Bab 60

Romance Series 36162

"Mummy tak ada hak nak tentukan hak Hayden." Ujar Hayden dengan suara tinggi.

"Ingat Hayden sebab mummy. You ni masih hidup." Balas Erica. Anak mata yang bulat dibesarkan sehingga nampak hampir terkeluar.

"Itu memang tugas mummy."  Suara dikendurkan sedikit.

"You tahu kan? I boleh buat apa dengan you ni."

"Mummy nak bunuh Hayden?" Soal Hayden berani.

Erica ketawa kecil. Soalan Hayden mengundang rasa kelakar.

"You nak I bunuh tunang you?" Soal Erika. Mulut senyum senget. Anak mata merenung wajah Hayden yang sudah berubah.

Hayden geleng berkali-kali. Mummy memang gila! Sanggup buat apa sahaja untuk puaskan hati."

"Jadi mummy nak Hayden putuskan pertunangan buat kali kedua?" Tenang Hayden bertanya. Riak wajah dikawal sebaik mungkin. Berpura pura tenang tapi hatinya berkocak hebat.

"No. I memang nak bunuh dia. Itu pun kalau you buat perangai lagilah."

"Mummy ingat dengan bunuh Riana. Hayden nak ikut cakap mummy? Atau mummy nak bunuh Hayden macam mummy bunuh Megat?"

"Enoughhh."

"Selepas Hayden, siapa target mummy? Gibrel? Mummy bunuh je lah semua orang mummy! Ikut perangai buruk mummy tuuu!"

"You diammmm Haydennn. Diammmmm." Jerit Erica. Mata bertukar merah. Mulut terkumat kamit. Tak sangka Hayden berani melawan.

"Mummy bunuh Megat kan."

"Sekali lagi you bersuara Hayden. Pisau atas meja tuuu I tikam dada you. Dasar anak tak kenang budi!" Jerkah Erica.

Erica terus meluru ke meja makan. Pisau diambil lalu diacukan pada pada dada Hayden.

"Mummy ingat dengan bunuh Hayden. Hidup mummy akan tenang?" Soal Hayden sinis. Tidak gentar dengan mata pisau. 

"Siapa ajar youu lawan I hah?" Jerit Erica.

"Mummy."

Erica jatuhkan pisau dari tangan. Terasa seluruh badan lemah. Anak yang ditatang selama ini akhirnya melawan dirinya. Kaki longlai berjalan ke arah sofa. Erica menghempaskan punggung di sofa. Fikiran menerawang. Kusut dan serabut. Jika Hayden berpaling darinya maka Erica mungkin akan tersungkur.

"Kenapa mummy buat semua ni?"

"Kalau you nak tanya soalan bodoh. Pergi dari sini Hayden. I sayang you. I tatang you lebih dari segalanya tapi you tikam I sama macam Megat."

Hayden geleng kepala. Dia menarik nafas dalam. Kadang dia sendiri tidak faham dengan perangai Erica. Sikap Erica boleh berubah sekelip mata. Ada ketika dia terfikir Erica mampu manipulasikan keadaan.

"I bela you dari kecil Hayden. I bagi you segalanya lebih dari adik you. Bukan lebih tapi adik you tak pernah dapat apa apa. Sekarang you lawan I. Perangai Hayden dan Gibrel tak ada beza." Erica bersuara.

"Cuba mummy fikir. Betul ke mummy bela Hayden? atau mummy hantar Hayden ke orang lain?"

"You ungkit Hayden?" Soal Erica geram.

Hayden senyum sinis. Sangkaan dia tepat. Mummy pandai manipulasi keadaan. Mummy pandai raih simpati.

"Kenapa mummy tak bela Gibrel?"

"You tahu kan sebab apa?"

"Sebab I anak luar nikah. Harta yang mummy ada ni semua ayah Gibrel semua."

"I hanya nak senangkan you je!" Ujar Erica tegas.

"Siapa ayah Hayden?"

Otak Erica berselirat. Dia tidak mampu jawab soalan Hayden.

"I tahankan tangan I dari kotoran Hayden." Amaran diberikan pada Hayden. Nafsunya yang satu itu membuak buak ketika ini. Sedaya upaya dia bertahan. Dia perlukan Hayden.

Hayden tidak takut malah tetap berdiri di samping Erica. Dia tahu jika nyawa dia melawang malam ini. Hidup Erica tidak akan tenang. Dia akan sentiasa diburu dengan bayang hitam sendiri.

"Jangan bunuh bayang mummy. Mummy yang terima padahnya." Ujar Hayden penuh makna.

********

Nuraz menepuk diri sendiri. Bangga dengan pencapaian hari ini. Dia buat latihan tanpa lelah. Dia mampu buat 10 pusingan satu banglo. Nuraz tarik nafas perlahan dan hembus. Diulang 3 kali. Penat tapi puas. Kemahiran bermain kerambit semakin mahir. Bukan itu sahaja, dia sudah mampu menembak. Nuraz tersenyum.

"Gibrel." Dia merenung tajam baju Gibrel. Baju Gibrel ada kesan merah. Apa pula kali ini yang berlaku.

"Awalnya berlatih." Tegur Gibrel. Muka letih jelas kelihatan.

"Pukul berapa sekarang?"

"8 pagi."

Mata Nuraz meliar melihat baju dan wajah Gibrel. Tiada kesan lebam pada wajah. Tapi kenapa baju Gibrel seperti ada kesan percikan darah. Gibrel bunuh orang? Mustahil! Kalau betul Gibrel bunuh orang sudah tentu baju itu akan ditukar dulu.

"Oh ini. Darah Hayden."

Bagaikan jantung terhenti. Jawapan Gibrel itu sungguh mengejutkan.

"Awak ingat saya apa apa kan dia?"

"Gibrel awak kan..."

"Saya masih ada akal lah Nuraz. Ni tolong dia excident tadi."

"Ohhh..." Lega Nuraz mengucap.

"Jangan buat bukan bukan. Jangan bunuh orang." Pesan Nuraz.

Gibrel mengusap leher. Nasihat Nuraz disaat genting boleh dibuang. Nyawa lebih penting dari segalanya.

"Esok kita keluar sekejap."

"Betul ke?"

Teruja Nuraz keluar. Wah esok boleh tengok bangunan. Boleh beli barang keperluan yang dia mahu.

"Kita keluar terus dari sini?"

"Tak. Sekadar nak hiburkan hati awak."

"Alaaaa." Nuraz kembali mengeluh.

"Ehhh jap tadi awak kata awak tolong Hayden kan. Hayden okey?Ada cedera parah ke?"

"Amboiii kemain tanya Hayden. Saya ni tak nak tanya okey ke tak." Jelas Gibrel menayangkan wajah cemburu.

"Yelahhh awak balik okey je. Hayden tu saya tak nampak. Tu tanya."

"Eh jangan macam macam. Hayden dah bertunang."

"Tahuuulah tapi lama betul kan dia bertunang. Bukan sepatutnya tahun ni dah kahwin ke?"

Wajah Gibrel berkerut. Hairan dengan pertanyaan Nuraz.

"Dia baru bertunang beberapa bulan yang lalu."

"Ohhh dia putus dengan Riana lah kan. Sekarang tunang dengan orang lain pula. Riana tu cantik tau awak. Lemah lembut je. Doktor lagi tu. Dia yang banyak tolong saya masa terkurung kat rumah banglo Hayden tu. Kesian Riana kan. Agak agak siapa yang putus siapa ni?" Nuraz mula bergosip. Otak proses fikirkan siapa yang curang.

"Hayden kot. Kan family awak macam tu." Ujar Nuraz dengan penilaian sendiri.

"Siapa tunang dia yang sekarang?" Soal Nuraz.

"Saya tak tahu apa apa."

Hati Gibrel mula rasa tidak enak. Hayden pernah bertunang? Adakah pertunangan Hayden kali ini adalah aturan Erica. Jika betul bermakna Hayden akan masuk dalam perangkap dan selepas itu tidak akan boleh keluar lagi.

"Ish awak ni semua tak tahu. Abang awak kot." Rungut Nuraz.

"Awak okey takkk?" Tanya Nuraz.

"Mana pendrive yang awak simpan tu?"

Riak wajah Nuraz berubah. Hati mula berdebar debar. Teringat kembali babak dalam folder pendrive. Seram dan menakutkan. Dia tidak mampu nak melihat semuanya.

"Ada dalam bilik saya. Awak nak buat apa?"

"Saya nak tengok istimewa pendrive tu."

"Awak." Nuraz tak sanggup nak bagitahu. Dia terbayang darah. Terasa mual dan geli. Adegan Megat mula terbayang.

*****

"Kan saya kata jangan buka. Awak degil." Marah Nuraz.

Gibrel jadi kaku bila menonton folder 1 sehingga folder 10.

"Saya tak sangka Megat sanggup merakam."

"Saya rasa Megat psycopath lah. Hanya orang macam tu je sanggup bunuh dan rakam." Tambah Nuraz lagi.

Folder 10 menunjukkan cara Megat bunuh dan hapuskan segala mayat. Folder 1 dan 9 hanya adegan Megat membunuh dan mengerat mayat. Paling mengerikan bila Megat kerat manusia yang sedang hidup tanpa belas kasihan.

"Awakkkk kenapa Megat buat macam tu? Apa salah orang tu semua?"

"Musuh mummy atau manusia yang tak bayar hutang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience