"Terima kasih sebab Tia sudi jumpa saya. Macam mana dengan kerja Tia sekarang. Lagi sebulan nak habiskan intern dekat syarikat tu kan."
"Sama - sama. Terima kasih juga sebab belanja saya makan harini. Ye, lagi sebulan. Tak taulah akan diserap atau saya akan cari kerja di tempat lain bila dah habis nanti." Tia membalas. Jus oren sunquick dia teguk. Rasa sejuk menyelusup ke seluruh tenggoroknya.
"Lepasni nak pergi mana? Awal lagi ni?" Razif menyoal. Tidak berkedip matanya memandang wajah lembut Tia.
"Saya nak balik." Tia membalas sepontan.
"Takkan dah nak balik dah. Harini tak kerjakan. Cuti. Takkan hari Sabtu pun kerja jugak," tukas Razif.
"Errr, tak kerja. Maksud saya. Hari minggu ni saya nak rehat. Otak dah penat, lima hari duk ngadap dokumen dan fail. So inilah peluang untuk saya rehatkan otak." Maklum Tia.
Razif melepas keluh. Setelah berkali - kali dia memujuk gadis itu keluar. Baru hari ni berjaya. Takkan dia nak melepaskan peluang yang susah sekali dia nak dapat macamni.
"Kita tengok wayang nak? Sekarang ada cerita best." Razif memancing.
"Takpe Encik Razif, saya nak balik. Penat sangat badan ni. Semalam kemaskan bilik fail," maklum Tia.
"Awak kemas bilik fail. Cleaner takde ke?" Razif kerut kening. Takkan staff intern pula yang kena buat itu semua. Dia berdesis.
"Takkk, cleaner hanya ditugaskan untuk sapu lantai sahaja dan lap - lap apa yang patut. Tak boleh sebarang - sebarang untuk pegang dokumen sesuka hati. Diaorang takde priority untuk buat tu semua. So, kamilah staff intern yang kena buat," panjang lebar dia memberi penerangan. Kalau tak faham lagi tak taulah.
"Ye, saya faham. Kalau taknak tengok wayang, jom kita jalan - jalan kat Mall, boleh juga cuci mana. Mana tau ada sales sekarangni." Razif masih juga tak jemu memujuk. Keras betul hati Tia.
"Saya dah siap makan. Jomlah kita balik. Hari macam nak hujan. Cuaca mendung je kat luar."
Razif tengok jam. Baru nak masuk ke pukup 12.00 tengahari. Awal lagi. Baru dua jam mereka keluar. Itupun hanya makan sahaja.
"Jap, saya lupa nak tanya. Tadi masa Encik Razif nak ajak saya keluar, Encik Razif maklum ada hal nak cakap pada saya. Hal apa tu?" Tia menyoal. Sekeping tisu dia bawa ke mulut dan lap perlahan - lahan.
Razif yang menunduk kerana sedang membalas mesej WhatsApp seseorang di handphone angkat kepala.
"Takpe nanti lain kali. Saya pun dah lupa apa yang saya nak cakap pada awak."
Tia angguk. Tapi hatinya masih juga nak tau.
"Terima kasih sekali lagi Encik Razif. Saya dah kena balik." Tia angkat punggung.
"Sabarlah dulu. Duduk..." Razif menghalang.
Tia duduk kembali. Sekejap - sekejap dia menjeling jam pada handphonenya.
"Saya nak kenalkan awak pada orang tua saya. Dalam waktu terdekat.
"Errr, jumpa orang tua Encik Razif??? Maksudnya..."
"Saya sebenarnya sudah terjatuh sayang pada awak Tia. Sejak pertemuan pertama kita di kedai serbaneka. Hati saya dah mula suka pada awak. Wajah awak sentiasa bermain di setiap ruang minda saya. Dan awak tau apa yang paling saya suka, bila awak menjadi pelajar saya. Hari - hari awak membuatkan saya tak sabar nak jumpa awak di dalam kelas. Awak memberi saya semangat yang sangat lain Tia."
"Tak boleh Encik Razif. Kita tak boleh..." Berat mulut Tia mahu berterus terang yang dia sudah menjadi isteri orang.
"Kenapa tak boleh? Sebab awak masih muda? Saya tak kisah pun pasal umur. Umur tu cuma angka. Tapi sikap matang awak yang membuatkan awak lain daripada pelajar - pelajar saya yang lain."
Tia naik seram dengan tingkah pensyarahnya. Bersungguh pula kata - katanya kali ini.
"Tak maksud saya, status saya Encik Razif. Status saya..."
"Kalau bertunang pun boleh putus, tak salahkan saya mencuba." Masih lagi tak berputus asa. Seboleh - bolehnya dia mahu mendengar kata 'ya' dari mulut gadis ini.
Tia bangun... Slingbagnya sudah dia galas di bahu. Bersedia untuk beredar dari situ.
"Saya dah kahwin. Maaf Encik Razif."
Tanpa menunggu lama, Tia terus beredar dari situ. Risau pula jika hal ini akan menjadi makin panjang.
Razif tergamam.
Tia dah kahwin!!!
Seakan tidak percaya dan tidak boleh menerima kenyataan.
Razif ramas rambutnya kuat - kuat. Dia hampa. Hampa kerana hajatnya mahukan Tia menjadi wanitanya tidak tercapai.
Dari balik tiang. Beberapa keping gambar yang sudah disnap ditatapnya kembali dengan senyum dan ketawa panjang.
Hatinya puas. Cukup untuk dia menggoyahkan hati lelaki itu.
********
Hud berjalan ke hulu dan ke hilir. Dari tadi dia melihat ke arah sampul berwarna coklat yang dia ambil dari peti pos.
Tak tau daripada siapa pengirimnya. Selepas dia keluar setelah mendengar bunyi loceng, orang yang menghantar sampul itu sudah tiada.
Sakit segala urat nadinya apabila melihat beberapa keping gambar mesra isterinya bersama seorang lelaki di sebuah restoran dan dia tau siapa lelaki itu, pensyarah Tia. Kerana pernah melihat semasa lelaki itu menjemput isterinya keluar dulu. Manakan dia akan lupa.
Nafasnya turun naik. Dari tadi dia menunggu isterinya pulang setelah wanita itu meminta izin untuk keluar.
Pintu utama dibuka. Wajah sugul isterinya terpampang di muka pintu. Melangkah masuk secara perlahan dan seolah - olah tiada kudrat untuk melangkah.
"Sayang pergi mana? Tadi tergesa - gesa keluar, tak sempat abang nak tanya. Handphone pun sayang offkan, abang nak call pun tak dapat." Hud menyoal tegas. Tanpa senyum seperti selalunya apabila menatap wajah isterinya itu.
"Tia jumpa kawan..."
"Jumpa kawan atau jumpa jantan? Kenapa nak kena tipu abang?"
"Errr, betullah Tia jumpa kawan. Encik Razif, pensyarah Tia. Salah ke?" Tia kecut perut mendengar jerkahan kuat suaminya.
"Yang mana satu betul? Kawan atau pensyarah?" Hud masih tak puas hati. Suaranya bergema di seluruh ruang tamu rumah banglo dua tingkat itu.
"Dua - dua betul. Maaf sebab tak cakap terus terang pada abang dengan siapa Tia keluar. Memang itu silap Tia." Air matanya sudah bergenang. Takut usah cakaplah.
Hud tarik tangan Tia kuat - kuat. Hampir nak jatuh terpelanting Tia ke sofa.
"Sakit abang."
"Hati abang lagi sakit Tia. Tengok semua gambar - gambar ni." Suara Hud menggeram.
Tia sempat menyambut balingan sampul surat berwarna coklat yang dibaling oleh Hud ke mukanya. Dia tarik nafas lega, kalau tidak mahu terkena batang hidungnya. Tia urut pergelangan tangan kanannya apabila pegangan dilepaskan. Sudah berbirat merah. Pedihnya hanya Allah saja yang tahu.
Air mata Tia bercucuran. Perlahan dia buka sampul surat itu dan mengeluarkan isi dalamnya.
Dia tergamam. Beberapa keping gambar dia bersama Encik Razif telah diambil curi oleh photographer hantu. Entah siapa yang dengki pada dia yang sanggup buat semua itu.
"Jelaskan pada abang. Kemain mesra gambar sayang bersama jantan tu. Kalau dengan abang, kejung macam tiang lampu."
Lagi sekali bahu Tia terangkat apabila mendengar suara kuat Hud.
"Tia... Tia..." Tia telan liur. Rasa gugupnya menghalang dia dari memberi penjelasan dengan lancar.
"Cakaplah sayang." Hud masih lagi bersabar. Menahan tangan yang terasa ringan sekarangni.
"Tia dengan Encik Razif takde apa - apa. Dia tak tau yang Tia dah berkahwin. Lagipun harini Tia dah jelaskan semuanya pada Encik Razif. Tak perlu abang nak cemburu. Tia dah jadi milik abangpun sekarangni. Selagi kita belum cerai, selagi itulah Tia akan setia dengan abang." Tia teresak - esak.
"Macam mana abang nak percaya sayang kalau sayang pun susah nak jujur pada abang. Kenapa tak bawa abang temankan? Sekaligus kita boleh clearkan semua ni. Abang tau. Razif suka pada sayang. Abang dapat baca dari naluri lelaki abang. Susah sangat ke sayang nak berterus terang dengan abang?" Hud ambil tempat di sebelah Tia. Tangan isteri yang dia cengkam sebentar tadi dia usap perlahan. Masih ada kesan merah.
"Abang minta maaf. Sebab abang buat sayang sakit. Tapi hati abang lagi sakit. Tengok gambar mesra sayang dengan jantan tu." Dia paut Tia dalam pelukan. Bahu wanita itu dia usap dan kepala Tia dia bawa ke dadanya.
"Tia pun nak minta maaf pada abang. Tia mengaku, Tia yang salah. Dan mulai harini, Tia terima abang sepenuhnya dalam hati Tia. Tolong bimbing Tia. Tolong jadi imam untuk Tia." Air matanya berjejeran mengalir ke pipi. Hatinya sudah terasa lapang apabila mengungkapkan kata - kata yang sudah lama dia simpan.
"Hmmm, terima kasih sayang. Lepasni abang akan temankan sayang walau ke mana pun sayang pergi. Jangan pergi sorang - sorang lagi. Sayang isteri abang." Marahnya yang membuak sebentar tadi sudah sedikit mengendur. Sebolehnya dia mahu tahan sifat amarahnya. Kerana dia masih dalam fasa memujuk isterinya itu.
Tia buat kesekian kalinya mula membalas pelukan suaminya. Dua perkara yang membuat hatinya tersangat tenang harini. Pertama, dia sudah berterus - terang dengan Encik Razif, pensyarahnya dan kedua dia sudah memahatkan nama suaminya di salah satu sudut paling istimewa di dalam hatinya.
"I Love You sayang... Abang sayang isteri abang sangat - sangat."
Kata - kata Hud yang romantis itu menyelinap ke segenap urat nadi Tia. Tia tarik nafas dalam - dalam.
"Abang dah makan?"
Hud yang masih dalam dunianya terjaga dari lena.
Isteri yang masih dalam pelukan dia tatap.
"Belum sayang... Tapi abang dah masak. Abang tunggu sayang untuk makan sama - sama. Tunggu sini abang panaskan lauk," Maklum Hud.
"Tia..."
"Jangan cakap sayang dah kenyang yer..." Puncak hidung isterinya dia cuit.
"Takkk, maksud Tia, Tia nak tolong abang kat dapur. Tadi Tia tak makan sangat pun. Tak selera sebab suami Tia takde sekali." Tia ketawa kecil. Laju pula dia membalas seraya mahu membontoti suaminya ke dapur.
"Emmm, yela tu. Jomlah kalau nak tolong abang." Hud geleng kepala melihat tingkah manja isterinya itu.
"Abang masak apa?" Tia menyoal.
"Masak simple - simple je, tapi tak taulah sayang suka atau tak. Yang penting jangan geli nak makan masakan abang." Sengaja dia menguatkan suara pada perkataan 'geli'. Mahu lihat reaksi Tia. Entahlah, suka benar dia menyakat isterinya ini.
"Yang geli tu abang. Abang yang cakap geli nak makan masakan Tia. Tapi Tia tak pernah pun cakap geli nak makan masakan abang. Tak perlu nak bagi ayat sindiran." Tia pulang paku buah keras. Sendiri yang terciduk, kita pula yang disindir. Gumam Tia.
"Yela sorry. Tak payah muncung - muncung. Nanti abang letak hanger kat mulut tu." Gurau Hud. Risau pula dia jika muncung isterinya itu sampai ke malam.
"Nanti rasa kalau sedap puji, kalau tak sedap jangan keji." Hud berkias sambil meletak satu mangkuk di depan Tia.
"Mee segera!!! Bukan tadi abang cakap abang masak." Tia kerut kening. Mee segera siap ada telur mata sebiji di atasnya dia renung.
"Hehehe, tadi abang masak kuah. Ni baru masukkan mee, kalau masuk awal takut dia lembik pulak," ujar Hud dengan senyum simpulnya.
"Hmmm, okay. Mee segera pun, mee segeralah. Janji boleh makan. Bukan senang nak tengok effort suami Tia masak." Tia mula mengambil satu sudu kuah lalu dihirupnya perlahan.
"Sedapkan. Hehehe."
"Emmm, sedap sangat. Terima kasih abang sebab masakkan untuk kita tengahari ni, walaupun hanya mee segera." Ucap Tia.
"Sama - sama sayang."
"Nanti dinner kita malam ni turn Tia pulak masak ye. Mau sakit perut kalau abang yang masak. Mesti menu mee segera." Ulas Tia bersahaja. Semangkuk mee sudah selesai masuk ke perutnya.
"Emmm, tak payah. Malam ni kita dinner dekat luar. Sayang tak payah masak." Hud memberi cadangan.
"Betul ni???"
"Betullah sayang."
Hud bangun, mangkuk Tia juga dia ambil dan membawanya ke sinki.
Tia berlalu masuk ke biliknya. Dia mahu solat Zohor. Badannya juga sudah melekit. Meminta dibersihkan.
*******
"Jom, kita dah sampai."
Tia sambut tangan Hud. Mereka beriringan masuk ke dalam restoran masakan panas.
Mereka mengambil satu tempat kosong mengadap ke arah tasik.
Restoran atas tasik yang cantik bagi pandangan pertama Tia. Belum pernah lagi dia sampai ke sini.
"Abang dah siap order. Harap sayang suka. Sebab kalau kita walk in, lambatlah kita dapat makan. Sayang tengok dalam restoran ni, dah penuh," maklum Hud. Tiba - tiba dia teringat saat bersama Tania dulu. Tania tidak akan masuk dalam restoran seperti ini. Yang dia suka, hotel dan cafe atau restoran mewah. Kerana sayang, terpaksalah dia turuti walaupun kadangkala dia teringin nak makan di restoran yang menyajikan nasi campur atau restoran masakan panas macam yang dia pergi sekarangni.
"Terima kasih," ucap Hud kepada pelayan restoran.
Betullah cakap suaminya, tak sampai lima minit menunggu, makanan yang diorder sampai di depan mata.
"Banyaknya abang order." Tia teruja. Ada ikan siakap masak tiga rasa, ketam masak sambal, udang dan sotong goreng tepung. Kailan ikan masin dan tomyam campur.
"Kita makan puas - puas ye. Balas dendam yang kita makan mee segera tengahari tadi. Heheheh." Hud ketawa kecil sambil meletakkan cebisan isi ikan siakap ke dalam pinggan isterinya.
"B, jumpa juga you kat sini."
Happy reading ❤️ Es Lilin
Share this novel