Bab 33

Romance Series 36162

"Kau tak rasa ke dia tu ego dan langsung tak rasa bersalah?"

"Ego?"

"Ya ego. Kau tengoklah dia punya lagak macam mana sedangkan dia tuuuu." Haiyan tidak meluahkan kata terakhir.

"Aku cuma nak tahu. P.A mummy tu bapa saudara dia atau ayah dia."

Berkerut dahi Haiyan dengar kenyataan Gibrel. Patutlah wajah mereka agak seiras tapi belum pernah dia terfikir selama ini.

"Wajah kau pun ada iras dengan si tuttttt." Ujar Haiyan dengan sengihan.

Jawatan peguam tapi perangai masuk air. Ada je ayat mahu mengenakan Gibrel.

*****

Nuraz mengeluh kebosanan. Hampir setengah hari dia menjelajah banglo mewah ini. Tiada satu menarik perhatian. Berkira kira untuk melarikan diri tapi mustahil bila dia berada di pulau. Dia melabuhkan punggung pada kerusi kayu. Laut kebiruan yang terbentang luas tidak mampu tenangkan hati dia sekarang.

Apa sebenarnya hubungan lelaki itu dengan Gibrel? Cuba bersoal jawab dengan Riana. Wanita itu tutup kemas mulutnya.

Apalah nasib dia tahun ini. Penuh dugaan yang perlu dia hadapi. Kes Megat belum selesai lagi, masih berteka teki. Hari ini otak ligat fikir tentang hubungan Gibrel dengan Hayden. Kusut dan serabut.

Nuraz pejam mata. Dia menikmati angin pantai. Sejuk dan nyaman. Mata terbuka perlahan bila dengar suara Hayden bertanya.

"Kau suka laut?"

"Ciptaan Allah siapa yang tak suka. Tenang dan nyaman."

"Aku tahu hati kau tak tenang."

Nuraz mendengus. Ada sahaja jawapan dari bibir lelaki ini. Jika dulu lelaki ini dipanggil lelaki bertopeng, hari ini dia sudah ada nama. Badan berpaling ke belakang. Nuraz tersentak. Lelaki ini tidak bertopeng penuh. Hanya memakai penutup separa muka berwarna hitam. Dia terpandang mata Hayden. Mata itu mengingatkan pada seseorang.

"Why Nuraz? Aku hensem sangat ke? Terpegun betul kau tengok aku. Aku buka je ni. Confirm kau jatuh cinta." Ujar Hayden.

"Jatuh cinta dengan kau? Hei kiamatlah dunia aku." Satu jelingan maut diberikan pada si lelaki. Hati yang kian tenang jadi makin membara.

"Aku nak tanya satu soalan boleh?"

"Sejak bila kau pandai minta izin aku ni. Nak jadi budak baik ke?" Perli Nuraz.

"Well memandangkan kau ni golongan ahli fikir. Aku tahu kau boleh jawab soalan ni tapi aku was was pula."

"Boleh tak satu hari kau jangan menyakitkan hati aku!" Sergah Nuraz lantang. Bengang dengan sikap si Hayden. Bukan Gibrel je jenis menjengkelkan. Lelaki ini pun sama. Saling tak tumpah perangai.

"Jangan marah nanti kena jual." Hayden berlelucon. Tepi mata berkerut menandakan dia sedang senyum di sebalik topeng.

Nuraz masam. Lawak Hayden tidak boleh beli jiwanya. Dia bangun dari bangku dan terus melangkah kasar.

Hayden mengikuti langkah Nuraz. Dari turun tangga hingga ke dapur. Bila Nuraz buka peti ais, begitu juga Hayden. Nuraz minum air, dia turut serta.

"Jangan minum gelojoh nanti tercekik. Jangan minum berdiri. Tak baik. Kau kan perempuan."

"So kalau lelaki bolehlah minum berdiri?"

"Sama tak baik juga."

Nuraz menghela nafas panjang. Dia tidak boleh tengok susuk tubuh Hayden. Darahnya terasa mendidih. Dia tahu yang dia sangat bencikan makhluk di hadapan. Duduk santai dengan meneguk air mineral.

"Kenapa kau culik aku?"

"Bosanlah soalan kau ni. Soalan aras rendah."

Nuraz mendengus kasar. Dia cuba tenangkan diri.

"Aku nak balik. Aku tak nak duduk sini."

"Kau balik. Kau mati."

"So kau lah nak bunuh aku ni." Nuraz ketawa kecil. Pandai berdolak dalik lelaki ini. Wal hal dia sendiri nak bunuh aku.

"Nuraz,Nuraz. Patutlah kes Megat kau tak mampu selesai. Benda senang pun kau tak mampu fikir. Kau tahu kan mak kau tu bukan mati sebab sakit tapi kena bunuh?"

Nuraz tersentak. Jantung berdegup laju. Kenyataan apa yang Hayden mahu berikan. Otak tidak mampu berfikir. Tangan mula terketar.

"Yang aku nak kau tahu. Bukan aku bunuh mak kau dan aku bukan pembunuh."

"Orang boleh pilih." Ujar Nuraz dengan nada terketar. Kejutan demi kejutan yang dia perolehi.

"Okeylah aku bagi ruang kau berfikir. Bye."

Air mata Nuraz mengalir deras. Tidak pernah dia bayangkan kejadian ini akan berlaku lagi. Pengakhiran ibu dan abang yang tidak baik termasuk Megat. Lutut yang lemah telah melorot ke bawah. Nuraz menangis tersedu-sedu.

*****

"Nuraz kau kena kuat. Aku tahu kau kuat."

Panggilan dan sinar cahaya membuatkan kelopak mata Nuraz terbuka. Tangan kanan menutup separuh muka untuk menutupi cahaya terang dari menjamah mata.

"Kenapa kau datang Megat?" Soal Nuraz lirih.

"Aku minta maaf. Sebab aku kau merana. Sebab aku masa depan kau musnah. Kita tak seharusnya mulakan dulu."

"Kau marah pada takdir?"

"Aku minta maaf Nuraz. Sebab aku. Kau merana." Megat mohon maaf bersama tangisan.

"Tiada siapa pun tahu takdir kita macam mana Megat. Aku terima aku reda tapi aku harus berusaha juga cari siapa yang punca. Aku nak kematian kau..." Nuraz tidak mampu menghabiskan kata. Lidah dia kelu. Bagaimana mahu mencari punca sedangkan dia disini. Jauh dari ramai orang. Dia sendiri pun tidak tahu punca kenapa dia diculik.

"Tak payah Nuraz. Jika aku tak dapat bela. Aku tak kisah. Aku terima. Aku nak kau hidup sempurna macam dulu. Sebelum kau kenal aku. Jaga diri baik baik."

"Megat aku sayang kau."

Megat tersenyum. Dia berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal.

Air mata Nuraz mengalir lagi. Entah bila lelaki itu akan jelma dalam mimpi. Sudah lama dia menikmati tidur tanpa mimpi. Semuanya kosong dan tenang. Dia rindukan lelaki itu. Tak pernah waima sekali pun dia mengeluh tentang Megat. Dia mahu cari punca kematian Megat dan ibu. Adakah mereka saling berkait?

Buntu. Mimpi yang bertandang malam tadi mengingatkan Nuraz pada satu benda. Kelibat di atas bangunan selepas dia melihat mayat Megat terkulai di jalan tar. Bila mengingatkan peristiwa pahit, automatik bibir Nuraz terketar. Bau darah dan darah mengalir pada kepala Megat seolah olah baru berlaku semalam.

Nuraz capai botol air mineral. Dia teguk rakus untuk hilangkan rasa gementar. Jika berterusan seperti ini, dia tidak boleh menyelesaikan masalah.

"Kau ada axienty kan?" Tegur Hayden. Dari tadi dia berdiri memandang kelakuan Nuraz yang agak aneh. Sekejap mengetap bibir. Selepas itu, bibir dan tangan terketar. Air yang diteguk rakus tidak memasuki sepenuhnya dalam mulut Nuraz tapi mengalir di celah celah bibir. Baju Nuraz kebasahan dengan air.

Nuraz diam. Dia belum mampu untuk kawal keresahan.

"Hmmm. Pelik. Bila kau berlawan dengan orang. Okey je tapi sekarang kenapa kau axienty?"

"Kauu..kauuu jangann banyak soal boleh tak." Cuba dikawal suara yang terketar.

"Nak selesaikan satu masalah bukan senang Nuraz. Kau kena belajar kawal emosi. Macam ni lah cara kau. Confirm kau kalah."

"Kau tak ada kat tempat aku lah Hayden!"

"Betul tu. Aku cuma nak bagitahu cara kau atasi masalah. Nak menang? Kawal emosi." Hayden nasihat secara halus. Ujaran dia ada benda yang tersirat. Bukan sekadar cakap kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience