Bab 59

Romance Series 36162

Ketika Gibrel melepas lelah kepenatan, dia terdengar suara jeritan dari atas. Kaki laju melangkah untuk menaiki anak tangga.

Tangan memulas tombol pintu tapi berkunci. Dia mengetuk berkali kali tapi tiada respon.

"Nuraz.. Nuraz.." Jerit Gibrel kuat. Tiada sahutan dari dalam.

"Jangan bunuh aku Megat. Jangannn." Racauan Nuraz makin menjadi. Tangan kiri dan kanan cekik leher seolah olah Megat yang cekik. Peluh mengalir dan nafas bunyi kasar. Nuraz tak cukup nafas.

Gangggg

Pintu terbuka luas hasil tendangan kuat Gibrel.

Gibrel terus menuju ke arah Nuraz. Risau bila melihat keadaan Nuraz yang cekik diri sendiri.

"Nurazzz.. Bangun Nuraz. Bangun." Badan Nuraz digoyang kasar.

"Allahhhuakbar." Mata terbuka luas. Mulut ternganga menarik nafas. Dalam keadaan cemas, dia terus bangun dan peluk bantal.

"Meee.gattt.".

"Megat buat apa Nuraz?"

"Dia nak bunuh saya." Ujar Nuraz dalam ketakutan.

"Tarik nafas dulu dan hembus pelan pelan."

Nuraz mengikut sahaja arahan Gibrel. Bila lega sedikit. Dia betulkan tempat duduk. Badan disandar pada dinding. Mimpinya sebentar tadi seakan realiti. Mata melirik ke arah jam dinding. Jarum pendek menunjuk 5 menandakan waktu lepas asar. Patutlah dia mimpi yang bukan bukan.

"Awak okey?"

"Okey."

"Mimpi apa tadi?"

"Megat nak bunuh saya. Tapi saya tak faham kenapa dalam mimpi tu dia terus cekik saya tanpa kata apa pun. Pelik! Selalunya dia akan bercakap dulu." Ujar Nuraz.

"Mainan tidur agaknya."

"Atau ada petanda lain?"

"Awak tidur lepas asar kan. Sebab tu mimpi pelik. Pergi bersihkan diri dulu. Dah siap turun bawah kita minum petang."

Nuraz mengurut dada. Mimpinya tadi seakan nyata. Dunia ini seperti ada Megat lagi. Tiba tiba sahaja hati terasa sayu. Tak sangka dunia gelap Megat menakutkan. Masih tidak boleh terima kenyataan siapa Megat sebenarnya.

Nuraz melangkah dengan lemah longlai. Dia tiada semangat petang ini. Bukan petang ini sahaja malah semenjak dia tahu siapa Megat. Mata terpandang makanan kegemaran. Dia boleh agak hari ini Gibrel keluar dari sini.

"Saya nak ke pekan."

"Tak boleh."

"Kenapa?"

"Keadaan tak sesuai."

"Sampai bila Gibrel? Sampai mummy awak tak ada baru saya boleh bebas ke?" Suara Nuraz naik seoktaf.

"Tak baik tinggi suara depan makanan. Duduk dan makan. Habis semua baru kita bincang."

Nuraz tarik nafas untuk bertenang. Punggung dilabuhkan pada ke kerusi. Mata liar pandang makanan yang terhidang.

"Kita ada tetamu?"

"Kita berdua sahaja."

"Banyak."

Gibrel senyum. Hari ini tekak terasa nak makan makanan luar. Dia beli agak banyak dan separuh darinya adalah kegemaran Nuraz. Kepuasan dapat membeli.

"Membazir."

"Orang lain kat rumah ni pun boleh makan."

Nuraz mengeluh. Dia tidak berselera. Tekak terasa mual bila teringat video tadi.

"Tokayaki kegemaran awak."

Nuraz pandang sahaja. Seleranya mati. Dia pejamkan mata. Terbayang babak Megat. Sekali lagi dia mengeluh.

"Tak baik mengeluh depan makanan."

"Betul ke nenek dan Fitrah dah meninggal?"

Suapan pertama tidak jadi. Gibrel kaku dengar soalan Nuraz.

"Betul ke?"

Gibrel angguk. Tokayaki disumbat dalam mulut dan mengunyah. Tiada nikmat tapi terasa seperti pasir. Rasa kosong.

"Siapa pembunuh?"

"Boleh tak kita makan dan tak cakap hal ini."

"Betul lah Fitrah dan nenek awak kena bunuh?"

Dalam beberapa saat, tiada suara bunyi. Gibrel mengunci mulut bercakap. Dia meneruskan makan.

"Kenapa awak diam Gibrel?"

"Saya nak makan. Saya tak ada masa nak fikir hal remeh." Ujar Gibrel.

"Remeh?"

Mudah jawapan Gibrel. Dia tertanya tanya macam orang bodoh. Satu per satu kisah tersingkap. Semuanya mengejutkan. Otak dan badan dah penat. Bila tiba masanya dia akan tersungkur.

Nuraz tidak sentuh makanan. Seleranya mati. Dia terus bangkit dari kerusi dan keluar rumah. Dia mahu tenangkan fikiran dengan bunyi air sungai.

*****

"Kerap kau keluar sekarang. Tak takut mummy boleh jejak kau. Rasanya pagi tadi kau baru jumpa mummy. Malam ni kau jumpa aku pula. Kenapa?"

"Kenapa tak boleh?"

Hayden senyum sinis. Dia pandang keadaan sekeliling. Gelap dan sunyi. Hanya bunyi cengkerik bersahutan. Nyalaan lampu kereta menerangi mereka berdua. Masing masing mendiamkan diri. Kekok. Belum pernah lagi mereka berborak secara baik. Perbualan mereka akan diakhiri dengan perbalahan.

"Aku tak tahu nak balas budi kau tapi kalau kau perlukan pertolongan aku. Kau tahu cari aku kat mana."

Berubah air muka Hayden. Dia menoleh ke tepi pandang muka Gibrel. Mulut ternganga sedikit.

"Aku tahu kau tersilap langkah sekarang. Bila bila masa nyawa kau boleh hilang. Tunang kau mungkin jadi percaturan."

"Aku anak sulung dia. Mummy tak akan buat apa apa." Keras suara Hayden balas.

" Kau ingat mummy tak bernafsu nak bunuh kau?" Soal Gibrel sinis. Mata tajam merenung Hayden. Hayden tidak tahu atau berpura pura bodoh. Kekal setia dengan manusia yang akan ragut nyawa sendiri.

Pertanyaan Gibrel mengingatkan Hayden pada masa lalu. Ketika rahsia dia hampir bocor.

"I tahan nafsu untuk bunuh you." Kata- kata Erica lintas dalam otaknya.

"Anak anak dia dengan laki baru dia dulu mana? Kau tahu kan apa yang dia buat."
Hayden. Kau jangan pura pura. Kau sendiri tahu perangai gila dia macam mana."

"Dia ibu kita."

"Dia gila. G.I.LA. Gila."  Ejaan ditekankan.

"Kau panggil aku ke sini semata nak hapuskan mummy?"

"Kau sanggup?"

"Dia mummy aku Gibrel dan dia mummy kau juga." Tekan Hayden.

"Kau sanggup kena bunuh? Kau sanggup tengok wanita kesayangan kau mati depan mata?"

"Jangan psyco kan aku Gibrel. Aku sayangkan mummy. Mummy dunia aku."

Gibrel geleng kepala. Susah nak fahamkan Hayden. Erica tidak layak jadi mummy mereka berdua. Erica kejam. Erica gila. Erica sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati.

"Dia gunakan Megat untuk dunia dia. Sekarang giliran kau Hayden."

"Jangan naik kemarahan aku Gibrelll." Jerkah Hayden.

Sepi. Masing masing merenung bawah bukit dengan cahaya lampu kereta. Tiada apa yang istimewa, hanya hutan dan kegelapan.

Cahaya samar samar datang dari arah bawah bukit.

"Ada orang lain boleh lalu sini?"

"Tempat ni sunyi. Tiada siapa yang berani datang waktu malam." Balas Gibrel.

Riak wajah Hayden bertukar cemas. Dia menolak tubuh Gibrel menyuruh masuk ke dalam kereta.

"Kau dah kenapa?"

"Aku rasa ada sesuatu tak kena. Cepat Gibrel. Sekarangg!" Arah Hayden.

Gibrel lekas masuk ke dalam kereta dan terus menekan gear. Kereta meluncur laju.  Hayden juga begitu. Mereka meninggalkan kawasan gelap.

Banggggg

Dentuman kuat mengejutkan Gibrel. Hati terasa tidak enak. Mata pandang cermin sisi. Kereta Hayden dirempuh dengan kereta lain. Tak fikir panjang, stereng kereta dipusingkan laju. Dia mahu berpatah balik ke tempat Hayden.

Dia kenal kereta ini. Ini kereta orang bawahan Erica. Dengan berani, kereta jenama Range Rover merempuh kereta honda. Kereta Honda diseret ke tepi sehingga menyebabkan kereta tersebut terbalik.

Gibrel buka pintu kasar. Dia segera keluar dan pergi ke arah Hayden. Kereta Hayden remuk bahagian kiri. Bernasib baik bila bahagian pemandu tidak terkena.

Gibrel membungkukkan badan untuk melihat keadaan Hayden. Badan Hayden masih berada di tempat pemandu. Kepala terlentok ke depan dengan darah mengalir.

Perlahan lahan tangan Gibrel membuka tali pinggang keleda Hayden. Bahu Hayden disentuh lembut. Tiada gerakan. Seterusnya, dia periksa nadi Hayden.

Mata Hayden terbuka bila terasa bahu disentuh. Adiknya sedang periksa nadi di tangan. Dia pantas menarik.

" Pergii dari sini."

"Gila ke? Kau nak aku biarkan kau macam ni?"

"Pergi Gibrelll."

"Kau nak mati ke dengan keadaan macam ni?"

"Aku okey. Pergi Gibrel sebelum mummy datang sini."

"Tapi kauuu."

"Pergiii." Suara ditekan kuat.

"Aku tak akan tinggalkan kau." Balas Gibrel tegas.

Tidak kisah jika dia perlu berlawan dengan Erica.

"Jangan buat kerja gila Gibrel. Dengar cakap aku ni. Kau tak anggap aku sebagai abang. Kau dengar nasihat aku ni sebagai manusia."

"Pergiii Gibrel." Arah Hayden. Tangan Gibrel ditolak menyuruhnya pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience