf mengganggu... Saya datang pada waktu yang salah." Tia angkat kaki. Menuju ke tempatnya semula.

"You dah gila ke Tania, you tengok apa yang you dah buat." Hud tolak badan Tania hingga jatuh terjelepok di atas carpet.

Misinya utamanya adalah ingin memujuk Tia. Baru je malam semalam mereka seolah - olah sudah berbaik dan Tia sudah melayannya dengan baik dan sedikit mesra. Datang pula Si Tania dah merosakkan segalanya.

Tania bangun dan hentak kakinya beberapa kali sebelum keluar dari bilik itu. Sakit hatinya apabila melihat di depan mata yang Hud sangat memenangi perempuan kampung tu.

Sementara Tia pula kembali ke mejanya. Matanya berkaca - kaca. Dasar penipu. Pada aku kau cakap 'I Love You' cakap takde apa - apa hubungan lagi dengan Tania. Tu apa? Sampai duduk atas riba... Tia sandar badannya pada kerusi. Semua lelaki sama je. Omelnya lagi.

"Kau ambillah. Aku ada beli lebih tadi." Tia letak sebungkus nasi yang dia tapau di restoran depan pejabatnya tadi di atas meja Amni.

"Susah - susah je kau ni. Aku baru nak keluar pergi beli. Ingat tadi nak ajak kau keluar makan, tapi aku tengok kau dah keluar. Tak jadilah."

"Takpe, aku memang ada beli lebih." Tia duduk di tempatnya. Fikirannya kosong. Niat tadi dia belikan makanan untuk lunch buat si suami adalah sebagai ucapan terima kasih kerana tolong masakkan dia ketika dia kurang sihat semalam.

"Kau okay ke tak ni??? Lain macam aku tengok kau?" Amni menyoal. Dahinya berkerut melihat wajah kawannya yang muram dan sugul.

Amni tau, hanya jasad Tia di sini sedangkan hati dan jiwanya entah melayang ke mana. Dapat dilihat pada pandangan kosong sahabatnya ini.

"Aku okay. Jangan risau. Kau makan ekk." Risau pula jika Amni tau yang dia dari bilik Encik Hud. Setakat harini hanya segelintir sahaja yang tau dia dan Hud Husaini adalah suami isteri, mungkin ada yang datang semasa majlis resepsi mereka dua tahun yang lepas dan mungkin ada yang dah lupa kerana peristiwa itu sudah lama berlalu.

"Aku okay Amni. Kau pergilah makan dulu kat pantry. Aku nak ke surau." Tia bangun dan menuju ke arah surau. Fikirannya sangat serabut sekarangni.

Amni memandang dengan wajah terkulat - kulat. Batang tubuh Tia dia pandang hingga hilang dari depan matanya.

"Aku tau kau tak okay sebenarnyakan." Suara Amni tenggelam di dalam anak tekak.

Petang itu, di kawasan parking kereta, Tia berjalan di laluan susur gajah sementara sampai di tempat keretanya diparkir. Cuaca elok dan sedikit redup tetapi masih kelihatan terang walaupun sudah menginjak ke pukul 6.30 petang.

Baru sahaja mahu membuka pintu kereta, tubuh Tia dari belakang tertarik ke dalam pelukan. Tia terasa sedikit lemas.

"Abang akan terangkan pada sayang satu - persatu..."

Tia kenal suara itu. Siapa lagi kalau bukan Hud Husaini, suaminya.

"Takpe, semua dah jelas. Kalau Encik Hud nak kembali kepada Tania, pergilah. Pergilah pada dia. Saya tau, dia cinta mati Encik Hud."

"Sayang kena dengar dulu apa abang nak jelaskan, abang..."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience