BAB 42

Romance Series 30712

"Anak saya kenapa doktor?"

Rokiah tekun mendengar apa jawapan yang bakal diberikan oleh doktor pada pertanyaan suaminya.

"Emmm, maaf jika soalan saya ni tak berapa kena pada ketika ni."

"Tanya je doktor, apa soalan doktor?" Rokiah pula menambah.

"Boleh saya tau, suaminya berada di mana sekarangni." Doktor muda itu bertanya.

"Suami???" Serentak suara Tahir dan Rokiah melantun di ruang hening itu.

"Yer, bacaan tekanan darah Puan Nureen sedikit tinggi. Saya risau jika perkara itu akan menganggu kandungan dia sekarangni."

"Tekanan darah tinggi?"

"Kandungan!!!"

"Apa maksud doktor? Anak saya belum berkahwin. Macam mana boleh mengandung? Doktor check betul - betul, takut tersalah."

Tahir menunggu persoalannya dengan debaran. Entah kenapa, debarannya kini penuh memuncak.

"Yer, betul Encik Tahir. Laporan yang saya terima ni memang sah anak encik sedang mengandung dua bulan sekarangni. Dia pitam pun salah satu simpton awal pregnancy."

Tahir dan Rokiah tergamam. Dia pandang pada anaknya yang sedang terbaring masih tak sedarkan diri.

Kecik besar - kecik besar je dia tengok anaknya pada ketika ini. Ikutkan hati mahu dicekiknya sampai mati. Mana boleh tahan, anaknya itu sudah menconteng arang di muka. Patutlah sejak balik haritu, anaknya itu asyik berkurung. Dan, sudah beberapa kali dia mendengar anaknya itu muntah - muntah.

Rokiah sudah hampir pitam. Segera dia berpaut pada bahu suaminya.

"Mana kita nak letak muka ni abang? Itulah abang asyik nak manjakan dia sangat. Semua benda dia mintak abang bagi. Kalau saya cakap apa - apa, marah sikit kat dia, abang asyik menangkan. Tengoklah apa yang dia balas kat kita." Rokiah hamburkan apa yang terbuku. Air matanya sudah berderai - derai keluar.

Tahir tarik dan hembus nafas. Dia meraup - raup rambutnya beberapa kali. Kata - kata dari mulut isterinya seakan belati yang menghiris hatinya.

"Saya keluar dulu. Jika ada apa yang masih nak tanya boleh refer saya ataupun jururawat kat kaunter depan. InshaAllah mereka boleh membantu." Doktor muda itu mahu beredar. Mungkin ada pesakit lain yang perlu dia lawat sebentar lagi.

"Okay baik doktor, terima kasih," balas Tahir. Dia duduk di satu kerusi kayu yang ada di situ. Wad kelas dua ada empat katil. Sengaja dia pilih wad itu kerana menggunakan insurans perubatan yang dia sudah carum untuk mereka anak beranak.

Nasib baik di dalam bilik wad ini ada Nureen seorang sahaja dan lagi tiga katil masih kosong.

"Mana kita nak letak muka ni abang? Kiah malu." Rokiah menangis tersedu - sedu.

"Awak boleh diam tak? Lagi serabut telinga abang ni dengar suara awak tu tau tak. Bingit!!!" Tahap kesabaran Tahir sudah sampai dipenghujung. Usai dijeritnya kepada Rokiah, dia keluar dari wad itu. Mahu mencari ketenangan di luar.

Hatinya buntu. Jiwanya tertekan. Apa yang dibuat dan apa yang difikir langsung tidak membantu. Apa yang dibuat oleh anaknya sangat berat dan melibatkan maruah keluarganya.

"Nureen kat mana sekarangni mak?" Matanya dikecil besarkan bagi menyeimbangkan cahaya terang di dalam bilik itu.

Rokiah yang masih menangis terdiam. Anaknya sudah sedar. Dia tarik dan hembus nafasnya. Sabar Kiah, kau dalam hospital sekarangni. Hatinya berdetak.

Baru sahaja Rokiah mahu membalas pertanyaan anaknya...

Mata dua beranak itu tertumpu pada pintu. Tahir dengan wajah bengis meluru masuk ke dalam wad itu.

Panggg...

Nureen tergamam dan tersentak. Ini kali pertama dia ditampar oleh abahnya. Tapi kenapa? Adakah??? Nureen yang sudah bergenang air mata itu memandang sekeliling. Taulah kini dia sekarang berada di mana.

"Cakap dengan abah, siapa yang dah buntingkan kau?" Suara derasnya sudah tidak dapat dikawal. Nafasnya sudah termengah - mengah.

"Hikkk... Hikkk... Hikkk..." Nureen tidak mampu untuk menjawab. Dia hanya menangis tersedu - sedu. Pipi bekas tamparan tadi dia gosok perlahan. Tersangat perit dan pedih dia rasa.

"Cakap Nureen sebelum aku bunuh kau." Tahir masih menjerit. Ikutkan hatinya mahu dia cekik - cekik anaknya sekarang ini. Itulah asyik mencari salah orang. Anak sendiri lagi teruk. Selama ini yang buruk adalah anak saudaranya, Tia. Tapi hakikatnya... Hmmm...

"Nureen minta maaf abah. Nureen sedar salah Nureen. Nureen dah terlanjur dengan Hisyam. Tetapi dia dah lari. Tak nak bertanggungjawab." Nureen masih teresak - esak. Dia sudah bersedia jika abahnya mahu membunuhnya sekalipun. Dia sudah tidak mampu untuk berfikir.

"Ni balasan kau pada abah Nureen. Selama ni abah ikut saja apa yang kau nak. Walaupun kadang - kadang abah tak mampu tapi abah usahakan jugak. Untuk apa??? Untuk tengok kau happy. Tapi, apa balasan kau pada kami. Kau dah malukan kami, kau dah conteng arang kat muka kami Nureen." Air mata lelakinya gugur juga. Dia sedih dan juga kecewa. Anak yang dia harapkan dan dia tatang bagai minyak yang penuh itu telah mengecewakan dirinya.

"Abah, ampunkan Nureen. Ampunkan Nureen abah, mak." Nureen cuba bangun dan mahu turun dari katil. Dia mahu memohon ampun pada abah dan maknya.

"Sudah Nureen. Kau nak meratap dan menangis sekarang ni pun tak guna. Benda dah jadi. Abah nak kau gugurkan kandungan kau tu. Abah tak nak tanggung malu."

Nureen tersentak. Sungguh berat apa yang dipinta oleh abahnya itu. Menggugurkan kandungan tidak pernah terlintas di fikirannya. Dia tau dan sedar yang dia seorang pendosa tapi cukuplah dosa itu antara dia dengan Allah Taala. Tidak sanggup lagi dia untuk menanggung beban dosa kali kedua.

"Nureen tak boleh gugurkan kandungan ni abah. Nureen tak sanggup." Nureen meratap dan dia juga merayu agar abahnya menarik balik keputusan itu.

"Habis tu kalau kau tak nak buang kandungan tu, kau nak biarkan dia besar. Otak kau letak dekat mana Nureen?" Tahir masih dengan pendiriannya mahu Nureen menggugurkan kandungan tersebut.

Rokiah hanya diam dan menangis dari tadi. Sepatah pun dia tidak menyampuk. Hatinya remuk dengan perbuatan anaknya itu.

"Nureen akan pergi dari sini selepas keluar dari hospital. Abah dan mak jangan risau. Nureen akan jaga anak Nureen." Nureen menetapkan pendiriannya.

"Jom Kiah kita balik. Serabut kepala otak aku ni."

"Habis tu, Nureen macam mana?."

"Biarkan dia. Dia dah besar. Dah boleh fikir sebab tu dia boleh buat perkara tak elok tu di belakang kita." Tahir mengajak isterinya untuk beredar dari situ.

Dalam sifat keibuannya masih tersisa secebis perasaan belas pada anaknya itu, Rokiah datang mendekat pada Nureen.

"Mak balik dulu. Jaga diri. Kalau berkesempatan, cari lelaki tu sampai jumpa. Minta dia bertanggungjawab." Setelah itu, Rokiah melangkah tanpa berpaling. Bukan dia benci tapi hatinya masih kecewa yang tak berkesudahan. Jika dulu yang buruknya hanya nampak pada Tia. Anak buahnya. Tapi sekarang, anaknyalah yang paling teruk.

Nureen masih teresak - esak. "Mana nak cari kau ni jantan tak guna? Kau memang lelaki dayus. Dah tumpahkan benih dalam rahim aku tapi takut nak bertanggungjawab. Kau memang syaitan bertopengkan manusia." Nureen memaki. Menghamburkan ketidakpuasan hatinya. Sudah berkali - kali dia cuba menghubungi lelaki itu tetapi tetap tidak berjaya dihubungi. Dia tau nombornya sudah diblock oleh lelaki itu.

Hisyam, lelaki yang dia kenal semasa sedang berhibur di kelab malam. Bermula dari bertukar nombor telefon, ajak menari sehinggalah dia mula merasa terbuai apabila dilayan seperti puteri raja oleh lelaki itu. Diberikan tempat tinggal mewah dan ditanggung dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Syaratnya, jika lelaki itu meminta dibelai dan dilayan sehingga ke tempat tidur, Nureen tidak boleh membantah. Oleh kerana inginkan hidup mewah, sanggup dia menggadaikan maruahnya. Akhirnya apabila dia telah termengandung hasil dari benih lelaki itu, dia telah dibuang dan ditinggalkan seperti sampah yang sudah tiada harga.

Bukan tidak pernah dia mencari lelaki itu tetapi dia sudah hilang dari radar. Di rumah, di pejabat dan tempat - tempat kelab malam yang selalu dia singgahi, tetapi tiada.

Nureen duduk di atas katil hospital sambil memegang kedua lututnya. Buat masa ini dia tidak mampu untuk berfikir. Fikirannya kosong.

*******

"Kuat ker basikal ni sayang?" Hud menggaru kepala melihat basikal dari jenama raleigh lama yang baru dikeluarkan dari garaj beratap zink itu.

"Kuat lagilah. Kalau abang takut nak bawak, biar Tia je yang bawak," ujar Tia sambil mengibas habuk yang sudah banyak melekat di bahagian - bahagian komponen basikal itu.

"Yakinnya kamu..."

"Mestilah yakin. Walaupun dah lama tak bawak, tapi Tia yakin basikal ni masih kuat. Cepatlah. Tadi kata nak naik basikal." Tia sudah bersedia duduk di atas tempat duduk basikal manakala dia menanti Hud untuk duduk di bahagian belakang.

Hud telan liur. Tak romantiklah pula apabila perempuan yang bawak. Dia sebagai lelaki merasakan diri seolah - olah tidak berguna.

"Turun. Biar abang kayuh," arah Hud.

Tia senyum. Dia turun dari basikal dan duduk di bahagian penumpang.

"Peluk pinggang abang kuat - kuat. Abang dah nak drift ni."

Tia akur. Dia peluk pinggang Hud. Walaupun pada permulaannya nampak sedikit kekok tetapi lama - lama Hud sudah dapat membiasakan diri. Dia sudah bijak mengawal handle basikal.

"Abang, jangan laju sangat. Nak tunjuk rumah Pak Long Tahir."

"Mana rumah pak long?" Hud memperlahankan kayuhannya.

"Okay, jap... Depan sikit."

Selang tiga rumah kampung yang dilalui...

"Ni rumah pak long. Nak singgah tak? Tapi kenapa macam pelik jer. Mana diorang nak pergi?" Tia meminta Hud berhentikan basikal di tepi jalan tidak jauh dari simpang nak masuk ke laman rumah.

"Jom kita singgah."

"Tapi..."


"Sayang, walaupun dia layan sayang dengan teruk pun, tetapi pak long tu tetap darah daging sayang, kena ingat tu, kita pergi untuk bertanya khabar je." Nasihat Hud. Dia berjalan sambil menyorong basikal masuk ke laman menghampiri pak long Tahir yang sedang menyusun barang di dalam kereta.


"Assalamualaikum..."

Tahir yang terbongkok di bonet berdiri dan memandang tepat pada wajah si empunya suara.

Kurang lima saat mendiamkan diri akhirnya dia menjawab salam.

"Waalaikumsalam..."

"Errr, Encik Hud. Bila sampai?" Tahir tergagap - gagap untuk bertanya. Dia pandang pada anak saudaranya yang berdiri di sebelah Hud.

"Dah hampir seminggu pak long. Nak pergi mana ni? Banyak barang." Hud membalas dan matanya memerhati pada beberapa beg luggage dan bungkusan di tepi bonet kereta.

"Ooo, lupa nak bagitau. Kami nak berhijrah ke Terengganu. Mungkin lama akan duduk sana. Jadi start besok, pak long dah berhenti dari jadi pemandu Dato'. Pak long dah maklumkan untuk berhenti pada Dato' tiga hari lepas," maklum Tahir sambil sesekali menyambung kerjanya memasukkan barang ke dalam kereta.

"Oyeke, lamanya, kenapa nak berhijrah jauh ke sana?" Hud masih menyoal kerana ingin tahu.

"Saja nak tukar angin. Lagipun nak bawa anak pak long pergi berubat sekali." Terang Tahir.

"Kenapa dengan Nureen pak long," Tia beriak risau. Dahinya berkerut.

"Nureen terkena buatan orang. Pak long nak hantar dia pergi berubat." Tipu Tahir. Terpaksa demi menjaga air muka keluarganya.

"Nureen terkena buatan orang???" Tia tutup mulut. Terkejut.

"Boleh Tia tengok Nureen pak long." Tia menyambung kata.

"Boleh, pergilah." Tahir membalas datar. Dia sekarang sudah mula berlembut dengan Tia. Dia tau, banyak silapnya dengan anak saudaranya itu.

Tia bergerak perlahan menyusun langkah. Sempat dia menyalami mak longnya yang juga sibuk mengemas barang.

"Boleh Tia jumpa Nureen mak long?"

"Boleh, pergilah, dia ada kat dalam bilik tu." Rokiah membalas lembut. Sudah kurang sifat dinginnya pada Tia. Semuanya sudah berubah kini. Dia juga ingin memperbetulkan keadaan.

Tia menolak pintu bilik Nureen. Perlahan supaya tidak mengganggu sepupunya.

"Assalamualaikum Nureen." Tia menjenguk wajahnya dari balik pintu.

Nureen sedang duduk di atas birai katil. Wajahnya sembab dan kelihatan lesu serta tidak bermaya. Nampak sangat wajah kurang sihatnya.

Tia atur langkah perlahan menghampiri sepupunya itu. Dia turut duduk di sebelah Nureen.

"Kau apa khabar?" Tia memulakan soalannya. Memecahkan suasana sunyi di dalam bilik itu.

"Aku minta maaf Tia. Banyak salah aku pada kau selama ni. Aku ni lagi tua daripada kau. Aku sepatutnya yang jaga kau dan Taufiq. Bukannya semakin hendak menjatuhkan kau. Aku dah sedar sekarang ni. Aku minta maaf. Banyak sangat dosa aku pada kau." Nureen bersuara. Tidak membalas pertanyaan Tia. Dia capai tangan sepupunya itu dan dia genggam erat.

"Aku dah lupakan semualah. Kita ni sepupu. Darah yang mengalir dalam tubuh kita ada dari keturunan yang sama. Ikatan tu takkan hilang sampailah kita mati." Tubuh sepupunya dia raih ke dalam pelukan. Menepuk perlahan belakang wanita itu dan turut digosoknya.

"Baiknya hati kau. Aku ni seorang pendosa. Entah macam mana aku nak bersihkan diri aku yang dah kotor ni." Nureen meluah hiba. Dia masih menangis di bahu Tia.

"Kau cakap apa ni? Kita semua pendosa. Masih belum terlambat untuk kita bertaubat dan mendekatkan diri kita dengan Allah. Dengan cara ini dapat menjauhkan diri kita dari anasir - anasir yang tidak baik." Satu nasihat dia berikan buat sepupunya itu.

"Aku dah nak pergi dari sini. Kau jaga diri kau. Entah bila kita akan berjumpa lagi," maklum Nureen bersama esak tangisnya yang belum reda.

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience