Bab 41

Romance Series 36162

"Pencegah maksiat selalu suara lelaki. Suara perempuan tak de." Lurus jawapan Nuraz. Konon nak menyedapkan hati yang tengah bergelora.

"Mana awak tahu?

"Dalam cerita selalu macam tu."

Alahai Nuraz. Boleh pula dia buat lurus bendul waktu genting macam ni. Heboh 1 Malaysia Gibrel dan Nuraz kena tangkap basah. Tak payah 1 Malaysia, 1 kampung pun boleh heboh.

"Ja...gan.. jangan buka duluuu. Bagi saya menyorok." Cemas melihat Gibrel membuka pintu.

"Soroklah bawah tilam pun. Sampai lubang cacing dia cari awak. Kena tangkap kahwin je lah. Susah apa. Tak nak pergi mahkamah. Senang."

Mudah Gibrel beri jalan penyelesaian. Tanggung malu dia bukan Gibrel. Gibrel tu muka tembok. Tak kenal erti malu melainkan dia yang akan cemarkan nama keturunan nenek. Orang perempuan ni sekali buat salah sampai mati orang ingat dia perempuan jalang. Ingat senang ke? Muka ni nak sorok kat mana? Tak nak cemar nama arwahh nenek dengan mak. Biarlah sebatang kara pun dalam dunia ni. Maruah tu kena jaga sampai mati.

Bila soal mengenai maruah. Dia  menyusup dalam bilik bujang tak ingat dunia. Ikut nafsu je. Otak tak tahu letak mana. Bila dah jadi macam ni rasa nak terkam je si Gibrel.

Belum sempat Nuraz menahan. Pintu sudah dikuak dan terpancul seorang perempuan dengan riak terkejut pandang mereka berdua.

"Gibrel? What are you doing? You dah kahwin?"

"Mummyyy."

Melopong mulut Nuraz. Perempuan yang ada di permukaan pintu itu mummy Gibrel. Nampak macam sebaya dengan Gibrel. Kulit masih putih bersih tanpa sebarang cela, pinggang bergetah lagi dan seksi.

Mulut Nuraz ternganga sedikit. Panggilan mummy bermaksud ibu kandung atau sugar mummy Gibrel? Otak sudah berfikir macam macam mengenai Gibrel.

"Buat apa kat sini mummy?"

"Mummy nak jumpa you lahhh. Hayden kata you kat sini. Perempuan tu siapa? Wife you? So Nuraz kesayangan you tu mana?"

Terkebil kebil Nuraz bila namanya dikaitkan sekali. Oh Tuhan! Perempuan tu ibu kandung Gibrel. Perempuan yang mencipta permainan jahat.

"Nuraz itu saya puan." Ujar Nuraz dengan berani. Senyuman manis dilemparkan pada Erica. Nuraz sedikit pun tidak gentar dengan pandangan Erica.

"Hmmm. Tak sangka I jumpa you kat sini. Dalam bilik anak I dan paling penting you masih hidup."

"Hanya pencipta sahaja yang mampu ragut nyawa saya bukan manusia yang berangan nak jadi malaikat maut."

"Wow. Patutlah Gibrel suka sangat dengan you. Berani gituu." Sindir Erica.

"Mummy." Gibrel bersuara keras. Tidak suka dengan perangai Erica.

"You patut tegur dia Gibrel. I bakal mak mentua dia."

Nuraz ketawa kecil. Bakal mentua tu maksudnya mentua hantu ke? Manusia inilah penyebab hidup dia tungang lagang. Ada kuasa semua boleh buat. Dasar manusia tak ada hati perut!Membuak amarah dalam dada. Tapi dia harus sedar. Dia hanya semut kecil bukan gajah yang boleh pijak orang.

"Dan puan harus tegur anak puan supaya tak ganggu saya." Lancang mulut Nuraz mengeluarkan kata. Gibrel gilakan dia bukan dia gilakan Gibrel. Tak adil semua masalah berbalik pada dia.

Sungguh, hati ini terlalu benci melihat wajah perempuan itu. Dia menoleh ke kiri melihat riak Gibrel yang bersahaja. Ahhh hati ini dah tak boleh tahan. Jika ibu perangai syaitan maksudnya Gibrel pun sama!

"Kau syaitan Gibrel." Ujar Nuraz kasar.

"Nuraz."

"Betul kata Hayden. You all tak sesuai. Tengoklah I datang tak ada buat apa pun tapi you punya girl baran sangat."

"Diamlah mummy." Jerkah Gibrel. Bengang dengan provokasi mummy.

"Gibrel sampai hati youuu kan." Erica berpura pura sedih sedangkan hati bersorak riang. Sengaja dia datang ke sini untuk melihat Gibrel. Mungkin dia boleh menambah perasa bara.

"Kau tak layak jadi mummy aku." Ujar Gibrel dalam keadaan berang. Jiwanya seakan memberontak pada masa yang sama kecewa dengan ibu kandung sendiri. Selepas ini, permainan apa yang sedang Erica rancangkan. Teruk sangatkah dia sebagai anak sampaikan Erica sanggup musnahkan hidup dia.

Gibrel menarik tangan Nuraz keluar dari bilik hotel ini. Sesak dada dan mata melihat ibu kandung. Jangan persoal tentang dosa jika dari dulu Erica tak pernah ambil tahu tentangnya. Dia sendiri macam anak terbuang. Penat dengan corak Erica sampaikan dia rasa mahu berputus asa dengan ibu sendiri.

*******

Nuraz hanya mengikuti langkah Gibrel. Dia tergamam dengan perbuatan Gibrel. Dia ingatkan Gibrel sama sahaja dengan Erica tapi lain. Gibrel sendiri tengking wanita itu. Nuraz geleng kepala. Jahat mana pun ibu kandung, syurga di telapak kaki dia. Dia tak nak Gibrel heret sama ke neraka.

"Dia mummy awak Gibrel. Dia syurga awak." Nuraz cuba bermukadimah. Bencinya pada wanita itu kerana ke jam tapi tidak untuk Gibrel.

"Awak nak suruh saya sanjung dia tahap petala?"

"Bukan Gibrel. Hormat dia."

"Hormat? Orang macam tu awak nak hormat? Dia sanggup pecah belahkan anak sendiri. Awak tak kenal dia Nuraz. Dia kejam mungkin kejam dari iblis."

Mengucap Nuraz dengar ayat Gibrel. Gibrel sanggup samakan ibu kandung dengan Iblis. Dia melihat rahang lelaki itu bergerak-gerak menahan amarah yang mungkin meletus.

"Saya penat. Nampak macam bahagia tapi serabut. Hipokrit dengan hidup sendiri."

Nuraz tidak membuka bicara. Dia memasang telinga dengar luahan Gibrel.   Kata-kata akan menyakitkan Gibrel. Lebih baik diam dan dengar.

"Ada ibu sendiri tapi macam anak terbuang. Nak hidup sendiri mummy hancurkan. Saya penat Nuraz. Setiap kali saya nak berkawan rapat dengan seseorang pasti ada tragedi berakhir."

Nak mengusap bahu Gibrel, dia adalah ajnabi. Dia tahu tentang batas. Yang dilakukan sekarang adalah pinjaman telinga. Gibrel perlukan seseorang untuk meluahkan.

Gibrel duduk di tepi pokok dengan meraup wajah berkali-kali. Riak wajah itu nampak seribu ketegangan.

"Hayden." Nama itu disebut dengan sinis. Lelaki berlagak yang anggap diri pemenang walhal sama sahaja seperti dia. Penuh penipuan.

"Megat kawan baik awak tu sepupu saya. Sepupu yang tak berapa rapat."

Nuraz angguk. Gibrel sedia membuka cerita yang dia tahu. Nuraz lapangkan dada mahu dengar penjelasan Gibrel. Segala penjelasan tidak akan datangkan kesalahan pada lelaki itu. Dia harus bersikap matang dan terbuka.

"Awak tahu yang Megat bukan bunuh diri tapi dia dibunuh. Ya pembunuh tu ada dalam kalangan keluarga saya. Sama ada mummy atau Hayden."

"Kenapa dia orang nak bunuh Megat? Sebab syer saham?"

"Bukan. Mungkin ada kena mengena dengan wasiat arwah papa. Separuh harta papa jatuh pada Megat dan Hayden tak dapat satu sen pun. Megat tu bukan anak papa."

"Dah tu memanglah. Dia kan anak tiri. Alahai tamak sangat harta."

Kalau dah dinamakan manusia. Tamak itu tentu sahaja ada. Dah ada segalanya tapi tak pernah cukup. Hayden itu bukan calang calang orang. Dia ada hotel sendiri dan pulau persendirian. Boleh jadi motif dia bunuh Megat. Mungkin atau tidak. Tapi sepanjang dia jadi tawanan di pulau. Nama megat itu meniti dari bibir Hayden seolah olah mereka baik sahaja.

"Tapi kan Gibrel. Hayden cerita baik baik sahaja pasal Megat tapi bila saya tanya tentang awak. Dia kuncikan mulut. Entah entah dia tak ada motif apa pun dan kenapa saya dia jaga baik."

"Kalau awak nak tahu. Dunia dimusnahkan dengan manusia yang nampak sopan santun. Tapi belakang dirinya penuh kejahatan." Ujar Gibrel penuh makna.

"Motif mummy awak?"

Soalan Nuraz tidak dijawab. Gibrel terus pergi ke arah kereta. Soal mummy, nanti dia akan cerita bila  semuanya dah sedia.

"Kahwin dengan saya Nuraz." Lamar Gibrel secara spontan. Dalam hati berharap agar Nuraz sudi menerima.

"Eeee. Tak nak saya kahwin dengan keturunan ibbbb." Dia menutup mulut cepat. Jangan terlanjur kata-kata. Menolak biarlah dengan cara baik baik.

"Tak nak. Awak tak sesuai dengan saya." Alasan itu yang dituturkan secara drastik.

Kecewa. Patah hati dan remuk. Tak boleh dapat menutup dengan kata. Dia pasrah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience