Bab 58

Romance Series 36162

"Kau nak tahu siapa bunuh Fitrah dan nenek?"

"Sudahlah. Aku penat nak dengar semua ni."

"Kau tak nak tahu siapa bunuh ayah dan abang kau."

Nuraz gelak sinis. Megat memang dah gila! Terlalu nak perhatian. Ayah dan abang sanggup dia libatkan sama.

"Emak kau?" Soal Megat.

"Kau diam Megat! Tak payah sibuk hal keluarga aku. Semua benda kau nak kaitkan. Kau memang bodoh kan!"

"Nuraz!"

"Apa? Kau nak buat cerita apa? Kau ingat dengan riak wajah marah kau tu. Aku takut ke? Tak akan sesekali Megat. Kau pemusnah! Kau pengkhianat!"

"Kau ingat manusia yang besarkan kau dari kecil tu baik sangat ke?" Sarkastik soalan Megat. Mulut mula mengherot mengukir senyuman sinis. Buat apa dia terangkan secara baik jika Nuraz menidakkan. Kebenaran lebih baik dari menipu. Ya, dia tak akan bagi hint lagi. Dia akan berterus terang sahaja.

"Kebenaran memang pahit."

"Senyaplah!" Jerkah Nuraz. Mata terbeliak pandang Megat. Kalau ikutkan hati. Dia mahu toreh jantung Megat. Biar lelaki ini mati kali kedua. Biar lelaki ini terus lenyap dari mimpi.

"Pagi tadi saya mimpi lagi" Adu Nuraz. Mata tidak cukup tidur jelas kelihatan. Bawah mata itu sembap dan hitam sedikit.

"Mimpi apa?"

"Saya tak tahu sama ada mainan tidur atau betul apa Megat nak sampaikan. Betul ke Megat anak buah Erica. Maksud saya anak buah dalam kumpulan yang buat kerja jahat."

Wajah Gibrel dipandang lama. Dia mahu melihat wajah itu berubah atau tenang. Reaksi wajah Gibrel biasa. in

"Betul ke apa yang saya cerita ni?"

"Perasaan awak rasa apa? Otak?"

Nuraz geleng kepala. Dia tidak tahu. Ketika ini otaknya tak boleh berfikir. Dia mengantuk. Latihan petang nanti mungkin dia akan ponteng. Dia mahu tidur dan rehat sahaja.

"Betullah apa yang Megat sampaikan."

"Hah." Nuraz terkejut. Jantung mula laju berjalan. Seakan mimpi tapi ini realiti.

"T...akkk mungkin."

"Sampai masanya awak kena tahu segalanya. Saya malas nak simpan Nuraz. Nak atau tak. Awak kena tahu dan hadap. Apa yang hint Megat sampaikan saya akan ia kan sahaja. Itu yang terbaik." Ujar Gibrel. Dia tidak peduli dengan penerimaan Nuraz. Dia hanya mahu Nuraz tahu segalanya. Siapa Megat yang sebenarnya dan dunia kotor Megat.

"Tak kan Megat nak tipu. Saya kawan baik dia."

"Kisah silam dia tak perlu diungkit."

"Sebab dia saya jadi pelarian." Ujar Nuraz berang. Kerana kisah silam kotor Megat, dia jadi mangsa keadaan. Hidup dalam ketakutan.

"Apa lagi yang awak tahu Gibrel? Kenapa awak tak pernah bagitahu saya yang Megat tu ada dunia kotor? Kenapa tak pernah bagitahu siapa Megat pada Erica? Megat buat kerja kotor untuk Erica" Bertubi-tubi soalan keluar. Dia nak tahu semuanya tentang Megat. Dia penat nak berteka teki. Pasang puzzle Megat sana sini. Sebaliknya, dia yang kena tipu.

Nuraz tarik rambut yang panjang. Dia nak legakan kepala yang kian berserabut. Dia mula tafsir kata kata Megat lagi. Apa maksud manusia yang besarkan dia dari kecil? Ayah ke maksud Megat? Mustahil. Ayah tak kenal Megat. Ayah meninggal dulu dan beberapa bulan baru dia kenal Megat.

"Siapa ayah pada Megat?" Soal Nuraz.

Gibrel mengunci mulut. Tidak tergamak  untuk membuka kisah yang sebenar. Tentang Megat, dia melihat sendiri Nuraz jadi nanar. Jika kisah tentang ayah Nuraz, dia tidak tahu apa bakal akan terjadi. Hatinya berasa tidak enak.

"Siapa ayah?" Soal Nuraz lagi separuh merintih. Takut untuk dengar kisah yang benar. Pada masa yang sama hatinya menidakkan. Berharap ayah tiada kena mengena dengan Megat. Ayah baik. Ayah tak akan buat perkara terkutuk.

"Saya tak tahu." Balas Gibrel.

"Awak tipu."

"Kisah Megat ya saya tahu. Tentang ayah awak. Saya tak tahu." Tipu Gibrel.

******

Erica senyum. Gembira melihat Gibrel kerap datang ke rumahnya. Tidak kisah datang secara hormat atau buat kecoh. Dia terima sahaja. Mungkin hati keibuan terbuka sikit demi sedikit. Dia renung wajah Gibrel. Seiras seperti bekas suaminya. Ada juga iras kacuk seperti dirinya. Lebih tampan dari anak yang sulung. Tapi sayang bukan jenis mendengar kata. Ada sahaja yang dia tentang.

"You nak minum dulu."

"Gibrel ada hal nak tanya pada mummy."

"Ohhh straight you ni. Patut tanya lah mummy sihat ke tak."

"Berdiri depan ni sihatlah. Bukan terlantar atas katil pun." Sarkastik jawapan Gibrel.

Gibrel oh Gibrel. Personaliti memang menarik. Erica suka. Hatinya langsung tidak terusik dengan kata-kata Gibrel. Malah rasa berbangga bila perangai keras Gibrel macam dia.

"Perangai you seakan macam I lah." Puji Erica. Kaki kanan bersilang. Rokok disedut kuat dan dihembuskan ke udara. Nikmat dunia. Perokok tegar tapi bibir merah macam anak dara. Wajah tidak dihiasi dengan coretan makeup. Wajah Natural dengan kacukan.

"Apa yang mummy nak dari Nuraz?"

Mulut Erica berdecit. Nama perempuan itu lagi. Sayang sungguh Gibrel pada Nuraz. Datang ke sini semata mata mahu tanya soalan.

"You bawa dia ke sini. I akan terangkan pada you."

"Nuraz tak ada kena mengena dengan Megat. Tak payah babitkan dia sama. Lepaskan dia."

"Apa yang I dapat kalau I lepaskan dia?

"Apa yang mummy dapat kalau bunuh dia?" Soal Gibrel kembali. Sengaja main tarik tali dengan Erica.

Erica mengeluh. Rokok disedut dalam bagi menghilangkan stress lalu dihembuskan perlahan lahan. Botol arak yang ada ditogok gelojoh.

"Ahhhh sedappp. You nak? Nikmat dunia ni." Provok Erica.

"Kenapa Mummy bunuh Megat?"

"Kenapa you banyak tanya ha Gibrel." Marah Erica.

"Hobi."

Bulat mata dia pandang Gibrel. Anak dia yang ini pandai pancing emosi. Salah langkah boleh tersungkur dia.

"Gibrel malas nak gaduh. Gibrel datang sini cuma nak tahu kenapa mummy sibuk kerja Nuraz. Nuraz tak ada apa apa. Dia bukan orang kaya."

"Dia kawan Megat. Ada kena mengena dengan Megat. Of course dia tahu rahsia besar mummy. Mana boleh Gibrel. You nak tengok mummy hancur ke?"

"Dia tak tahu Megat anak buah mummy."

Erica membentuk mulut O. Tak percaya cerita Gibrel. Manusia yang ada kena mengena dengan Megat mesti dihapuskan dengan segera . Lagipun ada sesuatu yang Megat curi. Sesuatu itu harus kembali pada tangan Erica. Dia percaya sesuatu itu dalam gengaman Nuraz. Nuraz pula hanya berpura pura tidak tahu.  Makin membuak benci dia pada gadis itu bila anak lelaki yang melindungi.

"Sampai bila mummy nak kejar dia?"

"Suruh dia pulangkan hak mummy."

Dahi Gibrel berkerut. Hak mummy? Hak apa yang Nuraz ambil. Dia baru teringat sesuatu. Pendrive bentuk rose hitam. Bukankah rose hitam milik mummy. Bukankah sepatutnya hak itu Megat yang mewarisi. Sangkaannya salah. Megat ambil rose hitam itu dari mummy. Ada kisah disebalik mereka.

"Apa hak mummy?"  Tanya Gibrel berpura pura tidak tahu.

"You tanya dulu Nuraz. Apa dia ambil dari mummy."

*****

Nuraz ternganga luas. Mulut mula terketar. Mata sudah berair. Dia menyesal buka pendrive Megat. Folder pertama yang dia buka membuatkan dia dilanda ketakutan.

Gambar orang kena bunuh dengan cara keji. Jari klik keluar folder. Nuraz mengira beberapa folder dan semuanya ada dalam 100 lebih. Hatinya kuat untuk klik folder yang kedua. Paparan video Megat menyeksa mangsa dengan kejam. Tangan Megat pancung kepala orang tua. Sekali sahaja kepala itu hilang dan darah terpancut. Dia lihat wajah itu langsung tiada perasaan bersalah.  Seumpama dia melihat sebuah filem horror. Hakikatnya, ini ialah realiti.

Megat pembunuh kejam. Megat tiada hati perut. Bagaimana selama ini dia boleh berkawan dengan seorang pembunuh. Nuraz mengucap panjang. Jari jemari mula terketar. Dia tidak sanggup. Pendrive dicabut pada laptop. Seterusnya, pendrive disorok pada bawah tilam. Dia perlu tenangkan diri sendiri. Dia mahu tahu apa lagi yang ada dalam pendrive itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience