Bab 7

Romance Series 36162

Pukul 7 pagi, Nuraz sudah berdiri di depan stesyen LRT. Hati yang tenang secara tiba-tiba terasa gundah.

"Perasaan aku je ni kot." Gumam Nuraz perlahan. Rambut dibiarkan bebas dibetulkan bagi kemas. Rambut terjuntai tepi diselit pada telinga kanan. Nuraz menarik nafas panjang untuk ambil aura positif.

Kaki menaiki tangga dan secara drastik Nuraz berhenti mengejut. Dia menoleh ke arah belakang. Mata memerhati manusia yang masuk ke LRT. Tiada yang mencurigakan tapi firasat dia terlalu kuat mengatakan ada orang mengekori.

Bukkk

Nuraz jatuh terduduk dengan kaki bersilang. Dia merengus kuat. Pagi mood dah tak baik. Orang nak cepat, ada pula makhluk entah dari mana yang langgar dia dengan kuat. Dilupakan hati yang tidak enak. Dia mencabut wedges di kaki. Mengurut perlahan buku lali. Janganlah terseliuh. Dahi berkerut menahan sakit.

Sreeetttt. Tayar motor bergeser pada jalan tar. Motor besar berkuasa tinggi berhenti depan Nuraz.

"Nuraz. Cepat naik siniiii." Gesa lelaki yang menaiki motor berkuasa tinggi.

"Nuraz cepattt. Ini soal hidup dan mati."

Nuraz pandang tepi. Sebuah van hitam muncul. Tak mungkin! Tanpa soal, Nuraz gagahkan juga diri membonceng motorsikal. Kedua wedges dicampakkan ke tepi.

Bagai sebuah filem, dia terpaksa peluk tubuh yang tidak dikenali. Kelajuan yang melampau membuatkan dia rasa ngeri. Kejar mengejar terjadi di lebuh raya dan motor berkuasa tinggi ini berjaya membawanya pergi jauh dari bahaya. Saat motor berkuasa tinggi ini menyelit antara motor dan kereta. Tidak berhenti dia berdoa.

Dengan berkaki ayam, Nuraz turun. Dia mengigit bibir menahan sakit. Kaki kanan terseliuh. Kesan bengkak sudah kelihatan.

"Lepas ni jangan pakai kasut tumit tinggi." Pesan lelaki yang memakai jaket hitam. Helmet masih berada pada kepala.

Nuraz yang duduk pada rumput. Mendongak ke atas. Suara itu dia kenal tapi tak akanlah dia yang bawa motor besar. Mustahil. Tak pernah lagi dia melihat.

"Sekejap lagi saya bawa awak ke klinik. Sekarang ni tak sesuai."

"Gibrel?" Nuraz meneka.

Gibrel tersenyum disebalik Helmet. Alang alang Nuraz dah dapat meneka. Gibrel membuka Helmet. Dia merapikan rambut yang sedikit kusut. Sudah lama tak buat aksi lagak ngeri. Hari ini berjaya juga tapi bersama perempuan yang harus dia lindungi.

"Awakkkk..awakk macam mana?"

"Rahsia."

"Jadi selama ni awak ke yang follow saya?" Soal Nuraz keliru.

"Pembetulan ye miss Nuraz. Kebetulan saya lalu kat situ. Tengok awak dalam bahaya."

Tangan masih mengurut kaki yang sakit. Dalam pada masa yang sama, otak berfikir. Kebetulan? Macam mustahil. Gibrel datang 5 minit lebih awal dari van hitam. Dia akui, kalau Gibrel tidak datang pada waktu itu. Entah apa yang terjadi sekarang. Mungkin keadaan akan jadi kacau bilau.

"Terima kasih. Tapi..."

"Kasih diterima. Hmm Nuraz lepas ni tak payah lah naik LRT. Saya hantar awak je balik. Lagi satu lebih baik berpindah."

"Kenapa?"

"Awak memang tak perasan ada orang yang selalu follow awak ke?"

"Mana awak tahu?"

Gibrel tersenyum sinis. Nuraz buat buat tak tahu pula. Bukankah selama ini Nuraz dalam pemerhatian dia setiap masa. Tiada balasan dari Gibrel. Gibrel menempah grab untuk membawa Nuraz ke klinik.

*****

Kaki yang terhencot diheret masuk ke dalam kafe. Kaki pula hanya memakai selipar batman pemberian Gibrel. Ditebalkan muka bila doktor mengusiknya dengan selipar batman. Kalau bukan sebab wedges dia campak kat stesyen LRT. Tak ingin dia nak pakai! Buat malu je.

Nuraz mengeluh. Badan terasa penat. Awal tadi Gibrel mengarahkan dia berpindah tapi kalau saat akhir kat mana nak cari. Cakap bukan nak fikir dulu si Gibrel ni.

"Dah jumpa rumah sewa?" Soal Gibrel sebaik sahaja Nuraz melabuhkan punggung pada kerusi.

"Awak cakap ni memang kadang susah nak capai dek akal." Perli Nuraz. Kaki sakit, hati pun sakit.

"Pindah rumah saya je lah."

"Gila."

"Duduk dengan Fitrah." Gurau Gibrel. Mata dikenyitkan pada Nuraz.

"Duduk je lah kat aparment Gibrel tu. Kelengkapan banyak. Ada pengawal. Orang luar tak boleh masuk suka hati. Keselamatan pun super A."

"Dah tu awak?" Soal Nuraz. Ish, tak nak dusuk berduan dengan Gibrel. Nanti kena tangkap basah. Malu kat umi dengan babah.

"La susah apa. Kahwin dengan saya pun. Saya jaga awak. Kasih sayang melimpah ruah."

Nuraz menjeling tajam. Orang tanya dia main main pula. Ingat kelakar ke? Rela lagi dia duduk di flat berbanding kahwin dengan Gibrel.

"Saya duduk rumah teres Nuraz. Apartment saya tu dah lama kosong. Duduk je la situ." Terang Gibrel setelah melihat muka cemberut Nuraz. Tak sampai hati nak terus berlelucon sedangkan gadis ini dalam kesusahan.

"Bayar sewa? Jangan harga yada yada pula."

"Percuma."

Bersinar mata Nuraz. Percuma itu dia suka. Tapi sebagai balasan apartment Gibrel akan dia jaga rapi. Orang buat baik kenalah balas baik. Terharu pula rasa dengan sikap prihatin Gibrel.

*****

Gibrel membantu Nuraz melakukan pemindahan. Malam ini juga dia memaksa Nuraz untuk berpindah. Barang barang yang berat dia tolong angkat tanpa Nuraz meminta pertolongan.

"Kalau pindah kat sini pun. Tetap jugak orang tu cari saya." Ujar Nuraz dengan celupar.

"Choiiii." Marah Gibrel. Orang doa yang baik- baik sahaja. Nuraz boleh cakap yang bukan.

"Hei perempuan punya barang." Rungut Gibrel perlahan. Berkotak-kotak dia bawa dari bawah hingga ke tingkat 6 ini. Mujur sahaja ada lif. Kalau tidak boleh patah pinggang.

"Sorry."

"Esok tak payah datang kerja. Dapat MC kan?"

Nuraz mengangguk. Seronok betul bila doktor bagi MC. Boleh rehat dengan tenang. Mata meliar pandang sekeliling apartment. Citarasa Gibrel ni memang umm. Tema modern english. Sesuai dengan keturunan yang berasal dari sana.

"Kenapa bagi saya duduk free?" Soal Nuraz. Tangan menopang dagu pada bar dapur. Warna maroon putih memain peranan. Cantik.

"Sebenarnya tak percuma pun ada balasan." Gibrel tersenyum simpul. Mata merenung nakal ke wajah Nuraz.

Nuraz gelabah. Jangan buat hal Gibrel. Nanti ada penyepak maut. Jangan main main dengan Nuraz. Tengok lembut sekali wathcaaaa. Terduduk sakit.

"Errr.errr. Tak apa nanti saya bayar."

"Are you sure? Mahal tahu. 1K lebih. Kalau awak bayar pun. Habislah duit gaji awak Nuraz. Tinggal sen sen. Jangan datang minta simpati dengan saya sudahlah."

"What???? Betulkan saya cakap. Awak ni bagi harga yada yada. Ishhhh." Nuraz mula berpeluk tubuh. Nak menyesal tiada guna. Semua barang dah diangkut ke mari. Sen sen pun tak apalah. Boleh buat kerja lain. Janji jangan tergadai badan.

"Saya gurau je. Duduk lah sini secara percuma. Jaga apartment baik baik okey."

Seusai menolong Nuraz mengemas apartment, Gibrel meminta diri untuk balik berehat. Jam sudah menunjukkan jam 3 pagi. Esok ada juga dia cuti sendiri. Bahu sengal ditumbuk kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience