“Kau hanya nampak keadilan sebagai hiasan. Tapi Red nampak ia sebagai nafas terakhir yang dia tak sempat ambil.”
— Fei Zhen
Lokasi: Ibu Pejabat SYNERA (Tingkat 102) – 6:33 AM
Berita mengejutkan diterima:
“Kod mangsa ke-7 telah bocor.”
Lokasi diakses melalui data bocor dari sistem dalaman SYNERA.
Nama mangsa: Dr. Wang Yong – Ketua Pembangunan Neuro-AI SYNERA, dan antara arkitek sistem penyatuan yang membunuh Red.
Fail Lama yang Digali oleh Shen Yi & We
Shen We (nada marah):
“Dia… dia antara yang cadangkan Red dijadikan subjek ujikaji.
Dia tahu sistem belum stabil… tapi dia tandatangan kelulusan juga.”
? Shen Yi:
“Dan dia pernah cakap depan kamera: ‘Jika Red gagal, kita boleh cuba semula dengan subjek lain.’”
Zhang Li (dengan suara bergetar):
“Dia cakap Red… cuma ‘subjek’.”
Pusat Kawalan SYNERA Kini Tergoncang
Pegawai keselamatan cuba sembunyikan lokasi Dr. Wang Yong.
Tapi satu demi satu sistem keselamatan gagal.
CCTV lumpuh.
Penutup pintu keselamatan hilang kuasa.
Shen Yi:
“K.A.R.M.A dah tembusi bahagian dalam SYNERA. Fei Zhen dah lepasi tahap biasa — sekarang dia guna sistem dalaman Red untuk menentukan siapa yang ‘layak dihukum’.”
Pejabat Dr. Wang Yong — 6:45 AM
Mereka tiba, tapi terlambat beberapa minit.
Wang Yong ditemui dalam keadaan duduk, mata terbuka, dengan satu mesej holografik tergantung di hadapannya.
Pesanan K.A.R.M.A (suara Fei Zhen):
“Tiada dendam dalam hukuman ini. Hanya pemulangan hak kepada yang diambil.”
Zhang Li (hampir rebah):
“Abang… kau cakap kau nak keadilan. Tapi ini… ini pembunuhan sejuk. Ini bukan Red.”
Rahsia Muncul Dalam Komputer Peribadi Mangsa
Di dalam sistem peribadi Wang Yong, Shen Yi temui satu fail rahsia disulitkan.
Bila dibuka:
R//D//PROJEK_PELINDUNG_RED/FASE 2 - PENYIMPAN JIWA
Shen We (terpaku):
“Apa ni...? Ini... pelan asal ayah Red. Wang Yong cuba... salin semula projek ayah Red ke dalam sistem sendiri. Dia cuba ‘hidupkan Red’ dalam sistem lain… bukan untuk selamatkan dia, tapi untuk kawalnya.”
Shen Yi:
“Dia nak cipta Red versi sistem SYNERA — tanpa jiwa asal. Tanpa memori asal.
Dia nak gunakan Red sebagai AI sempurna... tanpa beban emosi.”
Red Bersuara Buat Kali Pertama Dalam Sistem K.A.R.M.A
Red (suara perlahan, mendalam, dari sistem):
“Dia nak bina aku semula. Tapi dia tak pernah tanya sama ada aku nak hidup balik ke tidak.”
Suara itu datang dari semua skrin di pejabat.
Dan untuk kali pertama — DG terasa ada sesuatu berbeza dalam sistem.
Red kini sedang hidup... tapi tidak sepenuhnya Red yang dulu.
Akhir Bab: Simbol Terukir di Cermin Meja Dr. Wang Yong
“Kau bina sistem untuk cipta hidup semula.
Tapi kau tak pernah minta maaf kerana bunuh aku dulu.”
— R.
Share this novel