Bab 20

Romance Series 36162

Nuraz julingkan biji mata. Gibrel ni memang banyak songeh. Itu tak kena ini tak kena. Baju yang dalam gengaman rasa ingin dicampak ke bawah. Jadi pembantu mengalahkan jadi bibik dirumah. Siapkan baju kerja untuk hari esok, ingatkan dia untuk makan dan susunan kerja harian. Bukan sahaja campur hal kerja tapi hal peribadi pun Nuraz masuk campur.

Nuraz tahu citarasa Gibrel tinggi tapi dia tak tahu Gibrel juga seorang yang cerewet mengalahkan perempuan. Nuraz melihat kembali baju yang dia gosok. Tiada masalah tiada kedut. Warna pun cantik sesuai dipadankan dengan tie warna lembut. Apa lagi yang tak kena? Dia sendiri bingung.

"Tak payah renung sangat lah. Tu nampak tak kedut kat ketiak tu. Dah iron balik." Gibrel bersuara setelah melihat Nuraz merenung tajam baju kemeja.

"Ketiak je bos. Alah bukan orang tilik pun. Tengok pun tak. Melainkan orang tu pergi dekat angkat ketiak bos. Haa nampaklah kedutan halusss tu." Jawab Nuraz geram. Ingatkan apa tadi, salah warna baju ke atau tie. Ini masalah garisan halus pada ketiak baju. Masalah kecik je tapi dia punya arahan tu menyakitkan hati.

"Tak nak. Pergi gosok yang lain. Saya tak ada mood nak pakai baju warna tu. Pergi meeting pakai merah?serius Nuraz? Sakit mata orang tengok saya."

Nuraz tercengang. Tadi dia dah bagitahu kat Gibrel nak pakai warna apa. Katanya warna apa pun boleh. Sekarang ini dia kena sindir balik. Gibrel ni memang kadang menjengkelkan. Dulu masa pegang jawatan pereka grafik tak ada pun cerewet Gibrel.

"Tapi tadiii."

"Cepat Nuraz. Saya dah lewat. Nanti awak saya potong gaji setengah bulan." Gibrel mengugut.

Nuraz akur. Dengan muka cemberut dia melangkah kasar. Nasib baik tau. Kalau orang lain peluru berpandu dia hasilkan.

*****

Nuraz ikut sahaja arahan Gibrel. Gibrel menyuruh dia duduk di kerusi belakang ketika Gibrel dan ahli lain mesyuarat. Kata Gibrel ini salah satu pembelajaran ketika jadi pembantu peribadi. Dia turutkan sahaja asalkan bukan dia yang kena bercakap dalam meeting.

"Eh dia tuuu." Nuraz teringat lelaki yang duduk di hujung meja. Macam pernah dia kenal. Dia berpura pura betulkan tempat duduk dan pandang lagi ke arah lelaki itu.  Otaknya tak dapat imbas sepenuhnya wajah lelaki tersebut dan beberapa saat kemudian mata mereka saling berpandangan. Lelaki itu melemparkan senyuman sinis. Nuraz terkedu. Lantas wajah berpaling ke arah lain.

Tidak senang duduk. Dia rasa diperhatikan. Nuraz melihat gerangan siapa yang perhatikan dia. Lelaki tadi bersama senyuman sinis bila Nuraz bertentang mata. Mesyuarat yang baru mula 30 minit terasa seperti 3 jam. Menyesal pula dia renung lelaki tadi.

"Saya lagi hensem dari lelaki tadi tau. Baik pandang saya je."

"Hah."

"Kenapa awak pandang lelaki yang duduk hujung meja tu?" Soal Gibrel ingin tahu. Rasa cemburu terbit bila dia terpandang Nuraz merenung lelaki yang duduk hujung meja atau lebih tepat pemilik D'house hotel.

"Macam pernah nampaklah."

"Dia tu kan pemilik D'house hotel. Kan sekarang musim dia keluar tv. Tak nampak macam mana berlagaknya mamat tu tadi."

"Jelous dengan lelaki tu ke sebab dia kacak?" Usik Nuraz.

"Kacak saya lagi. Wajah kacukan. Kahwin dengan saya. Anak anak cantik betul. Haih bertuah." Gibrel puji diri sendiri.

Nuraz akui Gibrel jauh lebih kacak dari pemilik hotel tadi. Dengan wajah yang kacak dia boleh dapat perempuan yang dia mahu.

"Pukul 11 masuk meeting balik. Macam biasa. Nuraz duduk belakang Gibrel. Jangan main mata lebih lebih. Nanti tuan Gibrel cucuk mata."

"Alahhh kena ke? Boleh tak duduk luar?"

"Tak boleh. Ini elok untuk awak. Proses belajar."

Nuraz angguk kepala sahaja. Kaki berat melangkah ke bilik mesyuarat. Rasa malu tak hilang. Entah apa pemilik hotel itu fikirkan mengenai dia. Aduhh Nuraz kau tenung anak bujang orang buat apa.

"Excuse me. I nak lalu." Bisik satu suara dari belakang.

Nuraz cepat mengalih badan dan beri ruang pada lelaki suara garau. Mata mereka bertentang lagi. Suara bisikan itu adalah pemilik D'house hotel. Alamak sekali lagi setepek malu.

"Sorry. P.A I clumsy sikit." Terang Gibrel bersahaja. Lengan baju Nuraz ditarik dan dibawa ke tepi kerusi.

"Jangan halang orang nak berjalan. Duduk tempat awak ni." Pesan Gibrel.

Nuraz kebosanan. Tiada satu pun yang dia faham apa yang disampaikan oleh Gibrel pada ahli mesyuarat. Gibrel nampak lelaki berkarisma dan hebat dengan hujahan bernas. Dia tersenyum. Untung pula kerja dengan Gibrel yang hebat. Setengah jam kemudian, pemilik D'house hotel mula bercakap dan sekaligus menarik perhatian Nuraz.

Pemilik hotel dan Gibrel boleh berlawan antara satu sama lain. Sama hebat dan berkarisma. Lelaki itu nampak aura yang luar biasa. Bila dia bercakap orang lain terpersona. Tapi satu je dia tak boleh lawan Gibrel bila Gibrel mengeluarkan fakta dan statistik dunia. Dah macam tonton drama tv di mahkamah.

"Wah hebatnyaaa bos." Puji Nuraz sambil bertepuk tangan.

Gibrel senyum bangga. Bukan senang nak dengar pujian Nuraz. Kembang semangkuk sekejap.

"Balik nanti jangan terkoyak pulak seluar tu. Saya tak pandai jahittt." Sindir Nuraz.

"Hei you Gibrel kan? I suka cara you present tadi." Ujar pemilik D'house hotel. Mata beralih pada Nuraz bersama senyuman manis bukan lagi senyuman sinis.

"P.A you?" Soal pemilik D'house hotel. Bibir masih tidak lekang dengan senyuman.

"Yup."

Huluran tangan pemilik D'house hotel tidak disambut oleh Nuraz tetapi disambut oleh Gibrel. Nuraz hanya menunduk badan sedikit tanda hormat. Berubah air muka lelaki itu bila bukan Nuraz yang bersalam dengannya.

"Maaf lah saya tak salam lelaki."

"Ohhh ok. Bukan senang nak cari perempuan macam you kan. Tak pakai tudung tapi masih sopan dan tak salam lelaki. Oh i tak sindir you tapi pujian ikhlas. Betul tak Gibrel?"

Gibrel tidak balas ya atau tidak. Bagi Nuraz ini adalah sindiran halus. Ya dia memang tidak bertudung, pakaian masih sopan bila mengenakan seluar panjang dan baju lengan panjang. Prinsipnya mudah sahaja biar pakai kerana ikhlas bukan kerana terpaksa atau nak bergaya sahaja. Mungkin Nuraz lupa tutup aurat itu adalah wajib. Rambut itu juga sebahagian aurat.

Walaupun jadi pembantu peribadi Gibrel, Nuraz duduk disebelah kerusi pemandu. Dulu dia pernah sindir Gibrel. Siapa yang gatal nak ambil pembantu peribadi tak ada lesen. Balasan Gibrel mudah sahaja, dia tidak perlukan pemandu. Dia hanya perlukan pembantu peribadi uruskan kehidupan harian dia sahaja.

"Gibrel kenapa kereta honda ni cucuk cucuk kereta ni? Bagilah dia jalan dulu. Heii tak penyabar betul." Bebel Nuraz. Dilihat cermin sisi, kereta honda merah sengaja cucuk belakang kereta Gibrel.

Gibrel kelihatan tenang. Tidak balas bebelan Nuraz. Pedal minyak ditekan kuat dan dia bersedia untuk mengelak dari kereta honda merah.

"Alllahhhh."

"Awak ni kenapa bawak lajuuuu?slowww lahhhh. Saya takutttt."

"Lari atau kena penggal dengan kereta bodoh tuuu?" Soal Gibrel keras.

"Lariiiii." Jerit Nuraz cemas. Dia duduk secara statistik dan tak pandang lagi cermin sisi. Nampaknya nyawa dia dan Gibrel dalam bahaya. Mudah-mudahan ini bukan pengakhiran hidup yang mengerikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience