Bab 43

Romance Series 36162

" Kau dah patahkan tangan aku. Sekarang kau cari aku semata mata nak jumpa Erica?" Garang lelaki itu menyoal. Mata terbuntang pandang riak wajah Nuraz. Langsung tiada rasa bersalah pada wajah itu.

"Hari itu aku suruh kau jumpa dia. Kau tak nak. Degil!"

"Kalau kau ajak aku elok elok kan bagus. Ini datang tempat orang macam samseng. Tu dapat makanan." Ujar Nuraz.

Terbeliak mata lelaki itu bila dengar ayat Nuraz. Tak sangka perempuan yang nampak lemah lembut tapi bahasa puaka. Bukan itu je, dia punya tenaga mengalahkan jantan. Sebab itu ke Erica teringin nak jumpa sangat dengan perempuan ini. Nak jadikan budak perempuan ini sebagai orang suruhan. Erica ni satu hal, gila ke apa nak juga cari budak baik. Tengok pun dah tahu, perempuan ini dari kalangan orang baik-baik. Tak sesuai nak jadi orang jahat macam Erica.

"Kenapa kau nak jumpa Erica?"

"Ada hal sikit."

"Macam ni lah anak muda. Aku nak sihatkan kau. Jauhkan je diri dari Erica tu. Jangan biarkan dia musnahkan hidup kau. Kau ada masa depan yang baik." Terangguk-angguk kepala menasihati Nuraz. Tangan pula mengusap dagu tak berjanggut.

"Dia dah lama musnahkan hidup aku."

Orang suruhan Erica atau mesra dipanggil Bad pandang Nuraz dengan riak tidak percaya. Gadis baik seperti ini dah masuk dalam perangkap Erica.

"Kau boleh patah balik. Aku boleh tolong kau."

"Kau boleh tolong hidupkan ibu aku? Hidupkan kawan baik aku? Hidupkan kerjaya aku balik?"

"Huh." Tak percaya dengan ujaran Nuraz. Dia kembali ke tabiat dengan mengusap dagu. Cuba mencerna soalan Nuraz. Erica bunuh semua orang kesayangan Nuraz. Erica dah macam iblis! Tak ada perikemanusian langsung. Tergamak dia buat perempuan baik macam ni. Patutlah mengamuk tak ingat dunia.

"Kau tak percaya bos kau tu macam iblis?"

"Huh." Masih terpinga dengan soalan tanpa henti.

"Dia ganti tempat iblis ke apa ni."

Nuraz diam. Dengar sahaja kesimpulan lelaki ini tentang Erica. Pada masa yang sama, dia ragu-ragu dengan lelaki ini.

"Betul ke kau orang suruhan Erica atau kau ni kambing hitam Erica?" Nuraz menyoal curiga.

"Dia bagi tugasan aku satu itu je. Selepas tu, tak ada dah. Alah aku tak ada kena mengena dengan dia. Orang suruhan pun tidak. Upahan sementara kot."

Nuraz menunduk, kasut canvas bermain dengan tanah. Dia habiskan masa dengan benda sia-sia. Ingatkan datang dengan tak ada adab, orang suruhan Erica tetapi bukan. Haish, mana nak cari Erica ni. Tak akan nak menempel sebelah Gibrel untuk hangatkan hati Erica. Semenjak sesi berlawan luahan tempoh hari. Bayangan Gibrel tak kelihatan. Mungkin terasa hati dengan kata-kata dia.

"Kau memang tak boleh tolong aku?" Nuraz minta kepastian sekali lagi. Berharap agar lelaki ini mampu menolongnya untuk berjumpa dengan Erica.

"Elok kau bawa diri je. Jangan sesekali libatkan diri dengan Erica." Bad menasihati Nuraz sekali lagi. Ya memang dia orang suruhan sementara. Akan tetapi, telinga dia ini selalu dimomokkan dari kawan-kawan yang Erica tu Ratu Iblis. Dia ambil kerja Erica pun sebab terdesak nak hantar mak pergi hospital. Hasilnya, dia menyesal.

Tak guna jika Nuraz datang ke sini untuk dengar nasihat percuma Bad. Dia datang ke sini dengan satu misi. Dia mahu bersua muka dengan Erica. Pelbagai soalan yang perlukan jawapan. Rasa takut dia tolak ke tepi.

"Awak ingat jumpa Erica tu main masak masak Nuraz?"

Tidak perlu berpaling ke belakang. Dia kenal dengan suara itu. Setelah beberapa hari tidak berjumpa. Hari ini, Gibrel muncul.

Nuraz berpeluk tubuh. Berpuluh ribu nasihat yang dicurahkan pada dia memang tak akan berhasil. Dia perlukan Erica. Dia tidak kisah sekiranya nyawa jadi galang ganti.

"Haaa betullah cakap buah hati kau tu. Ingat jumpa Erica macam main masak masak. Silap hari bulan kau yang kena masak." Ujar Bad menyokong Gibrel.

"Aku tak perlukan nasihat kau atau siapa pun."

"Keberanian yang terlampau tanpa perancangan itu tindakan kurang bijak." Penuh makna Gibrel menutur kata.

"Saya tak perlukan perancangan." Bidas Nuraz. Dia lupa agaknya Gibrel lebih kenal Erica.

Keras hati Nuraz. Susah nak lentur. Langsung tak fikir soal nyawa dan keselamatan. Tindakan yang salah dirasa betul. Nasihat orang tidak diambil peduli.

"Tanpa perancangan untuk jumpa musuh itu ibarat letak leher bawah pisau. Susah sangat ke paham? Dah kena baru tahu?" Suara masih dikawal agar tidak terlepas. Nuraz yang keras kepala ini harus berbincang baik atau kasar. Dia sendiri tak tahu. Mati akal dibuatnya. Buat masa ini, Gibrel ikut rentak Nuraz. Yang salah perlu dia bangkang. Yang betul, dia turutkan.

"Apa Gibrel? Saya dah penatlah. Awak ikut saya pun. Saya yang kena. Nyawa saya terancam. Awak yang salah lah! Patutnya nyawa awak terancam! Bukan saya." Jerkah Nuraz dengan amarah bersisa. Sakit hati bila Gibrel suka aturkan hidup dia. Dia bukan bodoh tak tahu mana baik dan buruk.

Bad melihat pergaduhan dua sejoli dengan gelengan kepala. Lelaki mahu perempuan turutkan. Perempuan pula terlalu keras kepala sampaikan tak berfikir kesan kemudian hari. Menyampuk tak ada guna, nanti dia juga makan terajang dari Nuraz. Pandai-pandailah si perempuan nak fikir.

*****

Rimas. Sesak nafas. Benci. Semuanya bersatu dalam diri Nuraz. Dia tidak suka dengan lagak Gibrel seolah olah dia seorang penjaga. Gibrel juga mengekor ke mana sahaja dia pergi. Bila Gibrel tidak ada, terpacul seorang lelaki tidak dikenali. Katanya, penjaga Nuraz selama Gibrel tidak ada di kampung ini.

Pening. Rasa nak marah tapi apa boleh buat. Telinga Gibrel dah tuli. Maki hamun tak berjalan. Sebab itu, dia rasa nak tikam je Gibrel. Hidupnya Gibrel yang tentukan.

"Maaf puan. Puan tak boleh keluar rumah. Puan nak beli barang. Kami yang keluar. Itu arahan tuan Gibrel."

Alah. Ini yang dia benci. Sampai bila nak berkurung dalam rumah? Sampai mati? Sampai Erica datang sini bunuh dia? Benci Gibrel! Kedua tangan digengam menahan amarah. Kaki dihentak pada tangga kayu. Protes!

"Apa puan puan? Ingat saya dah kahwin ke? Kata kat tuan awak tu. Saya tak perlukan orang nak jaga saya. Saya boleh jaga diri." Terjengkil mata memberi amaran.

"Errr."

"Jangan sampai saya bakar kereta awak berdua tu."

"Tapi Cik. Ini arahan tuan Gibrel. Saya tak boleh nak ingkar."

"Peduli apa saya. Saya bukan bini dia." Jerit Nuraz. Geram dalam hati dihamburkan pada orang suruhan Gibrel. Benci! Macam tak ada hidup sendiri. Semua Gibrel nak atur. Perihal orang kampung, senang Gibrel putar belit cerita. Gibrel hebohkan 1 kampung yang Nuraz isteri dia.

"Tak sangka Gibrel upah orang untuk jaga kau. Dia mana? Pengecut?" Sindir Hayden. Sengaja datang ke mari awal pagi melihat Nuraz. Badan disandar pada pintu kereta.

Huh. Adik dengan abang sama sahaja. Menyakitkan hati. Datang tiba tiba dan selepas itu menyindir.

"Baliklah Hayden."

"Kau percaya Gibrel mampu lindung kau?" Hayden mula lakukan provokasi. Senyum senget diberikan pada Nuraz.

"Kau buta ke ada bodyguard dia ni."

"Kau ingat bodyguard 2 ekor ni mampu lawan mummy. Bodoh!" Rengus Hayden. Gibrel tak boleh guna otak atau tak pandai teka permainan mummy. Gibrel perlukan dia untuk lawan Erica.Ya dia satu-satunya yang boleh lawan Erica.

Mata garang pandang Nuraz. Perempuan degil. Tak dengar cakap. Bodoh! Sebab itu senang dipermainkan. Berapa kali dah cakap jangan rapat dengan Gibrel tapi makin galak.

"Kau percaya Gibrel mampu lindung kau?" Hayden mula lakukan provokasi. Senyum senget diberikan pada Nuraz. "Kau buta ke ada bodyguard dia ni." "Kau ingat bodyguard 2 ekor ni mampu lawan mummy. Bodoh!" Rengus Hayden. Gibrel tak boleh guna otak atau tak pandai teka permainan mummy. Gibrel perlukan dia untuk lawan Erica.Ya dia satu-satunya yang boleh lawan Erica.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience