Bab 52

Romance Series 36162

Gibrel mengelak ke tepi dan dia berpusing ke belakang. Tendangan tepat mengena pada tangan si jejaka. Pedang yang diacukan ke arah Gibrel jatuh ke atas lantai.

"Kau tak akan dapat apa yang kau nak." Ujar Gibrel sinis.

Saat berakhir perkataan itu, mereka beradu tenaga tanpa peralatan tajam. Tumbukan dielak, tangan lelaki itu dipulas kebelakang. Seterusnya, badan lelaki itu berputar ke belakang. Lelaki itu menarik nafas panjang. Benar kata anak anak buahnya, Gibrel bukan calang calang orang. Dia dan Gibrel seperti bertemu buku dengan ruas. Sama sama beradu tenaga dan tak akan mengalah. Dia kan dari susur galur keturunan yang sama dan lahir dari rahim yang sama. Perangai pun lebih kurang sama. Cuma Gibrel tak pernah mengaku dia turut mewarisi perangai yang sama.

"Tak nak mengalah lagi?"

Hayden gelak sinis. Mengalah? Belum pernah dalam hidupnya ada perkataan mengalah. Selagi nyawa ada di dalam badan selagi itu dia akan berlawan.

"Aku rela mati dengan adik kandung sendiri berbanding orang lain."

Sebaik ayat itu selesai dari mulut Hayden. Gibrel melepaskan Hayden dan tolak badan tersebut ke depan. Dalam pada masa yang sama, dia berjaga dengan tindak tanduk Hayden.

"Kau cara hal kau. Aku cara hal aku." Ujar Gibrel.

"Kalau aku tak nak?"

"Kau nak apa sebenarnya?"

"Sanggup kau ugut mummy disebabkan seorang wanita yang tak bererti." Jerkah  Hayden kuat. Mata merah menyala pandang Gibrel.

"Dan kau sanggup pertahankan manusia iblis tu?" Soal Gibrel sinis.

Hayden ketawa lantang tapi dalam hati hanya tuhan sahaja yang tahu. Tergamak seorang anak panggil ibu kandung sendiri iblis semata mata mahu pertahankan seorang perempuan.  Sungguh, dia kecewa dengan sikap Gibrel.

"Iblis? Sanggup kau pertahankan perempuan yang tak ada kena mengena dengan kau?" Soal Hayden sinis.

"Panggilan apa sesuai untuk dia?" Gibrel menyoal kembali dengan tenang. Agaknya otak Hayden sudah di "brainwash" oleh Erica.

"Dia ibu kandung kau."

"Ibu kandung yang lebihkan anak lain berbanding anak yang sah."

Hayden tersenyum sinis. Ahhh Gibrel sama sahaja macam manusia lain spesies "judge mental." Kerana status anak tak sah, dia sering kali dihina dan dipulau. Dasar manusia yang anggap diri lain lebih suci. Dia ingat neraka dan syurga itu mereka yang tentukan.

"Aku tetap anak kandung mummy. Lahir dari rahim yang sama macam kau. Bezanya kita tak sama bapa. Tapi sebagai manusia yang makan lebih garam dari kau. Aku tak kisah kau judge  status aku."

Kaki Gibrel berundur setapak ke belakang. Tangan kanan menyusup ke seluar kaki. Kerambit bersaiz kecil bermain pada tangan. Sekali tusuk je maka nyawa orang didepan melayang. Kerambit kecil ditayang pada Hayden.

"Kau nak bunuh aku Gibrel?"

"Sekali lagi kau banyak cakap. Aku tak teragak nak jadi pembunuh."

Hayden senyum sinis.  Hari ini soal mati dan hidup. Saling berbunuhan antara saudara demi manusia lain.

"Sanggup kau kotorkan tangan kau demi orang lain?"

"Semenjak mummy kesayangan kau tu datang dalam hidup aku. Tangan aku dah lama kotor lah!"

"Sudahlah. Aku tak nak gaduh dengan kau. Kau adik aku. Tapi satu je aku nak cakap. Jangan kerana perempuan kau sanggup tikam mummy."

"Dan jangan kerana mummy kau mati Hayden. Kau ingat mummy baik sangat. Mummy akan bunuh kau sama macam dia buat dengan aku. Aku nak nasihatkan kau. Jangan buat silap." Ujar Gibrel. Perkataan "jangan buat silap" ditekankan.

*****

Sekali lagi dia melihat Gibrel balik dengan kesan lebam di muka. Entah dengan siapa pula kali ini Gibrel bertumbuk. Rusing dirinya. Nuraz seolah olah dah tak kenal dengan sikap Gibrel. Mahu bertanya, dia risau jika mengundang kemarahan Gibrel. Mulutnya hanya terkunci rapat.

"Tak nak tanya kenapa wajah saya lebam?"

Nuraz tersentak lantas memandang wajah Gibrel dengan terkebil-kebil. Entah bila lelaki ini muncul di meja makan ini. Lidahnya terkelu untuk bertanya.

Gibrel senyum manis dan melabuhkan punggung di kerusi kayu. Tangan kanan mencedok nasi goreng kampung ke dalam pinggang lalu. Suapan pertama membuatkan dia tersenyum membuatkan Nuraz makin hairan. Nuraz tidak dapat membaca tingkah Gibrel sekarang.

"Sedap." Puji Gibrel ikhlas. Seterusnya suapan kedua dan ketiga.

Nuraz masih begitu. Leka melihat Gibrel mengunyah makanan.

"Saya tahu Nuraz yang buat. Sedap. Pandai Nuraz buat nasi goreng kampung. Kena dengan selera saya."

"Mana awak tahu saya buat?"

"Hmmm masa saya tumpang tidur kat rumah pelarian awak tu."

"Ikhlas ke betul puji ni?Tak payah menganjing saya lah!!!" Bentak Nuraz geram. Tidak percaya dengan pujian Gibrel.

"Buat apa pun dengan ikhlas hati. Pasti makanan tu sedap. Air tangan Nuraz ni sedap."

"Sweet talker." Nuraz tersenyum. Lelaki yang dia kenal. Lelaki yang melindungi dan mulut manis. Kenapalah hati ini susah sangat jatuh cinta dengan Gibrel. Gibrel lelaki yang baik dan idaman para wanita.

"Awak berehatlah hari dan bersiap sedia untuk belajar."

"Kerambit?"

Gibrel angguk. Sampai bila dia nak letak  Nuraz dalam rumah ini. Sudah masanya Nuraz berlatih dan berhadapan dengan dunia realiti. Dia nak Nuraz bersiap sedia dengan segala kemungkinan.

"Saya takut." Luah Nuraz dengan suara bergetar. Tangan mengengam rapat. Cuba cari cara untuk hilangkan gugup. Air kosong diteguk rakus tanpa henti. Dia mengesat air yang mengalir ditepi bibir. Jiwanya bergelodak sekarang ini.

"Saya tak paksa Nuraz. Awak boleh teruskan latihan dengan cara awak." Pujuk Gibrel.

"Buuu...kannn."

"Kenapa Nuraz?"

"Semenjak awak balik dalam keadaan berdarah hari itu. Saya mimpi buruk hampir setiap hari."

"Sorry."

Nuraz mengeleng. Bukan salah Gibrel, mungkin salah dirinya yang terlalu emosi dan takut. Sesunggunya, dia belum bersedia untuk hadapi realiti. Dia tidak tahu nyawa dia akan terus berada dalam jasad atau dia ditanam dalam tanah.

"Saya tak boleh janjikan bulan dan bintang Nuraz. Tapi saya akan berada di samping awak sepanjang awak perlukan saya. Awak kena kuat."

"Saya mimpikan Megat lagi. Saya mimpi dia jatuh dari bangunan tu. Salah saya tak cepat masa tu. Kalaulah saya ada pasti Megat tak mati kan."

Tergamam Gibrel dengar luahan Nuraz. Selama ini Nuraz salahkan dirinya sendiri atas kematian Megat. Nuraz berpura pura kuat sedangkan hatinya hancur.

"Megat mati sebab kena bunuh."

"Kalau saya cepat benda ni tak akan berlaku dan Megat ada lagi depan saya. Saya pula tak jadi pelarian macam ni. Sepatutnya saya tak terima huluran tangan Megat untuk berkenalan. Hidup saya dan Megat akan tenang tenang sahaja. Saya bodoh tak tahu teka teki yang Megat bagi dalam mimpi. Saya tak tahu apa yang dia nak sampaikan. Saya bodoh Gibrel."

Gibrel menarik nafas panjang.

"Apa lagi yang awak rasa Nuraz?" Tanya Gibrel lembut.

"Bila Megat kata yang mana satu patut saya percaya? saya tak tahu siapa. Awak atau Hayden atau Haiyan? Saya tak tahu."

"Ikut kata hati awak Nuraz."

"Kalau saya salah pilih macam mana? Kalau orang tu adalah awak Gibrel yang nak bunuh saya macam mana? Saya dah masuk perangkap."

Gibrel nampak wajah keliru Nuraz dengan penuh tanda tanya. Dia tak tahu nak berkata apa lagi. Mungkin jawapan yang dia bagi bakal mengelirukan lagi Nuraz. Biarlah masa berlalu dan bila tiba masa yang sesuai dia akan berterus terang pada Nuraz.

"Awak tolong saya ikhlas kan?" Soal Nuraz. Mata itu seakan berair memandang wajah kacak Gibrel. Berharap agar Gibrel adalah orang yang tepat untuk dia berharap.

"Awak lain kan dari mummy awak kan? Awak baik kan? Awak tak ada niat kan nak bunuh saya?" Bertubi tubi pertanyaan dikeluarkan untuk menyedapkan hati. Secara logik akal, dia tahu Gibrel ikhlas tapi dalam pada masa yang sama hatinya boleh jadi ragu. Gibrel tak akan tolong dia ketika dia dalam kesusahan. Tapi boleh jadi Gibrel ambil kesempatan untuk jadi hero sedangkan ada agenda sebaliknya.

Ahhh. Dia benci akal fikiran ketika ini. Berlawan antara benar dan tidak. Dia takut untuk berhadapan realiti.

"Awak berani hadap realiti yang pahit?"

"Hah?"

"Realiti memang menyakitkan tapi itu adalah kebenaran yang perlu tahu."

Nuraz mengukir senyuman pahit. Dia tahu hakikat itu tapi dia tidak tahu sama ada mampu tempuhi atau tidak. Dia penat.

"Jangan terlalu leka apa yang ada sekarang. Awak patut tahu esok lusa mungkin realiti awak akan kembali. Awak kena tempuhi balik dan jadi Nuraz yang kuat. Nuraz yang dulu. Nuraz yang tak takut apa apa. Berani redah dan garang bila berhadapan dengan orang lain."

Benar kata Gibrel. Nuraz yang ada sekarang seolah olah bertukar jadi Nuraz yang lain. Tak kuat dan lemah. Dia mengeleng perlahan. Tidak percaya diri yang seakan tersungkur. Mudah mengalah dan tak berani berhadapan dengan realiti. Hakikatnya, dalam hati dia beginilah dulu lemah dan rapuh tapi terpaksa berpura pura kuat untuk jalani kehidupan.

"Tak nak mengalah lagi?" Hayden gelak sinis. Mengalah? Belum pernah dalam hidupnya ada perkataan mengalah. Selagi nyawa ada di dalam badan selagi itu dia akan berlawan. "Aku rela mati dengan adik kandung sendiri berbanding orang lain." Sebaik ayat itu selesai dari mulut Hayden. Gibrel melepaskan Hayden dan tolak badan tersebut ke depan. Dalam pada masa yang sama, dia berjaga dengan tindak tanduk Hayden. "Kau cara hal kau. Aku cara hal aku." Ujar Gibrel. "Kalau aku tak nak?" "Kau nak apa sebenarnya?" "Sanggup kau ugut mummy disebabkan seorang wanita yang tak bererti." Jerkah  Hayden kuat. Mata merah menyala pandang Gibrel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience