Bab 24

Romance Series 36162

Nuraz masih bersikap dingin dengan Gibrel. Soal peribadi dia tolak tepi. Cuba untuk berlagak profesional dalam kerja. Ada masa Nuraz gagal untuk bertindak profesional. Gibrel pula berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Baginya yang lepas usah dikenang lagi.  Bina masa yang baru.

Nuraz cuba untuk mengalihkan pandangan mata ke arah lain. Akan tetapi matanya tetap tertumpu pada pemilik D'House hotel. Hari ini lelaki ini bergaya sederhana ketika berjumpa dengan Gibrel. Hanya mengenakan t-shirt polo dan seluar jeans biru. Wajah tampan lelaki itu makin terserlah.

Sekali lagi, mereka berdua beradu mata. Saling bertatapan. Tiada senyuman sinis lagi. Pemilik D'House hotel mengukirkan senyuman manis. Lambaian diberikan pada Nuraz.

Nuraz terkelu. Tidak sangka dengan tindak balas lelaki itu. Nuraz cepat beralihkan pandangan.

"Cantik P.A you." Puji pemilik D'House hotel. Mata mengekori gerak laku Nuraz.

Gibrel senyum senget. Tahu benar dengan perangai lelaki ini. Tidak mungkin pemilik D'House hotel jatuh hati pada Nuraz. Jika sebaliknya berlaku, dia tahu agenda lelaki ini.

"Dia dah berpunya?"

"Mungkin." Balas Gibrel sepatah.

"Dia budak baik." Sambung Gibrel. Tidak mungkin dia akan perkenalkan lelaki ini pada Nuraz. Umpama masukkan Nuraz ke kandang buaya.

"Oh I see. Tapi you berani ambil dia jadi P.A you kan. Sedangkan I rasa dia so so je. I kenal taste you Gib."

"Sebab dia bukan taste I lah." Ujar Gibrel.

Kini topik Nuraz jadi perbualan pemilik D'House hotel. Lelaki ini seakan berminat dengan Nuraz.

"Tapi bagi I dia cantik. Pure Melayu right? Bukan taste I juga. But bolehlah tukar taste."

Gibrel kekal tenang. Dia tahu lelaki ini hanya memancing kemarahan dia. Dia balas dengan senyuman.

"Budak baik jangan diusik. Bahaya."

Lelaki pemilik D'House hotel melepaskan ketawa. Tercuit dengan kata kata Gibrel. Bukan selera dia pada si gadis sawo matang. Cuma dia puji dengan keberanian perempuan itu yang berani bertentang mata. Boleh tahan! Kalau pembantu peribadi Gibrel putih gebu sudah tentu dia ngap awal.

*****

"Dah jatuh hati pada lelaki jutawan tu?" Soal Gibrel sinis. Geram dengan perangai Nuraz yang berani bermain mata.

"Bila dia datang. Awak boleh masuk pejabat Nuraz. Jangan gatal nak duduk kat sini main mata."  Ujar Gibrel tegas.

Nuraz diam. Dibiarkan sahaja amarah Gibrel. Nak main mata atau tidak itu adalah pilihan dia. Gibrel tak berhak nak masuk campur. Dia tertarik pada lelaki itu juga adalah urusan dia.

"Jangan main dengan api Nuraz." Gibrel beri amaran. Sukar mahu mengingatkan Nuraz yang keras macam batu. Tidak pernah belajar dari kesilapan. Degil!

"Saya tak main dengan api."

"Fikir dulu sebelum cakap. Fikir dulu sebelum bertindak. Keputusan terburu awak tu hanya sia sia." Seusai beri pesanan pada Nuraz. Gibrel terus keluar dari kafe. Ada urusan yang perlu dia selesaikan.

*****

Haiyan menyelak halaman buku, mata melirik pada wajah masam Nuraz. Datang ke pejabat tanpa ada satu suara yang keluar. Marah sungguh gadis ini. Ini mesti melibatkan Gibrel.Haiyan malas menegur Nuraz. Dibiarkan Nuraz melayan perasaan.

Tabah betul Megat melayan perangai Nuraz. Kalau dia mesti awal lagi mengaku kalah sebelum berjuang dalam perhubungan. Ya sebab itulah dia memilih untuk hidup sendiri. Tidak rela hidupnya dengan komitmen lebih besar melibatkan hati dan perasaan.

"You baca buku atau baca muka I?" Soal Nuraz sarkastik. Bukan dia tidak tahu, mata Haiyan asyik singgah diwajahnya.

"I buat kerja 2 dalam satu masa. Baca buku you dan tafsir wajah you." Sindir Haiyan.

"Maaflah tak bagitahu you dulu nak datang."

"Pintu pejabat sentiasa terbuka untuk you tapi satu bilik je I tak boleh buka untuk you."

Berkerut dahi Nuraz dengar ayat Haiyan.

"Bilik tidur rumah I. Bahaya." Seloroh Megat.

"Eiii. You ni kannn. Boleh tahan kan perangai. Oh by the way I nak tanya. You kenal pemilik D'House hotel?" Sebelum terpesong ke lain. Lebih baik bertanya soalan yang bermain dalam fikiran.

Dari duduk di kerusi kerja, Haiyan terus bangun dan melangkah ke arah Nuraz.

"You kenal tak?" Soal Nuraz sekali lagi.

"Tak." Jawab Haiyan sepatah.

Hampa hati Nuraz. Haiyan tidak mengenali pemilik hotel D'House hotel.

"Kenapa dengan dia?"

"I macam pernah nampak dia. I rasakan diaa." Nuraz tidak jadi meneruskan kata.

"Dia  apa?"

"I pernah nampak dia dengan Megat."

Bukan niat dia mahu cari perhatian pemilik hotel D'House hotel. Cuma dia mahu kepastian dari otak untuk tafsir wajah lelaki itu. Pertama kali, dia lihat lelaki itu. Senyuman sinis yang diterima. Cara mata lelaki itu memandangnya agak berlainan. Mustahil itu mainan perasaan.

"Client Megat. Kita tak boleh pukul sama rata." Ujar Megat.

Nuraz fikir sejenak.

"Dari you pening kepala lebih baik fokus you punya hidup. Jaga keselamatan." Nasihat Haiyan.

"You datang sini tak bagitahu Gibrel kan? Nuraz oh Nuraz. Ikut sangat kepala batu kan." Haiyan mula membebel.

"Dia bukan bodyguard I."

"Alahhh. You anggap je dia bodyguard. Orang kata ambil kesempatan." Ujar Haiyan tersengih-sengih.

Amboi! Ajar Nuraz yang bukan- bukan pula. Nuraz jeling sekilas bersama senyuman. Peguam muda ini ada masanya suka berloyar buruk dengan dia.

*****

Nuraz mendengar bebelan Gibrel. Kedua dua tangan menutup telinga kiri dan kanan. Gibrel bebel mengalah perempuan! Agaknya dia mak dia terkenan apa masa mengandung.

"Sorry. You ada kapas telinga? Telinga I dah bernanah." Nuraz mencelah dalam bebelan Gibrel. Sungguh, dia tak tahan dengan bebelan lelaki ini. Bernanah telinga!

"What???" Jerit Gibrel senada. Dia merengus dengan sikap tak acuh Nuraz.

"Ya Gibrel. Telinga I nak bernanah ni." Diselak rambut yang menghalang dan jari tunjuk telinga kanan. Mulutnya berbunyi shhh seakan menahan sakit

"Awak tahu tak kenapa saya tutup rambut macam ni? Mulut awak tu bebel mengalahkan mak nenek!"

Gibrel mengurut pelipis. Nuraz suka sangat buat hal. Bila orang serius ada sahaja kelakuan yang buat dia tak jadi nak teruskan kata.

"Fine. Lepas ni kalau nak keluar. Bagitahu saya. Tak susah pun kan?"

Nuraz mengangguk. Hari ini dengar kata, sekejap lagi mungkin akan jadi lain. Gibrel kenal perangai Nuraz. Biarlah Nuraz nak menyindir dia macam mak nenek. Sekurang kurangnya, dia harus menasihati Nuraz tanpa henti.

"Thanks." Ucap Nuraz.

"For what?" Soal Gibrel hairan.

"Sebab awak sentiasa ada untuk saya. Tak henti nasihatkan saya walaupun saya keras batu."

"Ya awak memang batu."

Terbeliak mata Nuraz. Ingatkan bila ucap terima kasih. Gibrel akan terharu tetapi sebaliknya. Lelaki itu pulangkan kata-kata dia. Ya betul tekaan dia. Gibrel dan Haiyan boleh geng. Dasar kaki sindir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience