Bab 13

Romance Series 36162

Dan andai terbuka hatimu
Ku disini Menunggu dan terus menunggu dirimu
Kembalilah sayang kepadaku

Petikan gitar dan nyanyian mendayu berbunyi dari luar rumah. Nuraz melangkah ke luar. Dia berhenti di muka pintu melihat susuk tubuh Gibrel. Suara itu mengingatkan pada seseorang yang dirindui.

"Itu gitar arwah abang saya." Ujar Nuraz setelah nyanyian Gibrel selesai. Nuraz tersenyum dan pandang ke arah langit yang dihiasi dengan bintang.

"Dulu saya suka tengok bintang dengan abang dan kat sini juga abang hembuskan nafas terakhir." Cerita Nuraz lagi. Jari tunjuk pada pangkin kecil yang diduduki Gibrel.

"Sorry kalau saya menyibuk. Abang awak sakit apa?"

"Hmmm. Dunia kan awak. Kami ni tak ada apa-apa sebab tu senang orang nak tabur fitnah. Abang kena pukul separuh mati sebab khianat orang. Bukan orang lain jugak. Orang kampung ni. Tu anak tok ketua."

"Anak ketua kampung?"

"Orang dia. Dia cakap abang curi hasil kebun. Padahalnya masa tu elok je ada kat rumah. Dia jumpa abang tepi jalan. Terus pukul."

"Tak report polis?"

"Hmmm."

Gibrel mengangguk faham. Orang kaya dan berkuasa boleh buat apa sahaja yang dia suka termasuk langgar undang-undang. Gibrel tersenyum menyenget. Ya dunia ini kadang kala kotor dengan manusia kotor.

"Saya rasa kes pecah rumah ini ada kena mengena dengan dia orang."

"Awak yakin ke? Bukan sebab lain?"

Nuraz mengangguk yakin. Dia tersengih memandang Gibrel. Jika dia cerita apa yang dia buat pada anak ketua kampung bulan lepas. Mesti bebelan yang dia terima dari Gibrel.

"Pasti sangat. Bulan lepas saya balik. Saya bagi sedas dua. Eleh berani sebab ada geng. Dah sorang kecut perut pulak."

"Whattt? Kenapa Nuraz suka buat kerja gila? Tengok ibu yang kena akibatkan."

"Saya sakit hatilah."

"Sabarlah. Kita diam tak semestinya kalah. Satu hari nanti anak tok ketua tu kena akibat juga. Orang jahat tak selamanya hebat. Pasti ada balasan." Bebel Gibrel panjang. Hai la perempuan kesayangan. Boleh pecah jantung bila dengar cerita dari Nuraz.

"Awak ada abang?" Soal Nuraz untuk tukar topik. Sakit telinga dengar bebelan tak rasmi Gibrel.

Gibrel mengeleng perlahan. Dia anak tunggal yang tidak dimanjakan oleh mummy. Ditinggalkan di Malaysia bersama nenek.

"Awak anak tunggal?"

"Yup."

"Seronok jadi anak tunggal? Mesti best kan bila ibu awak manjakan awak."

Gibrel ketawa sinis. Ya luaran nampak bahagia tapi hati tiada siapa yang tahu waima Fitrah. Dibibir diluahkan tidak mengapa tapi dalam hati seakan dirobek.

"Tak semua yang kita bayang itu bahagia."

"Maksud awak?"

"Saya nampak awak sangat rapat dengan ibu."

"Iyalah sebab saya kan anak perempual tunggal macam awak anak tunggal."

Gibrel menarik nafas dalam. Malam yang pekat dengan hembusan angin malam membuatkan hati dia jadi lemah. Layanan ibu pada Nuraz menjadikan dia nanar dalam mencari kasih sayang seorang ibu.

"Dari kecil saya membesar dengan nenek. Khabar angin kata saya baru balik oversea tu tipu je. Saya study semua kat sini. Balik sana pun mungkin setahun 2,3 kali. Mummy dah kahwin dengan orang warga U.S. Dah beranak pinak pun. Mungkin terlalu bahagia sampaikan buang anak disini." Ujar Gibrel dengan wajah sunggul.

"Sorry."

"Terlebih luah pulak dahhh."

Nuraz diam. Menyesal dengan pertanyaan tadi. Sekarang dia lihat wajah Gibrel berubah. Tidak seperti selalu.

"Anggap je lah ibu saya macam ibu okey. Nah coklat." Pujuk Nuraz sambil menghulurkan sebatang coklat warna warni.

Terkekeh Gibrel ketawa. Aduhai Nuraz ingatkan dia kanak-kanak yang boleh digula-gula dengan sebatang coklat.

"Kenapa?" Soal Nuraz polos. Tangan masih menghulurkan sebatang coklat.

"Apa kata saya halalkan awak. Baru boleh ibu jadi macam ibu saya. Eh confirm saya jadi menantu kesayangan."

"Menantu hantuuuu." Pintas Nuraz.

*****

Nuraz menghembus nafas kuat. Geram dengan sikap degil ibu. Ibu tidak makan pujuk. Pelbagai alasan diberikan pada Nuraz. Bimbang Nuraz nak tinggalkan ibu seorang diri. Nak minta jiran tengok apalah sangat. Tetap juga risiko pada ibu.

"Ibu ikut Nur ya." Pujuk Nuraz sekali lagi.

"Ibu tak nak."

"Ibuuuu."

"Jangan paksa ibu. Awak duduk sini beberapa hari lagi." Bisik Gibrel.

"Kerja kat kafe tu?"

"Saya bagi awak cuti."

Rasa mahu menangis tapi ditahan. Susahnya jadi tunggak utama keluarga. Fikiran serabut berfikir hal-hal yang tak penting.

"Ibuuuu."

"Dahlah. Cuti lagi jaga ibu okey."

Nuraz pandang Gibrel dengan mata sayu. Dia mengeleng kepala perlahan.

"Sabarlah bagi ibu masa."

"Gibrel paham ibu tapi Nuraz sendiri tak paham ibu." Ujar bersahaja. Mulut terkumat kamit mengunyah sireh. Langsung tidak dipandang anak perempuan gara gara sakit hati dengan sikap Nuraz.

Nuraz tersentak. Agak berkecil hati dengan kata kata ibu. Ibu lebih menangkan orang luar dari dia. Dia sayangkan ibu. Dia tak nak perkara buruk terjadi lagi. Ibu yang dia ada.

"Nuraz sayang ibu. Nuraz tak nak ada benda yang terjadi pada ibu. Ibu tolonglah paham." Luah Nuraz dengan juraian air mata.

Cik Azie menunduk. Sebagai ibu, luluh dia mendengar tangisan Nuraz tapi hati ini kena kental. Alasan dia hanya satu. Dia mahu duduk dekat dengan pusara suami dan anak sulungnya. Hampir setiap minggu dia ziarahi tapi alasan ini tidak mampu dia luahkan. Dia kena tunjuk kuat depan Nuraz.

"Ibu tak kesian dekat Nur? Nur dah tak ada orang lain selain dari ibu."

"Ibu mana tak kasihankan anak. Ibu mana tak nak duduk bersama anak. Tapi kampung ni dah macam sebati dengan jasad ibu. Ibu sayang Nur."

"Duduk sebulan dua je ibu." Pujuk Nuraz lagi.

"Tak boleh Nuraz. Kubur abang dengan ayah macam mana?" Akhirnya terluah juga.

"Bukan kita tak balik ibu. Boleh balik tiap tiap bulan. Nuraz bukan kerja seminggu 7 hari."

"Kamu tak akan faham perasaan ibu."

Malam ini,Nuraz masih berada dikampung atas pujukan Gibrel. Katanya teman ibu dulu seminggu. Selepas itu fikirlah apa yang patut. Gibrel pula turut berada di kampung. Seronok katanya nak menghayati pemandangan kampung. Boleh berjalan-jalan pada waktu petang tengok suasana kampung. Pagi buta pula keluar rumah untuk hirup udara segar. Nuraz melayan sahaja perangai Gibrel.

Badan bergolek ke kiri kanan. Mata susah untuk tutup. Masih teringat drama ibu dan dia petang tadi. Sukar memujuk ibu untuk tinggal bersamanya. Nuraz berkira kira gaji bulan ni. Rasanya tiada kerja lebih masa. Sudah tentu gaji hanya RM1600.00. Tak cukup nak bayar rumah sewa Gibrel. Tangan capai telefon bimbing disisi.

Otak ligat untuk mencari dropship produk. Bolehlah sekadar untung RM5.00. Sekurangnya mampu melepaskan beban. Sampai bila nak duduk secara percuma. Memang Gibrel tak kisah tapi hati orang bukan kita tahu. Esok lusa mungkin lain pula perangai Gibrel.

Selepas subuh Nuraz terus tertidur pulas. Mengantuk disebabkan mata buat hal. Turun sahaja ke dapur, Nuraz dengar gelak ketawa Gibrel dan ibu. Mesra sungguh.

"Sedapnya bau. Ibu masak apa tu?"

"Amboi anak dara. Kenapa tak tunggu matahari terpacak depan muka baru bangun." Perli Cik Azie. Malu sungguh dengan Gibrel yang turu. Ke dapur awal pagi. Gigit jarilah nak menantukan lelaki kacukan ini.

"Hmmm. Nasi lemak sedapnya."

"Gibrel yang masak tu. Ibu jadi tukang tengok je."

"Gibrel memang masak sedap." Puji Nuraz. Satu suapan sudah berada dalam mulut. Sedap. Cukup lemak nasi dengan bauan daun pandan.

"Sedappppnya..."

" Nak makan sedap sedap macam ni. Nur kena kahwin dengan pemilik kafe. Haaa memang makanan cenggini la." Ibu jari cik Azie terangkat. Sempat lagi mengenyit mata pada Gibrel. Gibrel tersengih bangga. Dah dapat lampu hijau dari cik Azie.

"Halah halah. Nur boleh belajarlah Ibu."

"Kamu tuuuuu. Simpanglah. Masuk dapur pun malas." Sindir cik Azie.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience