BAB 28

Romance Series 16040

Tia membetulkan lilitan shawl. Baru pertama kali dia memakai shawl. Itupun belajar di Tik Tok.

Berjenuh dia mencari tutorial yang mudah - mudah dan simple untuk dia ikuti.

Entah apa mimpinya dia nak pakai pagi ni, lepas tu mulalah susahkan diri.

Puas meneliti diri di depan cermin dan berpuas hati dia memusingkan badannya beberapa kali pusingan.

Harini dia memakai kurung moden bercorak sederhana bersama shawl berwarna baby blue.

Pagini dia tak sempat nak bersarapan di rumah. Hari pertama dia akan melapor diri sebagai staff intern, takut pula terlewat.

Sebagai permulaan memasuki alam kerjaya walaupun sekadar pelajar praktikal, dia perlu tunjukkan contoh yang baik. Tidak mahu dipandang buruk oleh staff lain.

Klakkk...

Suiz lampu yang terletak di tepi pintu dia tekan sebelum keluar dari bilik. Pintu bilik pula dia kunci.

Keluar dari bilik, Tia bertembung pula dengan Hud yang baru turun tangga.

"Dah siap??" Hud menyoal. Dia kelihatan kacak dengan baju biru muda bersama tali leher berwarna dark grey.

Tia kerut kening. Kenapa pula tanya? Selama ni takde pula nak menanya.

"Sayang dah siap?" Hud menyoal sekali lagi. Masih lagi tidak berputus asa selagi tidak mendapat jawapan balas dari si isteri.

"Dah..." Balas Tia ringkas.

"Jom pergi sekali dengan abang. Sebelum pergi office, kita breakfast dulu. Awal lagi ni," cadang Hud seraya melihat jam di tangan.

"Errr, tak apa Encik Hud, saya boleh pergi sendiri. Lagipun saya nak terus ke pejabat, tak nak singgah - singgah kat mana - mana." Tia menolak secara baik. Dia tidak mahu merosakkan mood di pagi harinya.

"Pergi dengan abang. Ni arahan dari suami. Tak boleh bantah," usul Hud sebelum menarik tangan isterinya.

Tia yang belum bersedia itu tertarik ke depan. Hampir mengenai badan suaminya.

"Janganlah tarik. Saya boleh jalan sendiri. Kenapa Encik Hud suka memaksa?" Tia geram. Sangat tidak menyukai sikap suka memaksa suaminya itu.

"Sebab sayang degil..." Tanpa endahkan isterinya yang cuba melepaskan genggaman tangan dari tangannya, dia menguatkan lagi pegangan tangan itu dan beriringan keluar dari rumah. Jika diikutkan perangai degil isterinya itu, maka lambatlah mereka bergerak ke pejabat dan tak sempatlah untuk dia meluangkan masa bersarapan dengan wanita itu pada pagi ini. Itu yang paling utama.

Pintu kereta di sebelah duduk penumpang dia buka. Tapi isterinya itu masih mematungkan diri.

"Cepat masuk sayang. Nanti kita berdua lambat sampai ke pejabat dan tak sempat nak bersarapan." Hud memujuk. Sejak dirinya mula berbaik - baik dengan Tia, jiwanya menjadi sedikit lembut dan lebih bersabar. Sabar dalam erti kata melayan karenah isterinya.

Dia sedikitpun tidak menyalah Tia kerana bersikap seperti itu. Semuanya sebab dirinya. Dirinya yang salah kerana melayan Tia dengan buruk sebelum ini.

Hud tolak Tia supaya masuk ke perut kereta.

Wajah Tia masam mencuka. Semua perkara nak memaksa. Rengusnya.

"Pakai seat belt atau nak abang bantu." Hud buat - buat cuba nak merapat.

Tia cepat - cepat menarik seat belt dan memasangnya. Seram sejuk pula dengan sikap suaminya sekarang. Jika dulu dia takut jika dimaki, dihina, ditengking dan dimarahi tetapi sekarang dia seram dengan sikap tidak terduga Hud padanya.

Perubahan sikap Hud sejak dua menjak ini sungguh dia tidak jangkakan.

Tiada lagi tengkingan dan makian dari mulut suaminya itu. Semua yang keluar adalah yang baik - baik dan manis didengar.

"Fikirkan apa tu? Tengah ngumpat abang dalam hati ke?" Hud menyoal dengan bibir terukir senyum.

"Kenapa Encik Hud layan saya dengan baik sekarang ni? Saya pelik. Roh baik dah menyerap masuk ke dalam tubuh Encik Hud ke?" Tia menyoal berani.

"Hahahaha..." Hud ketawa besar.

"Roh baik dah masuk dalam tubuh... Hahaha..." Sekali lagi dia ketawa besar. Pertama kali dia mendengar ayat itu.

"Apa yang kelakar??? Saya rasa tak kelakar pun soalan saya." Wajah Tia masam mencuka. Orang serius dia main - main pula.

"Kelakarlah. Ayat sayang tu yang kelakar. Hmmm, okay, kita serius, berbalik pada soalan sayang tu, abang sebenarnya nak berubah. Abang dah nak bertaubat. Abang dah sedar dan dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata. Permata berkilau ada pada abang tapi abang sia - siakan. Bagi abang peluang nak tebus semua salah abang pada sayang." Penuh details Hud terangkan pada Tia. Dia sebenarnya memang sudah berubah dan kepada kedua orang tuanya dia sudah berjanji akan melayan Tia dengan sebaik - baik. Betapa gembiranya kedua orang tuanya apabila anak lelakinya itu sudah boleh menerima menantu pilihan mereka.

Tia terdiam. Dia buntu dan kelu untuk membalas kata dari lelaki di sebelahnya ini. Tipu jika hatinya tidak terusik. Setiap kata - kata Hud memang menusuk sehingga ke dalam hatinya.

"Jangan panggil saya 'sayang'..."

Hud yang tadinya fokus memandu memandang sekilas kepada Tia di sebelah. Dia melemparkan senyum tawar.

"Mulut abang. Sukahati abang nak panggil sayang dengan gelaran apapun. Abang tetap akan panggil awak dengan panggilan 'sayang' dan sayang stop panggil abang dengan panggilan Encik Hud. Abang bukan bos sayang." Hud membuat muka toya. Peduli apa dia. Mulut dia, dia punya sukalah.

"Kenapa baru sekarang? Kenapa tidak dulu, semasa awak tengking saya, marah saya panggil dengan gelaran tu. Sekarang dah bolehlah yer. Dah lain ke dulu dengan sekarang?" perli Tia. Wajah dia alihkan ke cermin tingkap.

Hud capai tangan Tia dari atas riba wanita itu.

"Abang menyesal sangat - sangat atas apa yang abang dah cakapkan dulu. Abang memang tak patut cakap sayang macam tu. Kalau sayang nak hukum abang, sayang hukumlah. Abang nak minta maaf dengan sayang. Kalau boleh dengan melutut, sayang nak maafkan abang, abang sanggup buat. Abang tau, abang dah termakan kata - kata hinaan yang abang pernah cakapkan pada sayang dulu. Abang dah jilat ludah abang sendiri. Abang sebenarnya malu sangat pada sayang." Suara Hud sedikit mengendur.

....Lama sudah kumencari bayang-bayangmu
Yang hilang bertahun-tahun yang makin reput
Bila tersedar di atas kesilapan diriku
Kulupakan cerita lama dan terus kembali

Maafkanlah aku
Bila aku melukai hatimu
Mungkin juga kita yang terlupa
Siapakah diri ini....

Tia tahan nafas sesaat. Lagu 'Maafkan Aku' nyanyian Asfan yang sedang berkumandang di radio memang tak rileks. Kena pula dengan situasi mereka sekarang.

Hud menguatkan sedikit volume pada radionya.

"Kena pula lagu ni dengan keadaan kita sekarang. Abang tujukan lagu ni buat sayang. Sayang fahami lirik lagu ni yer." Hud kembali memberi tumpuan pada pemanduannya.

"Kita breakfast sini dulu. Abang biasa sarapan di kedai ni. Nasi lemak daun pisang dia sedap," ujar Hud, kereta dia parkirkan di bawah pokok berhampiran kedai.

"Jom..." Tangan dia hulur setelah membukakan pintu kereta.

Tia tergamam. Romantik tak bertempat pula suaminya ini.

Usai ambil tempat, Hud melambai tangan pada pelayan. Kurang dua minit, seorang wanita muda pertengahan dua puluhan datang menghampiri bersama satu kertas di tangan.

"Macam biasa dik."

"Sayang nak makan apa? Sini semua ada. Goreng - goreng pun ada." Hud bertanya ramah. Seolah - olah tiada apa - apa yang berlaku.

"Bagi saya nasi lemak daun pisang bersama kopi panas," maklum Tia. Wajahnya dimaniskan kepada pelayan wanita itu.

"Abang memang selalu sarapan di sini sebelum pergi office."

"Dengan Tania ke?"

"Sayang cembu..."

"Saya tak cemburu, sikit pun tak..." Laju Tia membalas.

Hud tersenyum pahit. Betapa Happynya dia jika ada sedikit perasaan cemburu daripada isterinya ini.

"Sebab awak cakap selalu, tu yang saya tanya. Salah ke soalan saya?"

"Tak sayang. Tak salah. Abang je kot yang perasan." Hud membalas hampa.

Suasana sedikit tegang. Tia leka dengan handphonenya.

Hud ralit memerhati. Takkan takde sekelumit pun perasaan untuk memaafkan dirinya.

"Terima kasih," ucap Tia sejurus makanan yang diorder sebentar tadi sudah sampai ke meja.

"Nanti sambung bincang. Kita makan dulu," ujar Hud. Makanan didekatkan ke depan isterinya.

Dia juga memesan nasi lemak daun pisang sebentar tadi.

Masing - masing fokus pada hidangan di depan mata.

Sebenarnya Tia nak habiskan cepat - cepat makannya supaya dapat segera pergi ke pejabat. Malas dia nak mengadap muka Hud secara bersetentang seperti sekarang ini.

"Sampai bila Tia nak bukakan hati Tia untuk abang?" Hud menyoal tiba - tiba.

Tia diam... Dia juga kelu mahu membalas seperti apa. Kenapalah ada lelaki yang susah sangat nak faham.

Hud cuba mencapai tangan Tia di atas meja. Tetapi hampa apabila tangan itu segera dilarikan.

"Cuba jawab soalan abang."

"Takde apa yang perlu saya jawab. Sebab jawapannya ada pada awak."

Tia terjerat.

"Maknanya sayang langsung tak nak cuba untuk bukakan hati pada abang?" Hud telan liurnya. Risau yang dia akan kecewa.

"Sayang dah siap?" Tanya Hud apabila melihat Tia selesai menghirup air kopinya.

Tanpa membalas, Tia bangun dan bergerak ke kaunter pembayaran.

"Sayang tunggu..." Hud mengejar, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal memikirkan tingkah isterinya.

"Saya dah bayar makanan saya. Yang awak punya saya belum bayar. Kita bayar asing - asing. Tak nak ada mengungkit di kemudian hari," maklum Tia segera beredar dari situ menuju ke tempat parkir.

Selagi lagi Hud garu kepala. "Bayar asing - asing." Dia mengulang kata - kata Tia sebentar tadi. Matanya disorot pada tubuh isterinya yang menghilang dari pandangan.

Sekali lagi dia menggaru kepala yang tidak gatalnya. Tetapi tingkah Tia betul - betul membuatkan darah tingginya muncul. Dia tebalkan muka untuk pergi ke kaunter.

"Kenapa Tia buat perangai macam ni
Langsung tak jaga air muka abang," Hud menegur sejurus kedua - duanya masuk ke dalam kereta.

"Salah ke apa yang saya buat??? Bagi saya tak salah pun. Saya tak nak terhutang budi. Saya takut sangat jika ada pengungkitan di kemudian hari. Lebih baik saya berjaga - jaga. Saya akan tetap berhati - hati dengan sesiapapun." Wajah Tia berubah kelat.

"Hummm..." Hud lepas satu keluhan. Tak dia jangka yang Tia boleh menjadi sangat complicated seperti ini.

Selama Tia hadir dalam hidupnya, wanita ini adalah penurut dan penunduk. Setiap arahannya diikuti dengan patuh. Berbeza dengan Tia yang sekarang. Semua kata - kata yang terlahir dari bibir wanita ini ibarat pedang yang menghiris. Sangat pedih dan menusuk ke tangkai hatinya.

"Ye, abang minta maaf sebab hilangkan mood sayang pagi - pagi ni." Matanya dialihkan ke depan cermin. Dia kembali fokus memandu. Jika berdebat atau berbahas dengan wanita di sebelahnya ini confirm dia akan kalah.

*******

"Esok pergi ke Syarikat Karisma Group selepas waktu lunch. Jumpa pengurus projek dan bincang hala tuju projek di Klang. Hasil perbincangan daddy dengan CEO Karisma Group dua minggu lepas, syarikat itu sanggup nak jadikan projek tu sebagai projek usahama. Sebanyak 30 % dari keuntungan syarikatnya akan disalurkan pada projek di Klang, memandangkan dia nak jadi rakan kongsi untuk projek tu."

Tania angguk. Dah jadi satu hal pula dia nak pergi ke syarikat tu. Tu yang dia malas sangat nak kerja di syarikat daddynya itu. Dalam keadaan cuaca panas seperti sekarangni, memang malaslah dia nak keluar.

"Angguk - angguk ni, faham tak apa cakap daddy tadi. Daddy nak Nia belajar. Wakilkan daddy untuk pergi mesyuarat tu. Daddy tau Nia boleh," pujuk Dato' Rahim. Tania bukan anak yang tidak pandai. Lulusan luar negara tapi sifat manjanya itu menghilangkan kematangan dalam diri. Sudah sampai masanya untuk anak gadisnya itu mengenal selok - belok dalam dunia perniagaan.

"Faham... Walaupun terpaksa." Tania buat muka. Bibirnya sedikit memuncung dengan bebola matanya dipusingkan.

"Hmmm, elok sangatlah tu buat muka macam tu depan daddy. Putus tunang kamu haritu pun dah buat daddy dengan mommy malu tau tak. Ingat senang ke daddy nak hadap keluarga Razif datang rumah kita. Kamu ni langsung tak boleh berfikir panjang. Sikit - sikit nak ikut emosi kamu tu," Tegur Dato' Rahim. Tebal berlapis - lapis mukanya haritu apabila keluarga Syed Badrul datang bertandang. Ingatkan datang kerana ingin menziarah rupa - rupanya nak sampaikan hasrat hasil perbincangan Tania dengan Razif untuk putus tunang. Katanya Tania dah tak nak teruskan. Nama anaknya juga yang disebut - sebut.

"Anggaplah jodoh tak kesampaian daddy. Kalau kahwin pun tapi takde hati, tak boleh juga. Takut tak sempat sampai seminggu dah bercerai - berai. Tak pasal - pasal anak daddy ni jadi janda muda. Daddy nak ke?" Ulas Tania. Sengaja mahu memprovokekan daddynya.

"Hmmm, tulah kamu, menjawab je tau. Sikit - sikit nak menjawab. Pergilah keluar buat kerja. Makin lama kamu kat sini, makin pening kepala daddy." Tangan kanannya mengipas - ngipas membuat isyarat seperti menghalau.

"Tadi panggil, ni nak menghalau pula." Cemik Tania. Dia bingkas berdiri. Membetulkan skirt singkat paras lututnya supaya kelihatan lebih terurus sebelum berlalu keluar dari bilik daddynya.

Dato' Rahim menyorot pandangan matanya memandang ke arah batang tubuh anaknya bersama dengan gelengan kepala beberapa kali.

*******

Tania mematikan enjin kereta disatu ruang parking pelawat yang kosong.

Setelah dokumen untuk perbincangannya nanti sudah berada di tangan, dia keluar dari kereta dan terus menuju ke lift.

Dia tekan butang tujuh...

Happy reading ❤️ Es Lilin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience