Bab 29

Romance Series 36162

Hari ke 9 , tiada sebarang maklumat tentang Nuraz. Gusar hati Gibrel dengan keadaan Nuraz. Semenjak kehilangan Nuraz, kafe langsung tidak jejak. Gibrel hanya menyuruh Fitrah untuk jaga kafe sementara waktu. Dia hanya fokus untuk Nuraz.

Dia meramas rambut yang kian panjang. Kusut dan serabai. Haiyan langsung tak dapat jejak Nuraz. Tiada sebarang petanda atau kesan. Kesan mereka ditutup dengan rapi. Haiyan juga begitu, tiada sebarang maklumat terbaru.

Gibrel bangun dan menuju ke bilik kerja. Ada sesuatu yang harus dia lakukan. Pintu dibuka dan suis lampu dibuka. Lampu malap yang hampir mahu padam. Lama dia tak masuk ini. Bilik kerja yang lama dia tinggalkan.

Satu fail dibuka satu per satu. Jari jemari menepis habuk. Satu halaman yang Gibrel tidak akan menyelak lagi. Tapi hari ini dia terpaksa buat demikian. Gibrel tersenyum sinis. Agaknya orang tua itu ketawa senang melihat dia.

Gibrel terus menekan nombor orang jauh.

*****

Nuraz mengeluh. Susah untuk dia buat percubaan lari diri. Kiri  dan kanan kosong. Tiada tingkap untuk dia terjah luar. Di dalam bilik air hanya ada ruang udara. Mati akal dibuatnya.

Makanan di atas tilam, dipandang sepi. Seleranya mati. Dia tidak tahu hari ini, hari ke berapa dia diculik. Malam atau siang dia juga tidak tahu. Nak bertanya dengan makhluk bertopeng tu? Lebih baik kunci mulut sahaja. Tak payah buka mulut. Suara lelaki itu menyakitkan hati.

Nuraz gelisah fikirkan Gibrel dan Haiyan. 2 lelaki itu tidak berusaha untuk cari dia atau dia sudah dilupakan.

"Kenapa tak makan? Nak aku suap?" Tegur lelaki bertopeng. Dia bersandar di pintu sambil memerhati Nuraz.

Nuraz melirik mata ke permukaan pintu.  Lelaki bertopeng ini menjenguk dia tidak kira waktu. Takut sangat jika dia lari. Nak lari macam mana kalau tingkap pun tak ada.

"Kenapa tak sedap?" Soalnya lagi. Bungkusan nasi ayam terbiar di atas tilam. Makanan itu masih belum terusik. Makanan yang disediakan untuk Nuraz agak mewah.

"Kau nak pesan makanan lain?"

Nuraz duduk bersila tanpa mengeluarkan suara. Malah kepala dia juga tidak menoleh ke arah lelaki bertopeng. Seingat dia hari pertama sahaja dia bersuara dan seterusnya dia kekal jadi bisu.

Lelaki bertopeng masih menunggu jawapan. Dia tahu Nuraz tak akan buka mulut. Sengaja mahu melihat reaksi perempuan ini tapi sebaliknya. Kekal bisu. Setakat diam macam batu, dia tidak kisah melainkan Nuraz cari masalah. Kesabaran dia akan hilang.

"Makanlah sikit nanti masuk angin." Pujuk lelaki bertopeng. Cuba bertoleransi dengan Nuraz.

"Aku nak keluar dari sini." Ujar Nuraz keras.

Kening disebalik topeng ternaik. Akhirnya, perempuan ini buka mulut. Dia ketawa kecil dan selebihnya dia gelak besar disebabkan renungan tajam Nuraz.

"Aku nak balik."

"Kau tak boleh balik." Ujar si lelaki bertopeng.

"Sebab nak bunuh aku?"

"Nak bunuh kau. Dah lama aku buat."

"Kau tunggu arahan dari bos kau nak bunuh aku?" Soal Nuraz tanpa gentar.

Sekali lagi, lelaki topeng hamburkan gelak besar. Tekaan demi tekaan yang salah.

"Kenapa kau culik aku?"

"Aku nak selamatkan kau." Jawapan yang sama dari hari pertama.

"Aku tak perlukan kau selamatkan aku lah makhluk pelik. Aku boleh jaga diri." Jerit Nuraz dengan mata tajam.

"Really?"

"Aku tak suka teka teki. Cakap terus terang. Siapa upah kau?"

Lelaki bertopeng bertepuk tangan gaya perlahan. Situasi yang menarik. Macam ala ala drama. Selama dia buat kerja jahat, perempuan ini paling berani. Dada membuak buak untuk permainkan gadis ini lagi.

"Tiada siapa upah kau dan aku sendiri nak culik kau."

Jantung Nuraz berdegup laju. Dia cuba mengawal perasaan marah.

"Kawal emosi ke tu?" Sindir lelaki bertopeng.

Sindiran tidak terkesan di hati Nuraz. Makin dilayan makin menyakitkan hati. Nuraz terus baring mengiring dan selubung dengan selimut. Perut berbunyi dibiarkan lapar.

*****

"You masih kurung lagi budak tu?" Soal Riana. Makanan yang dihidangkan oleh lelaki ini tidak mendatangkan selera makan. Dia datang ke sini hanya mahu soal lelaki ini sahaja.

"Makan." Arah lelaki bertopeng. Sudah agak dengan kehadiran Riana.

"You tak boleh buat macam tu."

"Itu bukan urusan you."

Riana bercekak pinggang. Oh lupa lelaki ini tidak pernah sekali pun dengar cakap dia. Semuanya di tolak mentah.

"Budak tu tahu tak ini bukan Malaysia?"

"Dia tahu siapa you?"

"Dia tak perlu tahu." Ujar lelaki bertopeng ringkas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience