Bab 3

Romance Series 36162

Gibrel ralit memerhatikan tingkah Nuraz. Entah apa yang dia fikirkan sampai termenung begitu sekali. Rasanya kerja yang dia berikan pada Nuraz tidak banyak mana. Sekadar menjadi pereka grafik dan marketing di dalam laman sosial.

"Nuraz"

Nuraz yang termenung tersentak dari lamunan. Dia pandang Gibrel tanpa senyuman. Kemudian, dia memberi tumpuan pada  laptop. Jari kanan pegang tetikus dan klik sana sini pada laman sesawang. Kehadiran Gibrel tidak diendahkan.

"Sampai bila Nuraz nak macam ni."

"Tuan nak bagi saya kerja?" Nuraz mengalih topik. Lebih baik berbicara soal kerja berbanding hal lain. Nanti ada pula pergaduhan kecil. Panggilan juga berubah dari nama ke tuan.

"Hmmm."  Tanpa kata apa-apa, Gibrel terus beredar keluar.

Nuraz menarik nafas lega. Pergi juga Gibrel. Nuraz garu kepala yang tidak gatal. Kerja apa pula yang harus dia lakukan hari ini. Dia sudah kemaskini laman sesawang fac. Seterusnya, dia membuka instagram. Laman ini juga sudah dikemaskini. Tiada apa lagi dia perlu lakukan. Gambar makanan yang ada menarik perhatian dia dan kata-kata di bawah.

"Spagetti cinta hati."

Dia tersenyum sendiri. Nama yang sengaja dia cipta dan Gibrel setuju. Kelakar bila ingat kembali. Nama itu sesuai dengan matlamat cafe ini. Meraikan kasih sayang untuk pasangan bercinta.

Rambut yang disanggul seperti pramugari dilepas bebas. Rasa lega bila terkena penyaman udara. Dia melurut lurut rambut ikal dengan jari runcing.

"Cantik."

Nuraz tersentak. Macam mana pula lelaki ini boleh kembali ke bilik ini. Datang dengan pujian. Ini pujian atau perlian dari  Hayden Gibrel?

"Tak payah nak perli."

"No. Mana ada perli. Ikhlas."

Anak mata Nuraz naik ke atas. Loya bila dengar pujian yang tidak ikhlas.

"Semalam kenapa keluar dari KFC?"

Nuraz mengeluh. Bosan betul hidup macam ni. Tak boleh ke satu hari kalau Gibrel tak banyak soal. Dia penat nak menjawab. Ada juga dia doakan Gibrel jadi bisu selama sebulan. Tenteram hidup.

"Tiba tiba tak lapar."

"Oh i see." Gibrel mengangguk kepala. Tangan kanan mengusap dagu yang dipenuhi lingkaran bulu bulu halus. Dia dapat tangkap perkara apa yang bermain dalam fikiran Nuraz.

Nuraz bertentang mata seketika dengan Gibrel. Mata dilarikan ke arah lain. Aura Gibrel memang lain macam. Boleh gugur jantung bila bertentang mata dengan Gibrel. Anak mata Gibrel cantik, warna coklat. Bulu mata pula melentik panjang. Untung siapa yang bersama dengan Gibrel.

"Nuraz." Gibrel memanggil dengan nada lembut.

Meremang bulu roma Nuraz. Panggilan Gibrel ni menyeramkan. Mungkin panggilan seakan yang romantik. Ada lenggok manja.

"Jangan panggil macam tu. Saya geli la."
Nuraz membuat gaya geli dengan tangan mengosok lengan. Udara sejuk mencengkam hingga ke tulang hitam.

Gibrel gelak lepas. Kelakar melihat tingkah Nuraz. Perangai Nuraz ni macam-macam. Comel. Kalau dapat pipi chubby tu mahu dia cubit.

"Jangan pandang saya macam tu. Keluar sana." Halau Nuraz selamba. 

*****

Kaki yang melangkah perlahan semakin laju. Diri rasa diperhatikan. Tidak menoleh ke belakang. Nuraz memaksa kaki kanan dan kiri melangkah lebih laju.
Nuraz menarik nafas lega. Berpijak juga di dalam LRT. Mata melilau ke kiri dan kanan tapi tiada tempat duduk kosong. Berhati hati dia pegang palang agar tidak bersentuhan dengan lelaki lain.

Cabaran menaiki kenderaan awam sentiasa  berebut dengan orang ramai. Dalam kesibukan harian, manusia mengutamakan sikap pentingkan diri sendiri.  Saling tolak menolak. Pernah ada peristiwa Nuraz hampir tersungkur ke lantai LRT. Mujur sahaja ada wanita tua sempat tarik tangan Nuraz.

Warga asing berkulit hitam tersengih gatal. Tangan yang pegang palang turun ke bawah dan hampir terkena tangan kanan Nuraz. Nuraz resah. Sipi sahaja lagi. Jika lelaki warga asing turun lagi ke bawah maka tangan mereka saling bersentuhan.

Tiada jarak langsung. Lelaki warga asing sengaja menyentuh bahagian tepi tangan Nuraz. Nuraz tergamam. Ini kali pertama dia alami situasi ini. Otak tak dapat mencerna. Tangan yang berpaut pada tiang dilepaskan. Badan Nuraz tidak dapat diseimbangkan kerana LRT  berhenti ke stesyen seterusnya.

Nuraz cuba stabilkan diri tapi tidak boleh. Dia hampir mahu tersungkur ke bawah. Nuraz reda . Biarlah malu untuk kali kedua. Dia tidak kisah. Perkiraan yang dilakukan tidak menjadi. Tubuh Nuraz yang mahu jatuh kebawah tersangkut pada sesuatu. Ada benda yang menjalar pada pinggang. Terbeliak biji mata Nuraz. Hanya 1 inci sahaja wajah dia dan wajah Gibrel bakal bertemu. Dia menolak kuat Gibrel.

Bukkk.

Nuraz jatuh terduduk. Lebih rela jatuh depan orang ramai berbanding Gibrel yang menyentuh.

"Itu lah sombong. Orang tolong tak nak."

"Saya tak hadaplah pertolongan tuan tu."

Gibrel senyum sinis. Jual mahal pula perempuan ini. Orang dah tolong, ucapan terima kasih pun tak ada. Bersyukurlah sikit  Nuraz . kalau tak ada Gibrel, Nuraz tak selamat dengan orang warganegara asing tadi. Nak harapkan orang lain? Tiada apa pun yang dibantu. Melihat sahaja. Panas sungguh hati Gibrel! Orang disekeliling hanya melihat babak tadi.  Dasar sikap pentingkan diri sendiri!

Sampai ke stesyen yang dituju. Nuraz mengorak langkah pantas. Dia mahu balik cepat ke rumah sewa.

"Nuraz."

Nuraz berhenti tapi tidak toleh ke belekang. Membiarkan Gibrel datang kepadanya.

"Awak nak apa Gibrel? Saya nak balik. Penat."

"Nuraz memang tak reti nak ucap terima kasih ke?" Soal Gibrel dengan nada perlian.

Gibrel oh Gibrel. Itu je ke? Esok tak boleh ke nak tuntut ucapan tu. Seluruh badan Nuraz penat. Kaki rasa mengigil. Esok lusa tak ingin dia nak sarung kasut tumit tinggi. Pakai sneaker pun tak apa.

"Terima kasih." Ucap Nuraz lemah. Waktu ini dia mengalah. Dia tidak mahu berbalah.

"Itu je ke?"

Nuraz merengus. Gibrel ini memang dilahirkan untuk menyakitkan hati agaknya. Dah ucap terima kasih pun banyak soal.

Gibrel bengang. Soalan dia tidak dijawab. Nuraz selamba sahaja pergi tinggalkan dia. Penat dia mengekori Nuraz dari tadi tapi ini ke pengakhiran yang dia dapat. Tak boleh jadi! Kaki berlari menghalang Nuraz.

"Sampai bila nak elak dari saya Nuraz?"

"Gibrel. Baliklah. Saya penat. Saya nak rehat."

"No. Selagi awak tak cakap kenapa awak tak terima saya. Saya akan terus ganggu awak. Selamanya. Ingat tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience