Bab 11

Romance Series 36162

Naik lenguh kaki Nuraz berlari di stesyen LRT ini. Hampir semua orang dia rempuh. Menyesal tak sudah bila dia mengenakan kasut wedges. Tak belajar dari pengalaman lagi. Dia menarik nafas panjang. Lelah belum hilang. Dikeluarkan botol air dari beg sandang dan diteguk rakus.

"Penattttt." Keluh Nuraz. Mata meliar pandang sekeliling. Berharap manusia berbaju hitam tadi tidak mengejar lagi. Penat hidupnya seperti ini. Terasa macam pelarian di negara sendiri. Tidak membuang masa. Nuraz terus bergerak. Dia sudah lambat ke tempat kerja.

*****

"Kena serang lagi?"

Naik bahu Nuraz sedikit. Terkejut dengan teguran Gibrel. Penat yang tidak hilang lagi membuatkan jantung makin berdegup kencang.

"Bagi salam dulu boleh?"

"Kalau bagi salam pun. Awak tetap terkejut.

Ya betul telahan Gibrel. Datang dengan cara macam mana pun. Nuraz tetap akan terkejut. Mungkin sebab kepenatan melampau. Kaki yang tersarung kasut wedges dilucutkan dari kaki. Lega dan selesa.

" Esok pakai sneakers je senang. Tak adalah kaki sampai merah."

"Saya suka pakai macam ni."

"Jangan bahayakan diri sendiri."

"Saya tahu jaga diri Gibrel." Ujar Nuraz keras. Tidak suka dengan perangai Gibrel yang anggap dia terlalu lemah. Nuraz bukan perempuan macam tu.

"Degil." Komen Gibrel.

"Awak buat apa kat sini? Ada kerja ke nak bagi?"

"Ada."

"Apa dia? Cepat bagi boleh saya balik awal."

Kening Gibrel menjungkit naik. Dia senyum nakal.

"Nak ngorat awak. Lagi cepat awak bagi hati awak. Lagi cepat kita boleh kahwin." Ujar Gibrel tersengih nakal.

Meluat Nuraz dengan senyum kambing Gibrel. Kalau perempuan lain anggap Gibrel ni putera dari kayangan tapi dia tidak. Putera kambing yang sedang tersenyum.

"Hish."

"Garangnyaaaa. Oh ya sebelum terlupa. Haiyan kata awak perlukan bodyguard?"

Nuraz mengeluh.

"Oh ya gaji saya RM12,000 sebelum. Bolehlah upah bodyguard. Wohaaa. Kaya nak mati." Perli Nuraz selamba. Tangan siap digayakan dalam bentuk mini love dan bergerak depan belakang.

"Saya boleh tolong carikan bodyguard?"

Nuraz menepuk dahi. Alahai Gibrel, orang tengah perli. Boleh pula bagi ayat macam tu. Sebenarnya siapa perli siapa ni.

"Gaji saya bawah 2 ribu je cik abang. Melainkan kalau bos besar nak bagi saya gaji besar. Wah seronoknyaaa." Ujar Nuraz dengan riang.

"Boleh. Saya boleh bagi."

"Eh yaka?" Soal Nuraz. Mata mula bersinar. Dari putera kambing sudah terbayang putera dari kayangan. Wah! Bos yang baik hati.

"Nak ada syarat . Mana boleh percuma."

Hampa harapan. Mulut menjuih. Orang bisnes macam ni lah. Mengharap sesuatu yang berbaloi. Menyesal pula rasa seronok sangat.

"Tak ikhlaslah dia ni."

"Ada benda yang percuma ke dalam ni?"

"Ada. Tu orang bagi sedekah. Percuma kan bagi. Awak anggap je lah macam sedekah ha gitu."

"Awak peminta sedekah ke Nuraz?" Soal Gibrel dengan nada perli. Tak berbaloi bagi percuma tapi tak datang manfaat untuknya. Aduh Gibrel, keselamatan orang pun kau buat macam perniagaan.

Penumbuk ditunjuk pada Gibrel. Geram dengan sikap tak serius Gibrel. Kata nak jaga keselamatan dia tapi ini yang dia dapat.

"Garang."

"Tapak kasut nak tak?" Soal Hani Putri garang. Rasa mahu penyek je muka Gibrel.

*****

Gibrel menyusun cup cake di atas meja. Puas hati dengan menu baru. Dia tersenyum lebar melihat hasil tangan sendiri. Selepas ini boleh bagi resepi pada chef di dapur. Dia hanya tunjuk ajar sahaja.

"You tak berterus terang pada Nuraz?"

"Datang sini untuk bangkitkan soal tu je ke?" Perli Gibrel.

Fitrah ketawa kecil. Sengaja bangkit isu untuk menjentik hati Gibrel. Sekali sekali nak juga tengok Gibrel marah.

"You sorang je berani masuk dapur sini."

"OMG. I special kan Gibrel." Ujar Fitrah terharu.

Dapur yang kecil tapi penuh dengan alatan memasak. Khas untuk Gibrel sahaja. Dapur kecil ini, inspirasi buat Gibrel untuk cipta menu yang baru.

"Dah you je datang tanpa diundang."

"Ala you ni kannnn."

Malas melayan perangai mengada Fitrah. Tangan Gibrel sibuk mengukir gambar bunga pada cup cake. Halus dan berseni. Sangat cantik.

"You boleh namakan cup cake Gibraz." Cadang Fitrah. Mata meliar melihat cup cake yang diukir dengan cantik. Kemas. Tak sampai hati nak makan dengan ukiran cantik. Boleh buat perhiasan.

"Gibraz?"

"Gabungan nama Gibrel dan Nuraz. Romantik gitu."

"I nak letak love cup cake." Ujar Gibrel.

"Apa benda love cup cake tapi ukiran bunga ros."

"Diam lah Fitrah. Datang asyik nak mengutuk je." Gibrel berpura-pura marah.

Fitrah senyum lebar. Tadi dia rasa sayang sekarang dia rasa cup cake Gibrel nampak enak bila perut berkeroncong. Dalam diam, dia cuba mengapai cup cake. Niat terbantut untuk ambil satu, Gibrel mengetuk tangan dengan senduk kayu. Kedekut betul! Fitrah buat muka biasa.

"I nak bagi orang lain rasa dulu."

"Oh cup cake Gibraz. Ini untuk you. You orang pertama yang I bagi untuk rasa. Now macam mana bila you rasa? Sedap? Oh jujur sahaja sayang. Kalau kurang I baiki mana yang patut." Fitrah mengejek dan berlakon gaya Gibrel.

Tak kisah dengan lakonan tak menjadi  Fitrah. Gibrel mengambil beberapa hidangan cup cake dengan ukiran cantik dan dibawa ke Nuraz.

Tekaan Fitrah betul. Buah hati juga yang jadi orang pertama. Dia menelan air liur, perut sudah berdendang hebat. Dipandang meja dapur, tiada apa apa yang tinggal. Kedekut betul si Gibrel. Esok lusa biar dia jadi tangkai jering.
Fitrah menjuih mulut. Amboi, dia nak rasa tak bagi. Ini boleh pula keluar melulu untuk jadikan Nuraz orang pertama rasa cup cake dia. Gibrel itu dah gila bayang! Di mana sahaja ada Nuraz.

Gibrel masuk balik ke dapur kecil dengan muka bersahaja. Cup cake yang terukir diletakkan atas meja bar. Tadi sewaktu dia minta pendapat Nuraz. Hanya gelakan yang terbit dari bibir. Kata Nuraz ukiran bunga dan nama love tak serasi. Orang tengok pun nampak pelik.

"I dengar orang tu kena gelak."

"Okey je. Dia suka lagi cup cake ni. Ada rasa cinta membuak buak." Gibrel menambah perasa walaupun hakikat yang sebenar lain.

Fitrah mengiakan sahaja. Bukan dia tak tahu, Gibrel kena gelak dengan Nuraz.

"You skodeng I?"

Fitrah buat muka blur.

"Haaaa."

Sebaik sahaja Gibrel melepasi pintu keluar dapur, kaki Fitrah terjengket jengket mengikut langkah Gibrel. Kepakaran Fitrah kan dari dulu sampai sekarang adalah kaki kepoh dan kaki skodeng. Boleh geng dengan Sara.

"You kenal tak mana mana company bodyguard?" Soal Gibrel mengalih topik. Tak nak dirinya menjadi topik utama lagi.

"Dah buat apa?"

"I nak bodyguard. Baru ada style macam orang orang kaya."

Tersembur kunyahan makanan ke baju Gibrel. Fitrah cepat mengambil tisu dan mengelap mulut tapi dibiarkan sahaja sisa makanan pada baju Gibrel. Lantak dia, siapa suka buat ayat mengjekelkan hati.

"Apa you ni. Tak senonoh, ini lelaki lain nampak mau reject you."

Tangan mengibas baju yang terkena sisa makanan.

"La you je la kahwin dengan I." Usik Fitrah mengenyitkan mata sebelah.

"I ada Nuraz."

"I boleh jadi bini ke dua."

"You sanggup ke pelangkung dengan Nuraz?wah gusti gitu. Silap2 you masuk ke alam kubur." Ujar Gibrel separa berbisik menakutkan Fitrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience