BAB 21

Romance Series 13768

Tap...

Pintu keretanya ditutup perlahan.
Tia menyusur langkah ke arah susur gajah.

Waktu masih awal dan dia tidak mahu terkocoh - kocoh. Santai - santai sudahlah.

.....Tia, terus datang ke cafe, kita breakfast dulu.

WhatsApp dari kawan baiknya itu dia balas.

Ralit menekan keypad pada handphone...

"Auchhhh..."

Ni tiang batu atau orang. Keras betul.

Dia gosok bahunya. Handphonenya sudah terjatuh di atas simen. Sepantas kilat dia ambil Handphonenya, risau jika retak atau pecah.

Lega, skrin protector betul - betul membantu. Handphonenya tidak tercalar apatah lagi pecah.

"Errrr, ma... afff..." Tia dongak kepala melihat lelaki berbadan tegap dan sasa di depannya.

"Encik..." Mata Tia membulat. Rupanya dia terlanggar lelaki yang pernah dia tunjukkan pejabat pengurusan pada tempoh hari.

"Takpe, tak payah minta maaf, salah saya juga leka dengan handphone sampaikan tak perasan awak lalu kat depan."

"Takkk, saya yang salah. Saya pun leka dengan Handphone."

Masing - masing mengungkapkan perkataan maaf.

"Okay baik encik, saya pergi dulu, kawan saya dah tunggu." Tia mahu undur diri. Sebenarnya dia juga ada rasa bersalah.

"Errr, kejap..."

Langkah Tia terhenti, dia berpaling ke belakang.

"Nama awak?"

"Tia Zahara..."

"Selamat berkenalan, tapi saya macam pernah lihat awak sebelum ni."

"Iye ke tapi kat mana tu?"

"Haaa, baru saya teringat, di kedai serbaneka. Betul?"

Tia letak jari telunjuk kanan di tengah bibir. Matanya sedikit berkerut. Cuba mengingatkan.

Ya, baru dia teringat, inilah lelaki yang tolong bayarkan barang di kedai serbaneka tempoh hari. Tapi kenapa lain sangat?

Dia cuba pandang lelaki di hadapannya. Ooo, baru dia faham, yang dia jumpa sebelum ni tidak berkaca mata tapi yang berdiri di depannya kini adalah berkaca mata.

"Dah ingat?" Lelaki itu menyoal.

"Errr, yer - yer. Encik yang tolong bayarkan bil barang saya tempoh hari kan?"

"Ingat pun. Nama saya Razif. Saya pensyarah baru di sini." Lelaki itu memperkenalkan diri.

"Errr, saya Tia... Tia Zahara. Saya minta maaf Encik. Saya nak bayar semula duit yang haritu." Tia tundukkan wajah. Malu sebenarnya bila mengingatkan peristiwa haritu.

"Eh, tak payah, tak payah. Saya dah halalkan dunia akhirat. Awak simpan balik duit awak tu." Razif menggawang - gawang tangan kanannya di depan wajah Tia.

"Tapi encik..."

"Tak payah tapi - tapi, duit saya lagi banyak dari duit awak so simpan balik duit awak tu yer."


Tia akhirnya mengalah. Handphonenya tiba - tiba memainkan lagu.

Alamakkk...

Nama Amni tertera pada skrin... Mesti teruk kena marah dengan Amni ni sebab membuatkan dia tunggu lama.

"Maaf encik, saya kena pergi dulu. Kawan saya dah tunggu." Tia minta undur diri.

Razif angguk perlahan.

Dua kali bertemu tanpa sengaja. Adakah ini petanda jodoh? Dia usir jauh - jauh apa yang terlintas di hatinya itu. Dia sudah bergelar tunangan kepada orang lain. Sepatutnya fikirannya hanya tertumpu pada tunangnya itu.

Tunang!!!

Seperti tidak bertunang. Tunang sekadar atas nama dan melengkapkan adat sahaja.

Sebab... Dia hanya menjadi penurut. Penurut atas kehendak orang tua.

Dia halakan pandangan pada wanita muda yang sudah jauh ke depan. Senyuman manis terukir di bibirnya.

*******

"Morningggg..."

Kelas yang sedikit bising dengan celoteh dan gelak tawa itu tiba - tiba senyap. Bak kata orang seperti malaikat lalu.

Mata Tia membulat besar. Air liur ditelan berteguk - teguk.

"Encik Razif..." Mulutnya bersuara tanpa isyarat.

"Encik Razif??? Kau kenal ke dengan pensyarah baru kita ni?" Amni menyoal.

"Errr, tak... Tak kenal. Aku tengok pada nametag kat baju dia tu." Nasib baik dapat pusing.

"Okay, saya adalah pensyarah baru awak yang akan menggantikan Puan Halena. Apakata harini kita tak payah belajar tapi kita akan buat sesi memperkenalkan diri."

"Saya akan perkenalkan diri saya dulu, nama saya Syed Akmal Razif bin Syed Badrul. Nama glamour saya Razif. Nak panggil Akmal pun boleh, takde salahnya pun." Razif tertawa kecil. Sempat pula dia melawak.

Satu kelas hingar dengan gelak pelajarnya.

Tia pula tidak berani untuk mengangkat muka. Segan, malu semua ada. Kalau diikutkan entah apa yang hendak disegankannya pun tak tau.

"Okay kita mula dari belah kanan saya ni." Razif mendepangkan tangan kanannya dan menunjukkan ke arah meja di sebelah kanan.

Bilik kuliah sedikit sunyi. Hanya kedengaran suara pelajar - pelajar memperkenalkan diri.

Tia dah mula gugup. Lagi satu barisan akan ke gilirannya pula.

Tiba gilirannya dia memperkenalkan diri dengan penuh yakin. Walaupun sedikit gugup berjaya juga dia menghabiskan sesi pengenalan diri itu.

Biasalah, Nama penuh, nama timangan, asal mana, umur berapa, kegemaran, berapa orang adik - beradik dan seumpamanya.

"Awak tak cerita pasal ayah awak?" Razif menyoal kerana Tia hanya bersungguh - sungguh bercerita mengenai ibunya sahaja yang sekarang sudah menjadi petani moden.

Entah kenapa, seperti banyak yang ingin dia ketahui perihal gadis ini.

Tia berdebar tiba - tiba. Kenapa soalan ini yang akan ditanya.

Dia hela nafas. Setelah semuanya kembali stabil...

"Ayah saya dah meninggal. Dah lama semasa saya masih kecil," maklum Tia sedikit gugup.

Razif telan liur. Ternyata, soalan yang diajukan itu tidak sepatutnya dia tanya.

"Maafkan saya. Saya tak tau." Suara Razif mengendur. Timbul rasa bersalah bertimpa - timpa.

"Tak apa - apa Encik Razif. Saya okay." Tia memberi jaminan.

Razif angguk.


Setelah Tia duduk...

"Okay next..."

Sesi pengenalan diri berakhir dengan jayanya. Walaupun sesekali pecah ketawa apabila ada yang membuat lawak bodoh.


Layankan aje kepala budak - budak ni selagi sikap hormat pada dirinya masih ditunjuk.

Kelas berakhir.

Sebelum keluar, sempat dia singgah di meja Tia.

"Sebelum balik nanti, jumpa saya di cafe," arah Razif. Tanpa tunggu jawapan atau anggukan kepala, Razif keluar dari bilik ini.

"Wehhh..." Bahu kirinya ditepuk perlahan.

"Kau jangan fikir bukan - bukan, mungkin adalah tu dia nak minta tolong aku." Terpaksa pula dia beri penerangan. Ni semua Encik Razif punya pasal.

Kelas berjalan lancar. Waktu berlalu begitu pantas. Sekejap sahaja jam menghampiri pukul empat petang.

Tia pantas kemas barang - barangnya. Kalau lambat dia jumpa Encik Razif, maka lambatlah dia balik.

Amni pegang tangan Tia. Risau juga kepada kawan baiknya ni.

"Kau nak aku temankan tak?" Soal Amni.

Tia senyum seraya menggelengkan kepala.

"Takpe, aku okay. Kau balik dulu. Jangan tunggu aku. Kau jangan risau tau. Aku fikir mungkin dia ada nak minta pertolongan aku. Maklumlah, diakan masih baru kat sini." Tia memberi ayat penyedap.

"Emmm, okaylah kalau macam tu. Kau jangan balik lambat. Papehal kau call aku terus," pesan Amni. Sempat dia memberi pesanan penaja.

*******

Usai keretanya diparkirkan pada tempatnya dan sejurus mematikan enjin kereta, Tia berdiri tercegat di sebelah keretanya.

Matanya fokus pada kereta berwarna hitam yang terparkir elok selang satu ruang daripadanya.

"Tak keluar ke?" Memang soalan itu yang selalu dia tanya pada dirinya sendiri apabila melihat kereta suaminya masih tersadai di bawah garaj.

Tia gagahkan juga kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

Dia sebenarnya tak berapa suka jika lelaki itu ada di rumah. Mesti akan berlaku pertengkaran mulut.

Mesti ada je yang tidak kena. Dalam diam dia sudah bersepakat dengan Amni untuk duduk di rumah sewa.

Lagi mudah dan dekat untuk ke kolej. Tidak perlu hadap jem pagi - pagi dan dia boleh berbincang untuk membuat homework atau assignment. Tidak perlu terkejar - kejar. Amni sudah memberi jaminan yang dia boleh tolong carikan.

Cumaaa, perlukah dia maklumkan pada suaminya. Takut nanti kalau ditanya akan dipalau pula. Dipalau masih boleh terima. Jika ditengking, dimaki...

'Bagitau Tia, berdosa seorang isteri keluar rumah tanpa izin suami. Inikah pula nak duduk asing.' Suara hatinya berbisik.

'Untuk apa? nak suruh dia malukan kau lagi. Dia sendiri yang cakap, jangan campur urusannya dan dia sendiri pun taknak ambil tau urusan kau.' Kata hatinya yang satu lagi berbisik pula.

Satu sudut menasihatinya dan satu lagi seperti melarangnya malah menyokong lagi untuk dia berbuat perkara yang merosakkan pemikiran dirinya.

Takpelah, bagitau sajalah. Tahan sahaja telinga untuk beberapa minit tu.

Jejak sahaja kaki ke dalam rumah. Hidungnya terhidu bau sesuatu.

Sedap!

Kaki melangkah ke arah dapur.

"Siapa pulak yang masak?" Soal Tia. Hanya telinganya sahaja yang mendengar.

Masuk ruang dapur, kelihatan suaminya sedang sibuk meletak makanan ke dalam pinggan.

Sejak bila dia pandai masak? Sepanjang hampir setahun perkahwinan, tak pernah pula dia lihat atau tahu yang lelaki itu pandai masak.

Hud yang perasan seperti ada orang sedang memerhati terus berpaling.

Tia masih tercegat di situ.

Gugup ada. Takut pun ada.

"Kau dah balik."

"Jom makan sekali, aku ada masak spaghetti bolognese."

Lembut dan tidak menekan seperti selalu suara itu.

Roh dah bertukar ker? Roh baik dah masuk ke badan agaknya. Fikir Tia.

Tia terdiam. Langkah yang ingin berpusing untuk masuk ke bilik juga terhenti.

Pelik!

Aneh!

Dah nak sampai masa agaknya. Errr, Tia ketap bibir.

"Tu mulut herot - herot ada mengumpat kat akulah tu."

"Errr, mana ada," balas Tia pantas.

"Tunggu kat meja makan, kejap lagi kita makan sama - sama," arah Hud. Dia tau, Tia mesti pelik dengan tingkahnya yang tiba - tiba bercakap baik itu. Dia akui, sejak hampir setahun ini, tak pernah dia melayan dan bercakap baik dengan isterinya itu.

"Takpe, Encik Hud makan dulu, saya dah kenyang. Saya dah makan dengan kawan selepas habis kelas tadi."

Yer, betul, dia dah makan bersama Amni sebelum balik ke rumah. Makan pula sepinggan nasi goreng USA. Mestilah dah kenyang sangat perutnya. Dah tak lalu nak makan lagi.

"Makan dengan 'kawan' atau 'kawan tapi mesra'???"

"Kawan tapi mesra pun takde kaitan dengan Encik Hud..." Tia laju membalas sindiran suaminya itu.

Hud terpempam... Bukan jawapan itu yang dia mahukan.

Tia angkat kaki dan berlalu dari kawasan dapur. Langkah dilajukan untuk segera sampai ke bilik.

Hatinya masih tak habis fikir dengan perangai Hud sekarang ini. Berubah baik secara mendadak.

Baru semalam dia menadah telinga menerima caci maki lelaki itu.

Hud melepas keluh. Tubuh Tia sudah hilang dari matanya.

"Makan sorang - soranglah nampaknya ni." Baru dia ingat nak makan sama - sama isterinya untuk dinner malam ni. Bersungguh dia turun ke dapur untuk memasak makanan ini.

Hmmm, takpe, banyak lagi masa.

Dia bawa pinggan berisi spaghetti itu ke ruang tamu. Bosan makan sorang -sorang boleh menonton Netflix.

*******

Tia membawa nota - nota yang diminta oleh Encik Razif untuk dibuat salinan ke kelas.

Ingatkan apalah yang penting sangat sampai nak jumpa petang tu.

Notifikasi WhatsApp masuk.

Laju ibu jari kanannya menolak atas permukaan skrin. Mesej dari nombor yang tidak dikenali.

.....JANGAN LUPA BAWA NOTA - NOTA YANG SAYA MINTA BUAT SALINAN SEMALAM.

~Razif~

Fuhhh, lain macam huruf besar. Ni soft reminder atau marah???

Tapi... Mana Encik Razif dapat nombor aku??? Seingatnya tak pernah pula dia memberikan nombor telefon pada lecturer muda itu.

Tetap juga membalas. Nak tanya lebih - lebih tak berani. Dia lecturer, aku ni hanya pelajar.

.....Baik Encik Razif. Duit baki saya bagi kat kelas nanti.

.....TAKPE, AWAK SIMPAN DUIT BAKI TU. LAGIPUN DUIT SAYA DAH BANYAK.

Huruf besar lagi. Memang sejenis yang suka menaip dengan huruf besar kot. Tia menelah.

"Taulah duit dah banyak tapi tak perlulah riak. Dari first jumpa cakap duit banyak. Diam - diam sudahlah." bebel Tia. Lelaki dan riak berpisah tiada. Tapi bukan semua. Encik Razif je.

Dia hidupkan enjin kereta. Panaskan enjin barang sekejap sebelum meninggalkan perkarangan rumah.

Untuk waktu pertama pagi ini adalah kelas Encik Razif. Dia perlu sampai awal ke kelas. Dia sudah diarahkan untuk mengagihkan nota - nota itu kepada rakan - rakan sekelasnya. Dah jadi macam ketua pulak.

Tia duduk di tempatnya semula setelah selesai membuat pengagihan.

"Tia..."

"Yer, tak payahlah bisik - bisik. Cakap je macam biasa," sahut Tia.

"Semalam kenapa Encik Razif nak jumpa kau?" Amni menyoal. Dia rapatkan telinganya pada wajah Tia.

"Ni..." Kertas di tangan dia tunjuk pada Amni.

"Ni???" Amni semakin berkerut keningnya.

"Encik Razif minta tolong aku untuk buat salinan nota ni," terang Tia.

"Aikkk, dekat pejabat pengurusan bukan ada mesin fotostat." Dahi Amni semakin berkerut. Sabar menunggu jawapan balas Tia.

"Entah, dah dia minta tolong, takkan aku nak kata tak boleh pulakkan." Tia membalas selamba.

"Ha'aah betul jugak tu. Tapi yang aku tak faham kenapa dia suruh kau?"

"Kita lupakan jelah. Tak payah fikir, kenapa Encik Razif suruh aku. Anggap jelas tu tu sebagai satu pertolongan untuk mengumpul saham akhirat." Tia sudahkan kata - katanya sebelum membetulkan duduknya.

"Selamat pagi kelas..."

Pensyarah muda dan kelihatan segak itu masuk ke kelas dengan wajah seriusnya.

"Selamat pagi Encik Razif." Lantunan suara dari seluruh kelas bergema memecah suasana.

"Dah dapat nota ni?" Dia menunjukkan nota yang dipegangnya.

"Dah dapat Encik Razif." Sekali lagi bergema lantunan suara.

Tia hanya menunduk. Dia tau, pensyarahnya itu selalu mencuri pandang ke arahnya. Tapi tak taulah hanya perasaannya semata.

"Kita mula bahagian pertama."

"Tia baca..."

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience