Bab 9

Romance Series 36162

Awal pagi sudah bersilat dengan makhluk yang tak dikenali. Kaki yang sakit digagahi juga untuk menendang. Kiri dan kanan tidak kena. Makhluk ini tangkas mengelak. Tubuh badan yang besar dan tinggi menyukarkan Nuraz untuk berlawan. Nuraz hanya separas bahu dia sahaja.

Nuraz mengetap bibir geram. Muka bertukar merah padam. Rambut yang kusut masai tidak dihiraukan. Sasaran didepan mata harus ditumbangkan.

"Bodoooohhhh." Jerit Nuraz kuat. Kaki terseliuh kian berdenyut tidak diendahkan. Rasa marah kian membara.

Kaki kanan ditujukan pada celah kangkang lelaki berbadan besar dan Nuraz melompat tinggi. Kaki kiri dan kanan membelit bahu lelaki. Nuraz sudah bergayut pada lelaki itu. Badan diseimbangkan sebaik mungkin agar tidak terjatuh.

Sepantas mungkin leher lelaki tersebut dikehelkan dengan tangan. Lelaki badan besar tersungkur ke tanah dan mengerang kesakitan. Kalah jua lelaki ini. Sebuah penumbuk dihadiahkan pada muka. Nuraz tersenyum sinis, pengsan juga lelaki ini.

Barang yang bertaburan ditanah, diambil dengan tergesa. Mata pandang sekilas pada tubuh lelaki itu dan sekali lagi sebuah penyepak dihadiahkan pada perut. Sebelum berlalu pergi, Nuraz memeriksa nadi. Nuraz menarik nafas lega. Lelaki ini tak mati lagi. Kaki yang mahu melangkah tidak jadi. Dia seluk poket dan keluarkan beg dompet warna hitam.

*****

Kad pengenalan dilayangkan pada meja kerja Haiyan.

"Ni siapa?"

Haiyan menaikkan kening tanda tidak faham dengan kedatangan Nuraz. Datang dengan cara mengejut tanpa ada pesanan. Kad pengenalan yang ada diatas meja dibaca. Dia angguk mengerti.

"Ni siapa?" Ulang Nuraz keras.

"Anak buah dia."

"I penat Haiyan. Tak boleh ke jangan kacau I lagi. I tak ada apa apa yang boleh beri pada dia." Luah Nuraz. Rambut yang terjuntai pada dahi diselak kebelakang. Penat tidak reda lagi. Dia menarik nafas kuat.

"I tak tahu."

"Senangnya you bagi alasan. You peguam kan. So selesaikan lah. I nak pergi kerja dengan tenang. Pagi buta I dah serabut."

"Apa kata you upah bodyguard." Cadang Haiyan.

Nuraz ketawa mengejek. Macam dia banyak duit pula dengan cadangan Haiyan. Duit gaji dia bawah 2 ribu bukan 20 ribu. Cadangan tak masuk akal! Dapat menumpang apartment Gibrel tu dia dah beruntung. Cuma bayar duit elektrik dan air je. Selebihnya biar dia fikir kemudian.

"Ya gaji I memang taraf mak datin pun." Perli Nuraz.

Haiyan senyum malu dengan perlian Nuraz. Kalau pelanggan atasan yang lain boleh dia memberi cadangan upah bodyguard tapi untuk Nuraz jawapan adalah tidak.

"Kenapa nama dia ekzos?" Soal Nuraz dengan tanpa riak. Samseng tapi nama ekzos. Tak ada kelas langsung! Nasib baiklah lepas jugak berlawan dengan mamat badan besar tu. Kalau dia kalah, agaknya apa yang terjadi. Nuraz mengeluh kuat.

*****

Nuraz berjalan terhencot. Cutinya yang berbaki 3 hari lagi tidak dipedulikan. Dia bosan duduk di apartment Gibrel. Dia melihat jam di tangan. Jarum menunjukkan jam 10 pagi. Dia sudah lewat. Ini semua gara gara makhluk tak guna. Tidak dihiraukan mata mata yang memandang. Nuraz terus berjalan ke belakang. Kaki yang terhincut dipaksa untuk berjalan lebih laju. Biar kaki sakit jangan hati yang sakit. Marah pada makhluk tak guna masih bersisa lagi.

"Kenapa baju kusut tu?" Tegur Gibrel disebalik pintu. Ditilik atas dan bawah. Rambut Nuraz agak kusut. Makeup yang nak cair. Muka serabut.

"Malas nak iron." Balas Nuraz. Buku yang bertaburan disusun pada tepi rak. Laptop yang sudah lama tinggal dibuka. Rindu untuk buat kerja sebagai admin di laman fac.

"So memang sengaja make up cair? Malas sikat rambut?" Soal Gibrel bertalu.

"Pergi sana. Jangan kacau saya."

"Awak kena attack pagi tadi kan."

Jari jemari terhenti. Kepala terus mendongak. Terkejut dengan ayat Gibrel.
Gibrel kenal Haiyan? Haiyan yang bagitahu ke? Pelbagai ayat berlegar dalam fikiran. Tak mungkin Haiyan.

"Awak kenal Haiyan?"

Gibrel mengangguk. Haiyan itu kan peguam dia juga atau lebih dikenali sebagai peguam keluarga secara rasmi.

"Awak kenal Megat?" Soal Nuraz untuk kepastian.

"Bolehlah."

"Oh yela. Awak pernah jumpa Megat dan awak tahu kisah tu."

"Lebih dari tu Nuraz." Ujar Gibrel.

Gibrel berlalu pergi. Sengaja meninggalkan tanda tanya untuk Nuraz.
Baru beberapa langkah, Gibrel berpatah balik dan...

"Kahwin dengan saya. Saya boleh lindungi awak."

"Hahhhh."

Kepala yang kusut bertambah kusut. Permintaan Gibrel ini kan melampau!

"Awak ingat saya anak ayam ke?kemain jom kahwin." Mulut mengherot mengejek ayat Gibrel.

Hari ini hari malang ke? Pagi tadi kena serang dan sekarang Gibrel ajak dia kahwin. Tak masuk akal. Tolonglah katakan ini mimpi ngeri.

"Okey. Nanti saya akan hantar pinangan kat kampung."

Mulut Nuraz terbuka luas. Eh betul ke apa yang dia dengar. Nak hantar pinangan kat kampung. Jantung berdegup kencang. Nuraz bangkit dari kerusi. Dia mengejar langkah Gibrel yang panjang.

"No Gibrel."

"Yesss."

"Noooooo."

"Yes Nuraz. Yes Nuraz. Nanti saya hantar pinangan kat ibu awak. Awak bukan anak ayam tapi anak orang."

Nuraz menepuk dahi. Mulut ditepuk berkali kali. Mulut celupar sangat. Sekarang dah tak boleh patah balik.

Sarah ketawa geli hati. Kelakar kisah abang Gibrel dan kak Nuraz. Kak Nuraz jual mahal dan abang Gibrel lelaki terdesak. Boleh buat tajuk novel, "suamiku lelaki terdesak." Tersenguk senguk kepala Sarah.

"Sara dah kenapa? Gila ke?" Jerkah Nuraz. Dengar jerkahan Nuraz, Sara mencicit lari.

Ini pun satu. Macam balaci Gibrel. Pujian tak habis bermain dekat bibir Sara. Ingat bercinta tapi kaki menyiasat.

*****

"Gibrel kenal Haiyan sebab peguam dia dan Gibrel kata kenal Megat lebih dari tu." Berbelit ayat dilidah.

Nuraz mengerutkan dahi. Arhhh pening. Apa kaitan semua ini. Megat kenapa berbelit sangat kisah kau ini. Aku penat nak selesaikan puzzle kau tu. Aku nak hidup tenang. Aku tak nak kena ganggu.

Notification Whatsap terpampang pada screen telefon bimbit.

Dah fikir? - Gibrel

Tanpa mukadimah, soalan ditanya secara terang. Nuraz rasa meluat. Kalau dah nama Gibrel memang suka mendesak ke apa. Sekali lagi whatsap masuk.

"Take your time."

Nuraz menjelirkan lidah pada screen telefon. Tak sudi dia nak membalas. Dasar lelaki terdesak. Bantal peluk ditumbuk bertubi- tubi. Dia bayangkan wajah Gibrel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience