Bab 63

Romance Series 36162

"Tundukkkk Gibrellll."

Secara pantas Gibrel terus menunduk dan menyusup ke belakang kereta.

Bangggg....

Tembakan pertama ke arah dinding.

Banggg...

Sekali lagi tembakan kedua ke arah kereta.

"Nuraz, awak kat mana?"

"Saya katttt be...lakanggg din..ding ni." Balas Nuraz dalam keadaan gagap. Dia tunduk dan tutup kedua belah telinga.

Bertalu talu tembakan dilepaskan oleh anak buah Erica.

"Saya takutttt."

Sepucuk pistol keluar dari poket milik Gibrel. Dia bangun secara menunduk. Picu ditekan dan tembakan dilepaskan. Gibrel mengintai dari tepi. Sasaran kena pada bahagian bahu si musuh.

"Duduk situ Nuraz. Jangan bergerak."

"Stopppplahhh bodohhhh. Sekali lagi kau lepas tembakan. Aku tembak tepat pada jantung kauuu." Jerit Gibrel.

Bunyi tembakan berhenti. Gibrel mengintai dari tepi kereta. Anak buah Erica berjalan ke dalam pagar rumah. Hanya beberapa langkah sahaja, akan berdiri dihadapan Nuraz.

Tidak menunggu lama, Gibrel panjat ke bumbung kereta dan terus melompat. Picu pistol ditarik lalu peluru dilepaskan pada lengan musuh. Seterusnya Gibrel berlari dan menendang kaki musuh.

"Awak Okey?" Tanya Gibrel.

Nuraz mengangguk perlahan. Bibir terketar ketar. Di hujung kaki, dia melihat musuh tersungkur dengan linangan darah. Tembakan tepat pada dahi.

Mata Gibrel melilau melihat sekeliling. Dia tahu, rumah Hayden ini bakal dikepung.

Tangan kanan menarik lengan Nuraz. Gibrel beri isyarat menyuruh Nuraz bangun dan jalan menunduk. Mereka bergerak pantas menuju ke pintu.

Nuraz tersentak. Dia terasa lengan bajunya basah. Jari menyentuh pada bahu. Darah mengalir. Kesakitan pada lengan mula terasa. Dahinya berkerut menahan sakit.

"Gibrellll."

"Shittt." Carut Gibrel.

Tembakan terkena pada tangan kanan Nuraz. Gibrel menolak Nuraz ke belakang untuk berselindung. Picu pistol ditarik lalu tembakan rambang diberikan.

"Apa benda bising bising ni." Tegur Hayden. Bunyi riuh rendah kat luar membuatkan dia tersedar dari tidur.

"Kau tidur mati ke apa ni. Kau pekak ke kat rumah tu dah tumbang satu mayat."

" Hah."  Dari riak blur terus dia tersedar dengan mata membulat. Matanya jatuh pada kaki seluar Nuraz. Ada kesan darah yang baru.

"Kau cedera Nuraz?"

Mata pula pandang pada sisi lengan Nuraz. Darah mengalir deras. Dia yakin itu kesan tembakan.

Tangan pantas capai kain dan terus lilit lengan Nuraz.

"Kau tahan dulu Nuraz. Kita lari dari sini. Rumah ni dah dikepung." Ujar Hayden.

Bangg....

Mereka tersentak dengar bunyi tembakan bertalu talu.

"Serahhh diri Gibrelllll atau bakal tercinta kau tu bakal lenyap."

"Bang***." Marah Gibrel.

"Kita tak boleh lawan. Ramai kat luar sana." Ujar Hayden.

"Kita keluar pintu belakang." Arah Hayden.

Mereka mula bergegas lari ke arah dapur.  Sebaik sahaja pintu dapur dibuka. Mereka terdengar tembakan. Masing masing menyorok mencari tempat untuk berlindung.

"Peluru kau banyak lagi tak??"

"Oh shittt. Peluru dah tak banyak." Balas Hayden. Dia hentak ke arah dinding,marah dengan sikapnya yang cuai.

"Aku nak berunding dengan anak buah mummy."

"Jangan jadi gilalah Hayden. Kau nak mati ke?"

******

"Hentikan kerja gila you tu."

"Biarlah. I nak perempuan tu je." Senyuman Erica meleret. Berharap dia akan dapat Nuraz. Bolehlah dia lepaskan nafsu gila. Setiap kali nama itu berlegar dalam fikiran. Dia rasa sakit. Dia rasa nafsunya yang satu itu membuak buak.

"You nak pendrive tu je kan? Bukan budak perempuan tu! Kalau I tahu you buat bukan bukan. You akan tahu nasib you." Ujar Marcos tegas. Dia tak nak melibatkan diri dalam kerja gila Erica.

"Heiii you tu PA I je. Jangan sampai anak you tu I bunuh sekali lagi." Ugut Erica. Mata bulat menikam wajah Marcos. Nafsu amarahnya naik. Marcos dan Hayden dah pandai melawan kata. Tak guna! Ini semua salah Gibrel dan Nuraz.

"You kena ingat Erica. Hayden adalah segala galanya. Mati dia. Nyawa you bawah tapak kaki I. I tak teragak agak nak sumbat you dalam bawah tanah!"

Marcos tidak takut lagi dengan ugutan Erica. Kerana cinta mati, dia sanggup turuti kemahuan gila Erica. Hari ini dia sedar, cintanya tak akan pernah terbalas. Jiwa Erica penuh nafsu gila. Jiwa itu tak pernah ada kasih sayang.

" You kena ingat. I yang bela anak you baik baik. I sara dia. I bagi makan dia. I ini mak kandung diaaa." Lantang suara Erica menutur kata.

"You tu binatang bukan manusia! Ingat. You usik mereka semua termasuk budak perempuan tu. Jasad you tu I letak dalam kubur."  Selesai sahaja menutur kata. Kaki Marcos terus melangkah. Dia bertekad, jika salah seorang dari mereka mati. Nyawa Erica harus dihapuskan. Dunia kejam Erica harus dipadamkan.

Erica tersenyum sinis. Mati? Dia tak takut malah dia suka dengar perkataan itu. Dia rindu mahu tamatkan nyawa manusia. Kalau ikutkan otak tak betul ini. Hari ini juga, riwayat Marcos ditamatkan.

"Gibrel,Nuraz & Hayden. You tunggu nasib."

"Jangan lupa Riana." Nama itu terlintas dalam otaknya.

"Of course 4 orang tu harus mati juga. Wow seronoknyaaa." Bisik hati Erica. Seterusnya, dia ketawa terbahak bahak. Permainan makin seronok.

*****

Nuraz mengeluarkan peluru dari begnya. Sepucuk pistol dicampak pada Hayden bersama peluru.

"Ambik ni. Aku tak larat nak guna."

Tangan kiri pegang lengan kanan.Nuraz mengetap bibir menahan sakit. Macam ni rasanya terkena tembakan.

"Gibrel! Kau lindung Nuraz. Biar aku yang ke depan."

Hayden mula membuka pintu. Dia bergerak pantas untuk keluar. Tembakan mula berbunyi di setiap sudut.

Gibrel mula risau. Risau jika Hayden tewas.

"Saya gerak. Awak ikut langkah saya dari belakang. Jangan lepas tangan saya Nuraz."

Nuraz angguk. Dia mengikuti langkah Gibrel. Jari jemari erat pegang baju Gibrel. Pada masa yang sama dia bersedia untuk mengambil kerambit yang terselit pada kaki. Mata melihat beberapa tubuh jatuh di tanah.

Belum sempat anak buah Erica mahu menembak ke arah mereka. Secara pantas, Nuraz terus melempar kerambit tepat mengenai kepala.

"Good Job Nuraz." Puji Hayden.

Pertama kali, dalam hidupnya. Dia bunuh orang. Kakinya terasa longlai dan mahu jatuh tetapi dia gagahi juga untuk berdiri.

"Nurazzz. Its okeyy. Terima kasih selamatkan nyawa kami." Pujuk Gibrel lembut.

Tubuh Nuraz dibawa dalam pelukan. Badan Nuraz sedikit terketar.

"Jom. Kita tak banyak masa dah ni."

5 Jari Gibrel bertaut dengan jari jemari Nuraz. Mereka menyusun langkah seribu untuk selamatkan diri.

Shrettttt....

Seretan tayar berbunyi kuat.

"Heiii koranggg siniiiii. Masukkkk cepattt." Jerit Riana lantang.

Mereka terus meluru masuk ke dalam kereta. Pada masa yang sama, Gibrel melepas tembakan ke arah anak buah Erica.

"Kita akan selamat." Bisik Gibrel pada telinga Nuraz.

Air matanya mula mengalir. Nuraz tutup mata rapat. Dia takut. Dia belum bersedia untuk mati. Fikiran dia terasa kosong. Bilalah pengakhiran ini akan bertemu. Dia penat bermain dengan emosi dan fizikal.

"Ericaaa. Kau memang gila!"

Nuraz terlelap. Berharap agar semuanya akan berakhir.

"Kau okey Nuraz?" Soal Megat prihatin.

"Aku benci kauuu!!!" Jerkah Nuraz.

Kenapa saat dia mahu bertenang sebentar. Megat muncul dalam mimpi.

Gibrel menarik nafas dalam. Nuraz merancau dalam tidur. Dia tahu Nuraz sedang melawan perasaan takut. Dia jatuh kasihan pada gadis ini. Kalaulah Nuraz tidak bertemu dengan Megat. Sudah tentu bukan ini kisah jalan cerita Nuraz. Tetapi itu "kalau dan sekarang Nuraz sedang hadapi takdir yang dicipta oleh Erica termasuk dirinya.

"Shhhh. Awak dah selamat Nuraz."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience