Bab 57

Romance Series 36162

"Kau pernah bagitahu aku. Kau tak sempurna macam orang lain. Kau banyak kelemahan. Ok aku percaya. Kau memang sakit tapi tak sempurna kau tu lain. Kau pembunuh Megatttt." Jerit Nuraz. Mata tajam pandang Megat. Jantung laju berdegup. Kenyataan yang dia tak boleh terima. Megat jahat! Megat pembunuh! Megat buat kerja kotor! Selama dia berkawan dengan Megat, dia tidak pernah tahu sisi gelap Megat.

"Nuraz."

"Jangan panggil nama aku. Aku geli. Sanggup kau tipu aku!"

"Aku minta maaf."

"Maaf kau tu boleh bawa mana?Boleh bawa ke masa lalu? Perbetulkan semua kesalahan yang ada? Aku nak hidup normal lah bukan macam ni!" Bentak Nuraz. Dia benci dengan dirinya sendiri bila dia pernah jatuh sayang pada Megat. Megat anak buah Erica. Segala kerja kotor Erica, Megat yang uruskan. Dunia kotor mainan bagi Megat.

"Masa aku kenal kau. Aku dah tak buat kerja macam tu."

Nuraz gelak sinis. Ahhh lelaki macam ni tak boleh percaya. Sanggup buat apa sahaja untuk raih kepercayaan. Dia penat.

"Kau tipu aku apa lagi Megat? Kau tahu tak aku penat nak cantum puzzld bodoh kau tu. Hint entah apa apa kau tu. Kau ingat aku boneka ke?"

"Akuuu..."

"Kau tipu aku Megat. Aku kena bodoh dengan kau. Maaf kau tak akan kembalikan ibu aku." Ujar Nuraz lirih.

Mata Nuraz terbuka luas. Mata meliar pandang sekeliling. Gelap. Hanya cahaya samar samar dalam bilik air air. Dia segera bangun dan mengucap lalu meraup wajah berkali kali. Petanda apakah ini? Megat pembunuh? Megat dalam dunia kotor? Otak berselirat untuk memahami. Malangnya dia tidak dapat berfikir secara rasional. Dia turun dari katil dan langkah menuju ke pintu. Dia nak minum air. Tekak terasa gatal dan kering.

"Awak tak tidur Gibrel?" Soal Nuraz.

Gibrel termenung. Di meja makan, ada air sejuk yang tak berusik. Pelik. Pukul 4 pagi, Gibrel minum air sejuk. Soalan Nuraz tidak jawab. Gibrel leka merenung peti ais. Mata Nuraz turut pandang ke arah sama. Hairan. Tiada apa-apa. Hanya peti ais yang menggunakan solar untuk hidupkan elektrik.

"Gibrel... Awak okey?"

Masih tiada jawapan. Nuraz diam. Rasa seram menerjah diri. Gibrel atau makhluk lain? Nuraz sentuh tangan sendiri. Bulu roma normal. Maksudnya ini manusia.

"Gibrellll." Suara Nuraz naik seoktaf.

Bahu Gibrel ternaik sedikit. Terkejut dengan suara Nuraz.

"Boleh kan panggil baik baik?"

"Saya dah panggil awak 2 kali. Saya ingat hantu tadi. Tu buat percubaan kali ketiga. Kalau bukan awak tadi. Saya lari dulu." Terang Nuraz dengan sengihan.

"Kenapa tak tidur lagi?"

"Saya mimpi tadi lepastu terbangun. Rasa macam tekak kering je. Tu turun bawah. Awak kenapa tak tidur lagi? Pukul 4 pagi minum air sejuk pula. Buang terbiat ke?" Lancang mulut Nuraz bertanya. Punggung dilabuhkan pada kerusi. Gelas Gibrel dicapai lalu diteguk rakus. Leganya rasa.

"Saya tak boleh tidur. Golek sana sini. Sama je. Dari bazir masa, baik saya duduk sini tenangkan diri."

Mata Nuraz melirik untuk melihat wajah Gibrel. Namun, wajah itu tetap bersahaja dan tenang. Tiada riak marah atau susah hati.

"Awak okey Gibrel?"

Gibrel mengangguk. Dia mengeliat untuk menghilangkan lenguh lenguh badan.

"Awak mimpi apa?"

"Saya mimpi jumpa Megat. Saya mimpi saya marah Megat. Saya marah dia sebab dia penipu dan dia ada kisah silam. Dia pembunuh. Dia buat kerja kotor Errr." Tidak jadi sambung. Otaknya mencerna cari ayat yang sesuai agar tidak singgung perasaan Gibrel.

"Itu je kot. Entahhh saya tak ingat." Sambung Nuraz.

"Hmmm."

"Awak okey tak ni?" Tanya Nuraz. Dia nampak riak wajah lelaki itu berubah sedikit.

"Okey. Cuma sudah tidur 2,3 hari ini. Mungkin banyak sangat berfikir."

"Kita dalam bahaya?"

Gibrel geleng.

"Bila bila kita boleh dalam bahaya. Sama ada bersedia atau tidak."

Nuraz mengeluh perlahan. Hidup bagai tiada noktah. Tiada jalan cerita sendiri seolah olah dicoretkan oleh Erica. Kadang dia penat, kadang tidak.

"Awak hantar saya jauh jauh. Tapi pastikan tempat tu Erica dan kuncu dia tak dapat jumpa saya. Awak boleh hidup macam biasa."

Gibrel tak sanggup berpisah dengan Nuraz. Dia cintakan wanita ini! Jika wanita ini tiada maka jiwanya separuh akan pergi. Dia sayangkan wanita ini. Cukuplah nenek dan Fitrah tinggalkan dia. Dia bertekad untuk jaga wanita ini sebaik mungkin seperti nyawa sendiri.

"Awak kekal akan berada dengan saya." Nada suara Gibrel bertukar tegas.

"Saya menyusahkan awak kan?"

"Dan kerana sepupu saya. Awak kembali ke lembah yang tak pernah awak bayangkan." Balas Gibrel.

*******

Nuraz menarik nafas panjang. Segarnya udara dengan pokok hijau. Dibelakang sana kebun buatan Gibrel dan pekerja. Jagung sudah mula tumbuh membesar. Mungkin dalam 2 hari boleh cabut. Bahagian kiri pula pisang mula berbuah lebat. Seronoknya kehidupan disini, terasa seperti di kampung. Dia berlari anak menuju ke kebun. Dia mahu petik manggis. Sekarang musim buah-buahan.

"Gibrelll." Panggil Nuraz. Kaki mula panjat pagar tinggi.

"Pintu kan ada. Buka je lah. Gatal kaki nak panjat tu kenapa?" Marah Gibrel dengan perangai kebudakan Nuraz.

Nuraz buat tidak tahu. Aktiviti memanjat diteruskan. Dia turun perlahan. Bila sampai ke tanah, kaki terus berlari ke arah pokok manggis. Dia melompat dan tangan pegang kayu lalu kaki diletakkan pada pokok. Jari jemari memetik buah mangis yang bergayut pada dahan.

"Wahhhh seronoknyaaa."

Gibrel tidak jadi bakar sampah. Dia melihat perangai Nuraz. Sekejap ke sana dan ke sini. Selesai panjat pokok mangis, dia berlari pula ke pokok rambutan.

"Alaaa tak masak lagi lah rambutan." Rungut Nuraz. Kecewa melihat buah rambutan masih hijau.

"2,3 hari lagi boleh cabut jagung pula."

"Wahhhh. Seronoknyaaa. Saya nak buat jagung manis."

Manisnya kehidupan seperti ini. Tenang dan nyaman. Mata segar melihat kehijauan. Telinga tenang dengar air sungai mengalir. Hidup disini tak bingit. Hanya bunyi cengkerik.

"Suka hidup macam ni?"

"Haah. Saya kan orang kampung. Mestilah seronok macam ni. Ada buah buahan. Ini first time tau saya tengok orang tanam jagung. Nanti boleh kutip sendiri. Tak sabarnya."

Gibrel tersenyum. Hati senang melihat Nuraz gembira. Mudah mudahan usaha dia yang sedikit ini mampu mengubat hati Nuraz.

"Saya nak petik pucuk ubi. Tengahari nanti kita masak ikan sungai cili api. Tumbuk sambal belacan."

Nuraz teruja. Lauk kegemaran. Ikan sungai masak cili api. Tambah pula dengan sambal belacan.

"Tengahari boleh tolong saya masak."

******

Fuhhh... Seram! Tengok Gibrel di dapur mengundang rasa cemas. Mengalahkan emak di dapur! Potong sana sini dah siap. Dia masih terkebil kebil lagi tumbuk bawang. Mata sesekali pejam. Pedih terkena air percikan bawang.

"Eiiii tak sukalah!" Rungut Nuraz. Tangan menenyeh mata.

"Pedihhhhhh." Nuraz berlari ke singki. Air dimasukkan dalam mata.

"Eiii tak nak tumbuk. Tak nak tolong dah." Rengek Nuraz. Tangan masih menenyeh mata.

Alahai. Manja betul! Gibrel layankan sahaja perangai Nuraz.

"Meh sini saya tiupkan."

"Boleh baik ke?"

"Of course boleh. Tiupan kasih sayang."

"Urghhh. Gedikkk."

Gibrel menunduk. Kepala Nuraz dipegang lembut.

"Ehhh tak payah." Ujar Nuraz. Wajah Gibrel semakin hampir. Dada Nuraz mula berdetak. Dia tidak selesa.

Hanya satu inci sahaja! Dia tergamam sebentar. Seumpama zoom wajah itu dapat dilihat. Alis mata, kening dan bola mata. Anak mata Gibrel sangat cantik. Dia terpanar. Mulut Gibrel terbuka dan hembus ke arah mata Nuraz. Mata pula jatuh pada bibir Gibrel. Warna merah menandakan dia tidak pernah merokok atau ambil sebarang alkohol.

"Dah okey kan?"

"Aaa. Haaa. Ya ya." Jawab Nuraz gugup. Nuraz menolak dada Gibrel ke belakang.
Dia benci dengan debaran yang sedang melanda.

"Tumbuk jangan kasar sangat. Memanglah terpecik habis."

"Bila boleh makan?" Soal Nuraz spontan. Mata masih terarah ke wajah Gibrel. Wajah kacukan itu sangat kacukan. Kalau dia jadi kekasih Gibrel macam pipit dan enggang. Tak boleh terbang bersama!

Gibrel tepuk tangan membuatkan mata Nuraz berkelip. Kepala terus pandang ke kiri.  Dia malu dengan perbuatan sendiri. Macam tak pernah lihat wajah Gibrel.

Gibrel senyum senget.

"Naiklah atas. Nanti saya panggil awak makan."

Tiada sebarang reaksi. Kaki Nuraz terus melangkah laju. Cepatlah masa berlalu. Perbuatan dia ditangkap oleh Gibrel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience