Bab 40

Romance Series 36162

"Kau kena ingat Nuraz. Aku yang tolong kau bukan dia." Hayden beri peringatan pada Nuraz. Dia mahu perempuan ini tahu yang hanya dia sahaja mampu selamatkan Nuraz. Bukan Gibrel.

"Aku boleh tolong diri aku sendiri."

Hayden senyum sinis. Mampu selamatkan diri sendiri? Kalau dia tidak ada masa itu sudah tentu si Nuraz jadi makanan mommy. Apa sahaja yang berkaitan dengan Gibrel pasti mommy mahu tumpaskan.

"Kau pasti?"

"So yang buru saya selama ni mommy korang la ye???" Soal Nuraz dengan berpeluk tubuh. Perkataan mommy tadi memang menarik minat dia. Tidak sangka satu persatu rahsia akan terbongkar. Mungkin tak lama lagi rahsia Megat agaknya.

"Kau rasa?"

Nuraz mengangkat kedua bahu. Soalan dibalas dengan soalan, tidak berminat dia nak jawab. Fokus dia sekarang adalah mommy dan Megat. Agaknya apa kaitan mereka berdua sampaikan dia jadi buruan mommy Gibrel dan Hayden.

"Aku nak ingatkan kau Nuraz. Setiap kali kau dekati Gibrel maka musuh kau adalah selangkah depan kau. Kau nak selamat, sayang diri kau bukan Gibrel."

Apa bezanya jika dia dekati Gibrel. Tiada beza pun. Gibrel yang akan dekati dia dan musuh itu selangkah depan dia. Bermaksud semuanya salah Gibrel yang masukkan dia dalam bahaya. Nuraz terfikir seketika, kuat sangatkah Hayden sampai mampu beri peringatan pada dia. Lembik sangatkah Gibrel sampaikan Hayden memandang rendah pada adik tiri dia itu.

********

Belum pernah dia buat kerja gila. Tapi hari ini dia mahu jawapan dari Gibrel. Musuh yang dikatakan oleh Hayden, dia tidak endahkan. Jika selangkah didepan dia maka dia sendiri akan tumpaskan. Jumpa dengan Gibrel bagaikan nyawa dia selangkah lagi ke dalam gaung. Tapi peduli apa, banyak persoalan yang bermain dalam otak.

Nuraz pejam mata. Betul ke dia redah masuk bilik bujang orang tapi kalau tak redah dia tidak akan jumpa Gibrel. Nak harapkan orang dikaunter tu memanglah dia tak akan bagi hal peribadi pelanggan. Rayulah macam mana tak akan dapat.

Benda yang ada dalam tangan digengam kemas. Kepala toleh kiri dan kanan. Pasti dengan kawasan bersih dari orang maka dia meneruskan kerja  yang tak berapa sihat.

"Fuhhh powerrr." Puji Nuraz pada diri sendiri bila bilik hotel mampu dibuka. Nampaknya kemahiran dia yang satu ini tak tumpul lagi. Nuraz tersengih bangga.

Pintu dibuka dengan perlahan dan kepala menjenguk kedalam. Mata tertumpu pada Gibrel yang sedang lena diulit mimpi.

Gulp...

Seksi betul Gibrel tanpa pakaian dan hanya memakai boxers. Dia menenyeh mata berkali kali bila mata meliar melihat susuk tubuh tegap Gibrel. Berdosa betul dia hari ini. Ceroboh bilik anak bujang orang dan cuci mata.

Nuraz melangkah perlahan tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Tiba sahaja dia di katil Gibrel. Dia menelan air liur berkali kali. Fuh menitik peluh didahi. Kenapalah dia tak sedar selama ini Gibrel seorang yang seksi dan kacak. Patutlah orang kata dia beruntung dapat Gibrel. Kacak dan kaya. Pakej lengkap.

Mata yang merenung susuk tubuh lelaki itu diketuk perlahan. Boleh tahan nakal juga mata dia ni. Nuraz garu kepala tidak gatal. Dia mati kutu untuk mengejut Gibrel. Orang kata pandai makan pandai simpan. Tapi situasi dia ni makan ke simpan? Nuraz menepuk dahi. Macam pelik je ayat tu.

"Gibrel ni dah mati ke apa? Tak bergerak gerak. Macam ni nak jaga aku? Aku masuk menyelinap pun tak sedar." Nuraz mengomel sendiri.

Lantaklah apa nak jadi. Dia nak kejutkan Gibrel juga. Biarlah lelaki ini nak kata apa, dia tidak kisah. Banyak pertanyaan dia nak tanya pada Gibrel.

"Gibrel." Panggil Nuraz lembut.

"Hmmm."

"Bangunlah Gibrel."

"Hmmm."

"Gibrel."

"Hmmm."

Susah betul nak kejut lelaki bernama Gibrel ni. Hmm. Hmmm je pada tadi. Sergah karang mahu mati terkejut kat situ. Orang dulu dulu kata tak elok sergah orang yang sedang tidur. Rohnya tak sempat masuk dalam badan.

"Gibrel bangunlah. Nuraz ada depan mata awak ni."

"Nuraz." Seru Gibrel dengan suara mendayu. Mata masih tertutup rapat.

"Buka mata tu." Arah Nuraz dengan bercekak pinggang tapi Gibrel makin lena tidur dengan memeluk bantal.

Nuraz tepuk dahi. Alahai lena betul si Gibrel ni tidur. Tak ada cara lain,cara kasar dia gunakan.

Entah macam mana tepukan Nuraz pada kaki menyebabkan Gibrel bertindak bangun dan lekas memulas tangan Nuraz ke belakang. Badan Nuraz ditiarapkan ke atas katil. Lagi haru bila Gibrel duduk atas badan Nuraz.

"Aduhhhhh." Jerit Nuraz.

Macam kena hempap dengan anak Gajah. Tangan pula di pulas ke belakang. Muka tersembam di atas tilam. Boleh nazak dia hari ini.

"Kau nak apa dari aku hah?"

"Ini Nuraz lah Gibrel. Lepaslahhhh. Sakitttt."

Dahi Gibrel berkerut. Pulasan tangan direngangkan tapi masih kemas.

"Saya tak boleh bernafaslah." Adu Nuraz. Sesak nafasnya dengan tindihan Gibrel. Mungkin beberapa minit dalam keadaan seperti ini dia boleh mati lemas.

"Nuraz?" Soal Gibrel dengan tidak percaya.

"Ya Nuraz ni. Cepatlah bangun. Badan awak tu macam anak gajah." Kutuk Nuraz.

"Macam mana awak boleh masuk sini?"

"Lepaskan saya dulu lahhhh."

Rasa lega bila dilepaskan. Dia menarik nafas dalam. Hirup udara agar oksigen masuk dalam kepala otak. Sengal badan dengan tindihan dan pulasan dari Gibrel. Menyesal pun tak guna, dia yang buat keputusan bodoh.

"Fuhh fuhh. Hidup saya lagi."

"Awak ceroboh bilik saya Nuraz."

"Eh ye ke?" Nuraz bertanya bodoh dengan sengihan comel.

Nuraz menunduk bila perasan dengan renungan tajam mata Gibrel. Dup dap jantung berjalan laju.

"Errrr."

"Awak nak apa? Tak takut kena rogol? Ceroboh bilik lelaki suka hati je. Otak letak mana?"

"Saya berani buat sebab awak baik."

"Baik macam mana dia tetap lelaki Nuraz. Beringatlah sikit. Bukan awak sibuk dengan si Hayden tu? Hah mana dia? Dia yang hantar awak ke sini?" Dalam bebelan sempat Gibrel menyelitkan nama Hayden. Kata hero Nuraz kan, mana dia pergi ketika Nuraz ceroboh bilik dia.

"Betul ke mommy awak punya kerja?"

Tidak menjawab soalan Nuraz. Gibrel capai baju dan pakai didepan Nuraz. Terbeliak biji mata Nuraz dengan kelakuan selamba Gibrel. Peliknya mata itu tak beralih tapi terus kaku melihat.

"Tergoda?"

"Euuuuuu. Rasanya segak lagi Hayden."

"Dah tu kenapa masuk bilik saya juga?"

"Assalamualaikum." Ucapan salam bergema di luar bilik hotel.

Mereka berdua kaku. Mata saling menatap antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience