Bab 56

Romance Series 36162

Tangan kiri memusingkan kerambit dan diacukan pada leher lelaki tersebut. Zappp. Darah mengalir keluar dari leher. Salah seorang dari mereka terkulai. 2 orang berpandangan sesama sendiri dan bersedia untuk berlawan. Pisau lipat dimainkan dan mengacah - acah untuk menikam.

"Itu ke yang kau ada?"

"Pisau bukan sebarang pisau. Tusuk pada perut kau. Kau mampus." Ugut lelaki berbaju kuning.

Gibrel ketawa sinis. Si ketua boleh mati apatah lagi 2 orang anak buah hingusan.

"Aku tak nak bazir masa. Siapa hantar kau?"

"Tak penting!"

Lelaki berbaju kuning meluru ke arah Gibrel untuk menikam tetapi malangnya tangan dipulas ke depan. Lantas pisau lipat tertusuk pada perut sendiri. Dia menjerit sakit. Darah mula mengalir.

"Sikit jeee bukan pisau tajam pun." Bisik Gibrel sinis. Badan lelaki dicampak ke depan.

"Kau?" Jari telunjuk ditunjuk pada lelaki kedua.

"Aaa..kuuu."

"Siapa hantar kau?"

"Takkk... tah...uuu."

"Jangan tipu." Bentak Gibrel

"Be...tulll."

"Kau nak aku tusuk benda ni macam bos kau tu?" Kerambit kecil dimainkan pada jari. Mengacah mahu menusuk pada perut lelaki.

"Aku ta..k ki...sahhh. Kalau kau le...passs akkk...kuuu punn. Aku tetap ke...naaa bu..nuh." Gagap lelaki menuturkan kata. Lutut kiri dan kanan sudah terketar. Mati atau hidup dia tidak pedulikan. Dia tetap mati juga kalau Gibrel lepaskan.

"Huh."

"Lebih baik mati dalam tangan kau berbanding orang atas."

"Kau yakin?"

Lelaki tersebut mengangguk yakin. Gibrel pula tersenyum sinis. Lelaki dihadapan ini tekad. Akan tetapi lelaki ini bukan lawannya.

Lelaki baju kuning bangun perlahan lahan. Sakit pada perut tidak hiraukan.  Dia mahu pisau lipat ini menusuk pada perut Gibrel. Dia melangkah laju dengan badan senget lalu pisau lipat mahu ditusukkan pada tulang rusuk Gibrel.
Belum sempat dia menusuk. Pantas tangan Gibrel pegang dan memusingkan tangan ke belakang. Dia mengerang sakit. Badan si baju kuning diheret ke depan. Lehernya dicekak.

"Kau tak takut mati?"

"Biar berputih mata."

"Aku tak ada masa nak dengar peribahasa kau tu. Siapa bos kau?"

Jari telunjuk menunjuk ke lelaki terkulai layu. Gerun melihat mata si ketua mati dalam keadaan mata terbeliak dan mulut ternganga luas. Dia terus melutut pada Gibrel.

"Tolonggg jangan bunuh aku."

"Siapa bos kau?"

"Sara."

"Ohhh." Tidak terkejut nama itu disebut.
Sara. Nama yang sangat dia kenali. Tak sangka perempuan periang itu adalah tali barut. Sanggup tikam Gibrel dan Nuraz dari belakang. Dasar wanita mata duitan. Agaknya berapa banyak Erica taburkan duit pada Nuraz.

"Kawan kau cakap. Kalau kau balik pun tetap kena bunuh kan? So apa beza kalau aku tak bunuh kau? Tetap sama macam aku bunuh kau."

Lelaki berbaju kuning meraung sambil memeluk kaki Gibrel.

"Jangannn. Aku masih ada anak bini."

"Jadi?"

"Kalau aku mati. Anak bini aku nak makan apa?"

Mudahnya mencari jalan pintas untuk cari makan. Mangsanya anak dan isteri yang tidak tahu apa-apa.

"Kau sendiri fikir." Ujar Gibrel tanpa perasaan.

"Tolonglah aku. Aku sanggup cium tapak kaki kau."

"Kau tahu tak disebabkan ketua kau. Aku kotorkan tangan aku. Sekarang kau minta simpati pada aku? Kau ingat aku boleh bagi simpati tu?"

"Akkuuuu. Akuuu rela buat apa sahaja untuk kau."

Gibrel senyum sinis. Hatinya langsung tiada perasaan simpati pada lelaki berbaju kuning ini. Otak mengatakan sebaliknya. Mungkin 2 lelaki ini boleh jadi manfaat atau beban.

"Hmmm. Aku boleh tolong kau tapi aku nak kawan kau ni."

*****

"Kau kata nak tolong aku? Kenapa kau buat aku macam ni?"

"Tolonglah ni. Tolong selamatkan kau."

Lelaki berbaju kuning tadi geleng kepala.

"Eh kau kenal ke rumah ni?"

"Ta..kkk."

Penipu! Dia bukan budak lagi boleh digula-gulakan. Rumah mewah tersergam indah dipandang dengan penuh jijik.

"Ni bukan rumah Sara."

Perut yang terkena tikaman ditekan kuat. Lelaki berbaju kuning bersiap sedia untuk lari. Dia tak nak penipuan dia sebentar tadi terbongkar.

"Kau lari. Kau mati." Ujar Gibrel dengan nada tegas. Hujung baju lelaki digengam kuat.

"Akuuuuu. Aku minta maaf sebab tipu kau. Aku aku takut kena bunuh."

Gibrel ketawa kecil. Kelakar! Pandai buat pandailah simpan. Hal kecil dah mengigil. Kalau takut jangan bermain dengan api. Duduk diam diam dan buat kerja halal.

"Mummmmyyyyyyy." Jerit Gibrel lantang.

Tiada sahutan.

"Mummyyyy tak turun ke bawah. Gibrel tak teragak nak bunuh semua orang suruhan mummy. Jangan cabar Megat Gibrel lah mummy!!!." Jerit Gibrel kali kedua.

Erica yang berada dalam bilik atas bungkam. Tak sangka guraun dia membawa kemarahan Gibrel. Dengan pakaian tidur seksi, dia melangkah keluar.

"Mummy menjalang dengan lelaki mana pula?"

"Jangan biadap dengan I Gibrel." Jerkah Erica dengan mata mencerlung.

"Gibrel gurau je macam mummy gurau dengan Gibrel." Ujar Gibrel. Senyuman sinis terukir.

"You bawa siapa tu?Euwww dengan berdarah darah. Jangan bawa masuk rumah I. Kotorlah!"

"Rumah mummy ni memang kotor pun."

"Hei Gibrel."

Sungguh lancang mulut anaknya berkata-kata. Langsung tiada perasaan hormat.

"You kena ingat I mummy you ya! Jangan kurang ajar."

"Mummy yang ajar."

Pening kepala memikirkan sikap Gibrel. Tak seperti Hayden menurut kata. Gibrel memang mewarisi sikap dia. Keras kepala dan akan buat apa sahaja untuk puaskan hati.

"You buat apa datang sini?"

"Mummy ambil balik orang suruhan mummy ni."

Lelaki berbaju kuning ditolak ke depan sehingga jatuh melutut. Tidak berani pandang Erica. Lelaki baju kuning menunduk. Entah nyawa dia nanti ada atau badan di dalam tanah.

"Jangan bunuh dia mummy. Dia anak buah yang bagus."

"You ni buang tebiat ke Gibrel?" Soal Erica hairan. Tiba-tiba sahaja, Gibrel memuji anak buahnya. Mesti ada udang disebalik batu.

"Kenapa sara?"

"Sara?Ohhh dia tu." Erica berpura-pura terkejut.

"Kenapa?"

"Nothing."

Perempuan yang diupah untuk berbaik-baik dengan Gibrel dan Nuraz. Sayangnya, perempuan itu tak jalankan tugas sepatutnya. Sebagai balasan, nyawa dijadikan galang ganti. Upah beribu ringgit tapi Sara kata tak sanggup nak lakukan lebih dari itu. Dasar manusia kurang cerdik! Buat baik pada mereka jangan sampai lupa diri. Erica tak boleh dengar alasan itu.

"Mana dia?"

Erica ketawa. Agaknya apa reaksi Gibrel jika tahu perempuan itu sudah dimamah tanah.

"You nak tahu ke?"

Gibrel menahan sabar. Dia tahu Erica sengaja melambatkan waktu.

"Okey okey. Tak payah tanya. I jawab. You tahu kan Gibrel. Manusia yang tak selesaikan tugas I. Apa akan terjadi seterusnya. You fikirlah sendiri nasib dia."

Mati. Perkataan pertama yang wujud dalam otak Gibrel. Erica manusia kejam. Manusia yang tiada empati pada orang lain. Sanggup gadaikan nyawa orang lain untuk kepuasan nafsu.

"Mummy patut jumpa psikiatri. Otak mummy tak betul. Mummy ni psycopath."

"Uuuuu." Erica suka dengar ayat terakhir Gibrel. Dia bukan psikopat. Dia hanya manusia yang mahukan dunia indah. Duit dan kuasa. Kini, dia ada segalanya. Tak perlu merempat sana sini. Usaha bertahun-tahun berhasil.

"Mummy dah tua."

"I suka you Gibrel tapi sayangnya you ada sifat macam daddy dan separuh lagi macam I. I tak boleh terima. Kalaulah sifat you copy macam I. Of course I jaga you baik baik. Hmmm I think sifat you lain nenek you yang asuh. Urghhh patutnya I asuh you macam I. Tak payah baik macam daddy. Baik sangat kena tipu buat tak tahu."

"Baguslah. Sekurang-kurangnya anak mummy jadi manusia bukan binatang."

"Ouchhh pedihhh. Dulu you tak macam ni. Baik je tutur kata. Tapi sekarang pedih menusuk dalam hati." Sindir Erica.

"Apa buat you berubah? Sebab perempuan tu ke?" Soal Erica ingin tahu.

"Nenek dan Fitrah." Sebaik menutur kata,Gibrel terus pergi.  Berbahas dengan Erica akan mengingatkan dia pada dua nama kesayangan. Hati dia sendiri terluka. Dia perlu bertenang.

Erica hanya melihat susuk tubuh itu berlalu pergi. Antara Hayden dan Gibrel dia memilih Hayden. Anak lelaki pertama sentiasa mendengar arahan. Tidak pernah sekali bantah arahan.

*****

Selesai dia melakukan aktiviti fizikal. Gibrel duduk pada kayu sambil menarik nafas. Otak kembali berfikir kisah petang tadi. Sara mati kerana tak laksanakan arahan mummy. Nyawa dia juga berapa kali Erica buat sebagai mainan. Hayden pula macam mana? Hayden pernah langgar arahan Erica. Hayden selamatkan Nuraz dari dibunuh.

"Mummy tak tahu ke anak pertama dia pernah selamatkan Nuraz." Desis Gibrel. Gibrel tertanya-tanya. Apa motif Hayden selamatkan Nuraz tapi pada masa yang sama taat pada Erica.

Gibrel bangun. Dia kembali bersedia melakukan latihan. Saat ini, fikiran dikosongkan dan fokus. Dia terus menumbuk punching bag. Sebentar lagi, dia meneruskan aktiviti berlari di sekeliling banglo.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience