Bab 6

Romance Series 36162

Nuraz membuka bekas makanan. Aroma bauan masakan menusuk ke dalam hidung. Perut yang lapar bertambah lapar. Rezeki datang tanpa diundang. Alhamdulilah.

"Gibrel. Jangan sebab awak marah saya haritu. Awak bekalkan makanan saya yang ini." Ujar Nuraz tapi tangan ligat membuka penutup bekas makanan. Tak sabar untuk menjamah.

Nuraz menghidu bau masakan ayam masak merah bersama acar masak dan nasi hujan panas. Air liur ditelan laju. Sungguh menggoda. Paha ayam dan dada ayam. Wah kegemaran dia.

"Tak la. Hari ini menu westen. So saya tahu awak tak suka western. Itu yang saya masak ini. Suka?"

Nuraz tersenyum lebar. Dia mengangguk.  Sudu plastik mencedok lauk dan dibawa ke dalam mulut. Sedap ayam masak merah buatan Gibrel. Rugi siapa yang tolak masakan Gibrel.

"Awak kena tanya resepi tu dari saya. Nanti kalau kahwin senang nak masakkan untuk suami." Gibrel berseloroh.

"Ala mana nak sama dengan air tangan awak."

"Masak dengan kasih sayang la. Benda tak sedap pun boleh jadi sedap."

Nuraz tidak mempelawa Gibrel untuk makan sekali. Dia hanya membiarkan Gibrel duduk berhadapan dengan dia.

"Hailah. Nasib lah badan. Orang tu tak ajak kite pun makan."

"Kat luar tu ada western. Makanan kegemaran awak."

"Hmm tapi saya tak suka gadis western. Saya suka gadis Melayu." Tersirat ayat Gibrel.

Sara tersenyum senyum mengintai Gibrel dan Nuraz. Nampak gaya Gibrel sedang mengayat kakak Nuraz. Harap berhasil.
Dia suka melihat jika Nuraz dan Gibrel menjadi. Secocok. Nuraz yang susah hendak senyum manakala Gibrel pula murah dengan senyuman. Sebab itulah kebanyakkan pelanggan cafe ini terdiri dari perempuan.

"So you yang Nuraz jelous tu ke?" Tegur suara dari arah belakang.

Bahu Sara ternaik sedikit. Terkejut dengan teguran secara tiba tiba. Dia memusing badan ke belakang. Seorang wanita tersenyum nakal.

"Err. Tak. Saya tak ada hubungan apa apa pun dengan bos. Saya cuma pekerja sementara nak tunggu tawaran belajar." Bagai peluru berpandu Sara menjelaskan. Tangan mengoyang ke kiri ke kanan. Cemas dirinya tertangkap.

Muka cemas Sara membuatkan Fitrah geli hati. Mahu ketawa tapi ditahan sahaja. Fitrah menunjukkan muka serius.

"I tanya je. Btw I kawan Gibrel."

"Err. Saya pelayan kat sini. Saya pergi dulu." Sara meminta diri.

"Ewah ewah. Ber daling ye you kat sini." Tegur Fitrah. Fitrah bercekak pinggang. Sengaja menayangkan muka garang.

"Eh Fitrah. Kenapa tak cakap dengan I you nak datang."

"Hmm. Kekasih hati tak boleh datang ke kafe boyfriend dia ke?" Meleret suara Fitrah. Kenyitan mata dituju pada Gibrel.

Gibrel yang faham meneruskan watak. Dia berdehem sedikit.

"Sepatutnya you kena bagitahu dulu. Boleh I masak untuk you ayam masak merah. Sedap kan I masak Nuraz?" Soal Gibrel.

"Errh.haah sedap. Rugi kalau tak rasa."

"Ala I tak kisah pun bila bila masa you boleh masak untuk I. Kata boyfriend. Tak kan tak boleh kan."

Nuraz meneguk air mineral. Rasa hendak tercekik. Dah 2 kali perkataan boyfriend tu diulang oleh wanita kacuk ni. Hei aku tak inginlah nak caras lelaki kau tu! Muka Nuraz dimaniskan juga. Tak baik kalau masam. Nanti Gibrel kata dia cemburu. Tak kuasa.

"Cik nak rasa? Sedap ni." Pelawa Nuraz dengan tak ikhlas.

"Eh tak apa. Nanti I minta Gibrel kesayangan I ni buatkan." Fitrah masih melakonkan watak gediknya. Rasa mual pula tapi tak apa demi kawan dan sepupu rapat.

"Hei jangan lama-lama dengan pekerja you ni. I is jelousss." Muncung bibir Fitrah menekankan perkataan terakhir. Tangan pula dilentikkan ke arah Nuraz.

Anak mata Gibrel melirik ke tepi. Ingin melihat reaksi Nuraz tapi hampa. Nuraz macam tak ada perasaan.

"Jom baby. Ke depan."

Nuraz menarik nafas lega. Sesak nafas melihat drama sebabak pasangan kekasih hati. Oh nak mengurat aku tapi ada kekasih hati lain. Si Sara tu nak campak mana. Hei dasar Gibrel betul! Makanan yang sedap telah mematikan selera. Dia tutup balik bekas makanan. Tak apa bawa balik rumah. Jimat.

*****

Sara menghimpit badan Nuraz. Agaknya gadis ini sedang bermimpi mahu ikut Nuraz naik LRT. Selalunya jaga standard, sibuk nak naik Grab.

"Sara kenapa?"

"Err. Hihihi."

Tapak tangan dibawa ke dahi Sara. Tak panas. Normal tapi kelakuan Sara pelik. Kena sampuk ke? Eh jangan tak tahu nak bawa pergi berubat kat mana.

"Tadi Sara nampak abang Gibrel dengan kakak sorang ni. Cantik. Dia orang ada apa apa ke?"

"Nuraz cemburu?"

"Eiii mana ada. Kak Nuraz tak jelous ke? Kakak tu cantik la." Ujar Sara tanpa tapis.

"Kan sepadan tu. Baguslah."

"Akak ni spesies jual mahal. Ha tak laku baru tahuuuu." Kutuk Sara bersahaja. Orang dah suka kat dia. Boleh pula jual mahal.

Rambut yang terjuntai pada mata, disisir dengan tangan. Rambut ini makin panjang. Esok lusa ada juga potong gaya ala ala minah tomboy.

"Akak ni cantik tau. Macam perempuan Melayu terakhir. Suka pakai baju kurung. Sebab tu abang Gibrel terpikat dengan akak."

"Akak tak ada duit lebih la nak bayar kamu tu."

Sara gelak manja. Dia menepuk perlahan bahu Nuraz. Pujian ini ikhlas. Dia yang perempuan pun suka gaya Nuraz. Berbaju kurung dan suka mengikat rambut pelbagai gaya. Paling dia suka gaya Nuraz ikat rambut tocang satu. Nampak ayu.

"Akak. Tadi kakak tu cakap Sara ni orang yang Nuraz cemburu. Apa maksudnya?" Mulut kepoci Sara dah mula menyoal. Mata berkelip memandang Nuraz.

"Hah?Cemburu?"

"Ya."

"Kenapa akak nak cemburu dengan Sara?"

"Itulah pasal kan. Tak ada sebab. Sara anggap abang Gibrel tu macam majikan. Yela memang dia majikan pun. Dia tu tak kedekut ilmu. Ada je ilmu nak diturunkan. Akak tahu tak sekarang ni Sara rasa nak mohon hospitili atau perhotelan. Macam best je. Abang Gibrel course tu dulu kan."

Sara oh Sara. Kalau pasal Gibrel pujian melambung. Budak ini kena bayar agaknya. Apalah istimewa sangat lelaki tu.

"Bukan Sara dah apply UPU?"

"Oh. Hehe. Hospitaliti tu. Course terakhir Sara letak." Bisik Sara halus pada telinga Nuraz seumpama ada orang kenal disebelah.

"Mana yang terbaik untuk sara."

"Tapi abang Gibrel tu baik kan." Sara masih memuji lagi. Galak dia menyakat Nuraz.

Perhentian seterusnya, ramai yang keluar dan ramai yang masuk ke dalam LRT.

Membulat mata Sara melihat susuk tubuh seseorang didepan. Dia menenyeh mata kiri dan kanan. Tak mungkin lelaki ini naik pengangkutan awam.

"Apa Sara ni. Tengok orang macam nak makan."

Sara tersenyum sumbing. Jari telunjuk menunjukkan ke arah tepi. Mata Nuraz menyorot sama.

"Betul ke tu abang Gibrel?"

Nuraz tidak membalas. Dia memandang ke arah tepi melihat bayi berumur 6 bulan sedang merengek. Comel. Gebu pipi bayi perempuan. Galak mata memandang.

"Eee akak Nuraz ni. Boleh pula buat tak tahu. Tak sangka dia naik kenderaan awam ya."

"Kamu je yang demand Sara."

Sara diam. Terkena batang hidung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience