Bab 44

Romance Series 36162

"Kau rasa antara 2 tu mana satu patut kau percaya?"

Berkerut dahi Nuraz untuk memahami satu soalan.

"Antara 2 siapa?"

"Kau rasa siapa?"

"Hish Megat. Jawab je lah. Tak payah nak bermain soalan. Aku pening lah!" Rungut Nuraz. Menyampah. Soalan dibalas soalan tanpa ada jawapan.

"Gibrel atau Hayden?"

Nuraz ketawa. Lucu rasanya soalan Megat. 2 orang tu sepupu Megat sudah tentu Megat  lebih tahu.

"Itu sepupu kau kan. Kau lah lebih tahu siapa boleh percaya. Haih soalan pun macam minta penampar dengan aku."

Megat senyum sumbing. Garang pula Nuraz malam ini tapi diri garang itu dia suka. Sayangnya tak boleh bersama kerana takdir menentukan segalanya.

"Megat."

"Megat." Nama itu dipanggil 2 kali tanpa Nuraz menoleh ke sisi. Bila panggilan itu tidak disahut, baru kepala itu bergerak. Kosong. Megat sudah tiada disisi. Air mata mengalir tanpa dipinta.

Rindu. Susah untuk dia zahirkan. Hakikatnya, dia rindukan Megat. Sudah lama Megat tidak bertandang dalam mimpi dia. Hari ini Megat datang secara tiba-tiba dan pergi tanpa ucapan. Sakit yang dia rasa ketika ini. Air mata yang tumpah dia biarkan mengalir tanpa kesat.

Hidup dia sekarang bersimpang siur. Bukan lagi kisah tentang Megat. Bukan lagi pencarian untuk rungkaikan teka teki Megat tinggalkan. Semuanya tentang Gibrel dan Erica. Nuraz pening. Kusut. Dia tidak betah lagi nak fikir secara dalam.

Dia tekad. Esok, dia akan turun ke Kuala Lumpur. Soal hidup atau mati biarlah masa menentukan. Jiwanya memberontak untuk tahu perkara sebenar. Mungkin Haiyan ada jawapan.

*****

"You tahu tak you dalam bahaya? Kenapa datang sini juga? Susah ke nak dengar cakap Gibrel. Diam diam you curi keluar rumah untuk datang kat I. Gila ke apa." Bebel Haiyan.

Tak pernah berubah perangai Nuraz. Ada je akal panjang dia nak buat sesuatu. Sanggup curi-curi keluar dari rumah.

"I nak cari kebenaran."

"You follow je lah apa Gibrel buat. Itu kebaikkan you jugak."

"I tak percayakan Gibrel."

"Pulakkk dahhhh."

"Semalam I mimpikan Megat. Dia tanya kat I. Antara Hayden dan Gibrel. Mana patut I percaya. I tahu ada sesuatu yang dia nak sampaikan."

"Mimpikan mainan tidur. You ni macam budak budak. Percaya je. Haih lah. Dah sekarang ni nak buat apa? You tanya pun I tak tahu nak jawab apa. Kes Megat pun tak selesai lagi. You sibuk tanya pasal Hayden dengan Gibrel pulak. Peninglah I." Rungut Haiyan. Pening semalam tak hilang lagi. Hari ini datang Nuraz nak bersoal jawab perihal 2 beradik. Haiyan malas nak buat perangai putar belit sana sini. Gibrel punya masalah. Biar dia yang tanggung.

"You kan lawyer Gibrel. Mesti tahu serba sedikit pasal Hayden kan. Haaa pasal mummy Gibrel pun you mesti tahu."

"You ingat I ni wife dia ke Nuraz? Eh kalau wife pun belum tentu you tahu semua latarbelakang Gibrel tu. Apa kata you kahwin je dengan dia tu. Biar semua pekung dia you tahu. You boleh tahu mengenai Hayden. You boleh tahu mengenai mummy dia. Senang kan. 3 dalam 1."

"Ish." Geram dengar bebelan Haiyan. Merapu habis! Dia nak jawapan je tapi Haiyan putar belit sana sini. Eh lupa Haiyan kan peguam. Itu kan ciri khas yang ada pada dia. Bazir masa dan kudrat dia datang ke mari.

"I bagi cadangan bernas tu. Ikut je."

"You nak I mati ke?"

"You datang ke mari pun boleh mati jugam pernah you fikir?" Soal Haiyan sinis.

"Rela lagi dari mati dalam tangan Gibrel."

"Huh"

Jawapan Nuraz membuatkan dia terdiam sebentar. Perempuan ini kan dia punya perangai kalau tak dapat jawapan. Perangai entah apa apa. Nak ikut keras kepala dia je. Gibrel buat untuk kebaikkan dia juga. Tapi tak pernah fikir. Nak ikut juga nafsu amarah dia tu.

"You boleh tolong I kannn?"

"I boleh tolong bawa balik you je. Pertolongan lain tak diterima."

Nuraz buat muka kesian. Mulut muncung tidak puas hati. Dia tahu, Haiyan tak akan makan pujukan. Lelaki ini terlalu setia pada Gibrel.

"Alahhhh I nak kehidupan I dulu. I tak bebas tahu tak. Hidup I tak tenang tahu tak." Bentak Nuraz. Dari riak kasihan berubah pada riak garang. Dia mengetap bibir. Jiwanya terlalu panas untuk menerima keadaan sekarang. Dia nak jumpa Erica. Dia nak buat perhitungan. Dia nak tahu kaitan mereka bertiga termasuk aruah Megat. Dia penat nak lalui hidup yang penuh ketakutan.

"Erica berbahaya untuk you Nuraz. Jauhi Hayden dan kekal dengan Gibrel." Haiyan mula berlembut. Tidak membebel panjang. Bukan dia takut dengan Nuraz tapi dia hanya mahu Nuraz selamat. Itu amanah dia dari seseorang. Dia cuma jalankan sahaja. Dia tahu hanya Gibrel sahaja mampu.

*****

Gibrel mula baran bila dengar cerita Haiyan. Tak boleh ke Nuraz bersabar sikit. Tak boleh ke kalau buat tindakan gunakan otak bukan nafsu. Ya dia tahu Nuraz pandai jaga diri tapi dengan sikap lurus Nuraz. Tunggu waktu Nuraz boleh jadi tak wujud dalam dunia ni. Nuraz ingat jumpa dengan Erica itu jalan penyelesaian. Nuraz salah! Nuraz tak tahu yang Erica berbahaya. Erica sanggup bunuh siapa sahaja yang menentang dia termasuk nenek.

Gibrel meraup muka. Dia pandang Nuraz dari jauh. Tiada langsung rasa bersalah Nuraz. Baru beberapa hari dia tak ada kat kampung ini. Nuraz buat perangai.

"Susah sangat ke awak nak dengar cakap saya?"

"Saya tak perlulah dengar cakap awak. Saya boleh jaga diri."

Gibrel ketap bibir. Menahan marah dalam diri. Lebih baik dia berdiam diri dari bersuara. Risau jika dia meninggi suara makin degil sikap Nuraz.

"Bro. Sudahlah tu. Aku hantar Nuraz dalam keadaan selamat kan." Haiyan cuba tenangkan suasana tegang. Dia tahu Gibrel menahan marah. Cuma dia malas melepaskan rasa. Bimbang dengan perangai Nuraz yang keras kepala.

"Entah dia ni. Orang dah selamat sampai. Membebel itu ini. Lainlah kalau tak balik terus."

Memang dia sengaja nak hangatkan hati Gibrel. Biar kian bara dan Gibrel terus mengalah. Dia tak kisah kalau Gibrel tak ada untuknya. Dia tahu jaga diri. Dia pandai berlawan. Dia tak perlukan pengawal peribadi. Dia tak perlukan Gibrel. Dia boleh hidup seorang diri. Ego Nuraz mengatasi segalanya.

"Menjawab je kerja you ni Nuraz."

Perempuan keras kepala ini juga jadi buah hati Gibrel. Kalau dia jadi Gibrel, lantak lah kau nak buat apa. Ada otak pandai fikir. Tak ada otak terbalik dunia kau.

"I ada mulut. I jawablah. I tahu I tak salah. Kenapa semua benda nak dengar kata dia." Jari telunjuk ditunding pada Gibrel. Mata garang Gibrel langsung dia tak takut. Pihak lawan pun mampu dia tumpaskan apatah lagi Gibrel.

"Ya awak bijak Nuraz. Sangat bijak. Sebab tu awak nak sangat jumpa Erica. Manusia kalau dah junjung ego. Langsung tak sedar kebodohan dia lakukan." Nada suara Gibrel kedengaran biasa tapi sinis dia menyindir Nuraz.

"Saya bodohkan. Haaa apa lagi angkut orang suruhan awak ni bawa balik. Orang bodoh ni boleh jaga diri. Saya tak perlukan semua lah!" Jerit Nuraz. Penat dan penat lagi dengan semua ini. Gibrel tak akan pernah faham yang dia lalui. Gibrel ada segalanya dan dia? Sebatang kara yang sedang jalani kehidupan penuh liku. Tipulah dia tak penat. Terlalu penat. Tapi apa boleh buat. Dia kena terus melangkah dan melangkah tanpa henti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience