BAB 37

Romance Series 23586

Tia rela jika abang nak kahwin dengan Tan..."

CUPPP!!!

Mata Tia membulat lebar. Serentak badannya meremang hingga ke tengkuk.

Hud masih tak lepaskan ciuman di bibir Tia. Malah makin menekan lagi ciuman yang semakin hangat itu.

Emmmm... Tia cuba melepaskan diri.

Setelah beberapa saat, Hud lepaskan ciuman itu.

Nafas Tia tidak teratur. Dia cuba meneutralkan kembali sistem pernafasannya.

"Ingat, jika sayang masih bercakap hal yang bukan - bukan, lagi teruk pada ni abang boleh buat." Bicara Hud dengan amaran.

Tia diam. Dia tutup mulutnya. Semakin seram dia berhadapan dengan suaminya ini.

"Abang taknak dengar lagi tau. Simpan kemas - kemas dalam kepala tu, isteri abang cuma sayang seorang. Abang tak suka dengar sayang suruh abang tambah cawangan." Suara Hud tegas. Penuh dengan nada amaran. Sepontan dia cuit hidung Tia.

Tia diam. Tidak tahu ingin membalas apa. Suaminya ini lain, jika 'A' katanya maka 'A' lah jawabnya.

"Pergi mandi. Kejap lagi dah nak maghrib. Kita solat berjemaah sama - sama. Jangan bagi alasan period yer, abang tau, ikut kiraan bulan ni sayang dah datang period dua minggu lepas," ucap Hud bersahaja.

Tengkuk Tia makin meriding. Sampai ke period dia pun, suaminya ini tahu. Bila masa dia cakap yang dia ada datang period dua minggu lepas? Tapi memang betullah. Hmmm... Tia hela nafas. Sempat tengok jam pada handphone.

"Baru masuk pukul 6.00 petang. Apa yang nak masuk waktu maghribnya. Lambat lagi." Tia mengomel. Hmmm, lama juga dia berbahas dengan suaminya tadi.

"Tunggu apa lagi tu, cepat pergi masuk bilik atau sayang nak abang dukung masuk bilik?" Jari Hud berbunyi seperti letupan kecil apabila dia meregangkan sendi - sendi pada tangannya. Sepertinya mahu mengacah - acah Tia untuk mendukungnya.

"Tak naaak..."

Tia terlebih dahulu berlari masuk ke bilik. Tidak menunggu lama. Peristiwa di pejabat tadi sudah dia lupakan. Dan malas nak merumitkan lagi masalah tersebut. Dia percaya kata - kata dan sumpah yang dibuat oleh suaminya.

Hud ketawa lepas. "Tau takut... Ingat garang sangat."

"Tolong simpan sejadah abang sekali yer. Harini tak payah masak, kita makan kat luar," pinta Hud. Dia berura - ura mahu keluar dari bilik. Satu bilik kosong di tingkat bawah dia jadikan surau mini dalam rumah ini.

Tia bersiap simple sahaja. Hanya mengenakan set seluar dan blouse beserta tudung bawal chiffon bercorak bunga besar. Turut mencalitkan lipmatte dan compact powder tipis. Cukuplah. Nak pergi makan sahajakan.

Tia mengambil tempat di sebelah pemandu.

"Kita nak pergi makan dekat mana?" Tia menyoal untuk membuang suasana hening di antara mereka.

"Sayang ada cadangan?" Hud pula menyoal. Tetapi tidak berpaling kerana mata fokus kepada jalan.

Tia geleng kepala. "Tia ikut abang je." Jawabnya ringkas.

Setelah hampir dua puluh minit perjalanan, Hud membelok ke arah sebuah mall. Mall yang biasa juga Tia pergi.

"Kita makan western food malam ni... Boleh??" Soal Hud.

"Tia ikut je." Jawapan yang sama dia jawab. Sebenarnya dia sendiri pun tiada idea dan tiada pilihan.

"Okay. Jom." Hud capai tangan Tia. Dia genggam erat.

Tia masih malu - malu. Mungkin sebab tak biasa berpegangan tangan di tempat awam.


"Kalau tak pegang tangan tak boleh ke? Jalan macam biasa je." Pinta Tia. Tapi tangannya tidak dia usahakan untuk lepas. Dia biarkan sahaja.

"Biarlah, baru orang nampak kita ni pasangan yang romantik. Betul tak?"

"Hmmm..." Keluh Tia.

"Nanti selepas makan kita jalan - jalan pusing dalam mall ni. Kalau sayang ada teringin nak beli apa - apa, bagitau je. Malam ni abang nak perhabiskan duit untuk isteri abang yang cantik ni." Hujung hidung isterinya dia cuit. Suka benar dia cuit hujung hidung isterinya itu.

Langkah mereka tuju ke arah sebuah restoran makanan barat. Mengambil satu tempat duduk di sebelah dinding kaca. Memang mereka sengaja memilih tempat duduk di situ kerana ingin melihat ragam orang ramai yang lalu lalang.

Makanan yang dipesan sudah sampai ke meja. Mereka menikmatinya dengan tenang.

Sesekali mata Tia memandang ke luar cermin kaca.

"Nureen..." Mulut Tia terpacul menyebut satu nama. Matanya mengekori langkah dua figura yang berjalan sambil berpeluk - pelukan itu.

"Siapa sayang?" Hud kerut kening.

"Nureen..." Nama itu dia ulang.

"Ye, abang dengar. Tapi siapa Nureen tu?" Soal Hud.

"Anak Pak Long Tahir." Nama bapa saudaranya pula dia sebut.

Mata Hud pula memandang tapi hanya belakang badan sahaja yang dia nampak. Baru tau yang Pak longnya itu ada anak perempuan.

"Abang, kita makan cepat - cepat. Tia nak tengok dari jauh sepupu Tia." Cadang Tia.

"Tak payahlah kita ambil tau hal dia. Biar jelah. Mana tau tu suami dia." Hud cuba meneka.

"Nureen belum kahwin lagilah. Tia taulah. Tu sepupu Tia. Cepat abang. Kita makan cepat - cepat. Tia nak ikut dia dari belakang." Sebenarnya dia lebih ingin mendekati pasangan itu. Disamping ingin snap gambar secara curi. Bukan apa, paklong suka sangat cari pasal dan juga salahnya. Hal anak sendiri tersorok dalam kain.

"Ye, abang dah siap ni. Tunggu sini abang pergi bayar. Jangan gatal - gatal nak bayar asing pulak." Hud menyindir. Tetapi ingatannya terbias pada ketika kali pertama mereka keluar bersama. Tidak akan dia lupa ayat 'kita bayar asing - asing' itu.

Tia diam. Hmmm, kali ini dia tak buat dah perangai bodohnya macam dulu. Dulu dia berperangai seperti itu sebab dia tak berapa matang dalam berfikir.

Mereka keluar dari retoran itu. Mata melilau mencari kelibat Nureen. Cepat betul hilang. Mana dia nak cari dalam mall yang besar macamni.

"Mana sayang?? Sayang nikan tak ubah macam detektif. Sejak bila sign kontrak jadi seorang penyiasat ni?" Hud menyoal dalam nada berseloroh.

"Kita carilah dulu." Tia menjawab sambil matanya masih melilau.

Serta - merta matanya bersinar. Satu pasangan yang asyik berjalan dari satu kedai ke satu kedai itu mencuri perhatiannya. Sempat dia mengambil gambar curi pasangan itu. Bukan main mesra. Siap berpeluk - peluk. Hmmm, apa nak jadi dengan perempuan sekarang. Tulah, bila ayah sendiri sibuk mencari salah orang.

Tia berjalan laju. Dia hampiri pasangan itu. Tanpa dia sedar, tangan Hud dia tarik sekali. Menonong Hud mengikut gerak langkah isterinya itu.

"Hai Nureen..." Tegur Tia. Wajahnya melemparkan satu senyuman yang hanya dia sendiri sahaja yang dapat tafsirkan. Bukan senyuman manis atau mesra. Tetapi lebih kepada senyuman sinis.

Mata Nureen membulat besar. Tidak sangka akan berjumpa dengan sepupunya di sini.

"Errr, yer Tia. Kau buat apa kat sini? Dah banyak ke duit kau dapat jalan - jalan dalam mall ni?" Sempat dia memperli.

"Oppps! Lupa. Kaukan dah kahwin dengan anak orang kaya."

Tia hanya senyum tawar.

"Dah habis cakap dah?" soal Tia tegas.

"Ni laki aku yang kau kata anak orang kaya tu. Tapi aku betul - betul bersyukur, bapak kau kenenkan aku untuk jadi menantu orang kaya ni. Sebab apa, kalau pilih kau, tak dapatlah aku nak merasa. Betul tak?" Sambung Tia. Sambil ketawa kecil.

Nureen merengus. Hmmm, dia kerling Hud di sebelah Tia. Ternyata lelaki itu jauh lebih hensem dan berkarisma daripada teman lelakinya. Sempat pula dia membanding. Terasa rugi pula tidak berkeras untuk berkahwin dengan lelaki itu dulu.


"Sebelah kau ni sapa? Sugar dady kau ker?" Tia menjeling sekilas pada lelaki dalam anggaran umur 30-an itu.

"Mulut kau ni jahatkan. Huhhh, dasar dah lupa diri. Mentang - mentang dah jadi menantu orang kaya."

"Aku tak nak komen apa yang kau cakap tu. Tapi tolong ingatkan pada bapak aku a.k.a pak long aku tu, jangan sibuk - sibuk nak ambil tau hal aku. Hal kau sendiri pun terlondeh. Sibuk je nak ambil tahu hal anak orang lain. Kalau dia sibuk juga, aku tak teragak - agak untuk perkenalkan sugar dady kau ni pada dia." Tia seperti mengancam. Dia bukan Tia yang seperti dulu lagi, yang boleh dipijak dan ditindas sesuka hati.

Mata Nureen mencerlung lebar. Matilah dia kalau hal harini sampai ke pengetahuan abahnya.

Tau sangat macam mana reaksi abahnya nanti kalau dah ketahuan. Mesti dia tidak akan dibenarkan untuk berkerja di bandar lagi. Hanya duduk terperuk sahaja di dalam rumah.

"Jomlah kita balik." Nureen tarik tangan teman lelakinya. Tidak aman dia mahu window shopping harini. Ada sahaja gangguan.

Tia tersenyum...

Matanya melihat ke arah Nureen dan kekasihnya yang semakin menjauh."

Aku bukan benci kau Nureen tapi sikap kau yang buat aku jadi makin nak marah. Desisnya.

"Jomlah kita balik. Dah selesai jadi penyiasatkan tadi. Sayang ada nak singgah mana - mana ke sebelum balik rumah. Awal lagi ni. Mall tutup pukul 10.00 malam." Hud memegang tangan Tia. Masih tak lepas dari tadi.

Tia geleng kepala.

Lalu sahaja di kedai pakaian wanita, Hud mengajak Tia masuk. Tak jadi nak terus balik.

"Cik, ruang pakaian dalam dekat mana?" Hud menyoal tiba - tiba.

"Ada di ruang belah kanan encik. Nak beli untuk isteri ke?" sales girl itu membalas. Senyuman manis tak lekang dari wajah.

"Yer - yer, untuk wife saya ni."

"Jom ikut saya."

Hud dan Tia mengekori sales girl itu.

"Okay, terima kasih. Nanti kalau saya nak apa - apa lagi saya panggil."

Sale girl angguk dan menunduk tanda hormat sebelum pergi dari situ.

Hud mengambil satu helai lingerie berwarna merah darah. Nampak seksi. Dia acu - acukan pada badan Tia.

"Abang buat apa ni? Jangan cakap nak suruh Tia pakai baju tak cukup benang macamni yer." Wajah Tia merona. Dia sudah meremang satu badan. Geli geleman dia melihat baju tidur seperti itu. Dia secara sepontan menggeliatkan badannya.

"Memang abang nak beli untuk sayang pun. Ngam sangat yang ni. Berkenan betul dengan warna merah menyala ni. Aummm..."

"Eeee, gelilah. Tak nak. Jangan nak paksa - paksa." Tia menjarakkan sedikit kedudukan dengan suaminya.

"Dah buang tabiat agaknya. Yang bukan - bukan je yang dia nak," bebel Tia.

Hud buat - buat tidak mendengar. Dia lantas mencapai beberapa helai baju tidur seksi dari pelbagai warna dan turut mencapai beberapa helai pakaian dalam buat isterinya. Entahlah, macam tau - tau pula saiznya.

"Eeee, Tia tak nak. Kalau Tia nak, Tia akan datang beli sendiri."

"Takpe, ni abang yang nak belikan untuk sayang."

Tanpa mengendahkan kata - kata Tia, Hud terus berlalu ke arah kaunter.

Wajah Tia sudah memerah. Segan dan malu, dia tidak tau di mana hendak sorokkan wajahnya.

"Bagus encik, belikan semua ni untuk isteri. Jarang tau lelaki macam ni. Satu dalam seribu." Sempat pekerja di kaunter itu memuji.

Tia yang mendengar, semakin kembang wajahnya. Malu hanya Allah sahaja yang tau.

Tia awal - awal sudah keluar dari kedai. Tidak betah mahu menunggu lama. Dia tinggalkan Hud yang masih beramah mesra di kaunter.

"Jom sayang kita balik. Janganlah marah - marah, tu muncung - muncung tu boleh gantung hanger." Hud mengusik setelah mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Tia masih diam. Geramnya pada suaminya ini masih tak hilang.

"Marah lagilah tu. Salah ke abang nak belikan sesuatu untuk sayang? Apa yang sayang nak malu? Bagi abang benda ni simple je, perkara biasa. Lainlah kalau abang beli untuk perempuam lain. Tu jadi luar biasa. Sayang pun mesti lagi tak sukakan. So raikan sahaja bila suami nak berbelanja untuk isteri. Duit abang ni untuk siapa lagi kalau bukan untuk isteri abang." Hud memujuk seraya menghidupkan enjin kereta.

"Yelah... Thanks sebab belikan semua ni. Tapi tolong jangan paksa Tia pakai yer baju jaring tu." Tia mengalah. Penat sebenarnya nak merajuk lama - lama macamni.

"Ehhh, yang tu abang tak boleh janji sebab sayang tetap kena pakai baju ni. Bermula malam ni, sayang kena tidur satu bilik dengan abang. Bukan satu bilik sahaja tau tapi juga satu katil." Kuasa veto Hud tercetus. Sudah lama dia tunggu saat ini. Dia tak akan sia - siakan peluang yang sudah ada di depan matanya ini.

Bulu tengkuk Tia naik mencanak. Seram ditambah pula dengan gerun. Entah apa - apa arahan pula ni. Bebel Tia di dalam hati.

"Hud Husaini, awak memang suka memaksakan..." Nama penuh lelaki itu dia sebut.

"Haaa, nak kena cium lagi." Hud menggertak.

Tia tutup mulut. Ada sahaja yang membuatkan dirinya terkena balik.

"Dengar cakap abang... Pasal malam ni. Kalau tidak abang tanggalkan engsel pintu bilik sayang. Biar sayang tidur takde pintu. Senang sikit abang nak masuk." Hud tertawa.

"Makin melampau abang sekarangkan. Suka sangat memaksa. Sehari kalau tak memaksa, mengugut tak boleh ke?" Tia geram. Bukan yang sikit - sikit geramnya.

"Memaksa dan mengugut untuk perkara yang baik tak salahkan. Malah kita akan dapat pahala lagi. Dah hampir empat tahun sayang kita kahwin. Takkan selamanya kita nak tidur asing - asing. Berdosa tau sayang apabila suami isteri tidur asing. Kita hentikan semua tu malam ni yer. Kita buka buku baru.

Tia diam. Dia tersenyum kelat.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience